"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Tuesday, April 30, 2013
... x layak !
... first time berurusan dengan LHDN ... rasa gabra jugak ... masa terima surat dari LHDN borang BE ( borang nyata individu ) rasa pening lalat gak nak mengisinya ... bukannya apa ... takut salah isi ... so semalam aku dan awer ( anak saudara ) gi kat LHDN Teluk Intan .
... lebih kurang jam 2.30 pm ... kami sampai kat situ ... terus di arah ke Tingkat 3 ... alahai ! ramainya ... dah macam pasaran saham lak ... hehehe
... semuanya sibuk mengadap komputer ... aku berdiri agak lama kat situ ... x tahu nak rujuk kat sape ... rasa segan jugak ... tapi buat muka ala2 x malu gitu ...
" cik ... saya nak kat rujuk kat siapa ye "
" pertama kali isi e-Filing ye "
" ye ... pertama kali "
" bagi I/C " ... aku pun serahkan I/C dan borang EC sekali
x lama tu aku terima sehelai kertas ( LHDN certificate tegistration system for authorised personal ) kat kertas tercatat nama , no rujukan . no cukai pendapatan dan no pin e-filing
" guna jer mana2 komputer " ... aku pun tinjau2 mana komputer yang x digunakan ... alhamdulillah dipermudahkan
... login no pin e-filing ... semuanya bermula ... masuk segala data yang diperlukan ... ( segala butir pendapatan dan potong zakat / derma / pembelian buku ... aku siap kira ) ... terima kasih pada petugas yang sedia membantu semasa proses memasukkan semua maklumat ...
... jam 15.38.49 ( aku print pengesahan penerimaan e-BE bagi tahun taksiran 2012
... part yang suka dan teruja nak tahu :
* Jumlah Cukai Yang Dikenakan : RM 0.00
CUKAI KENA DIBAYAR : RM 0.00
( CUKAI TERLEBIH BAYAR ) : RM ... dot..dot ..dot :-)
e-Filing LHDNM
Mudah Tepat Selamat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment