Saturday, May 25, 2019

Al Fatihah


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
semoga roh arwah En. Harun Mohamad ditempat bersama mereka yang beriman dan bertaqwa 
~~ amin ~~


Thursday, May 23, 2019

... inilah kehidupan



... inilah kehidupan ,
di luar jendela kayu , kedengaran hujan mencurah deras
sesekali guruh dan kilat saling berbalas
suara si kembang bergema nyaring , barangkali terkena tempias
bingit diserata ruang rumah , akibat terjahan air hujan yang menghemtam bumbung
tiada apa yang dapat aku buat dalam suasana hujan , guruh , kilat 
aku toleh dari bangku kayu ...
' cocik ' lena atas bakul kain 
' re ' melingkar di anak tangga paling atas
' tam '  selesa berguling depan TV


... inilah kehidupan ,
 aku keluarkan  buku catitan kecil dari handbag hitam
buku kecil penuh coretan , cerita dari hati seorang pekerja
lembar demi lembar aku selak hingga terhenti pada satu tarikh
tertera ' jangan ganggu Ramadhan ku ' yang aku tulis untuk luah getaran rasa di jiwa ketika itu
satu hari yang penuh keletihan , lara yang tidak terucap kata
menahan pedih , mengganti amarah dengan sabar
aku bukan sesiapa ,  tidak upaya melawan kata
kuasa dan perintah sentiasa berlegar mendekati dari segenap penjuru
aku penuh rasa percaya ... akhirnya terperangkap antara kuasa , perintah dan percaya

... inilah kehidupan
suatu ketika tersebarnya al kisah
maka bersembanglah mereka dengan ceria
bangga kerana tahu semua cerita
aku yang terdengar ... x tahu nak kata apa 
sekadar mengeluh sahaja yang terdaya
inilah kehidupan kan ! 

... inilah kehidupan ,
lalui sahaja segalanya dengan bersahaja dan bergaya 
( ... meminjam idea yang agak kelakar dan brutal Akmal Arif )
dan sentiasa kekal dengan motivasi diri
Allah kan ada ...
 
 

Thursday, May 9, 2019

... Allah kan ada !


"... Allah kan ada ! " ayat yang sentiasa meniti dibibir ketika menitip nasihat untuk cucu-cucu dan anak-anak saudara dalam memberi keyakinan diri saat menerima ujian dari Nya ... hari ini aku pergunakan ayat yang sama untuk diri sendiri dalam mencari secebis kekuatan , sejalur nur ketenangan ... berkali-kali aku lafaz dengan nada sekadar didengar telinga ... bertali arus juga zikir aku lagukan dari hati yang paling dalam ... Ya Allah , jangan gelap hati aku dengan amarah dan rasa dendam ... aminn 

... Aku istilah kan apa yang berlaku hari ini adalah dugaan ramadhan ... waima berkali-kali aku peringatkan mereka akan perkara ini ... juga aku peringatkan akan natijah yang akan berlaku tetapi mereka punya alasan tersendiri ... aku juga punya alasan tetapi hanya tersimpan kemas dalam hati , x terluah dengan kata ... itulah yang aku x suka dengan sikap aku yang satu ini ... so belum pun selesai tugasan inventori dijalankan ... sudah tular isu yang lebih kepada ketidak puasan hati ... apatah lagi ditambah dengan rencah hasad dan amarah ... aku x suka memanjang isu dan aku juga tidak menduga begitu sekali nilaian kamu pada aku ... aku minta maaf dan terima kasih juga kat kamu yang membuka ruang untuk aku mengenali peribadi kamu sebenar ... terima kasih sekali lagi .

Tuesday, April 16, 2019

Jom Baca ...

NAMA SAYA
HASMAH
DR SITI HASMAH MOHD ALI
( πŸ‘† tajuk buku )

Buku ini menarik untuk dibaca sebab gaya penulisan dan bahasa yang amat bersahaja serta mudah untuk difahami ... dari Bahagian 1 " Anak Pak Ali Bankrap ( Anak , Adik , Kakak ) " yang menceritakan salasilah keluarga besar beliau ... Lahir pada 12 Julai 1926 di Klang dengan beberapa nama panggilan yang begitu mesra antaranya ' Hasmah ' , ' Che Mah ' dan 'Deh - panggilan yang dimulakan oleh adik lelaki beliau Ahmad Razali . 

280 mukasurat yang tidak terasa jemu untuk dibaca ... pengkisahan dipisahkan melalui 6 bahagian dengan tajuk yang berbeza Bahagian 2 " Dr. Hasmah ( Doktor ) " , Bahagian 3 " Sayang ( Isteri ) " , Bahagian 4 " Mummy  ( dan Tok ) " , Bahagian 5 " Datin Seri Dr. Siti ( Isteri Perdana Menteri )" dan Bahagian 6 " Tun Dr Siti " ( Pesara , kononnya ! )

Setiap Bahagian dari buku ini ada kisah yang akan anda buat tersenyum dan tertawa sendirian ... antaranya kisah Selendang Yang Menakutkan ( rujuk m.s 33 ) yang diceritakan secara bersahaja " Semasa saya berumur lebih kurang sembilan tahun , emak mempunyai sehelai selendang panjang jingga yang cantik , yang saya geruni . Dia sering membawanya ke rumah saudara mara kami bila ada upacara pengembumian dan menggunakannya untuk menutup keranda. Setiap kali melihat selendang itu , satu-satunya perkara yang bermain di fikiran saya ialah selendang itu digunakan untuk menutup keranda yang mengandungi mayat di dalamnya. Saya sangat takut . Suatu hari , saya ambil keputusan untuk mengatasi rasa ketakutan saya . Saya mengambil selendang itu lalu melilit , membaluti diri dengannya. Kemudian saya duduk diam-diam sehinggalah saya dapat merasakan ketakutan itu berlalu pergi. Di satulah saya belajar bahawa cara terabik untuk mengatasi rasa ketakutan adalah dengan mengadap atau berdepan saja dengannya " 

Kisah Budak Lelaki Masuk Hospital - dan Kerbaunya Juga ( rujuk m.s 67 ) menyerlahkan sikap beliau yang tidak mudah mengalah dan sentiasa memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik seperti dicatat dalam buku ini " Dalam satu kes , seorang ibu dan merupakan pesakit tetap mengikut kata inspektor kesihatan awam , anak lelaki mereka tidak mahu ke hospital kerana tidak ada siapa yang tinggal untuk menajga kerbau mereka . Mereka mempunyai alasan kerana kerbau itulah satu-satunya punca pendapatan keluarga mereka .  Namun kami perlu memeriksa budak lelaki itu . Maka, saya pun berkata ' Bawa kedua-duanya masuk ... budak itu dengan kerbaunya sekali ' . Semua orang terkejut pada mulanya , tetapi cara itu berkesan . Kami membawa masuk budak lelaki itu serta kerbaunya yang kami tambat di luar wad supaya dia dapat melihat kerbaunya. Ujian ke atasnya disahkan negatif . Maka, kami benarkan dia pulang dengan kerbaunya sekali tiga hari kemudian "

 Ada banyak kisah dan insiden yang diceritakan yang boleh dijadikan panduan dan motivasi diri ... dan yang paling best sisipan gambar-gambar dari zaman kanak-kanak , keluarga besar beliau , lawatan mengiringi Tun M  juga sehingga gambar terbaru beliau ketika buku ini diterbitkan .. 

" moga kesejahteraan berpanjangan hingga ke Jannah untuk Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali "
Amiinn




 Sempena
DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN
#malaysiamembaca #selangormembaca 
kita mulakan dengan membaca buku ini

NAMA SAYA
HASMAH
DR SITI HASMAH MOHD ALI
 ( kalau di Library Pekan Sekinchan ada di rak 900 - 920.7209595 Si )

kalau nak beli harga buku ini RM 80.00 sahaja

Wednesday, April 10, 2019

... teruskan melangkah !


```ingatan mesra seorang sahabat ```

" Dalam kehidupan ini , bila kita berjaya mendaki satu anak tangga ,
kita akan jatuh dua anak tangga ,
teruskan mendaki tangga seterusnya  
jangan putus asa "

 

Thursday, April 4, 2019

... me time !




Sesuatu yang agak lama aku tinggalkan , x berapa nak fokus sangat adalah membaca , kalau dulu sebuah buku boleh selesai dibaca dengan sedikit nota kaki ambil masa paling lama 3-4 hari ... la ni sebuah buku selesai dibaca sepenuhnya ambil masa seminggu ... so banyaknya naskah-naskah yang menunggu giliran untuk dibaca ... masa menjelajah ke rak buku dirumah , rupa-rupanya masih ada naskah yang aku beli masa PBS 2018 kekal dalam balutan plastik ... ditambah dengan belian semasa PBS 2019 , maka bertambahlah juga naskah yang akan menunggu giliran panjang . 




Hobi yang satu ini memang dekat dengan hati walau kekadang tu berbulan-bulan x pegang mesin jahit tetapi seminggu sekali tetap gak usahakan untuk pegang jarum sambil ditemani manik dan pelbagai bentuk serta jenis butang ... hilang rasa lelah bila dah mengadap kain dan perca ... terima kasih kepada arwah emak yang menurunkan ilmu jahit menjahit ni ... sekurang-kurangnya kalau setakat baju sendiri dan kekawan yang rapat boleh le dipakai bajunya ... ni aku fokus untuk jahit beberapa tote bag untuk memenuhi janji dan permintaan ... prinsip aku tote beg mesti sesuai dengan aura penerimanya ... limited edition gitu !


Rutin yang sukar untuk dilepaskan adalah Sudoku , apatah lagi kalau banyak perkara yang bikin fikiran serabut ... terapi untuk minda aku adalah sudoku ... aku bayangan kaedah penyelesaian seperti aku selesaikan sudoku ... bila dapat selesaikan sudoku aku rasa macam semua masalah aku dah settle ... dalam hp aku ni hanya ada game sudoku jer !



Al kisah yang masih dalam pembikinan ( ... ntah x tahu bila boleh selesai !πŸ˜‰  ) tapi aku usahakan juga untuk menulis walau terkadang tu hampir berbulan-bulan aku tinggalkan kerana kekangan masa dan tiada idea ...lagipun aku hanya menulis pada waktu-waktu malam yang aku susah nak lelapkan mata ... sebab masa itu aku akan menulis nota kaki sebagai penanda aras sebelum aku kembangan idea itu melalui aksara di papan keyboard lak ... ! alhamdulillah setelah melepasi bab 13 ni ... aku rasa lebih bersemangat untuk terus menulis

Ada banyak  me time yang aku nak share ... insyaallah nnti kita sambung lagi !




Tuesday, March 19, 2019

maaf sekali lagi ...


... Syukur Alhamdulillah , aku masih diberi ruang untuk terus menulis ... last aku post pada Oktober 2018 ... lepas tarikh tu , aku memang busy untuk settle semua tugasan ... ditambah dengan selingan dugaan dan cabaran yang tetiba jer ada ! ... so sehingga awal Januari 2019 barulah settle semua ... nak komen atau cakap lebih-lebih pun tidak memberi impak positif ... negatif lagi adalah ... berpegang pada kata " selagi boleh sabar ... bersabarlah "

... So hari ni , aku gagahkan jua jemari ni untuk mengetuk huruf-huruf kat keyboard dengan #akusayangduniaku ... aku mula menulis blog dari tahun 2006 sebab aku memang suka menulis ... dan aku anggap semua yang aku tulis ni macam diari kehidupan ... segala apa yang aku lalui , apa yang aku lihat , apa yang aku dengar , apa yang dikongsi oleh sahabat , rakan atau taulan adalah memori indah untuk dijadikan kenangan atau tauladan .

... Maaf sekali lagi untuk semua yang ada hubung kaitnya dengan tugasan aku ...maaf atas keridakselesaan kamu ... maaf jika kamu terasa hati ... maaf jika kamu stress ... maaf jika kamu terasa seperti diadili ... terasa seperti diperhati ... terasa tidak bebas ... apa sahaja yang kamu ... kamu dan kamu terasa ... dengan rendah hati aku mohon maaf .

... Sejujurnya , aku x pandai bekerja dan bersantai serentak ... atau bekerja dan berhappy2 sekaligus
... itu kut yang buat ramai  makan hati bila kerja dengan aku ... atau sebab aku x boleh berkompromi pada istilah kawtim ... maaf sekali lagi , aku memang berusaha untuk memahami mereka yang ada disekeliling aku ... hingga bab-bab yang mungkin remeh temeh bagi korang ... cuba hari ni kita mulakan dengan checklist kehadiran ... perkara paling sempoi tapi sering menggugat integriti ... first aku merekod kehadiran ditempat baru ni ... 9.10 am dan sehingga kini aku tetap mencatat kehadiran aku mengikut waktu kaki ini melangkahi pintu masuk ... waima persekitaran aku amat bercanggah dengan prinsip tatacara kerja aku ... aku abaikan sahaja " aku sekadar menumpang " kena tahu diri dan jangan langgar garisan ( itu pesan sahabat aku yang jauh nun di selatan ) 😊😊😊 ... adat menumpangkan tapi aku macam dah melepasi garisan jer ... sebab ada yang up status whatssap
 ' lebih baik diam dari bercakap ... tidak sakiti hati orang ' ... jangan lah  risau  aku x terasa pun kalau setakat berani luahkan perasaan di status whatssap atau di mukabuku atau kecoh-kecoh dalam group whatssap yang aku tiada di situ ... 

... Kehidupan ini adalah pilihan , so aku dah tetapkan pilihan ... sentiasa berusaha memaafkan ... memaafkan dan memaafkan ... alhamdulillah aku masih memilih untuk memaafkan ... tuduhan kalau kerja dengan aku stress ? adalah yang paling kelakar ... cer citer part mana yang stress tu ... senang untuk aku perbaiki diri ... part ada kerisauan jika menerima call dari aku ... part gundah gulana kalau aku singgah ... part aku ni suka malukan kawan2 ... dan mungkin banyak lagi part-part yang tidak terdengar oleh aku ... jangan risau aku tetap memaafkan ... πŸ˜„

... Aku ada terima artikel yang agak panjang dari aplikasi whatssap yang dihantar sahabat blogger ainraihan.blogspot.com mengenai The Law Of Garbage Truck ... so sebab panjangnya artikel tu , ditambah dengan paparan handphone yang agak kecik ... memang ambil masa juga untuk aku baca sepenuhnya artikel tu ... usaha untuk faham dan hadam maksud yang tersurat dan berselirat ... tq beb! 

 ... maaf sekali lagi

Friday, October 19, 2018

... pahitnya benar



... Hidup ini adalah pilihan ( ayat inilah yang sering aku semat dalam kotak fikir sebagai motivasi diri ) dan pilihan itu sentiasa ada pada diri kita ... setiap pilihan yang kita buat hari ini hadir bersama risiko yang akan buat kita rasa bahagia atau menyesal kelak ... usah alpa dengan pilihan yang kita buat hari ini waima pilihan ada pada diri kita sehingga mengabaikan panduan dari Yang Maha Pencipta.

... Penghujung 2018 ini aku lalui dengan pelbagai rencah ... terkadang aku terasa amat letih ... ada ketika aku rasa terhumban jauh dalam lubuk kesedihan ... meskipun ini bukan pilihan tapi aku terjebak juga dalam pilihan yang dibuat oleh orang lain ... dan bila aku suarakan situasi ini pada sahabat yang berada nun jauh di Putrajaya " ... ermmm ini dah macam kes buli juga tau ... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ "  respon spontan " buli ni boleh berlaku di mana sahaja ... skop buli luas ... bukan untuk budak sekolah jer ... orang yang bekerja pun akan berlaku situasi macam ni ... tapi istilah yang sesuai adalah mengambil kesempatan ... apatah lagi jika seseorang itu dikesan punya sifat ehsan yang tinggi " ... ek ! pulak dah 😒😒.

... " x usah nak stress sangat ... saya yakin sahabat saya ini tahu apa yang terbaik untuk settle kan apa jua situasi insyaalah ... jika masalah orang lain mengganggu gugat ruang lingkup kehidupan kita ... pulangkan semula masalah itu kepada yang empunya " itu nasihat sahabat yang jauh di selatan ... aku berusaha untuk jauhi stress kerana impaknya lebih kepada kesihatan ( mereka-mereka yang pernah bertugas dengan aku ... akan faham bagaimana situasi jika aku stress ) 

...  Merealisasikan nasihat yang aku terima ni ... so sekarang ni aku dah mula memulangkan semula masalah kepada yang empunya ... ini bukan dendam tau tapi lebih kepada perkongsian sihat cara adil untuk semua ... meletakan masalah kita pada orang lain bagi aku satu penganiayaan ... dan memulangkan semula masalah kepada pemiliknya itu adalah pembelajaran dan pengajaran .

... Alhamdulillah , aku berpeluang bekerja dengan sahabat , rakan dan taulan ... semua pengalaman ini amat memberi makna yang berharga ... bak kata pepatah ' x kenal maka x cinta ' dan ' lain padang , lain belalang ' so sekarang dah kenal mana belalang mengikut padangnya ... mana kaca mana permata ... waima pahitnya dilabel dengan pelbagai , meskipun pahitnya rasa ... aku tetap memanjatkan rasa syukur kerana dengan semua tanggapan dan label yang dilontarkan ini ... aku berusaha untuk perbaiki diri ... muhasabah pada Nya ... melalui semua pahitnya ini dengan lebih sabar ... terima kasih Allah

... Ada ketikanya , apa yang terlihat di mata lebih menyakitkan , kerana mata hanya mampu memandang ... memandang dan memandang ... adakalanya pahitnya benar namun x terlontar dek kata-kata demi menjaga hati dan aib ... ada waktu pahitnya benar mendengar adu domba yang memecah di gendang telinga ... demi ikat ukhuwah aku hanya memandang ... mendengar ... dan berbicara sekadarnya ... itu adalah pilihan aku ... kerana aku yakin benar yang pahit itu akan diketahui juga .

Tuesday, October 2, 2018

... hidup ini penuh dengan kadang-kadang !



... istilah baru yang buat aku gelak sakan bila Akmal mengusik Siti Khadeeja ( sepupunya yang paling muda dalam keluarga ) ... semua gara-gara suka sangat bagi alasan atau jawaban yang ada perkataan kadang-kadang ... 
" ... hidup Ija ni memang penuh dengan kadang-kadang itu ... kadang-kadang ini ... kadang-kadang sana ... kadang-kadang sini ... cuba lepas ni x payah guna perkataan-perkataan kadang-kadang ! " bebel Akmal
" ... habis tu perkataan kadang-kadang tu nak ganti dengan perkataan apa lak " balas Ija
" ... gantilah dengan perkataan kadangkala ke " provok Akmal
" ... isk ! ada gak perkataan kadang + kala ... bukan ke perkataan kala tu kena tambah perkataan jengking ... kala + jengking ... jadi kala jengking " jawab Ija dengan memek muka peliknya 

... teringat pula aku ketika menjawab soalan SPAN minggu lepas ... antara pilihan jawaban adalah perkataan kadang-kadang dan jarang-jarang ... makanya tidak salah Ija menggunakan perkataan kadang-kadang tu ... hanya aku cadangkan Ija guna perkataan ' ada ketikanya ' yang membawa maksud hampir sama dengan kadang-kadang tu ...
" Acik ... nanti ada lak yang cakap hidup Ija ni penuh dengan ada ketikanya " sinis nada suara Ija menyindir Akmal 
" cakap macam tu pun nak merajuk " provok Akmal ... aku hanya memerhati jer dan teruja juga untuk dengar balasan dari Ija tapi hampa sebab Ija ambil keputusan untuk tidak membalas sebaliknya terus membaca buku komik yang ada ditangannya .
" x kisah lah Ija nak guna perkataan kadang-kadang tu ... paling penting orang faham apa yang Ija maksudkan ... janji kita happy sudah " itu kata aku dan disebalik buku komik aku nampak Ija tersenyum ... mungkin dia rasa dah menang sebab aku back up dia !

... hidup ini penuh dengan kadang-kadang
kadang-kadang gembira
kadang-kadang sedih
kadang-kadang suka
kadang-kadang benci
kadang-kadang bahagia
kadang-kadang terluka
okey lah kan !
semua kadang-kadang ini
yang mengajar kita erti 
kehidupan
😍😍😍😍

Wednesday, September 26, 2018

... antara jemput dan cari




... kredit untuk Kisahku-ainraihan.blogspot.my yang menghadiahkan buku comel yang begitu berharga pada aku ... dan kemudiannya buku ini aku hadiahkan pula kepada Akmal Arif ( anak saudara ) yang ketika itu bekerja jauh nun di pantai timur ... masa aku bagi buku ni " Acik ... kat tengah-tengah laut tu ... x tahu lah sempat ke idak nak membaca " itulah ayat yang keluar dari mulut Akmal bila aku selitkan buku ni di beg sandangnya " bawak jer ... bukan besar pun ... nak tidur malam kalau x penat ... kalau x baca pun selak-selak jer mukasurat nya  " tegas nada suara aku " ye lah " jawab Akmal .

... kisah antara jemput dan cari ni selalu aku share dengan dua lagi anak saudara aku yang sudah berkeluarga ... Khairil Ajmain dan Khairil Affendi ( abang kepada Akmal ) ... konsep yang selalu aku perbetulkan adalah dari segi pemahaman ... sebab bagi aku istilah yang acapkali digunakan dalam mendapatkan rezeki adalah mencari ... bayangkan kalau rezeki itu dicari ... istilah cari itu sendiri sudah cukup merumitkan dan akan ada keluhan ketidak cukupan selalu ... sebab kita x tahu rezeki tu di mana ? ... kalau rezeki dijemput maka segalanya akan lebih mudah sebab kita dah tahu punca rezeki tu  di mana ... sebagaimana yakinnya kita atas perkara-perkara seperti ajal maut ... jodoh pertemuan dan rezeki adalah ketentuanNya ... setiap rezeki kita semua dari Yang Maha Esa , majikan hanya orang tengah ... selalu aku pesan pada Along ( Khairil Ajmain ) dan Didi ( Khairil Affendi ) ... bila kita bekerja , lakukan dengan bersungguh kerana kerja adalah amanah dan ibadah ... aku amat memahami cabaran bekerja di bandar dengan kos sara hidup dan pelbagai rencah yang akan buat kita hilang arah jika tidak diperbetul nawaitu ...

... hari ni Akmal Arif ada interview , dan dalam perjalanan dia menghantar aku ke ofis pagi tadi ... sempat gak aku ingatkan dia akan konsep jemput dan cari ... ingatkan dia pasal nawaitu hari ini adalah untuk jemput rezeki ... jaga adab ketika di interview ... kena yakin diri ... berlaku jujur dengan diri sendiri dan nyatakan yang sebenar ... bagi aku mudah ' jika langkah pertama dalam menjemput rezeki kita dah x berlaku jujur ... mana kan dapat keberkatannya '  



Wednesday, September 12, 2018

#maafkalauterasa !


#maafkalauterasa ... aku pilih tajuk ni , sebab apa yang akan aku tulis adalah cerita dari hati ... banyak sangat perkara-perkara yang berlaku di persekitaran yang buat aku rasa sesuatu dalam hati dan jadi stress ... so pesanan ala-ala manja dari sahabat yang jauh nun di selatan ... " jaga jantung ... jangan stress , apa sahaja yang kita buat kena sayangi diri ... pentingkan diri ... hargai diri ... kalau ada sesiapa yang berani mengugat atau kucar kacirkan apa yang kita sayangi ... yang kita pentingkan dan yang kita hargai ... pulangkan semula semua itu kepada mereka ... bagi mereka rasa sama apa kita rasa ... hidup mudah jer ! " hehehe

#maafkalauterasa ... dah lama sangat dan sangat lama dah ... situasi yang sama , perkara yang sama , alasan yang sama ... dah macam habit pada mereka dan bagi aku lak macam dah lali dengan keadaan ni ... sehingga pada waktu-waktu tertentu dah mengalahkan cikgu sekolah ... semak ... semak ... dan semak lagi pastu baru boleh key in data semua dalam komputer ... mesti ada yang kata " dah memang tugaskan ! " ... alhamdulillah , aku syukur sangat dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk melakukan tugas ini ... malah aku lakukan tugas yang sama ini dari jawatan sambilan waima hanya untuk tempat aku bertugas sahaja ... sehingga berjawatan tetap dan bertugas ke daerah lain ... ini juga lah antara tugas aku ... dan aku berpindah semula ke daerah di mana aku bermula ... aku masih melakukan rutin yang sama ... x jadi hal pun ... sebab bila kita suka kerja kita ... insyaallah Allah mudahkan lain ... hanya kadangkala jauh disudut hati terdetik juga ... sampai bila agaknya  ... situasi yang sama , perkara yang sama , alasan yang sama akan bernoktah ... secara total ramai terasa hati ... kecil hati ... benci ... marah ... #maafkalauterasa ... aku faham tiada siapa pun suka bila ditegur apatah lagi jika melibatkan kerja ... dan aku pun tahu pelbagai tanggapan di berikan pada aku ... ada yang kata aku ni detail sangat ... suka cari salah ... ermm ! ntahlah ... selagi aku boleh sabar ... aku sabar ... selagi aku boleh settlekan sendiri ... aku usaha settlekan ... tapi cer korang berada di situasi aku ... maklumat salah hantar , x lengkap , salah kira ... pastu aku kena call dan minta betulkan semula ... kalau korang kata " biasalah manusia x dapat lari dari buat silap " dan " masih banyak yang saya kena belajar " alasan macam ni untuk kali pertama mungkin nampak manisnya ... kalau dah bertahun masih alasan yang sama ... agak x relevankan ... !

#maafkalauterasa ... aku bukanlah saja " suka kecoh dan burukkan kekawan " seperti yang tersebar dalam group whatssap ... rasa banggakan bila  dapat meluahkan apa yang dirasa pada kekawan dan dapat pula reaksi sokongan ... walhal kesahihan cerita belum tentu betul ... ada yang matikan talian sebagai protes tidak sudi mendengar ... ada gak yang hempas pintu sebagai tanda protes ... dan pernah juga dituduh tidak berguna ... apa yang aku rasa ketika itu ? ... semua ada ... banyak rasa sedih ... sedikit rasa marah ... sekelumit rasa serik ... tapi langsung x de dendam pun ... sebab dendam x akan bawak kita ke mana pun , hanya akan  menyemakan minda jer ... tetapi semua yang aku lalui ini akan buat aku lebih berhati-hati ... !

#maafkalauterasa ... ada gak yang tanya " mana Miskiah yg dulu yg steady je ! " ... bila berdepan pelbagai duga dan uji segala ... ada jer ! takut akan lebih ramai yang makan hati lak ! hahaha , lagipun dalam kehidupan ni perlu ada anjakan paradigma ... perubahan persekitaran dan anjakan usia juga menyumbang ke arah perubahan cara melalui semua rencah yang ada disekeliling kita ... apatah lagi ketika ini aku sedang berusaha keras mempraktikkan bait-bait ayat dalam kebanyakan buku yang dibaca ... rasa rugi dan x ke mana kan ... kalau apa yang kita baca hanya sekadar memenuhi tabiat membaca tetapi tidak dipraktikan ... so baca ... faham ... dan amalkan dalam kehidupan seharian .

  #maafkalauterasa ... maaf kalau terasa tau ... sebab kalau x dimaklumkan ... mereka akan lakukan ... lakukan ... dan lakukan tanpa noktah sebab mereka x tahu yang aku terasa ... !! πŸ˜„πŸ˜„

kamu ... kamu ... dan kamu ... dan kamu
#maafkalauterasa 
 

Saturday, August 25, 2018

arghhh ... !


" Jangan takut jatuh , karena yang tidak pernah memanjatlah 
yang tidak pernah jatuh ...
Jangan takut gagal , karena yang tidak pernah 
gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah ...
Jangan takut salah , karena dengan kesalahan yang pertama
kita dapat menambah pengetahuan untuk
mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua "
~~~ HAMKA ~~~~


... Aku terkejut dan sama sekali tidak menyangka kerana menjaga reputasi dan kelangsungan untuk mencapai atau memenuhi piawaian ketetapan yang dicipta oleh manusia sampai ada yang tega membelakangkan kebenaran  ... ada rasa sesuatu dalam hati ... difikiran sarat dengan tanda soal ... aku merenung lama petak-petak dalam excel yang memaparkan angka-angka cantik tersusun bagaikan tiada nilai ... hanya pada zahirnya ... hakikat kebenaran sebaliknya ... dan aku rasa keletihan amat sangat !


Friday, August 17, 2018

Beritahu Hal Sebenar




Alhamdulillah , akhirnya selesai sudah buku " KULIAH TERAKHIR - THE LAST LECTURE " aku baca ... buku karya Randu Pausch diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Elainee Hassan dan Wan Norazah Wan Chik , diterbit oleh ITBM ( Institut Terjemahan & Buku Malaysia ) pada tahun 2015 , buku ini adalah antara koleksi buku terbaru yang ada di Perpustakaan Pekan Sekinchan .
 
Aku suka buku ini sebab gaya bahasa dan penulisan yang mudah difahami ... ringkas tetapi penuh dengan pengajaran ... terbahagi kepada 6 bab dan dari setiap bab ada lagi beberapa pengkisahan yang amat menarik ...ada juga diselitkan gambar-gambar penulis dan keluarga serta rakan taulan ...buku setebal 234 mukasurat ini boleh dijadikan bahan bacaan santai yang boleh memberi impak positif kepada pembaca ... harga buku RM 40.00 sahaja ... kalau di Perpustakaan Pekan Sekinchan , susun atur buku ini di rak PSIKOLOGI - No Klas buku : 158.1 Pa 
 
Daripada 6 Bab yang terdapat dalam buku ini ... aku nak share satu penulisan dari Bab V ( PANDUAN MENGHARUNGI KEHIDUPAN ANDA ) dan aku pilih tajuk 48 , mukasurat 179 
 
" Beritahu Hal Sebenar "
 
Jika saya diberikan tiga patah perkataan untuk nasihat , perkataan
tersebut ialah "Nyatakan yang benar. " Jika saya diberi tiga lagi 
perkataan , saya akan menambah:"Pada setiap masa."Ibu dan Ayah 
mengajar saya bahawa "Kamu adalah sebaik kata-kata kamu," dan
tiada cara yang lebih baik untuk menyatakannya
 
Kejujuran bukan sahaja benar secara moral, tetapi juga cekap . Dalam
budaya semua orang bercakap benar , anda dapat menjimatkan
banyak masa untuk memeriksa buat kali kedua. Semasa mengajar di
University of Virginia , saya amat suka akan kod kejujuran. Jika pelajar
sakit dan perlu mengambil peperiksaan pada hari lain , saya tidak perlu
membuat soalan baru. Pelajar hanya perlu "berjanji"bahawa dia 
tidak akan bercakap dengan sesiapa tentang peperiksaan tersebut , dan
saya akan memberi peperiksaan yang sama.
 
Manusia menipu kerana banyak perkara , selalunya untuk
mendapatkan apa yang diinginkan tanpa bersusah payah. Namun,
sebagaimana strategi jangka pendek lain , ini tidak akan berkesan
untuk jangka panjang .Anda akan berjumpa juga dengan mereka pada
kemudian hari , dan mereka akan ingat kepada anda kerana anda pernah
menipu mereka. Mereka juga akan memberitahu orang lain tentang
penipuan anda. Inilah yang menghairankan saya tentang sikap menipu.
Kebanyakan orang pernah menipu menganggap mereka akan
terlepas ... namun , hakikatnya tidak .
 
 ... Hakikatnya dalam realiti kehidupan hari ini ... " beritahu hal sebenar " semakin sukar untuk direalisasikan ... di mana kedudukan kita ...? 

Wednesday, August 15, 2018

segenggam pasir menjadi gunung




19 Julai  ... 

... aku memandu balik dari ofis dalam keadaan sebak ... sepanjang perjalanan itu aku biarkan sahaja air mata mengalir dan zikir dalam hati ... Ya Allah ampuni segala khilaf yang  aku lakukan yang telah menguris hati-hati mereka yang ada disekeliling aku ... sesungguhnya Ya Allah mereka adalah antara yang aku kasihi ... mereka tidak bersalah ... aku yang bersalah kerana tidak berusaha lebih untuk memahami mereka ... terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hati ini ...coretan luahan di mukabuku menyedarkan aku ... terima kasih kerana mengajar aku erti kejujuran ... aku doakan moga terus istiqomah niat berusaha untuk menjadi sejujurnya manusia .

... Setiap kehidupan ada kisahnya yang tersendiri ... begitu juga setiap insan ada dugaannya yang tersendiri ... kisah dan dugaan inilah yang akan mengajar ... mengasuh dan mengasihi dalam rentetan cerita kehidupan insan hingga ke noktah ... bagaimana aku melalui hanya Allah dan diri sendiri sahaja yang tahu ... kerapkali aku jatuh tergelincir dan kerapkali juga aku berusaha untuk bangun semula ... jangan give up untuk terus berusaha buat yang terbaik untuk diri sendiri dan mereka2 yang ada disekeliling ... x kisah lah mereka nak kata apa pun ... semua kata nista ... tanggapan salah yang tersebar ...pelbagai gelaran diberi ... aku diam dan sedaya untuk bersabar ... sebab mereka x faham nawaitu aku ... dalam banyak perkara aku berusaha sebaik mungkin untuk memahami gelodak rasa mereka ... menyelami situasi ... menyantuni mereka agar tidak terguris rasa ... tapi pernah x mereka berusaha untuk memahami gelodak rasa aku ... menyelami situasi yang aku lalui ... menyantuni aku agar aku tidak rasa terguris ... 

... Antara aku ... kamu ... dia dan mereka memang berbeza dan perbezaan ini menjadi jurang yang amat sukar untuk dihimpun dalam satu kawah sefahaman kerana perbezaan cara berfikir ... sikap ... tabiat dan sejuta macam kerenah ... ada kalanya aku bersyukur dikurnia hati kering ... so dalam banyak hal berkaitan bidang tugas ... aku usaha juga untuk dapatkan maklumat tepat waima ada yang x gembira dengan situasi ni ... nampak macam kejam sangat kan ! ... seolah-olah macam saje nak cari khilaf kan ! ... aku sedar dan selalu ingat diri " aku bukan sesiapa pun "  ... tapi aku janji yang ditanda tangani sejak lama dulu mengikat aku ... mungkin tidak bagi kamu ... kamu ... dan kamu kerana kita punya pandangan yang berbeda .

... Aku ibarat seperti mengenggam pasir meskipun hanya beberapa butir sahaja yang akan kekal dalam genggaman jika dikumpul secara istiqomah ... insyaallah akan menjadi gunung ... segala yang aku lakukan hari ini bukan kerana larian semakin menghampiri garisan penamat ... bukan ! apa yang aku lakukan hari ini tetap sama seperti hampir 31 tahun berlalu ... berusaha menyelesaikan amanah ini dengan sehabis baik ... itu sahaja !
buat sahabat-sahabat yang memahami dan turut sama membantu aku dalam usaha menyempurnakan amanah ini ... terima kasih

... Setiap dari kita berhak memilih bagaimana kehidupan ini untuk dijalani dan setiap pilihan diiringi dengan tanggungjawab serta risiko ... apa sahaja pilihan kita akan ada natijah pada diri atau mereka yang ada disekeliling ... begitu juga bila kita memilih memudahkan atau merumitkan ... menyenangkan atau menyusahkan ... menggembirakan atau menyakitkan ... acapkali kali pilihan yang kita buat itu memudahkan urusan kita tetapi merumitkan mereka yang ada disekeliling ... ada ketika pilihan kita menyenangkan hati kita tetapi menimbulkan lelah pada orang lain ... kerapkali pilihan kita menggembirakan kehidupan peribadi kita tetapi mendatangkan jerih pada insan lain .

... Ingatan buat diri sendiri atau sesiapa yang nak share ( ... tiada paksaan ) ... ayat-ayat yang aku tulis ini adalah perkongsian dari seorang sahabat yang sentiasa berusaha untuk kebaikkan semua mereka yang ada disekelilingnya ... andai sedikit ilmu yang Allah pinjamkan ini dapat memberi manfaat ... atau dapat meringankan beban ... atau dapat memudahkan yang susah ... atau dapat menghilang jerih ... mengapa pilih yang sebaliknya kan !
 

Tuesday, July 31, 2018

... budaya tangan kiri




... Sesuatu yang kerap kita lakukan dalam kehidupan harian ... mungkin dah jadi kelaziman maka menjadi janggal lak kalau x buat ...  nawaitu memang dah cantik nak memberi seikhlas hati tapi macam ada rasa sesuatu lak bila tertera lak nama yang memberi ... ini citer malam 1 syawal yang lepas ... adik aku ni memang pemurah dengan anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara ( x ramai mana pun cucu saudaranya 5 orang jer ... Areil Fattah , Rayyan Haziq , Khalif Iman , Aira Sofea dan Aisyah Amani ) so malam tu sambil nunggu rendang dan ayam masak kicap masak ... sibuk le adik aku ni masukkan duit dalam sampul raya yang comel untuk anak saudara dan cucu saudara ... tertiba " ada kertas dan pen x , pinjam kejap ? " tanya adik aku ... " nak buat kertas dan pen ? " tanya aku ... " nak tulis nama kat sampul raya ni " jawab adik aku ... " bagi jumlah yang berbeza ke untuk budak-budak tu " aku tanya lagi " x de lah ... sama jer jumlahnya ... untuk cucu-cucu aku sedekah lebih sikit biar mak bapaknya simpan dalam bank ... " kata adik aku " kalau sama jumlah nak buat apa letak nama ... kalau ikhlas nak bagi , tangan kiri jangan sampai tahu " ... kias aku untuk adik aku " ye lah " selesai dia masukkan duit dalam sampul raya " nah duit raya untuk kakak ku ... tahun ni dapat bonus sebulan jer kan !  πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…" dia hulurkan sampul raya kat aku " mak ai ... dapat jugak ... moga tahun 2018 lebih ramai orang tempah baju dan repair baju ... aminn " ( aku dah faham mengapa bebudak happy jer bila dapat duit raya ... rasanya bagai dunia milik ana ! ) 

... Budaya tangan kiri ni , aku cuba kurangkan dalam rutin kehidupan harian ... baru-baru ni seorang sahabat bertanya pendapat aku ... perlu ke chop perkataan sumbangan di bahan yang nak disumbangkan tu ... x perlulah chop , insyaallah pahala akan mengalir selagi Al Quran itu dibaca oleh pelajar-pelajar tahfiz ... bagi aku biarlah naskah Al Quran diberi itu sama sahaja dengan Al Quran yang sedia ada di situ ... tidak dibezakan dengan perkataan sumbangan ... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ... wallahuakhlam
 
... Ada ketika memang x dapat dielakkan pun budaya tangan kiri ni atas alasan keperluan  tapi biarlah setakat perlunya sahaja ... bagi aku budaya tangan kiri bukanlah khusus semasa memberi sahaja ... dalam melangsaikan tugasan pun berlaku juga , samada kita sedar atau tidak ... apatah lagi jika apa yang kita war-war itu memang rutin yang melibatkan bidang tugas kita ... rasa janggalkan ! pernah x kita sebar luaskan rutin harian yang dah memang jadi tabiat ... contohnya ... gi ngeteh atau ngopi kat warong time yang x sepatutnya ... keluar dengan alasan urusan kerja walhal urusan peribadi yang lebihnya ... x de kan !  ... hehehe

... 

Thursday, July 19, 2018

... eh !



 gambar lama penuh memori


... gambar lama  muncul kembali di laman fb seorang teman yang mengundang nostalgia buat aku dan mungkin juga rakan-rakan lain yang ada gambar ni ... cepatnya masa berlalu ... dulu kami berteduh di bawah satu bumbung ... la ni kami bertebaran di lokasi berbeza tapi hubungan akrab tetap terjalin ... alhamdulillah

Thursday, July 5, 2018

Harga dewasa





... Kehidupan ini adalah perjuangan yang tidak pernah selesai sehinggalah Yang Maha Pencipta meletakkan noktah ... apa yang aku lalui barangkali tidak akan ada samanya dengan apa yang kamu lalui meskipun kita bernafas dalam dunia yang sama ... perbedaan inilah yang merencah kepelbagaian dalam rutin kita seharian ... ini juga yang mewujudkan berjuta pandangan ... beribu pertentangan yang adakala merimaskan ... beratus salah sangka yang acapkali mencetus sengketa ... tapi usah resah ... usah putus asa ... dalam setiap juta pandangan akan ada satu pandangan yang benar .... dalam setiap ribu pertentangan akan hadir kedamaian ... dan setiap ratus salah sangka akan ada satu lorong penyelesaian .

... Kehidupan ini juga ada ketika memberi kita banyak pilihan ... setiap pilihan akan terheret sekali dengan risiko yang akan membuat minda  bekerja atau statik ... banyak kiasan atau perumpamaan yang aku kutip dan catatkan dalam buku nota ( ... sehingga Ija melontarkan pertanyaan ' perlukah orang yang dah bekerja mencatat apa yang dibaca ... bukan ada exam pun " ).. ermm ... ntah ye , mengapa aku suka mencatat ... mungkin juga sebab aku  ni memang suka menulis atau sebagai kata kunci yang akan aku gunakan untuk update post kat blog πŸ˜πŸ˜†πŸ˜†

... Kata-kata yang aku suka dan terperap lama dalam buku nota antaranya " kalau nak berjaya dalam apa juga yang kita lakukan kena lihat dunia dari mata burung bukan dari bawah tempurung " bait-bait ayat ni juga yang aku semat ketat dalam minda ... bila aku rasa down dalam mengotakan sebuah amanah hanya kerana  perlakuan dan kata-kata negatif ... aku anggap sahaja mereka melihat dunia dari bawah tempurung ...nampaknya saki baki hati kering masih ada dalam diri ini ... ada ketika tanggapan mereka disekeliling kita hanya berasaskan apa yang terlihat dek mata tanpa mengetahui apa yang ada jauh disudut hati ... dan kita pula tidak berupaya untuk memperjelaskannya satu persatu ... yang terbaik aku lakukan adalah diam .

... Kenangan mengusik jiwa masa mula-mula masuk kerja ... banyak yang aku belajar dari jiwa pelajar kepada jiwa orang bekerja ... jiwa sensitif remaja kepada jiwa kental ala-ala orang dewasa ... kununnya ! ... mengubah cara berfikir dari remaja kepada dewasa ... mengubah sikap dan perlakuan bersesuaian dengan persekitaran ... arwah mak jadi penasihat dalam semua gerak laku aku ketika itu ... sebab setiap kali balik kerja ada sahaja perkara yang berlaku kat ofis aku citer ... seorang ibu akan sentiasa beri nasihat tanpa prasangka mereka yang bekerja dengan aku pada ketika itu ... " jaga kerja macam  jaga rezeki kita " itu pesan arwah emak ... memula tu memang aku x faham langsung makna disebalik kiasan ni ... bertahun aku abaikan kata- kata keramat ni sehingga aku berhijrah ke Library Tanjung Karang .

... Dugaan akan datang dan pergi tetapi kesabaran , pendirian dan cara berfikiran akan tetap kekal sehingga diri sendiri mengubahnya ... banyak situasi yang tidak menggembirakan berlaku dihujung-hujung perkhidmatan ini ... terima kasih Ya Allah menitipkan kesabaran ... kecekalan ... membuka ruang-ruang penyelesaian yang ada kala x disangka pun ... inilah harga dewasa yang amat bernilai untuk hamba Nya . 

Tuesday, June 26, 2018

... satu hari lagi



... Pesanan yang selalu aku titipkan untuk Siti Khadeeja " setiap hari dan setiap kali kita bangun dari tidur ucaplah - syukur alhamdulillah sebagai tanda terima kasih kepada Allah kerana meminjamkan satu hari lagi untuk kita " ... itulah yang kerap aku lakukan setiap kali ada perkara yang aku nak share ... aku suka guna kiasan sebab nak lihat reaksi spontan dari Ija ... selalunya taktik menjadi sehinggalah semalam ... taktik ni macam gagal jer πŸ˜…πŸ˜…... bila aku ulang tayang ayat ni dengan nada suara yang sama ... reaksi Ija " kita dah tahu acik mesti nak cakap ... hehehe "  alamak ! kena cari idea lain untuk tackle reaksi spontan Ija ... sejak dia dah minat baca buku motivasi ni ... nak bermadah berhelah pun kena hati-hati sebab ada jer jawaban yang kadang-kadang buat aku lak pening lalat untuk balas balik ... ada sekali tu memang aku buntu nak balas balik ... so jalan selamat aku diam jer tanpa cakap apa-apa ... " acik dah kalah " happy jer nada suara Ija ... " acik tengah fikir ni nak susun ayat bagi cantik dan Ija mudah faham ...makcik mana boleh kalah dengan anak saudara kan ! "... " yelah tu " balas Ija terus sambung baca buku ... dan aku terus fokus memandu ... itu cerita 4 hari sebelum syawal 

... Satu hari lagi ni adalah kata-kata yang titipkan seorang sahabat yang nekad memutuskan untuk bersara pada usia 55 tahun ... jangka masa khidmat yang berbaki 4 tahun lagi dimanfaatkan sepenuhnya ... baginya setiap hari yang masih berbaki ini amat berharga untuk mencurah bakti ... pernah juga aku ajukan pertanyaan ... x sayang ke dengan kerjaya yang dibina bertahun-tahun tu ... atau ada rancangan nak buka perkhidmatan khidmat kaunseling berbayar ... hehehe   

..." Sesuatu yang buat saya selalu fikir alasan untuk bersara awal ... ada masa kita kena fikir apa yang buat kita rasa happy dan bahagia ... kerjaya baik dicampur dengan imbuhan lumayan x dapat beli rasa happy dan bahagia ... ada diantara kita sayang kerjaya dengan kerja bersungguh-sungguh ... ada diantara kita kata sayang kerjaya tapi melakukan sebaliknya ... natijahnya melimpah ruah pada yang ada disekeliling ... mata hanya mampu melihat ... telinga hanya mampu mendengar ... mulut yang petah berbicara diajar agar tidak terlajak ... hati diasuh bersabar dengan istigfar ... minda dididik agar rasional dalam tindakan dan perbuatan ... letihkan ! " itu hujah Yatie


...Satu hari lagi ni juga adalah kata kunci yang sentiasa mencetus semangat bagi sahabat yang berada nun jauh di selatan tanahair untuk meneruskan rutin harian ... sejak mengalami komplikasi jantung ... baginya setiap satu hari yang Allah pinjamkan amat disyukuri dan dimanfaatkan sepenuhnya ... banyak perkara yang ingin dilakukan setiap hari yang Allah pinjamkan ni ... x nak bertangguh urusan dengan Allah ...usaha settle tugas pada hari yang sama ... usaha settle kan nazar yang bertahun tertangguh kerana kealpaan ... usaha menjejaki sahabat lama demi sebuah kemaafan ( tanpa mengira ada salah atau tidak ) ... usaha memudahkan dan mengembirakan mereka yang ada pertalian saudara atau tidak ... ( berjela list yang nak dilakukan ... x leh nak share semua ... takut ada yang bosan membacanya ... maaf ek ! 😊😊😊😊 )... aku sentiasa doakan dua sahabat aku ini dipermudahkan segala urusan hendaknya ... aminn

... Satu hari lagi ni aku jadi iktibar untuk musahabah diri ... berusaha memanfaatkan sepenuhnya satu hari lagi yang Allah pinjamkan ini ... tetap melangkah meskipun laluan penuh berliku ... lagi pun aku sayang dengan kerja aku ... bila dapat selesaikan tugasan yang diamanahkan ... rasa hilang semua lelah dan bersedia untuk cabaran baru lak ... so memang x de istilah statik dalam kerja ... mungkin aura nak bersara belum betul-betul lekat kat hati 😍😍😍 ... sehingga waktu itu ( 24 Mei 2027 ) , setiap satu hari lagi yang dipinjamkan ini ... insyaallah terus istiqomah  ... kepada sahabat-sahabat yang ada disekeliling mohon ingatkan aku agar tidak alpa ... agar aku tidak leka !

#muhasabahdiri

Tuesday, June 12, 2018

Salam Aidil Fitri

untuk semua sahabat , rakan dan taulan
yang sentiasa ada dalam ingatanku
yang sentiasa ada dalam setiap lafaz doaku
" Salam Aidilfitri "
maaf zahir batin