Tuesday, March 28, 2017

selepas 32 tahun ...


...  selepas 32 tahun x bersua muka , akhirnya kami jumpa semula pada 12 Mac 2017 di Ipoh , Perak
terima kasih pada puan rumah yang sudi mengundang dan mempertemukan kami semula ... banyak kenangan semasa aku mengikuti latihan kat PLPM ( Pusat Latihan Pertanian Manong , Kuala Kangsar ) pada tahun 1985 ... kami berempat ni agak akrab walaupun usia berbeza ... diantara kami berempat ni ... aku yang paling muda ( lepasan SPM masa tu )  dan Kak Ila yang paling tua ( penyabar dan murah dengan senyuman ) ... Kak Sobah dan Mimie pula sebaya tetapi berbeza karakter... Kak Sobah ni tegas orangnya dan Mimie ni walaupun paling kecik molek orang tapi berani dan berdikari sangat ... lagipun kami berjiran katil .

... syukur alhamdulillah ,  selepas 32 tahun ... kami masih dipertemukan , semoga akan ada lagi pertemuan2 selepas ini ... dan selepas 32 tahun juga , baru aku tahu ... aku ada secret admire ! ... hehehe ... itu citer dulu le ... masa kat PLPM ... " x nak tahu ke siapa gerangannya ? " tanya Kak Sobah ... " x perlu kut , biarlah kekal sebagai secret admire ... boleh gitu " itu jawaban aku .

dari kiri Kak Sobah , Mimie , Me , Kak Ila & Zul ( suami Kak Sobah )







No comments: