Thursday, October 1, 2009

serba x kena ... !

... semalam perkhidmatan lib kat Zon 1B ditutup ... sebab semua staf berkampung kat lib daerah Kuala Selangor ... dalam hujan tu aku memandu ke kuala ... sebelum aku singgah kat umah bunga ambik mee goreng dan singgah kat sekinchan ambik dayah ... jam 9.40 baru le sampai kat komplek PKNS ...

... dalam kemeriahan majlis semalam tu ... aku rasa sedih jugak sebab member kamceng x leh nk hadir sama ... apapun aku salute dan ucap tahniah kat rakan di lib kuala sebab berjaya mengendalikan majlis semalam tu ... alhamdulillah juadah pun berlebih-lebih lagi !

... semalam gak aku dan ita jadi bidan terjun untuk adili acara karaoke lagu raya ... walaupun untuk suka2 jer tapi aku berusaha jugak untuk adil seadil-adilnya ! ... tahniah kat suzana & sabah ( johan ) ... farhana ( kedua ) & mus ( ketiga ) ... x lupa gak kat noraini dan harun yang dipilih sebagai staf yg berpakaian paling vogue !

... esok aku cuti khas untuk raikan raya lagi ... kat lib daerah sebelah sana lak ... memandangkan aku x buat rumah terbuka untuk kekawan sebab dah mula kerja ... kami merancang untuk buat kat lib ... selepas waktu pejabat ( ... dan esok pun ramai staf yg nk antar statistik so kira menyelam sambil minum air le .. )

... pagi tadi bila dapat info majlis ni terpaksa dibatalkan ... dan ditunda ke tarikh akhir syawal ... aku rasa kecewa sesangat ... aku cukup x suka bila berdepan dengan manusia yang bersikap macam lalang ... mengikut liuk tiupan angin ... luluh jiwa dek puji-pujian ... tapi kalut serba x kena bila dikritik ... !

... kekadang tu perkara yang mudah dan senang boleh jadi susah dan haru biru ... bila bertindak ikut perasan tapi x ikut fikiran ... dah selalu sangat macam gini ... !

* ... alhamdulillah ! ... aku yakin niat yang baik ... Allah sentiasa memberi ruang dan dipermudahkan ...

3 comments:

Sifu Mirza said...

salam aidilfitri kesturi..

begitulah realiti manusia..

manusia lalang ialah manusia yang mementingkan diri sendiri..

berhati-hatilah dengan mereka..

jgn putuskan hubungan... cuma waspada dan jangan beri harapan...

mudah-mudahan mereka berubah..

:-)

*cik cempaka* said...

kdg2 mmg pyah nk lari dri org mcm lalang ni..sb tanah dh x ckup 2 yg tumpang hdup kat org..kjap ok kjap xok..pape pn mgkin kdg2 org yg jdi lalang ni ade mslah ckit kot..sabor je ar..

kesturi said...

salam sifu ..

..realiti manusia yang terpaksa dihadapi walaupun menyakitkan hati .. yup ! mudah2an mereka berubah ..

salam aidilfitri untuk sifu seisi keluarga ..

:-)


salam ertihidup ini ..

.. yupp ! mungkin diorang ni adalah masalah kut ! ... tu pasal le kita ni kena banyak bersabar ... hehehe

:-)