Thursday, September 17, 2009

belajarlah memaafkan ...

... hari ini aku sibuk sikit dari biasa ... al maklumlah esok aku akan mula cuti raya ... so banyak benda kena settle hari ini ...

... pagi tadi aku singgah kat lib daerah s/bernam ... ambik duit collection untuk jamuan raya ... untuk diserahkan ke lib daerah kuala ( jamuan raya untuk staff Zon 1B akan dibuat di kuala selangor ... ) juga duit kutu ( ... bukan kutu kat kepala erk ! ) untuk diserahkan kat bibah di lib pekan ... dan kiriman kuih raya untuk Faniza sekali .

... masa menunggu kat lib daerah tadi ... aku terkejut gak bila member ofis call " ... kak call boss kat lib kuala " ... adduss ! apa hal lak ni ... emm ! rupa2nya nak bagi duit raya ... sumbangan kesuka ... alhamdulillah ( ... tahun lepas kesuka bagi ole2 kuih raya )

... balik ofis petang nnti ... aku akan singgah ke lib pekan sekinchan dan rumah bunga kat sg.besar untuk serahkan duit raya tu ... !

... ramadhan kali ini ... aku mendidik hati untuk belajar sabar dan memaafkan ... memang terasa keperitannya apalagi bila semuanya berpunca bukan dari kita ... tapi siapalah kita untuk menghukum dan meregangkan ikatan silahturrahim sesama insan ... mungkin jugak apa yang aku lakukan kelihatan janggal di mata mereka ... aku buang jauh semua tanggapan tu ... kerana aku sedar dan insaf ... setiap insan tiada yang sempurna ... !

... terima kasih kat Dd yang sentiasa mengkritik setiap kali aku bercerita dan meluah apa yang terbuku kat hati ... walaupun dia x pernah memihak pada aku tapi aku tahu sebenarnya dia mahu aku berfikir ... fikir ... dan fikir

... kepada semua kekawan yang mungkin terasa hati atau apa2 jer perasan yang menyakitkan ... aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan ... !

* ... tahniah kat Dd yang akan memulakan frasa baru dalam kehidupan " ... setiap langkah yang kita atur adalah pilihan dan penentuan perjalanan hidup kita ... " 11 okt 2009 akan memulakan latihan kat PULAPOL , Jalan Semarak , KL

2 comments:

Pyanhabib said...

selamat hari raya!

Sifu Mirza said...

salam aidil fitri buat kesturi & famili...

:-)