Friday, April 12, 2013

x tahu bila tapi pasti ...




assalamualaikum ...

... nak sharing pasal program yang dihadiri semalam ... Membangun Jiwa Mukmin Merdeka ... x buat catatan pun tapi terpahat kemas kat minda ( ... semoga ianya kekal di situ . amin ) ... Alhamdulillah perjalanan pergi ke HQ lancar ... sampai pun x lah lewat sangat ... program pun belum bermula lagi ... cuma terpaksa tertinjau-tinjau mencari kerusi yang masih kosong .

... semalam tu macam recharge ESQ 165 ... meskipun ada yang berbisik " dah biasa " ermm ... bagi aku perkara yang " biasa " tapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian juga ... seolah-olah perkara yang baik ... dinilai sebaliknya . 

... sesuatu yang sering diulang bicara adalah penyatuan sesama umat Nabi Muhammad S.A.W ... berkali-kali diucap dan ntah berjuta kali juga terlafaz di mana-mana ... pentingnya ukhuwah ... buang sengketa yang merugikan ... tetiba aku teringat sesuatu ... sesuatu yang x seharus ada ... sesuatu yang merungkai ikatan ukhwah ... sesuatu yang membenihkan titik hitam dalam hati ... semuanya berkenaan sesuatu yang x gembira untuk didengar apatah lagi untuk dibicarakan ... anehkan ! ... semoga bicara semalam itu mencipta " keluarbiasaan " dalam setiap jiwa insan-insan yang menghadirinya kerana kematian itu x tahu bila tapi pasti ...

... sebelum bermula program ... diminta semua hadirin meletakkan / parking segala masalah , jawatan , status dan apa saje yang merantai diri di kerusi ( tempat sandar ) depan ... juga diingat untuk mengambilnya semula selepas program tamat ... ermm kuperhatikan semalam usai program ... masing-masing meninggalkan tempat duduk tanpa mengambil semula masalah , jawatan , status dll ... so hari ni mesti ada yang gi kerja rasa macam kosong jer kan ! hehehe ... yang tu masih boleh dimaafkan ... jangan pengisian program juga tertinggal kat kerusi Auditorium ... yang tu memang melampau ... !

* ... semua yang aku parking semalam tu , aku ambik semula kecuali masalah  ;-)




No comments: