Monday, December 22, 2014

Hari Bertemu Pelanggan VS Audit Dalam


18 Disember 2014

" kita hanya merancang , Allah tentukan " itulah kisah bila perancangan yang telah di set up berminggu-minggu x terlaksana dengan sempurna seperti yang dirancang ... tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik ... terima kasih keapada kawan -kawan dari Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak yang berlapang hati membantu menjayakan Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Bersama Perpustakaan Jalur Lebar ( PJL )
 
... pertukaran tarikh untuk Audit Dalam sebanyak 3 kali ... bermula 24 Disember ( aku dimaklumkan secara lisan ketika menghadiri Mesyuarat Rangkaian di HQ ) ... masa tu rasa okey juga sebab tarikh 18 Disember untuk HBP dan HBPJL ... sempat untuk preparation Audit ... so masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri ... seminggu kemudian aku dimaklumkan Audit Dalam dipinda lagi ke tarikh
17 Disember ( dimaklumkan melalui telefon ) , sempat juga aku maklumkan mengenai Program HBP dan HBPJL serta persiapan yang dibuat termasuklah promosi awal telah dijalankan ... terakhir aku dimaklumkan tarikh 18 Disember adalah tarikh untuk Audit Dalam ( dimaklumkan oleh PPP ) ... aku maklumkan sekali berkaitan HBP dan HBPJL " .. x pe ... on jer seperti yang dirancang "
 
 
 

meja kempen keahlian , maklumbalas pelanggan dan borang untuk
subjek popular 2015 ( setiap user yang singgah akan terima note book , pen MSD,
Majalah Dewan Siswa serta biskut oat )
 

adik Nor Raihan Safiah sedang leka menyusun blok kayu 
di meja Sudut Kreatif
 
 
pengguna yang hadir juga menulis nama sendiri untuk
Cabutan Bertuah
 
cer teka jumlah kacang dalam balang tu ! ... kalau betul dapat balang tu sekali
dan calendar comel 2015
 
demontrasi untuk pop up ( hanya seketika jer sebelum Audit )
 
bertanding pantas jawi , menaip pantas , mewarna menggunakan
computer
 
penyampaian hadiah pertandingan oleh PPP
 
... audit kali memberi pengalaman yang x mungkin dilupakan ... selain 2 program serentak tapi ada sesuatu yang perlu pelajari ... iaitu erti keikhlasan ... tolenrasi ... kerjasama ... sabar ... dan yakin diri ,
x perlu menghilang diri hingga meletakkan orang lain dalam keadaan serba salah ... apapun terima kasih pada Din dan Jaf ( M9 ) yang banyak membantu untuk HBP ... semasa kami staf Daerah di audit ... terima kasih juga buat Wani ( staf PJL ) yang belanja nasi tomato untuk kami dan pengaudit
serta maaf sesangat sebab x banyak membantu HBPJL ... al maklum masing-masing sibuk di audit !
hingga x de sekeping pun gambar semasa audit dijalankan ... semua gambar kat atas ni adalah ehsan dari PJL .
 
... gitu le citer yang dapat dikongsikan ... yang lain tu simpan dalam lipatan sejarah sebagai kenangan yang x mungkin dilupakan .
 
wallahuaklam

No comments: