Wednesday, April 27, 2011

Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah SMK Sg.Besar

... kenangan bersama cikgu Mahayani & Cikgu Zaleha







Pusat media


Bunga posing kat luar konti stesen radio SMK



.. depan pintu masuk konti stesen radio SMK


rak buku disusun sebaris untuk jimatkan ruang


menarik ! ... sudut tokoh


mutiara kata di letak kat meja pengguna


penerangan oleh cikgu Mahayani

sudut " anti dadah "

kaunter pinjaman / pemulangan

25 April 2011

... menerima pelawaan dari Cikgu Zaleha ( bendahari GMD ) untuk ikut serta dalam lawatan
ke Pusat Sumber Sekolah SMK Sungai Besar ( dimaklumkan PSS ni dah beberapa kali muncul
juara di peringkat negeri dan kebangsaan ) ...


saje nak kongsi intipati lawatan ini untuk kekawan ...

VISI - PSS sebagai pusat penyebaran maklumat berlandaskan teknologi

MISI - PSS membudayakan teknologi pendidikan dan sebagai koridor raya maklumat bagi
melonjakkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

MOTO - Pendidikan berpaksikan teknologi

MATLAMAT - Bertindak secara inovatif untuk melonjakkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dengan penggunaan bahan sumber dan aplikasi teknologi


PIAGAM PELANGGAN - sentiasa beriltizam memberi khidmat berkualiti yang mesra
pelanggan / pengguna untuk :

* Melaksanakan program galakan membaca untuk mewujudkan bangsa
membaca

* Memberi perkhidmatan yang professional dan cekap serta memenuhi
kehendak pelanggan

* Menyebarluaskan bahan pendidikan untuk kegunaan semua warga
sekolah untuk melonjakkan pengajaran dan pembelajaran

* Memberi bimbingan dan bantuan kepada guru dan murid dalam

pencarian maklumat yang cekap dan effisen mengakses maklumat


SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH


Perpustakaan SMK Sungai Besar ditubuhkan pada tahun 1967. Bahagian teknologi pendidikan
ditubuhkan 1981 . Sepanjang tahun 1980an kedua-dua unit ini beroperasi secara berasingan.
Pada tahun 1992 kedua-dua unit ini disatukan di bawah satu organisasi Pusat Sumber dan pada
pertengahan 1992 ditempat pada satu lokasi berpusat .


Pada tahun 1999 PSS dinaikkan taraf kepada Pusat Sumber Bestari . PSS menggunakan pengautomasian Smart School management System ( SSMS ) pada tahun 1999


Kemudahan yang disediakan -

* perpustakaan


* bilik simulasi / bilik tayangan 1 dan 2
* pusat media
* pusat akses sekolah
* bilik rakaman
* stesen radio sekolah
* Self-Access learning centre
* Pejabat pusat sumber
* sudut E-NILAM

-KEMUDAHAN PERKHIDMATAN

8.00 pagi - 1.00 tgh ( isnin - khamis )

2.00 ptg - 5.00 ptg ( isnin - khamis )


8.00 pagi - 12.30 tgh ( jumaat )

2.45 ptg - 5.00 ptg ( jumaat )

8.00 pagi - 12.45 tgh ( sabtu )


... sebenarnya banyak lagi maklumat yang terdapat kat situ ... semua maklumat tersusun rapi
dan sistematik ... antara yang menarik perhatian aku ... majalah aktual yang aku jadikan rujukan
semasa zaman persekolahan dulu pun ada dan berjilid rapi ... koleksi duit siling dari negara luar
... sampul surat hari pertama ... bagi PSS ni dah boleh diibarat seperti arkib ... semua ada !


... melawat ke konti stesen radio SMK ... walaupun agak kecil tapi hiasan dalamannya amat
kreatif sekali ...


... terima kasih daun keladi ... insyaallah saya dan kekawan yang lain akan melawat lagi
terima kasih kepada cikgu zaleha kerana sudi mempelawa aku dan bunga menyertai lawatan
anjuran Persatuan Pesara Kakitangan Pendidikan Daerah Sabak Bernam ...


terima kasih juga kepada cikgu mahayani di atas layanan baik pada kami ...


... 12.00 tgh - aku dan bunga melangkah keluar meninggalkan PSS dengan niat akan kembali

lagi dengan kekawan yang lain


* ... tengah bincang dengan bos untuk lawatan akademik bersama kekawan


















































































































































No comments: