Tuesday, April 21, 2009

dibenci atau disukai

... emmm ! kalaulah kita berpeluang memilih untuk dibenci atau disukai ? ... rasanya semua akan memilih untuk disukai ... tapi x mustahil jugak ada yang memilih untuk dibenci atau menimbulkan rasa benci tanpa kita sedari .... ! tapi hakikat kehidupan perasan benci dan suka memang x dapat dipisahkan ... so kena terima seadanya !

... bukan semua dari kita bernasib baik merasai nikmat disukai ... kekadang tu tercari2 gak formula atau resepi untuk disukai ... atau bersikap mengikut arus ... atau berhenti mengkritik ... mungkin juga perlu belajar memuji ... atau apa2 aje yang seerti dan semaksud dengannya !

... dan bukan juga kita sesuka hati untuk dibenci kan ? ... kerap kali kita terperangkap dalam situasi dibenci tanpa kita sedari ... lagipun sebagai kejadian yang tercipta bersama lemah dan kurang ... x banyak yang mampu kita buat demi memenuhi ingin dan mahu orang sekeliling kita ... ! seringkali disalah anggap ... bersuara bukan le niat untuk derhaka ... beri pendapat x bermaksud untuk berdebat ... pandangan sering dipandang ringan ... !


* dibenci atau disukai ... pilihan ditangan sendiri ... yang penting jalani kehidupan dengan erti yang sejati ! walallahualam .

4 comments:

CintaDalamHati said...

Inilah realiti kehidupan sebenar.. Adakala dibenci dan disukai.. Klu dibenci oleh kerana ia mmg ptt dibenci itu x mengapa. Tp klu ia dibenci oleh kerana org lain ia x ptt blaku di sekeliling kita.. Tp slalunye manusia ni akan percaya pd apa yg mereka dengar dr apa yang mereka ketahui...

"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain"

kesturi said...

... hari ni belajar memaafkan dan redha dengan apa yang berlaku ... sebab dah x larat nk ' serabut 'kan fikiran ...

* adakala memaafkan dapat menyucikan hati dari kebencian !

:-)

kakLuna said...

2-2 ada kebaikannya asalkan x melampau.

kesturi said...

.. betul tu luna ! asalkan x melampau ...

:-)