Wednesday, November 26, 2014

Bulan Bahasa Kebangsaan 2014


meja pendaftaran peserta pertandingan dan kempen keahlian PPAS di  Program Karnival Bahasa dan Sastera 2014 Peringkat Negeri Selangor
 
 
... betul kata orang ' pengalaman dan pengajaran paling berharga bila kita melaluinya bukan sekadar mendengar cerita ' ... bermula dari  arahan untuk first meeting lagi  3 / 11 / 2014( menggantikan PPP ) aku dah dapat rasakan cabaran yang bakal aku hadapi ... memberanikan diri mengambil risiko sebenarnya bukan pilihan tetapi atas tuntutan tugas dan arahan kerja ... bila Perpustakaan Daerah dilantik sebagai Urusetia untuk program sebesar ini ( disokong semua yang hadir ) ... aku memilih untuk merujuk dahulu perkara ini kepada PPP ... aku dimaklumkan PPP dah bersetuju ( ermm rupanya diorang call PPP untuk dapatkan keputusan cepat ) ... so bila PPP dah setuju , aku take note apa saje info berkaitan program untuk tindakan lanjut ( aku juga bertukar email add untuk memudahkan maklumat program di terima ) ... kebanyakan urusan dan perbincangan melibatkan DBP dan Pejabat Daerah .
 
... perkara pertama yang aku buat selepas meeting adalah memberi penerangan mengenai perancangan program pada PPP ( x kisahlah faham atau x yang penting maklumat mesti sampai dan jelas ) selepas berbincang dan mendapat persetujuan ... aku sediakan satu flow program bila  PPP memaklumkan akan bercuti sehingga sehari sebelum program berlangsung ... " apa saje berkaitan dengan program , you tolong handle ... klu ada apa2 masalah ... call saya ... saya sentiasa on kan handphone "  ( pesanan ke arahan ni ? ) ... sepanjang minggu selepas first meeting tu memang sibuk ... semua staff  kat Lib Daerah ada tugasan masing- masing  ... pembahagian tugas semasa hari kejadian diperbincangan  ( kecuali untuk penyambut tetamu sebab senarai nama tu pilihan PPP ) ... tempahan untuk Dewan ( buat surat ) , tempahan untuk backdrop dan bunting ( urusan yang paling rumit sebab terpaksa kemaskini berkali-kali ) , buku aturcara majlis ( perbincangan melalui email mengenai penambahan logo dan slot 10 minute reading break ... tq DBP sebab selitkan slot ini ) .
 
... meeting kedua 10/3/2014 , hari isnin ( aku cuba call PPP tapi x dapat ) aku hadir dengan ayu ... sebelum  meeting aku pergi ke kedai printing yang aku tempah  backdrop ... ambil satu print copy backdrop untuk kemaskini terakhir ... so masa meeting diputuskan perlu masukkan penambahan baru pada backdrop ( dalam hati istighfar ... sabar ... sabar ... sabar ... dan doa ' mintak2 lepas ni jangan ada perubahan lagi ... hehehe ) ... lepas meeting aku dan ayu pergi semula kat kedai printing tu buat penambahan seperti yang diputuskan dalam meeting ... maklumkan akan ambil backdrop ni pada hari rabu .
 
... hari selasa , terima senarai nama peserta pertandingan ... aku buat pengasingan mengikut kategori pertandingan untuk memudahkan semasa proses pendaftaran dan pengesahan penyertaan ... antara aktiviti BBK 2014 seperti Pertandingan Pantas Jawi , Pertandingan Sahiba Kata ( chop kata ) , Pertandingan Damak Kata dan Kuiz Bahasa ... Ayu call staf  PD untuk maklumkan tugas mengikut senarai flow yang aku buat ... Ayu juga yang tolong potostatkan buku aturcara majlis untuk 250 helaian ... cari buku yang sesuaikan untuk pameran buku baru ... potostat borang kempen keahlian ... lapik meja , pen , kertas untuk cabutan bertuah ( balang akan disediakan oleh Aan ),  stand book , label untuk meja pendaftaran ... terima kasih sesangat pada member ofis yang sangat-sangat membantu .

... hari rabu  , aku dan ayu ambil backdrop dan serahkan kepada staf Pejabat Daerah untuk kerja2 pemasangan pada pukul 3.00 petang ... tapi aku dimaklumkan ada masalah sikit pada backdrop tu sebab tiada tali dan bahagian terpi back drop tu tidak dilipat kemas ... so aku dan ayu hantar semua semula backdrop tu ... aku harap sangat ianya dapat disiapkan sebelum pukul 3.00 petang ... aku juga maklumkan pada PPP mengenai perjumpaan di Dewan Seri Bernam untuk persiapan tempat jam 3.00 petang ... aku mula gelisah bila backdrop tidak sampai lagi sehingga jam 3.00 petang ... call kedai printing minta back drop tu dihantar terus ke Dewan Seri Bernam ... setelah lama menunggu dengan pelbagai insiden yang melukakan hati ... akhirnya 3.30 petang backdrop sampai juga ... Alhamdulillah .

... 13 November 2014 ... Karnival Bahasa dan Sastera Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Negeri Selangor , lokasi Dewan Seri Bernam  ... aku x nak komen , adakah berjaya atau tidak ... tapi ianya memberi pengajaran pada diri aku sendiri ... bukan mudah untuk mendapat kesempurnaan dalam satu2 program jika minda masih terjajah !

 
 
 " PADI SEGEMAL KEPUK DI HULU
SIRIH DI HILIR MEREKAP JUNJUNGAN
KEPALANG DUDUK MENUNTUT ILMU
PASIR SEBUTIR JADIKAN INTAN "




No comments: