Tuesday, December 22, 2009

menikmati juadah yang ada ...

kenangan yang x mungkin pudar

2 kek untuk mas


sebak ! semoga Allah permudahkan segalanya
untuk mas
sepatah kata dari mas ...

teman2 yang hadir ...


... ni gambar semalam ketika majlis perpisahan untuk Normasitah yang akan melanjutkan pengajiannya ... sebenarnya majlis dah rancang lama tapi memandangkan masing2 sibuk dengan
rutin harian ... so semalam adalah tarikh terakhir yang difikirkan sesuai sebab ramai kekawan yang sedang bercuti dapat menghadirinya !

... pagi tu aku rasa cemas jugak sebab info yang aku terima " ... mas x dapat dihubungi " ... alahai ! macam mana pulak ni ... kalau orang yang nk diraikan x dapat dikesan ... hingga lah jam 1.30 ... aku terima mesej " ... majlis jadi " ... dan aku mula pening kepala nak bawak apa ni ... jam
2.00 ptg apa yang aku rancang nk masak dan bawak masih x siap lagi ! terpaksa le beli kuih je !

... alhamdulillah , walaupun juadahnya nampak sempoi jer ... tapi yang penting hasrat untuk meraikan sebagai tanda persahabatan yang terjalin sepanjang 4 tahun mas berkhidmatan terlaksana ... terasa sebak jugak bila mendengar kata2 aluan dari nya ... walaupun aku bukan le
dari daerah perkhidmatan yang sama tapi rasa aku lebih terasa dekat mungkin sebab aku dari
daerah sebelah sini .

... dari kaca mata aku ... mas yang aku kenal begitu sederhana dalam segala hal ... rajin dan tahu
apa yang diinginkannya dalam hidup ... aku doakan dia berjaya dalam pengajian , kerjaya dan
kehidupan .

Jauh- jauh seluang melaut
Ke lubuk jua ia kembali
Semoga ikat ukhuwah sentiasa bertaut
Bagaikan tali tersimpul mati

* ... kekadang tu aku berfikir nakal " ... nape ye ... mereka2 yang punyai wawasan sering
beralih arah dan berpaling dari sini " ... kenapa ek ?????



1 comment:

CintaDalamHati said...

Semoga mas bjaya dlm mgejar impiannya.. seronok dgr kwn2 yg smbg blaja.. ntah bila giliran honey pula.. huhuhu..