Monday, March 20, 2017

... menyingkir mustahil


... hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya ... keyakinan itu membuatkan aku terus kekal tabah dan sabar dalam apa jua situasi ... minggu lepas aku lalui lagi situasi yang menyakitkan ini , meskipun telah berkali melaluinya ... tetapi rasa sedih dan sebak tetap singgah dalam hati ... seharusnya aku dah mangli dengan situasi sebegini ... diperlekeh ... diumpat keji ... disalaherti ... difitnah mempasirkan periuk nasi ... dan pelbagai salah faham yang menguris emosi ... meskipun ada ketikanya  airmata ini menitis juga .

... insyaAllah , apa yang berlaku ini tidak melunturkan semangat untuk meneruskan  misi menyingkir mustahil ... citer-citer yang tersebar dan disebar tu adalah resam manusia yang dah jadi  tabiat ... seronok agaknya kalau menjadi orang pertama yang dapat info ... dan menjadi orang pertama yang menyebar luaskan info waima tanpa kesahihan info tersebut .

... perkara pertama dalam misi menyingkir mustahil adalah  maaf ... meminta maaf  dan memaafkan , so aku berusaha keras untuk memaafkan walaupun agak sukar melupakan ... lagipun aku x nak genggam bara api ... x mahu stress memikir perkara sia-sia ... teringat aku bait-bait ayat dalam buku yang sedang aku sekarang " orang yang memberi maaf itu bukan sahaja menghapuskan dosa, tapi memudahkan jalan ke syurga " 

wallahuaklam ... 

 

No comments: