Friday, July 25, 2008

... mengurus hati


"Di dalam tubuh itu ada mudghah, seketul daging yang apabila ia baik , maka baiklah seluruh tubuh dan apabila ia rosak , maka rosaklah seluruh tubuh itu . Ketahuilah mudghah itu adalah qalb ( hati ) . kalau hatinya sihat , secara automatik fikiran , bicaranya dan segalanya tindakannya juga sihat. namun kalau badan sahaja sihat , tetapi hati tidak sihat maka kesihatan badannya akan membawa masalah " ...


... saat ni aku sendiri dalam dilema menguruskan hati ... entahlah ! sukar nak jelaskan tapi kalau x diluahkan ... rasa menyesakkan hidup betui ! ... baru-baru ni semasa bertugas dalam program anjuran jabatan ... ketika ' bos ' maklumkan akan ada pertukaran besar-besaran sekitar ogos ni ... aku ambil kesempatan menyuarakan hasrat yang dah lama terpendam untuk ' berhijrah ' ke daerah kelahiran untuk menyumbang khidmat bakti ...


... setelah 14 tahun berada disini ... aku rasakan perlu ' berhijrah ' untuk mengelakkan sindrom ' statik ' melanda jika lebih lama berada disini ... ini bukan le kali pertama aku memohon ... permohonan kali pertama dulu aku lakukan secara berhemah ... melalui surat tapi balasannya mengecewakan ... kerana masalah status jawatan ... atau pertukaran suka sama suka ... saat itu aku gagal dalam mencari rakan pertukaran ... ku pujuk hati ' ... sabar lah '


... menerima jawaban penolakan kali ini ... sukar rasanya ! ... istilah ' orang kuat ... orang harapan ' tidak sedikit pun membangkitkan perasaan yang membanggakan ... tapi lebih pada terkilan ... sebenarnya ungkapan itu bagai tusukan sembilu kat hati ... seringkali gak aku menitiskan airmata saat bermunajat pada Nya ...


... bukan le bermakna aku tidak bersyukur dengan nikmatNya ... setelah melalui rencah ragam sepanjang perkhidmatan dari sambilan hingga ketahap ni ... aku sangkakan ... diri cukup kuat dalam menangani setiap cabaran dan dugaan ... nyatanya aku tetap insan biasa ... punyai inginan dan hasrat yang sama seperti orang lain gak ...


... sesungguhnya tika ini aku berusaha sebaik mungkin untuk menguruskan hati ... belajar menerima semua ni dengan redha ... lebih istiqamah dalam memperbaiki diri ... menyakinkan diri kebiasaan yang baik menuntut perjuangan besar pada awalnya ... tidak berhenti berharap dan berdoa serta bertawakal pada Nya ...


No comments: