Thursday, December 17, 2009

.. bermula dengan kosong

salam ... salam Maal Hijrah 1431

... tiada apa-apa lagi yang tinggal kecuali nama baik ... itu pun kalau barangkali nama baik ini masih kekal baik atau setidak-tidaknya pernah tercemar dan terpalit lumpur ... namun pedulikan semua itu ... kerana hidup perlu diteruskan ... x kira lah apa tanggapan orang pada kita !

... ku toleh ke belakang untuk menyuruti jejak-jejak yang pernah ku lalui sepanjang 2009 ... dan mencari ' aku ' dalam setiap langkah ... nyata ' aku ' masih keliru dalam menilai segala-gala yang ada disekitar ini ... bila kita suka pada yang indah yang melalaikan ... bila teruja pada puji dan sanjung ... bila gagal menilai yang tersurat dan tersirat ... maka aku putuskan yang aku sebenarnya telah gagal untuk merealisasikan azam ... !

... dan esok aku akan bermula dengan kosong ... semoga kali ini aku akan lebih tabah ... cekal ... sabar dan bersemangat untuk memulakannya sekali lagi ... demi amanah serta nama baik !
setiap langkah yang akan ku atur biarlah setara ... lebih mendengar dari berkata2 ... kerana itu rasa lebih baik untuk semua .

* ... buat semua teman semoga 1431H ini lebih berjaya !

No comments: