Saturday, April 23, 2011

... teruskan melangkah !



teruskan melangkah ...

x perlu menyesakkan fikir

dengan seribu persoalan

yang tidak pasti titik noktah


teruskan melangkah ...

x perlu menoleh ke belakang

mengintai jejak-jejak yang di tinggalkan

kerana itu akan lebih menyakitkan


teruskan melangkah ...

kerana putaran kehidupan memang begitu

tiupan angin perubahan akan sentiasa ada

menerjah ruang lingkup tanpa diduga


teruskan melangkah ...

hamparan luas menunggu di hadapan

setiap detik ketika ada uji dan duga


teruskan melangkah ...

aku yakin ... kamu mampu melangkah

melangkah ... melangkah ... dan terus melangkah !



* ... buat honey n dayah ... teruskan langkah anda !




1 comment:

CintaDalamHati said...

tq kak.. akan ku teruskan langkah ini.. huhuhu..