Wednesday, July 22, 2009

Allah peduli

... selepas melalui 2 minggu yang meletihkan ... hari ini aku rasa betul2 kembali kepada rutin tugas harian ... selepas indoor game kat lib HQ pada 5 julai ... aku bercuti 2 hari sebab buat majlis tahlil untuk arwah emak ( ... dah 5 tahun emak x de tapi aku masih rasa sedih ... huhuhu )
pastu aku mula memikirkan nak jadi emce lak ... fikir jadi emce le yang buat aku makan x kenyang ... mandi x basah !

... aku x pasti kenapa lah nama aku boleh tersenarai jadi emce ... walaupun bergandingan dengan seorang lagi staf tapi aku akui perasan gugup dan gementar adalah masalah nombor satu dalam diri aku ... 18 julai ... dewan harmoni , ijok ... ku lalui pengalaman pertama penuh emosi ... sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik tapi hasilnya tidak sebaik dan selancar yang diharapkan ... semua mengharapkan yang terbaik dalam menjalankan tugas ... begitu juga aku tapi nak buat macam mana kan ... !

... " .... blog akak 2 x blh wat private ke ? bahaya ar skrng ni ... " itu sebahagian dari mesej yang aku terima minggu lepas ... kenapa aku terima mesej ni ... x perlu le aku jelaskan ... aku memahami kerisauannya ... dan terima kasih kerana sikap prihatin ni ... aku rasa terharu kerana masih ada insan2 yang sudi memahami ...

... perubahan atau berubah dalam menjalani kehidupan adalah sesuatu yang biasa jer ... semua orang akan berubah ... samada kepada kebaikan atau sebaliknya ... itu adalah pilihan kita sendiri ... ada gak yang berubah kerana keadaan sekeliling berubah !

... ntah lah ! aku rasa pelik dan penat nak fikir pasal ni ... sebenarnya x de perubahan pun ... aku masih buat semua kerja ... masih melakukan kerja2 yang ' orang ' x minat nak buat ... malah dari dulu pun ... hampir 15 tahun aku kat sini ... aku berusaha untuk tidak menangguh amanah yang terpikul kat pundak ini ... hanya mungkin jugak pasal aku dah x berapa rajin nak bercakap kut ! bab malas nak bercakap ni ... aku x nak komen yerk !

... sejak akhir2 ni aku berani kan diri untuk x ambik kisah sangat apa ' orang ' nak cakap pasal aku ... walaupun kekadang tu terguris jugak tapi aku belajar untuk ikhlas dengan apa yang telah aku pilih ... aku berusaha memerangi diri sendiri kerana aku yakin Allah peduli atas apa jua yang kita lakukan ... hatta sekecil zarah sekalipun kebaikan atau keburukan ... Allah akan memperhitungkannya ... !

* ... sering khilaf menilai erti sahabat

1 comment:

anggerik said...

kak saya kagum dengan sikap kak..
kak tabah dan kuatkan semangat perbanyakkan kesabaran seperti kehidupan siti sarah