Friday, July 29, 2011

Majlis bacaan yasin n tahlil

Ustaz Abdul Rahim bin Arib ... memberi tazkirah







* Majlis bacaan yasin n tahlil serta ceramah berkaitan Ramadhan
* Tarikh : 29 Julai 2011

* Lokasi : Perp. Daerah Sabak Bernam
* Penceramah : Ustaz Abdul Rahim bin Arib ( bertugas di Sek. Ren Agama Ehyaun Najah )


... syukur alhamdulillah ... hasrat dirancang sebelum odit lagi dapat dilaksanakan dengan jayanya ... terima kasih kepada sahabat dari perkhidmatan pekan dan desa atas jalinan
kerjasama yang akhir merealisasikan majlis ini ... dan insyaallah jika ada sokongan dari kamu
semua ... majlis ilmiah begini boleh lah di panjangkan di masa2 akan datang ...



... sebagai pembuka tirai untuk menyambut ketibaan bulan penuh keberkatan dan kerahmatan Ramadhan Al Mubarak ... dan dimaklumkan juga ini adalah kali pertama majlis sebegini diadakan di sini ( selalu tu kami dari perkhidmatan daerah ni ... akan turun Lib Daerah Kuala Selangor )


* ... semoga segala ilmu yang diterima pada majlis ini dapat dijadikan amalan ...
( terima kasih teramat sangat diatas juadah / buah tangan yang dibawa semasa majlis tersebut ... x sangka semewah tu ... semoga Allah balas kemurahan hati kamu dengan kemurahan rezeki dan kesihatan yang baik . amin.





Buah kurma banyak khasiatnya
Menjadi pilihan di bulan puasa
Banyak amalan , pahala berganda
Rebutlah peluang , tingkat usaha









Thursday, July 28, 2011

Spiritual .. Physical .. Intellectual .. Emotion .. Social







... Program Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor ...

* Kursus SPIES atau nama panjang seperti tajuk N3 kat atas tu ...

Sesi 3 ( 25-26 Jul 2011 )

lokasi : Excel Training Resorts , Lenggeng , Negeri Sembilan .

... kami ( aku , aan , dayah , suzana , sumariah dan marhana ) memulakan perjalanan seawal
9.30 pagi ... 24 Julai ( ahad ) ... sehari lebih awal dari tarikh kursus ... memandangkan ini kali
pertama kami berkursus ke lokasi yang x pernah dikunjung ... juga atas faktor masa pendaftaran seawal jam 9.00 pagi ... langkah yang diambik kami menginap di Smart Hotel ,
Semenyih ...


... selepas chek in ... makan tengahari dan solat zuhur ... kami memulakan perjalanan untuk cari lokasi tempat kursus lak ... berpandukan peta dan GPS ( ... dipinjam dari suami Aan ) ... aku memulakan memanduan dengan kalimah Bismillahirahmanirrahim ... terima kasih Aan yang senantiasa membantu sepanjang perjalanan dan pemanduan itu ...

... walaupun aku agak resah melalui laluan yang agak curam ... alhamdulillah semuanya ok ! ... pengalaman berharga untuk diri aku sendiri ... perkataan pertama yang terucap bila sampai ke lokasi " ... cantiknye ! " x sangka dengan laluan yang sempit dan jauh ke pendalaman tersembunyi lokasi yang secantik ini dengan air bukit sejuk dan segar !

... insyaallah , segala ilmu yang tercurah di situ akan menjadi amalan berguna ...



* ... lepas ni kat lak lokasi untuk kursus ek ?

tahniah ... !




... selamat menyambut ulangtahun yg ke -6 untuk Siti Khadeeja ( ... gambar kat atas ni masa berumur 3 tahun ) ... aku suka sangat bila tengok gambar ni ... nmpk cute ! ... birthday dia pada 24 Julai lepas tapi x sempat nk belikan kek sebab pagi tu aku dah memulakan perjalanan ke Excel Training Resort , Lenggeng ... so semalam baru le dia sempat potong kek ! ... acik doakan ija akan jadi anak yg solehah dan berjaya dalam mengharungi kehidupan ... !





... tahniah dari seorang sahabat ... !


aku rasa gembira dan terharu sangat sebab sahabat yang begitu dekat dalam hati ini akhirnya diberikan penghargaan APC ... tahniah ! tahniah ! tahniah ! ... cuma aku terkilan tidak berpeluang dan aku x mampu menunaikan janji untuk sama2 menghadiri majlis itu dan x berkesempatam merakamkan detik itu .... !


* ... janji Allah kepada setiap hambaNya yang sentiasa bersabar




Wednesday, July 27, 2011

bisik rindu seorang anak ...


seorang ibu ...

seakan mendengar tangisanku yang tersembunyi

mengesan rindu yang bertamu dihati ...

disaat semua orang mengatakan aku kuat

ku terasa dikau wahai ibu mengetahui

gelora dijiwa seorang anak

masih terngiang ditelinga bisikan penenang hati

seakan tangisku yang tersembunyi kau dengar dengan jelas ...


saat ini wahai ibu ...

ingin sekali ku rasa sentuh sayangmu

sebagai titipan mengubat rindu


jangan risau wahai ibu ...

aku amat percaya dan sangat percaya

sitar takdir yang sentiasa bersamaku

sentiasa terpetik dan tidak akan menzalimiku

bukan sepanjang masa lagunya sedih

bukan sepanjang masa juga lagunya bahagia

namun Maha Pencipta telah berjanji

setiap kesusahan itu diiringi dengan kesenangan

setiap dugaan dibalas dengan kerahmatan


sesungguhnya wahai ibu ...

aku redha !

Wednesday, July 20, 2011

bila duga menyapa .... !



... dah berlarutan lebih sebulan ... sekejap ok ! sekejap down ! ... dah lebih kepada macam iklan biskut kat tv ... sekejap ada ... sekejap x de ! ... masalah ni bukan aku dan kekawan kat ofis jer yang melaluinya tetapi juga mereka2 yang sama waktu dengannya ... bila pagi ... saat melangkah ke kereta ... aku selalu berdoa " ... semoga hari ni lebih baik dari semalam " ...


... aku anggap ini satu dugaan ... menguji kesabaran dalam meraih keberkatan rezeki kurniaan Ilahi ...


* ... esok ?


Tuesday, July 19, 2011

al kisah ... selepas Audit !

selesai sudah ... ! kenangan bersama ayu , Aan dan bib



x perlu kata apa2 Aan ... senyum !!!!



Monday, July 18, 2011

alkisah ... semasa !

en. ramli sedang mencari bahan melalui OPAC







semakan untuk resit kutipan hasil







semakan pendaftaran keahlian







ann & nasa ... di kaunter rujukan








khusyuk ! ... k'ani dan bib




semua fokus ... jgn lupa take note ek !







aduan n cadangan pelanggan ... kena buat pemurnian !




kaunter sirkulasi ... bersama ayu , moi dan bib

amanat dari boss

dengar ... dengar ... dan dengar ! taklimat dari Pn Su





... malam sebelum odit lagi ... aku dah x lena tidur ... mata pun susah nak lelap ... aik ! nape le mata susah nak pejam ni ... mungkin aku sorang jer kut yang ada mengalaminya ... kekawan lain x tahu le pulak ...

... pagi tu aku datang lebih awal dari biasa ... al maklumlah untuk buat semakan dan persiapan terakhir ... aku sempat gak buat rondaan ke setiap rak buku untuk memasti x de yang terlepas pandang ... kalau boleh hari ni semua mesti tip top !

... sebelum audit dijalankan ... sesi taklimat oleh Pn. Su ... sepanjang audit berjalan ... kami dibantu oleh Pegawai dari HQ ... Pn. Suzliana , Cik Afidah , Pn. Nihayah , Pn . Sabariah , Pn. Rozainess , En. Din . Pn. Nazaleza , En. Khairul ( Peg. Perkhidmatan Zon 1 ) Moi dan Zaf ...

... pengauditan berkaitan aduan dan cadangan pengguna ... kepuasan pelanggan berada pada
tahap 3 ... mohon diasingkan rekod bagi Perp. Daerah Sabak Bernam dan Hulu Langat ( Bangi ) ... setiap aduan dan cadangan perlu diberikan perhatian segera ... adakan tempoh tertentu untuk paparan jawaban di papan yg disediakan ... itu adalah pemurnian yg perlu



dilakukan.

... 3 OB Q pendaftaran keahlian 1 hari ( dlm tempoh 2 jam untuk key in data ) ... pemurnian yang perlu dilakukan buat tindakan susulan cnth: melalui email meminta ahli membuat pinjaman buku ... adakan rekod pengukuran keaktifan keahlian

... semakan resit kutipan hasil , pengukuran suhu dan kelembapan , carian bahan melalui
OPAC , aduan kerosakan , ujilari dan beberapa perkara lain yang disentuh seperti perkhidmatan kaunter rujukan ...

... secara keseluruhan aku rasa ok ... rasa berbaloi jugak penat lelah yang dicurah ... harap
selepas ni semua kena maintain jer !

... sesi pengulungan selepas audit ... aku membuat sedikit catatan untuk ingatan diri sendiri berkaitan apa yang perlu dilakukan seterusnya ...




... bila semua sudah selesai ... baru le terasa lapar ... so aku makan lebih sikit dari biasa ... jamak untuk sarapan pagi sekali .... hehehe

... terima kasih ! terima kasih ! .... dan terima kasih kepada semua yang membantu ... dan
mereka2 yang sering memantau ... dan mengingatkan aku ... aku anggap itu semua adalah
pembelajaran untuk jadi yang lebih baik ... mudah-mudahan .amin



* :-)


































































al kisah .... sebelum !

... tetap senyum walaupun penat !




... ada gaya daaaa !

bib dan ayu







... persiapan untuk odit bermula sejak kami dimaklumkan pada akhir bulan april lepas ... dan kami dimaklumkan tarikh 14 Julai 2011 .... bermula dari situ kami dah mula berdikit-dikit
mengemaskini apa yang patut ... sehingga lah pada tarikh 13 Jun ... semasa perhimpunan pagi di
HQ ... kami dimaklumkan tarikh baru iaitu 15 Julai adalah tarikh sebenar audit Llyods .

... 20 Jun 2011 ... aku dan kekawan ofis agak terkejut juga bila dapat info berkaitan odit dalam
yang akan bertandang ... masa tu agak kalut ... dan aku tawakal jer ...


... semasa odit berlangsung ... masing2 nampak stress ! almaklumlah bila kita x ready tentang
sesuatu perkara memang terasa macam banyak sangat yang x settle ... alhamdulillah semuanya
ok ... cuma ada beberapa perkara yang perlu ditambah dan ada bab2 yang perlu diubah dan dibuang terus ...




... dan bermula dari tarikh itu juga ... kami memulakan langkah demi langkah untuk merealisasikan setiap arahan yang diterima ...




... 13 dan 14 Julai adalah hari2 yang amat meletihkan dan penuh dengan dugaan ! ... apa dugaannya ?? .... biarlah ia menjadi rahsia kami disini !




... terima kasih kat yazid ( perp.dataran ) yang sentiasa sudi membantu apabila diperlukan dan buat semua kekawan kat ofis ... semakin banyak rintangan yang dihadapi menjadikan kita semakin bersatu mengharunginya ... semoga semangat ini akan berterusan ... insyaallah


* Indah sungguh bunga seroja

Dipuja dan dilagu oleh seniman

Usaha kita selagi terdaya

Redha dan tawakal sandaran iman





Friday, July 15, 2011

... lena yang panjang !

... lega ! itu yang ada dalam kotak fikir aku saat ini ... terasa bagai terbang bebas di awanan yang biru ... syukur alhamdulillah semua sudah selesai ... Lawatan Pemeriksaan ISO 9001:2008 Audit Surveillance 11: Sistem Pengurusan Kualiti oleh Llyods Register Quality Assurance .... tanpa ada istilah major atau minor

... so malam ni ... baru le aku leh lena beradu ... hehehe

Monday, July 4, 2011

... aku x berhak untuk marah ?

... kata seorang sahabat " ... kita x perlu marah tapi lebih banyak bersabar ... manusia ni mane ada yang sempurna ... belajar memaafkan dan bersabar ... sebab orang-orang yang sabar ni ... hatinya begitu dekat dengan Allah " ... begitu le lebih kurang !

... so sekarang ni ... aku bertatih-tatih untuk belajar sabar selagi terdaya ... walaupun berkali-kali hati meronta-ronta dan menjerit ingin melampiaskan amarah ...

... sabar lah hati !

Thursday, June 23, 2011

mok & bucuk



... ni gambar mok dan bucuk ! lena bersantai kat kotak kraftangan aku ... patut le bila aku panggil sekor pun x datang ... mok ( ... yg warna kelabu tu ) x sepenuh masa dalam rumah ... sebab bila malam aku letak dia dalam kandang sama ngan mak dan bapak dia ... tapi si bucuk tu memang sepenuh masa kat dalam rumah ... si bucuk ni ada sejarahnya sendiri sebab aku yang potong tali pusat dia dan satu2nya yang hidup dari lima ekor yang lain ...

... akhir2 ni aku perhatikan ... mok dan bucuk ni lebih berfungsi sebagai alat terapi untuk bapak , moga ianya akan berterusan ... bila dipanggil jer ... mok dan bucuk akan masuk kat bilik bapak ... dan bapak akan bercakap2 dengan mok dan bucuk ... !

... kekadang aku terasa semakin jauh bila dengar bapak seakan bersembang dengan mok dan bucuk !


* ... huhuhuhu !!


Thursday, June 16, 2011

Dari Dalam Diri

Dalam diriku
Ada akal memilih jalan
Ada hati menyimpan perasaan
Ada naluri menuntut kebiasaan

Dalam tanganku
Ada telapak untuk menadah
Ada jari untuk menghulur
Ada ruang untuk bermunajat

Dihadapan kakiku
Ada becak mesti dihindiri
Ada batu mesti dilangkahi
Ada debu mesti dijauhi

Dalam hatiku
Hanya ada tauhid ilahi
Kejap bertunjang berakar umbi
Dari rahim ibu ke liang yang satu

* ... bicara dari hati ... untuk mereka yang x pernah mengerti !

kempen ' 15 min Reading Break '

.. macam x kena jer gaya nak gi sawah !




... yang ni baru kena ! steady su ...




... isk ! isk ! macam baru nak belajar pasang umpan ...


melepaskan lelah di kunci air ... en.mi , su & sabah

sementara menunggu oder ... sempat gak membaca !




... gambar ni dirakam semasa promo untuk kempen '15 min reading break ' kat sawah padi Parit Satu Cabang , Sungai Besar ... membaca 15 minit di mana jua anda berada dari jam 10.45 - 11.00 pagi ... lokasi sawah padi ni di pilih sebab Sg.Besar ni memang terkenal dengan sawah padi ... !

... x tahu lah ! gaya aku sesuai ke x untuk ke sawah padi ... kira ok le tu ... hehehe ... semasa gambar dirakamkan ... aduss ! berpeluh jugak walaupun angin bertiup ... terasa insaf tau ... macam ni le susahnye pesawah menyediakan makanan rutin rakyat Malaysia ... bagus jugak
kalau bawak mereka2 suka makan x habis dan membazir ... !

... sebenarnya banyak lagi gambar yg dirakam tapi x leh update banyak gambar ... komputer

ni lembab sangat ... tu yang buat x berapa nk rajin update gambar ... pada kekawan yang nak tengok gambar yang aku rakam tu ... mai le datang lib daerah !

... untuk semua yang bertandang kat blog ni ... " jom kita ramai-ramai meriahkan Pesta Buku
Negeri Selangor ... bermula dari 26 Jun - 3 Julai 2011 " ... dan jangan lupa lak kempen ' 15 min
Reading Break " yang akan dilancarkan pada 26 Jun 2011 ... lokasinya di Pusat Konvensyen
Shah Alam ( SACC ) ... datang ye !


" Berhenti sebentar ... , jom baca ! "



* ... baru habis baca buku yang keempat ... harap dapat capai 12 buku untuk 2011 ( x termasuk buku novel tau ! )






Wednesday, June 8, 2011

cuti lagi ... !

tarikh cuti : 9 - 11 Jun 2011

cara cuti : cuti tahunan

tujuan cuti : ~sibuk .. hehehe

makluman : yang b'kenaan &

kekawan kat ofis

:-)

kiriman utk honey !



... tertunai sudah janji untuk honey ! .... ni cerita bulan lepas ... masa chat dengan honey ... dia kata rindu nak makan tempe goreng yang aku masak ... tapi agak mustahil untuk di realisasikan ... sebab lokasi antara kami dah semakin jauh .... huhuhu !!


* ... harap honey gembira menikmati tempe goreng ni walaupun bukan hasil tangan akak !

miss u so much !

Monday, June 6, 2011

... alhamdulillah



... syukur alhamdulillah ... akhirnya ada jawapan sahih ! ... hampir 17 tahun mempertahankan rekod memberi yang terbaik .... nyaris tercalar hanya kerana warna merah ... yup ! hanya kerana warna merah ...



" ... kalau kita x salah ... Dia akan berikan ruang untuk kita cari kebenaran " ... itu kata yatie ( thanks a lot ... sebab selalu ingatkan aku ! ) ...





Wednesday, June 1, 2011

rehat !



tarikh cuti : 2 - 3 jun 2011

cara cuti : cuti tahunan

tujuan cuti : ~~ rehat ~~

makluman : yg b'kenaan

dan kekawan kat ofis

;)



alamak ! merah lagi ....


alamak ! dakwat merah lagi ...

setiap hari tekad disemat dalam hati

" esok x mahu merah lagi ... "

tapi kita hanya merancang ... Dia jua yang menentu segala

semoga hari2 mendatang hanya ada dakwat biru dan hitam

x mahu merah lagi

walaupun itu tanda berani !


* ... :-)


Tuesday, May 31, 2011

kongsi



... kali ni aku nak kongsi cerita pasal kongsi ... bukan le filem kongsi yang tengah hangat ditayangkan atau pasal kongsi gelap ... ! ... ni cerita pasal kongsi atau dalam istilah orang putih ... share !


... sejauh mana kita sanggup berkongsi ? ... ermmm ... bab kongsi bukan mudah tau ... sebab bukan semua benda /perkara boleh dikongsi ... ada gak yang agak sensitif bila cakap pasal kongsi ... hehehe


... tapi yang aku nak kongsi ni ... berkaitan perkongsian ilmu ... masa zaman sekolah dulu ... kekawan yang diberikan anugerah " pandai " ( ... atau perasan pandai ! ) memang liat bila sampai bab kongsi ni ... mungkin takut ilmu berkurangan kalau berkongsi ... al maklum lah bebudak masa tu kan !


... tapi ada gak dikalangan kita ni ( ... bukan lagi bebudak ) yang masih rasa takut2 nak berkongsi ... bukan le kedekut ilmu ... tapi takut orang dikongsi ilmu tu akan lebih pandai daripada yang memberi ilmu ... boleh gitu !


... apa pandangan aku berkaitan kongsi ? ... kalau setakat nak kongsi ilmu atau pengalaman berkaitan kerja ... x jadi hal ... insyaAllah ... boleh jer ... tapi bukan le copy paste ... kena le ade usaha sendiri dari mereka yang ingin berkongsi ... kalau x macam meniru dan menipu pulak ! ilmu yang baik kena dikongsi agar manfaatnya berterusan walaupun kita dah x de lagi !


... yang kita wajib berhati-hati bila berkongsi cerita yang melibatkan peribadi ... takut dibelakang hari akan memusnahkan diri sendiri !


* .... kongsi duit ? ... no ... no ... no ... no ... no ... !!!!