Saturday, November 26, 2016

Ariel Fattah

Ariel ( satu tahun ) bersama Acu Ijah ( siti khadeeja )

baby Ariel bersama Abah ( Khairil Ajmain )

Wednesday, November 23, 2016

PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN ' Warisan Bangsa Melayu '






Dirgahayu VS Fitrah Pujangga

Pak Pandir

Persembahan kebudayaan

... Cerita minggu lepas yang penuh dramatik ... hehehe , pengalaman berpantun dikhalayak yang melibatkan penyertaan dari jabatan dan pelajar IPTA amat medebarkan ... almaklumlah , jika sebelum ni kami berpantun sesama rakan meskipun dari daerah yang berbeza ... itupun aku dah tersasul kerana gabra sangat ...inikan pula dalam Auditorium PPAS ... alahai suasana sejuk kat situ bertambah-tambah sejuknya aku rasa ... !

... Allah permudahkan semuanya ... itu yang aku rasa ... cabut undi dapat nombor satu ... dan kumpulan Dirgahayu wakil Daerah Sabak Bernam & Kuala Selangor ( nama kumpulan ni Pn. Norafidah yang pilih ) juga kumpulan pertama yang akan berbalas pantun dengan kumpulan Fitrah Pujangga ( wakil PPAS - ibu pejabat ) ... tema bagi pusingan pertama adalah masyarakat ... kami diberikan masa 60 saat ( 1 minit ) untuk menjual dan 60 saat membeli pantun ... terima kasih kepada Ayu Jarum ( staf dari Ampang Water Front ) yang mencipta intro untuk kumpulan Dirgahayu ... rasa meremang bulu roma bila dia nyanyi lagu 'Pohon Beringin ' macam dalam film bawang merah tu ... hehehe

... Aura dok atas pentas tu memang buat aku gabra sikit ... kena seratus peratus fokus untuk cipta pantun dalan masa 60 saat ... itulah paling mendebarkan meskipun kawan-kawan boleh membantu tapi diri sendiri kena kerah idea lebih lagi . 

... meskipun x berjaya untuk ke pusingan seterusnya ... terima kasih kepada rakan dalam team Dirgahayu sebab sentiasa support each other ... ayu ( Lib Daerah S/Bernam ) , ayu jarum ( Lib Ampang Water Front ) , Yus ( PD. Parit Mahang - simpanan ) dan Nora ( PD. Tiram Jaya -simpanan )
Pn. Norafidah ( Lib Daerah Kuala Selangor - Pengurus ) dan Milah ( Lib Daerah Kuala Selangor )

... Tahniah kepada peserta dari UIAM yang menjadi Johan ... mereka memang terbaiklah , UiTM Shah Alam tempat kedua dan SUK tempat ketiga .

Tuesday, November 22, 2016

ermmm .... !



...' Allahuakbar ' itulah perkataan spontan yang aku lafazkan bila dikhabarkan mengenai keluhan yang diluahkan oleh seseorang ... tatkala itu juga terimbau kembali situasi minggu lepas ... deringan telefon rumah bertalu-talu berbunyi meskipun aku berhak untuk tidak menjawab panggilan tetapi bila melihat nombor tertera kat skrin ... aku langgar prinsip ' tidak ada urusan berkaitan kerja bila berada di rumah ' 

... ermmm ! x nak komen apa-apa pun ... sekadar ingatkan diri sendiri ' buat baik berpada-pada ...' air yang mengalir tenang , jangan disangka tiada buaya ... mungkin naga pun ada kat situ  ... bohonglah kalau aku kata x terasa hati kan ... hanya tidaklah  sampai nak hantuk kepala kat dinding sebab ini bukan kali pertama aku lalui ... aku anggap ini pengajaran paling berharga .

... apa pun terima kasih sebab beri aku rasa , beri aku peringatan , beri aku pengalaman ... alhamdulillah , semalam semasa memandu balik ke rumah ... aku banyak istighfar dan muhasabah diri ... bila ada yang bertanya itu ini atau bercerita masalah ... x perlu nak noted sangat pun ... sebab kita pun x tahu apa nawaitu dalam hati mereka ... macam serik sangat kan !

Friday, November 18, 2016

... cucu ?




Rayyan Haziq & Aira Sofea


Friday, November 11, 2016

berpantun lagi ...


Bunga dedap cantik berseri
Tetapi sayang harum tiada
Bukan sesuka hati menawarkan diri
Dari tiada , biarlah ada

Berburu rusa di hutan rimba
Dapat rusa berbelang di kaki
Masuk bertanding sekadar mencuba 
Eh ! kena berpantun sekali lagi






Wednesday, October 26, 2016

... begitu adanya


... Kehidupan adalah satu perjalanan yang jauh dan sepanjang perjalanan yang sejauh ini , akan kita lalui jalan-jalan yang bukan sahaja lurus dan rata tetapi berliku , berkerikil , penuh dengan simpang siur , mungkin juga akan beberapa kali terpaksa buat pusingan U untuk sampai ke destinasi yang diinginkan.

... Ada  yang kata ' kita kena positif ' ... ada juga yang kata ' bersabarlah  ' ... dan  ada yang kata ' minum  teh O ais limau untuk sejukkan hati ' ... isk ! nak sejukkan hati x perlu minuman berais bagai, cukup lah dengan zikir yang sentiasa meniti di bibir kita ... aku bukan le individu yang mudah melabelkan individu lain secara negatif , waima berkali-kali terkena pun aku masih cuba bersikap positif sehingga ke satu tahap hatta hati dan minda bersatu  menjurus ke arah negatif pun aku masih berusaha untuk positifkan ... memang bagus untuk bersikap positif sentiasa dan aku mungkin termasuk dalam golongan mereka-mereka yang berusaha untuk kekal positif dalam mengawal stress ... sebab stress akan meningkatkan kadar kolestrol dalam badan .

 ... Hanya ada ketika , aku ingin sangat menyelami atau menyelusuri benak hati mereka yang ada disekeliling ... cara mereka berfikir ... cara mereka bertindak ... bagaimana mereka mengadaptasi cara berfikir dan bertindak dalam wadah kehidupan , kerjaya atau apa sahaja yang melibatkan orang yang berada  di ruang lingkup mereka ... tiada maksud negatif pun sekadar untuk mengekalkan minda positif ... jika terkadang ada sesuatu yang aku lakukan atau aku suarakan bukan untuk menghakimi antara benar atau tidak ... kerana tentunya kamu lebih mengenali atau lebih arif dalam menilai diri dan setiap perlakuan ... hanya jika sesuatu yang kamu lakukan itu natijahnya mengheret sama aku ke dalam rencah ragam yang kamu cipta , sesudah kamu lemparkan dan sembunyi tangan ... kau rasa ?

... Maaf , mengimbas situasi minggu lepas ... aku terkesima jadinya , sedaya upaya aku cuba mengawal diri dari mempersoalan untuk apa lafaz maaf itu ? ... maka berjuta tanda soal yang bertamu dalam minda  ... tapi aku dah berazam untuk sentiasa memaafkan sebab " memaafkan itu seperti melepaskan bara api dari genggaman " isk ! sape nak pegang bara api ... melecurkan tangan beb !

... " Belajarlah ... belajarlah untuk kebenaran " itu ungkapan seorang sahabat , jika diberi pilihan untuk berkata benar tapi menyakit atau sebaliknya ... yang mana satu jadi pilihan ? ... ada ketika kita tahu ... kita lihat ... dan kita lalui tapi amat sukar untuk menyatakan apa yang kita tahu ... kita lihat dan kita lalui itu salah kerana pelbagai faktor yang menjurus ke arah negatif ... sedangkan kita acapkali diingatkan untuk sentiasa positif ... la ni aku agak sensitif sedikit  ( sikit jer ) dengan perkataan positif ... aku akan mula menyelusuri ruang paling dalam kehidupan mereka , bukan cari kelemahan tetapi begitulah  norma kehidupan ,  kata mesti dikota , cakap mesti serupa bikin ... apatah lagi fasa untuk perhati dah lama berlalu .

... Hakikat kehidupan yang tidak pernah berubah adalah kita mahu .. kita  harap ... kita ingin ... kita nak semua mereka yang ada disekeling memahami masalah , situasi , kepayahan atau apa sahaja yang berkaitan dengan kita , anak kita , keluarga kita ( tidak termasuk kerjaya ye )... seolah-olah mereka yang ada disekeliling bebas dari apa yang kita alami ... dan jika ada yang bersuara maka terlihat macam tiada perasaan ehsan ... tidak prihatin atau apa sahaja yang sama makna dengannya ... realitinya kehidupan adalah masalah ... dan masalah itu adalah kehidupan ... !   

... Sesekali cuba kita buat check list apa yang kita buat , apa yang kita bual , apa yang kita fikir ... apa ... apa ... dan apa ? agaknya berapa peratus apa yang kita buat , apa yang kita bual dan apa yang kita fikir daripada apa yang sewajarnya kita buat ... kita bual ... kita fikir bagi memenuhi KPI yang selayaknya ? ... alasan skema kita adalah " tiada manusia yang sempurna " 

... Inilah kehidupan , cabaran dan dugaan tidak pernah berkurang , lalui sahaja dengan kesabaran selagi daya ... kalau ada perkara-perkara yang buat jiwa rasa gelora , hati rasa disakiti , ungkapkan " astaghfirullah " berulang kali ... sesungguh segala kelemahan itu dari diri kita sendiri .
  

Friday, September 23, 2016

#getaranjiwa


 " Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu
Andai dipisah
Lagu dan Irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa .... "


aku rasa harmoni sangat ketika layan bait-bait indah ini
dalam iklan nescafe di tv
tetapi ...
aku menahan rasa saat lagu ini diperdengarkan
lewat corong telefon
hehehe 


Friday, August 26, 2016

... bila telefon berbunyi !




... ini citer semalam , telefon berbunyi diminit terakhir waktu perkhidmatan , bila gagang diangkat dan pengenalan diberi tapi tiada balasan sekadar isyarat talian diputuskan ... memandangkan ini bukan kali pertama  berlaku ... aku anggap yang buat panggilan itu adalah individu yang mengalami masalah keliru dan celaru emosi ... hehehe

... kalau sebelum ini panggilan diminit terakhir waktu perkhidmatan masih terdengar jawaban bila gagang diangkat ... waima jawaban yang diterima agak memusykilkan seperti " ini Guardian Bukit Tinggi " atau " ini Pejabat TNB ke ? " meskipun setiap panggilan yang diterima jawaban dari aku atau staff lain adalah sama sahaja iaitu pengenalan nama tempat telefon ini berada ... tiada jawaban lain pun .

... ada ketika aku mula memikirkan sesuatu ... sesuatu yang boleh merungkaikan rasa musykil ini .. hehehe .... tapi biarlah rahsia !

Wednesday, August 10, 2016

sesekali ...



Sesekali air yang tenang perlu dikocak
Biar gelombang menjadi tsunami
Kerana dari situ baru  kita tahu  
Ada buaya atau phirana
Sesekali air yang jernih perlu dikeruhkan
Biar geruh hingga ke dasar berlumpur
Kerana semakin jauh ke dasar
Tersimpan berjuta khazanah
Sesekali kita kena menguji dan diuji
Untuk membeza antara kaca dan permata
Kenal siapa kawan juga lawan
Budi bersendi ruas untuk dibalas
Pekerti berteras bakti untuk dihayati

Sesekali kata perlu dilontar
Bukan tanda celupar atau biadap
Bukan juga sudah pupus budi bahasa
Sekadar mengota apa yang dirasa
Sesekali kita perlu belajar untuk diajar
Belajar memudahkan bukan menyusahkan
Belajar menilai bukan memandai
Menerima dengan hati bukan rasa

Sesekali itu
untuk kamu
yang berada disekeliling
bicara ini bukan kerana kamu dimusuhi
hanya jauh disudut sanubari
kamu adalah seseorang
yang paling dekat untuk dikongsi
semua cerita.
 


Thursday, July 28, 2016

' Syoknya membaca '


... Pesta Buku Selangor 2016 akan bermula pada 28 Julai hingga 7 Ogos 2016 , lokasi Pusat Konvensyen Shah Alam ( SACC , Shah Alam ) , bagi kami kakitangan PPAS , Pesta Buku Selangor maka akan ada kakitangan yang terlibat dengan kursus atau seminar sepanjang penganjuran Pesta Buku berlangsung . Aku sendiri akan terlibat dengan Program School Of Life ( Sesi 1 ) , School Of Life ( Sesi 2 ) dan Syoknya Kirigami bersama Abang Busran , pada tarikh 1 Ogos 2016 , dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang ... sebenarnya aku teruja sikit untuk tahu apa itu kirigami ... hehehe

Tuesday, July 26, 2016

cerita kertas sehelai



... kerja aku memang tak boleh dipisahkan dengan kertas , kadangkala aku kalut , serabut dan resah gelisah hanya kerana kertas .  Hari ini aku ditegur juga kerana sehelai kertas , aku sebenarnya tidak sangka pun tapi ambil pendekatan hanya ketawa dan senyum seraya menggelengkan kepala , bagi aku mudah jer , sehelai kertas kecil yang hanya mengesahkan tugas pertukaran bekas sanitary pads tu sesiapa sahaja boleh turunkan tandatangan dan sesiapa juga boleh masukkan dalam fail kerana fail itu sentiasa ada sahaja di rak fail .  

... sebenarnya tiada  pun arahan yang menyatakan  si polan atau si polan yang wajib memfail sehelai kertas kecil tu , mungkin atas alasan kebiasaannya aku memfailkan maka ianya menjadi tugasan aku . itulah hakikat yang memang susah untuk ubah , apatah lagi disokong oleh pihak yang memberi arahan .

... alhamdulillah , kerana sehelai kertas kecil itu , aku belajar sesuatu yang amat berharga ... kerja kita , kita settle , lain-lain tugas kalau  boleh bantu , kita bantu dan jangan berkira sangat tugas siapa atau kerja siapa ,  yang paling penting selesai dan kepada yang tugas dibantu kenalah prihatin untuk tugas orang lain pulak .

Tuesday, July 5, 2016

... maaf dipohon

maaf ...
 tutur bicara ada ketika menguris rasa
tingkah laku mengundang curiga
 aku hanya manusia biasa
tiada sempurna
sepuluh jari disusun
salam bertaut maaf dipohon
hapus segala kisah setahun
semoga kehidupan bertambah rukun

buat semua sahabat handai , rakan taulan , saudara mara dan mereka yang singgah
singgah di blog ini ...

Selamat Hariraya
Maaf Zahir Batin


 

Friday, June 24, 2016

bapak


gambar terakhir masa hariraya 2011

Al fatihah buat arwah bapak ( kembali ke rahmatullah pada 10 April 2014 bersama 10 Jamadil Akhir 1435 )

... ada yang tanya mengapa aku x menulis diblog coretan mengenai arwah ... sebenarnya waktu itu aku x punya kekuatan bercerita apatah lagi menulis berkaitan arwah bapak ... sampai saat ini aku masih merasakan seolah-olah bapak ada di rumah macam biasa .

... teringat hari2 terakhir ... bapak memang selalu x sihat ... ada ketika untuk bergerak pun perlu dibantu ... ada masanya dia mengeluh bila terpaksa mengharapkan anak-anak dan cucu untuk bangun ... duduk ... atau ke tandas , aku sedaya upaya memenuhi segala keperluan dan keinginannya .
... mereka kata ' aku kuat untuk melalui semua ini ' hakikatnya aku x sekuat mana pun ... masih ada sendu disebalik tawa ... hanya Allah yang tahu tapi kehidupan perlu diteruskan ... apatah saat menjelang syawal beberapa hari lagi.

... aku dan bapak agak kurang berkomunikasi kecuali hal-hal yang penting ... mungkin kerana aku lebih rapat dengan mak lagipun tipikal anak perempuan mesti akrab dengan emak dan aku tidak terkecuali ... apa-apa urusan semuanya melalui emak ... tapi bila emak dah tiada ( kembali ke rahmahtullah pada tahun Julai 2008 ) aku berusaha untuk membina semula komunikasi dengan bapak walaupun aku tahu bapak lebih senang meluahkan apa yang diinginkan kepada kakak .

... hakikatnya aku tahu bapak sayang semua anak-anaknya mengikut perangai kita sendiri ... bapak kurang berkomunikasi dengan aku sebab dalam banyak perkara kami sering tidak sekata ... dan aku sendiri mengaku tidak akan bersuara jika tidak sependapat dengan bapak ... bersuara bererti aku derhaka ... mungkin juga kami punya satu sikap yang sama iaitu ' keras hati ' ( itu emak yang cakap )

... aku bersyukur kerana bulan- bulan terakhir bersama bapak , Allah titipkan kesabaran yang tinggi ketika menguruskan bapak ... dan bapak juga lebih bertolak ansur dalam soal pemakanan ' bukan x boleh makan tapi kena kurangkan ' itu ayat yang aku cakap .

Al Fatihah ... semoga  arwah ditempatkan bersama-sama mereka yang bertaqwa . amin

Thursday, June 16, 2016

... bila ' orang buku ' jadi pelakon


 .... gambar lama penuh nostalgia ... inilah hasilnya bila 'orang buku ' menjadi pelakon untuk Kempen  ' 15 min Reading Break ' lokasi sawah di Sungai Besar ... kalau x silap gambar ini dirakam pada tahun 2010 dan ada diantara yang posing sakan dalam gambar ni telah menukar kerjaya dan meninggalkan dunia buku .

Friday, June 10, 2016

isk ! isk ! ... kamu lagi ?

 
... bertugas di bulan Ramadhan ni adakala memerlukan extra kesabaran yang jitu , perkara yang sempoi pun boleh menguji kekentalan hati ... apatah lagi jika berurusan dengan budak-budak yang lepak santai kat perpustakaan ... seawal 8.15 pagi dah sampai kat lobby perpustakaan walhal perpustakaan memulakan operasi jam 9.00 pagi ... alhamdulillah ramai pengguna hari ini .

... sedang ralit susun buku di Bah. kanak-kanak bersama Aan tetiba ada budak masuk " eh ! dah pukul 9 ke ? " ... " adik-adik , perpsustakaan dibuka pukul 9 ye ... ada 10 minit lagi , kakak pun belum selesai susun buku " lagipun lantai yang di mop pun belum kering lagi .

... tepat jam 9.00 pagi , aku catatkan 27 pengguna telah berada di dalam Perpustakaan Daerah Sabak Bernam ... bising sikit tu perkara biasa walaupun isyarat senyap telah aku buat ... aku perhatikan sahaja gelagat mereka dari kaunter ... buku-buku yang tadi tersusun kemas dan teratur dah berkalih kedudukannya ... ada yang sekadar melihat gambar ... ada yang sekadar selak sehelai dua muka surat buku dan letak semula ... macam-macam gelagat ada ... ada juga yang menanggis ... yo sape nak pujuk ni !

... sedang bergelut untuk selesaikan minit mesyuarat yang tertangguh hampir 2 minggu sebab nak kasi settle audit dulu ... tetiba terdengar suara

" nak pinjam buku " si kecil meletakkan  satu buku dan kad keahlian perpustakaan
" pinjam satu buku jer ? " itu yang ajukan semasa check out buku tersebut

... dan aku menyambung semula urusan minit mesyuarat yang tergendala ... sekali lagi aku terdengar suara 

" nak pinjam buku " si kecil meletakkan satu buku dan kad keahlian perpustakaan
" pinjam satu buku jer ... carilah buku lagi , boleh pinjam 10 buku tau " aku cuba memancing agar dia pinjam lebih buku tapi dia menggelengkan kepalanya ... aku senyum 

... dan aku menyambung semula kerja-kerja menaip yang tergendala ... dan sekali lagi aku terdengar suara
" nak pinjam buku " si kecil meletakkan buku dan kad keahlian perpustakaan
" isk ! isk !  kamu lagi ... tadi kata nak pinjam satu jer " dalam nada ketawa aku bertanya
" tadi tak jumpa buku ni "  si kecil menjawab sambil senyum simpul menunjukkan buku
" puasa tak hari ni ? " aku tanya lagi
" puasa " jawab si kecil dengan semangat
" alhamdulillah "  

... dan untuk sekian kalinya , aku terus menaip dengan harapan dapat diselesaikan hari ini juga ... dan aku juga berharap agar tiada gangguan lagi ... hehehe

" terima kasih " kata si kecil yang tersenyum dengan 3 buah buku yang dipinjam  mengikut langkah ibunya keluar dari perpustakaan
" sama-sama ... datang lagi ye ... bye ! " aku jawab dengan melambaikan tangan
" bye ! " jawab si kecil ( Ahmad Naufal - aku hafal namanya sebab berurusan 3 kali dalam masa 15 minit ... hahaha )


Thursday, June 9, 2016

Senyumlah wahai hati ...



... terkadang kita ni bila bercakap 'terlupa' kesantunan bahasa ( ini merujuk kepada diri sendiri ) ... itu yang sering aku cuba perbaiki bila berkomunikasi  ... beberapa hari yag lalu terlepas jua kata-kata yang aku rasa meruntun kalbu ... aku rasa kata-kata aku itu bersesuaian dengan logik situasi tapi semasa memandu untuk balik ke rumah ... macam terimbas semula  rentetan seterusnya ... ermm , aku tahu ada perasan yang terasa ... aku ucapkan istighfar dalam hati dan secara lisan astaghfirullah berulang kali hingga aku rasa ada ketenangan dalam hati ... ntahlah , bukankah lebih baik berterus terang daripada pening kepala mengolah alasan yang akhirnya ketahuan juga kebenarannya .

... begitu juga dengan situasi yang dilalui oleh seorang sahabat ... yang terkesan sangat dengan apa yang diperkatakan mengenai diri dan kerjayanya ... x tahu di mana puncanya tapi hakikatnya cerita ini mungkin telah tersebar dengan pelbagai versi yang tidak pasti  benarnya ... janganlah membina rasa gembira dengan kedukaan dan airmata orang lain ... bak kata pepatah ' jangan salahkan lantai x rata , kalau diri sendiri memang x tahu menari ... syukur dengan rezeki yang kita terima dan berusaha perbaiki diri sejajar dengan tanggungjawab yang diamanahkan ... buktikan selayaknya kita, jangan sesekali libatkan orang lain andai ada yang mempertikai ... kesian dehhh ! sama mereka yang terheret dalam masalah kita .

... alhamdulillah audit dalaman telah selesai pada 24 Mei 2016  ( terpaksa cancel cuti yang dirancang awal )... seperti selalu juga tempias tetap terpercik dekat aku ... ntahlah x tahu nak kata apa lagi dah ... bila  selalu sangat melaluinya aku jadi mangli ... sebab mengelak macam mana sekali pun tetap juga kena biasnya ... sekali lagi aku mohon sesangat jangan mudah sentap  pada teguran ( aku x nak guna istilah kritik ) tapi ambil setiap teguran itu sebagai penambahbaikkan dalam kehidupan dan kerja kita bukan menuding jari menyalahkan orang lain ... sesekali tu kena juga meletakkan situasi orang lain dalam diri kita ... apa kita rasa jika terpaksa menggalas khilaf orang lain .

... dua minggu ini penuh cabaran ... inilah pembelajaran sepanjang hayat di Universiti Kehidupan , semua layak secara total tanpa perlu sijil kelayakan ... mungkin ada yang berbangga dengan sehelai kertas yang dinamakan ijazah ... bagi yang x de ijazah ( macam aku ... huhuhu ) kena berusaha lebih sebab x de ijazah untuk dijadikan sokongan ... so  aku kena usaha lebih,  biar pun x de ijazah tapi kualiti tugas setaraf yang berijazah ... hehehe

... Audit Lloyds Register Quality Assurance untuk pembaharuan Sijil MS ISO 9001:2008  telah selesai pada Ramadhan yang pertama  6 Jun 2016 ... alhamdulillah , Allah permudahkan segalanya ... kalau ikut tentatif program yang aku terima , audit akan bermula dari jam 9.am  dan akan selesai sepenuhnya  pada jam 5.00 pm ... apa yang berlaku memang diluar jangkaan , audit selesai sepenuhnya jam 3.00 pm ... tiada tekanan dan semuanya berjalan secara santai ... aku syukur sangat ' terima kasih Allah ' ... terasa hilang semua lelah dan tekanan sebelum audit .

... meskipun audit telah berlalu namun  cerita belakang tabir sebelum audit masih terkesan dalam hati,
banyak perkara yang pada perkiraan aku tidak sepatutnya berlaku jika gerak kerja dibuat secara istiqomah ... aku tahu setiap orang ada cara kerjanya sendiri dan aku pun bukanlah berkira sangat kerana gerak kerja untuk audit memerlukan kerjasama serta persefahaman ... tiada bermakna usaha merealisasikan tugas sendiri dengan jayanya jika gerak kerja yang lain menemui jalan buntu ... audit adalah menyelesaikan tugas secara berkumpulan ... jangan susahkan orang lain dengan kerja kita yang tidak selesai ...

' Senyumlah wahai hati ... teruslah senyum '