Thursday, March 9, 2017

... pahat masih berbunyi !




... komen aku " ermmm ... "( x komen apa-apa sebab aku x pernah bertugas bersama so  x adil jika aku komen berdasarkan cerita orang )  bagi aku ini perkara biasa ... tiada yang luar biasanya , sukar sangat untuk memenuhi piawaian mengikut kemahuan dan kefahaman jika kita berada dalam satu organisasi ... semakin ramai , semakin banyak pendapat , semakin banyak pandangan , semakin banyak permintaan dan semakin banyak juga hal-hal yang adakala tanpa diduga atau diluar jangkaan .

... komen orang disebelah kiri ,  semasa perkara ini diutarakan " ... muhasabah diri itu yang terbaik ... semasa kita ada peluang dan ruang , kita abaikan ... ikut suka tanpa fikir apa orang lain fikir pasal kita ... sekarang ni di hujung-hujung baru kita harap orang fikir pasal kita ... perasaan kita ... faham apa yang rasa kita ... "  aku x balas pun komen ni sekadar senyum ... sebab aku hanya kenal nama dan orangnya sahaja .

... komen dari pihak yang membuat keputusan " ... bla ... bla ... bla ..." ( x leh nak ulas ... sangat panjang lebar penerangan yang diberi ) ... aku rumuskan macam gini ... setiap dari kita dah beri yang terbaik ( ... terbaik mengikut penilaian kita ) ... dari yang terbaik yang kita lakukan akan adalah yang lebih baik maka tentulah yang lebih baik akan terpilih mengikut penilaian yang membuat keputusan ... dan yakinlah keputusan juga adalah dengan izin-Nya.


WANITA

Wanita
Anggun
Nekad
Inspirasi
Tabah
Amanah

8

M
A
C

Wednesday, March 8, 2017

nostalgia 95

member serumah Adreen ( bertugas di RHB ) semasa  di
Perpustakaan Cawangan Tanjung Karang

bersama rakan sebilik dan jiran bilik sebelah
malan terakhir Induksi 1995 - Kompleks Sukan Pandamaran , Klang

Persembahan bersama group - nyanyi lagu rasa sayang ...
kelakar sangat masa tu ... malu giler beb !

rakan PPAS
( dari kiri Zain , Mona , Me & Netty )



Thursday, March 2, 2017

sesuatu itu ...




... Sesuatu yang berlaku disekeliling kita adalah kerana sesuatu ... Allah ciptakan sesuatu itu untuk memberi sesuatu kepada hambaNya ... aku cuba mengadaptasi apa yang aku baca ... apa yang aku lihat ... apa yang aku lalui dan apa yang aku dengar ... ada ketika kita cari sesuatu untuk dapatkan sesuatu ... adakala kita berusaha untuk lupakan sesuatu yang membuatkan kita rasa sesuatu dalam hati walhal sesuatu yang menyakitkan itu menjadikan kita tabah dan berjaya .

... Hari ini aku diminta memberi pandangan mengenai sesuatu ... aku terdiam ... x tahu nak kata apa kerana ianya melibatkan keadaan disekeliling ... aku minta diberi sedikit masa untuk maklumat seperti yang pinta ... aku trauma sebenarnya dengan situasi begini ... aku diterlibatkan dalam sesuatu yang aku tidak tahu apa ceritanya ... tetiba nama tercatat sebagai suspek ! ... masa tu aku memang rasa sesuatu yang amat sangat ... Alhamdulillah , rasa sesuatu yang amat sangat itu Allah ganti dengan sesuatu yang lain iaitu sabar yang amat sangat ( aku berjaya melepasi rasa amarah )  aku memaafkan semua sesuatu yang tiada kebenarannya  seperti disebarkan , diperkatakan atau apa sahaja kerana yakin sesuatu yang disebarkan dan diperkatakan itu adalah ingatan untuk diri aku ... hati-hati !

... Teringat sesuatu yang menjadikan aku hati kering ketika bertugas luar daerah  dulu ... aku berpegang pada prinsip sesuatu yang benar memang menyakitkan untuk diterima ... tetapi hakikatnya menyatakan sesuatu yang benar itu memberi impak positif waima memula itu ... memang kita akan kita akan dikriktik ... dipandang negatif ... hilang kawan ... dipulaukan ? ... atau apa sahaja ... terima kasih pada sahabat yang sentiasa berada disisi ... ketika yang lain semakin menjauh ... !

... semoga Allah pemudahkan urusan esok . amin.
 

Tuesday, February 28, 2017

sendiri yang berkualiti



... diam itulah yang terbaik untuk aku pada waktu ini , x perlu kata apa-apa tetapi lebih memerhati , memikir dan muhasabah diri ...ada ketika kita perlu diam untuk beri peluang orang lain berkata-kata dan itulah yang aku lakukan sekarang ... dengar ... dengar dan dengar ( komen bila perlu jer ) itu pun sekadar menjaga hati ... kalau x bersuara langsung nanti ada yang terasa  .

... 2017 aku rasa kesendirian amat sangat , memulakan awal tahun dengan penghijrahan dua sahabat ke lokasi baru membuat aku rasa sesuatu ... apatah lagi penghujung 2016 seorang sahabat juga melangkah pergi ... cerita disebalik penghijrahan ini juga membuat aku berfikir dari pelbagai pespektif berbeza ... meminjam semangat 22 tahun lepas ... sendiri mendepani cabaran dengan pandangan yang berbeza akan membuahkan hasil yang berbeza dan luar biasa .

... teringat aku kisah padi ... kisah padi yang memberi seribu inspirasi  tentang kehidupan yang penuh dengan variasi ... berbalik kepada kisah padi , pernah x kita terfikir ... kenapa bila tanam padi , rumput akan turut tumbuh , adakala rumput tumbuh lebih subur dari padi  ... tapi bila kita tanam rumput hiasan kat laman rumah ... x de pulak padi ikut serta tumbuh ? ... begitu juga dalam kehidupan kita seharian ... dalam kita melakukan kebaikan ... kadangkala hal yang tidak baik  akan turut serta ... namun ketika melakukan keburukan tiada kebaikan bersamanya ... terus usaha berbuat kebaikan meskipun tidak perfect sepenuhnya .

... hari ini aku menerima permintaan dalam kata lain tolong carikan surat  perhimpunan pagi pada Januari lepas sebab nak claim perjalanan ... " baru nak claim ke ? " ... " diorang dengar claim bulan Januari dah masuk , baru teringat nak claim " ... " siapa tu ? " ... " adalah seseorang " ... " siapa ? " ... " ala x nak lah sebut nama " ... itu antara sebab mengapa aku berusaha untuk kurangkan berkata-kata ...  surat itu memang sentiasa ada dalam fail tapi alangkah baik jika kita berkehendakan pertolongan x perlu le nak guna penyampai ... akan tersebarkah citer perbualan ni ... aku menunggu perkhabaran dari angin yang berbisik ... hehehe

... sehingga saat ini , aku masih berusaha dan istiqomah dalam menyelesaikan tugas ... aku take note semua mengikut priority ... bab yang ada hubungkait dengan O BQ dan Audit aku beri keutamaan ...
rutin harian ( shelving ) kena konsisten ... newspaper cutting yang telah bertahun aku tinggalkan , kini
dah jadi selingan waktu senggang ... terasa macam budak baru belajar ... sesekali aku bukak semula kitab lama untuk merujuk ... aku masih terhutang satu kertas kerja seperti yang diarahkan ... masih tercari-cari fakta dan maklumat ... insyaAllah semua akan selesaikan mengikut perancangan.
 
... ayat memujuk untuk terus bersemangat " x perlu nak faham sangat apa yang berlaku disekeliling , yang penting kita faham hala tuju dan nawaitu kita berada di sini " itu sudah memadai !




Thursday, February 2, 2017

.. menyemai impian , menanam harapan


... Januari 2017 , mulakan awal tahun dengan Bengkel dan Seminar ... 

BENGKEL AUDIT DALAM MS ISO 9001 : 2015
11-12 Januari 2017
9.00 am - 5.00 pm
Dewan Serbaguna , Tingkat 3 , Paerpustakaan Raja Tun Uda , Shah Alam

Group Rangkaian : En. Harun , Fiqah , En. Ismail , En. Zahir
Mila , Me , Sany , Pn. Nora , Hasni , Kak Nani & Saliza

curah idea dikertas utk presentation


PERHIMPUNAN BULANAN PPAS
16 Januari 2017
8.00 am
Auditorium , Tingkat 2 Perpustakaan Raja Tun Uda , Shah Alam


Perhimpunan Bulanan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
( PPAS )


BENGKEL HALA TUJU , VISI DAN MISI PPAS 2017-2020
17-19 Januari 2017
Dewan Serbaguna , Tingkat 3 Perpustakaan Raja Tun Uda , Shah Alam

Hari pertama ' Bengkel Hala Tuju , Visi dan Misi PPAS 2017-2020
( group kami hanya 4 orang sahaja - dari lokasi perkhidmatan yang berbeza )

Hari Kedua ... apa ada pada nama ?
Zana , Kak Nani , Hafizah & Me

Hari Ketiga
( moga ilmu dan perkongsian pengalaman dapat dikongsi , diamal ,
 diteladani )

... menyemai impian , menanam harapan 
( Pn. Fathiah kata - tanam impian setinggi yang boleh ,
so nak kereta macam gini lah ... hehehe )

SEMINAR PENGURUSAN SISTEM NILAI DAN INTEGRITI
20 Januari 2017
8.30 am - 5.30 pm
Dewan Serbaguna , Tingkat 3 Perpustakaan Raja Tun uda , Shah Alam

 x de gambar ?? seminar yang paling rushing sebab hari jumaat 
Perkhidmatan Rangkaian paling ramai dan  memang banyak isu.


BENGKEL SKT 2017
23-24 Januari 2017
8.30 am - 5.00 pm
Dewan Serbaguna , Tingkat 3 Perpustakaan Raja Tun Uda , Shah Alam

 me , maryani & mariati 
( hari terakhir - sementara tunggu giliran untuk  presentation )








Tuesday, January 31, 2017

... mulakan dengan Bismillah

Hari ni adalah hari terakhir Aan bertugas di Lib Daerah Sabak Bernam ... 
Opps ! terakhir ????  hehehe
Selamat bertugas di tempat baru PD. Taman Muhibbah ... tempat baru  pengalaman baru ... suasana baru .... dan semangat baru .
Semoga sentiasa istiqomah dalam apa jua yang dilakukan ... Dia beri apa kamu perlu , bukan apa yang kamu mahu ... ingat tu !

Saturday, January 14, 2017

Bila ...



... bila lihat Ayu mengemas meja atau  lebih tepat mengosongkan meja yang dihuni hampir 7 tahun , ada rasa sesuatu dalam hati , sesuatu yang tidak dapat ungkap dengan kata ... bukan aku tak nak sibuk tolong mengemas tapi aku x boleh ... memang x boleh ... dua kali aku melalui situasi sebegini dan dua kali juga aku berusaha mendidik hati agar memahami makna redha dalam kehidupan ... mengasuh hati agar sentiasa positif ... itu juga titipan pesan untuk ayu dan diri sendiri.

... bila ada pertemuan , akan ada perpisahan ... tidak semua pertemuan akan kekal begitu selamanya apatah lagi kita yang kerja tertakluk pada arahan dari masa ke semasa ... jika ada di antara mereka-mereka yang menanam azam untuk stay kat tempat di mana mereka berada sekarang sehingga umur cecah 60 tahun ... perbanyakan muhasabah diri dan kena istiqomah dengan nawaitu yang positif atau lebih indah bahasa ' membina empayar yang kukuh agar tidak mudah goyah ' serta pastikan sentiasa tip top !

... bila sesuatu perubahan terjadi , akan ada pelbagai situasi dan spekulasi ... aku dok perhati jer ! sesekali tu aku rasa kebenaran tanggapan yang ada minda selama ini ... apa yang kita nampak di mata kasar bukanlah gambar sebenar apa yang ada dalam benak fikir ... masa ni juga aku faham makna ketakutan dalam diri seseorang ... terkadang aku rasa macam sedih sangat sebab  terpedaya tanpa sedar ... hehehe

... bila dan di mana , itu yang sering berlegar ruang fikir aku ... yup ! bila dan di mana lokasi seterusnya sebelum berlabuhnya persaraan ... mungkin di situ ... mungkin di sini ... mungkin di sana ... atau mungkin di mana-mana sahaja ... sematkan   selalu dalam diri  " di mana bumi dipijak , disitu langit dijunjung " ... selalu aku ingatkan diri sendiri " Allah beri apa yang aku perlu , bukan apa yang aku mahu " .... motivasi yang selalu buat aku sentiasa positif " jadi batu yang berharga , lontar ke laut menjadi pulau , campak darat menjadi gunung " 


Friday, December 30, 2016

Wednesday, December 28, 2016

koleksi November 2016


... buku ... buku ... dan buku lagi , ini adalah koleksi bulan November yang mengisi ruang dalam rak buku kat rumah ... lebih tepat lagi dalam bilik aku , sebab dah jadi habit aku sebelum tidur mesti baca buku waima sehelai mukasurat ... mesti nak baca , kalau dah letih sangat tengok buku kat rak dalam bilik tu pun dah boleh tidur lena .

... ada juga yang kata ' x jemu ke ... kat tempat kerja dikelilingi buku ... kat rumah pun masih nak mengulit buku jugak ? ' .... jemu ? jawapannya ' nope ! '  ... sebab kat Library aku bekerja so memang aku x membaca buku kat ofis ... lagipun x leh fokus ... !


Buku "Percikan Kesufian " ni aku beli kat 
Maju Edar

Buku "Di Atas Sayap-sayap Malaikat "  beli online
sebab suka sangat baca novel karya Hana Ilhami 
memang best ! ... semua novel Hana Ilhami adalah koleksi
terkawal ... hehehe

buku " Inayah " masih dalam plastik x sempat nak baca
lagi ... cerita seram daaa  ... !

buku " Bisik pada langit " pun masih dalam plastik

buku " Kopiah Buat Zauji "

Saturday, November 26, 2016

Ariel Fattah

Ariel ( satu tahun ) bersama Acu Ijah ( siti khadeeja )

baby Ariel bersama Abah ( Khairil Ajmain )

Wednesday, November 23, 2016

PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN ' Warisan Bangsa Melayu '






Dirgahayu VS Fitrah Pujangga

Pak Pandir

Persembahan kebudayaan

... Cerita minggu lepas yang penuh dramatik ... hehehe , pengalaman berpantun dikhalayak yang melibatkan penyertaan dari jabatan dan pelajar IPTA amat medebarkan ... almaklumlah , jika sebelum ni kami berpantun sesama rakan meskipun dari daerah yang berbeza ... itupun aku dah tersasul kerana gabra sangat ...inikan pula dalam Auditorium PPAS ... alahai suasana sejuk kat situ bertambah-tambah sejuknya aku rasa ... !

... Allah permudahkan semuanya ... itu yang aku rasa ... cabut undi dapat nombor satu ... dan kumpulan Dirgahayu wakil Daerah Sabak Bernam & Kuala Selangor ( nama kumpulan ni Pn. Norafidah yang pilih ) juga kumpulan pertama yang akan berbalas pantun dengan kumpulan Fitrah Pujangga ( wakil PPAS - ibu pejabat ) ... tema bagi pusingan pertama adalah masyarakat ... kami diberikan masa 60 saat ( 1 minit ) untuk menjual dan 60 saat membeli pantun ... terima kasih kepada Ayu Jarum ( staf dari Ampang Water Front ) yang mencipta intro untuk kumpulan Dirgahayu ... rasa meremang bulu roma bila dia nyanyi lagu 'Pohon Beringin ' macam dalam film bawang merah tu ... hehehe

... Aura dok atas pentas tu memang buat aku gabra sikit ... kena seratus peratus fokus untuk cipta pantun dalan masa 60 saat ... itulah paling mendebarkan meskipun kawan-kawan boleh membantu tapi diri sendiri kena kerah idea lebih lagi . 

... meskipun x berjaya untuk ke pusingan seterusnya ... terima kasih kepada rakan dalam team Dirgahayu sebab sentiasa support each other ... ayu ( Lib Daerah S/Bernam ) , ayu jarum ( Lib Ampang Water Front ) , Yus ( PD. Parit Mahang - simpanan ) dan Nora ( PD. Tiram Jaya -simpanan )
Pn. Norafidah ( Lib Daerah Kuala Selangor - Pengurus ) dan Milah ( Lib Daerah Kuala Selangor )

... Tahniah kepada peserta dari UIAM yang menjadi Johan ... mereka memang terbaiklah , UiTM Shah Alam tempat kedua dan SUK tempat ketiga .

Tuesday, November 22, 2016

ermmm .... !



...' Allahuakbar ' itulah perkataan spontan yang aku lafazkan bila dikhabarkan mengenai keluhan yang diluahkan oleh seseorang ... tatkala itu juga terimbau kembali situasi minggu lepas ... deringan telefon rumah bertalu-talu berbunyi meskipun aku berhak untuk tidak menjawab panggilan tetapi bila melihat nombor tertera kat skrin ... aku langgar prinsip ' tidak ada urusan berkaitan kerja bila berada di rumah ' 

... ermmm ! x nak komen apa-apa pun ... sekadar ingatkan diri sendiri ' buat baik berpada-pada ...' air yang mengalir tenang , jangan disangka tiada buaya ... mungkin naga pun ada kat situ  ... bohonglah kalau aku kata x terasa hati kan ... hanya tidaklah  sampai nak hantuk kepala kat dinding sebab ini bukan kali pertama aku lalui ... aku anggap ini pengajaran paling berharga .

... apa pun terima kasih sebab beri aku rasa , beri aku peringatan , beri aku pengalaman ... alhamdulillah , semalam semasa memandu balik ke rumah ... aku banyak istighfar dan muhasabah diri ... bila ada yang bertanya itu ini atau bercerita masalah ... x perlu nak noted sangat pun ... sebab kita pun x tahu apa nawaitu dalam hati mereka ... macam serik sangat kan !

Friday, November 18, 2016

... cucu ?




Rayyan Haziq & Aira Sofea


Friday, November 11, 2016

berpantun lagi ...


Bunga dedap cantik berseri
Tetapi sayang harum tiada
Bukan sesuka hati menawarkan diri
Dari tiada , biarlah ada

Berburu rusa di hutan rimba
Dapat rusa berbelang di kaki
Masuk bertanding sekadar mencuba 
Eh ! kena berpantun sekali lagi






Wednesday, October 26, 2016

... begitu adanya


... Kehidupan adalah satu perjalanan yang jauh dan sepanjang perjalanan yang sejauh ini , akan kita lalui jalan-jalan yang bukan sahaja lurus dan rata tetapi berliku , berkerikil , penuh dengan simpang siur , mungkin juga akan beberapa kali terpaksa buat pusingan U untuk sampai ke destinasi yang diinginkan.

... Ada  yang kata ' kita kena positif ' ... ada juga yang kata ' bersabarlah  ' ... dan  ada yang kata ' minum  teh O ais limau untuk sejukkan hati ' ... isk ! nak sejukkan hati x perlu minuman berais bagai, cukup lah dengan zikir yang sentiasa meniti di bibir kita ... aku bukan le individu yang mudah melabelkan individu lain secara negatif , waima berkali-kali terkena pun aku masih cuba bersikap positif sehingga ke satu tahap hatta hati dan minda bersatu  menjurus ke arah negatif pun aku masih berusaha untuk positifkan ... memang bagus untuk bersikap positif sentiasa dan aku mungkin termasuk dalam golongan mereka-mereka yang berusaha untuk kekal positif dalam mengawal stress ... sebab stress akan meningkatkan kadar kolestrol dalam badan .

 ... Hanya ada ketika , aku ingin sangat menyelami atau menyelusuri benak hati mereka yang ada disekeliling ... cara mereka berfikir ... cara mereka bertindak ... bagaimana mereka mengadaptasi cara berfikir dan bertindak dalam wadah kehidupan , kerjaya atau apa sahaja yang melibatkan orang yang berada  di ruang lingkup mereka ... tiada maksud negatif pun sekadar untuk mengekalkan minda positif ... jika terkadang ada sesuatu yang aku lakukan atau aku suarakan bukan untuk menghakimi antara benar atau tidak ... kerana tentunya kamu lebih mengenali atau lebih arif dalam menilai diri dan setiap perlakuan ... hanya jika sesuatu yang kamu lakukan itu natijahnya mengheret sama aku ke dalam rencah ragam yang kamu cipta , sesudah kamu lemparkan dan sembunyi tangan ... kau rasa ?

... Maaf , mengimbas situasi minggu lepas ... aku terkesima jadinya , sedaya upaya aku cuba mengawal diri dari mempersoalan untuk apa lafaz maaf itu ? ... maka berjuta tanda soal yang bertamu dalam minda  ... tapi aku dah berazam untuk sentiasa memaafkan sebab " memaafkan itu seperti melepaskan bara api dari genggaman " isk ! sape nak pegang bara api ... melecurkan tangan beb !

... " Belajarlah ... belajarlah untuk kebenaran " itu ungkapan seorang sahabat , jika diberi pilihan untuk berkata benar tapi menyakit atau sebaliknya ... yang mana satu jadi pilihan ? ... ada ketika kita tahu ... kita lihat ... dan kita lalui tapi amat sukar untuk menyatakan apa yang kita tahu ... kita lihat dan kita lalui itu salah kerana pelbagai faktor yang menjurus ke arah negatif ... sedangkan kita acapkali diingatkan untuk sentiasa positif ... la ni aku agak sensitif sedikit  ( sikit jer ) dengan perkataan positif ... aku akan mula menyelusuri ruang paling dalam kehidupan mereka , bukan cari kelemahan tetapi begitulah  norma kehidupan ,  kata mesti dikota , cakap mesti serupa bikin ... apatah lagi fasa untuk perhati dah lama berlalu .

... Hakikat kehidupan yang tidak pernah berubah adalah kita mahu .. kita  harap ... kita ingin ... kita nak semua mereka yang ada disekeling memahami masalah , situasi , kepayahan atau apa sahaja yang berkaitan dengan kita , anak kita , keluarga kita ( tidak termasuk kerjaya ye )... seolah-olah mereka yang ada disekeliling bebas dari apa yang kita alami ... dan jika ada yang bersuara maka terlihat macam tiada perasaan ehsan ... tidak prihatin atau apa sahaja yang sama makna dengannya ... realitinya kehidupan adalah masalah ... dan masalah itu adalah kehidupan ... !   

... Sesekali cuba kita buat check list apa yang kita buat , apa yang kita bual , apa yang kita fikir ... apa ... apa ... dan apa ? agaknya berapa peratus apa yang kita buat , apa yang kita bual dan apa yang kita fikir daripada apa yang sewajarnya kita buat ... kita bual ... kita fikir bagi memenuhi KPI yang selayaknya ? ... alasan skema kita adalah " tiada manusia yang sempurna " 

... Inilah kehidupan , cabaran dan dugaan tidak pernah berkurang , lalui sahaja dengan kesabaran selagi daya ... kalau ada perkara-perkara yang buat jiwa rasa gelora , hati rasa disakiti , ungkapkan " astaghfirullah " berulang kali ... sesungguh segala kelemahan itu dari diri kita sendiri .
  

Friday, September 23, 2016

#getaranjiwa


 " Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu
Andai dipisah
Lagu dan Irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa .... "


aku rasa harmoni sangat ketika layan bait-bait indah ini
dalam iklan nescafe di tv
tetapi ...
aku menahan rasa saat lagu ini diperdengarkan
lewat corong telefon
hehehe 


Friday, August 26, 2016

... bila telefon berbunyi !




... ini citer semalam , telefon berbunyi diminit terakhir waktu perkhidmatan , bila gagang diangkat dan pengenalan diberi tapi tiada balasan sekadar isyarat talian diputuskan ... memandangkan ini bukan kali pertama  berlaku ... aku anggap yang buat panggilan itu adalah individu yang mengalami masalah keliru dan celaru emosi ... hehehe

... kalau sebelum ini panggilan diminit terakhir waktu perkhidmatan masih terdengar jawaban bila gagang diangkat ... waima jawaban yang diterima agak memusykilkan seperti " ini Guardian Bukit Tinggi " atau " ini Pejabat TNB ke ? " meskipun setiap panggilan yang diterima jawaban dari aku atau staff lain adalah sama sahaja iaitu pengenalan nama tempat telefon ini berada ... tiada jawaban lain pun .

... ada ketika aku mula memikirkan sesuatu ... sesuatu yang boleh merungkaikan rasa musykil ini .. hehehe .... tapi biarlah rahsia !

Wednesday, August 10, 2016

sesekali ...



Sesekali air yang tenang perlu dikocak
Biar gelombang menjadi tsunami
Kerana dari situ baru  kita tahu  
Ada buaya atau phirana
Sesekali air yang jernih perlu dikeruhkan
Biar geruh hingga ke dasar berlumpur
Kerana semakin jauh ke dasar
Tersimpan berjuta khazanah
Sesekali kita kena menguji dan diuji
Untuk membeza antara kaca dan permata
Kenal siapa kawan juga lawan
Budi bersendi ruas untuk dibalas
Pekerti berteras bakti untuk dihayati

Sesekali kata perlu dilontar
Bukan tanda celupar atau biadap
Bukan juga sudah pupus budi bahasa
Sekadar mengota apa yang dirasa
Sesekali kita perlu belajar untuk diajar
Belajar memudahkan bukan menyusahkan
Belajar menilai bukan memandai
Menerima dengan hati bukan rasa

Sesekali itu
untuk kamu
yang berada disekeliling
bicara ini bukan kerana kamu dimusuhi
hanya jauh disudut sanubari
kamu adalah seseorang
yang paling dekat untuk dikongsi
semua cerita.
 


Thursday, July 28, 2016

' Syoknya membaca '


... Pesta Buku Selangor 2016 akan bermula pada 28 Julai hingga 7 Ogos 2016 , lokasi Pusat Konvensyen Shah Alam ( SACC , Shah Alam ) , bagi kami kakitangan PPAS , Pesta Buku Selangor maka akan ada kakitangan yang terlibat dengan kursus atau seminar sepanjang penganjuran Pesta Buku berlangsung . Aku sendiri akan terlibat dengan Program School Of Life ( Sesi 1 ) , School Of Life ( Sesi 2 ) dan Syoknya Kirigami bersama Abang Busran , pada tarikh 1 Ogos 2016 , dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang ... sebenarnya aku teruja sikit untuk tahu apa itu kirigami ... hehehe

Tuesday, July 26, 2016

cerita kertas sehelai



... kerja aku memang tak boleh dipisahkan dengan kertas , kadangkala aku kalut , serabut dan resah gelisah hanya kerana kertas .  Hari ini aku ditegur juga kerana sehelai kertas , aku sebenarnya tidak sangka pun tapi ambil pendekatan hanya ketawa dan senyum seraya menggelengkan kepala , bagi aku mudah jer , sehelai kertas kecil yang hanya mengesahkan tugas pertukaran bekas sanitary pads tu sesiapa sahaja boleh turunkan tandatangan dan sesiapa juga boleh masukkan dalam fail kerana fail itu sentiasa ada sahaja di rak fail .  

... sebenarnya tiada  pun arahan yang menyatakan  si polan atau si polan yang wajib memfail sehelai kertas kecil tu , mungkin atas alasan kebiasaannya aku memfailkan maka ianya menjadi tugasan aku . itulah hakikat yang memang susah untuk ubah , apatah lagi disokong oleh pihak yang memberi arahan .

... alhamdulillah , kerana sehelai kertas kecil itu , aku belajar sesuatu yang amat berharga ... kerja kita , kita settle , lain-lain tugas kalau  boleh bantu , kita bantu dan jangan berkira sangat tugas siapa atau kerja siapa ,  yang paling penting selesai dan kepada yang tugas dibantu kenalah prihatin untuk tugas orang lain pulak .

Tuesday, July 5, 2016

... maaf dipohon

maaf ...
 tutur bicara ada ketika menguris rasa
tingkah laku mengundang curiga
 aku hanya manusia biasa
tiada sempurna
sepuluh jari disusun
salam bertaut maaf dipohon
hapus segala kisah setahun
semoga kehidupan bertambah rukun

buat semua sahabat handai , rakan taulan , saudara mara dan mereka yang singgah
singgah di blog ini ...

Selamat Hariraya
Maaf Zahir Batin


 

Friday, June 24, 2016

bapak


gambar terakhir masa hariraya 2011

Al fatihah buat arwah bapak ( kembali ke rahmatullah pada 10 April 2014 bersama 10 Jamadil Akhir 1435 )

... ada yang tanya mengapa aku x menulis diblog coretan mengenai arwah ... sebenarnya waktu itu aku x punya kekuatan bercerita apatah lagi menulis berkaitan arwah bapak ... sampai saat ini aku masih merasakan seolah-olah bapak ada di rumah macam biasa .

... teringat hari2 terakhir ... bapak memang selalu x sihat ... ada ketika untuk bergerak pun perlu dibantu ... ada masanya dia mengeluh bila terpaksa mengharapkan anak-anak dan cucu untuk bangun ... duduk ... atau ke tandas , aku sedaya upaya memenuhi segala keperluan dan keinginannya .
... mereka kata ' aku kuat untuk melalui semua ini ' hakikatnya aku x sekuat mana pun ... masih ada sendu disebalik tawa ... hanya Allah yang tahu tapi kehidupan perlu diteruskan ... apatah saat menjelang syawal beberapa hari lagi.

... aku dan bapak agak kurang berkomunikasi kecuali hal-hal yang penting ... mungkin kerana aku lebih rapat dengan mak lagipun tipikal anak perempuan mesti akrab dengan emak dan aku tidak terkecuali ... apa-apa urusan semuanya melalui emak ... tapi bila emak dah tiada ( kembali ke rahmahtullah pada tahun Julai 2008 ) aku berusaha untuk membina semula komunikasi dengan bapak walaupun aku tahu bapak lebih senang meluahkan apa yang diinginkan kepada kakak .

... hakikatnya aku tahu bapak sayang semua anak-anaknya mengikut perangai kita sendiri ... bapak kurang berkomunikasi dengan aku sebab dalam banyak perkara kami sering tidak sekata ... dan aku sendiri mengaku tidak akan bersuara jika tidak sependapat dengan bapak ... bersuara bererti aku derhaka ... mungkin juga kami punya satu sikap yang sama iaitu ' keras hati ' ( itu emak yang cakap )

... aku bersyukur kerana bulan- bulan terakhir bersama bapak , Allah titipkan kesabaran yang tinggi ketika menguruskan bapak ... dan bapak juga lebih bertolak ansur dalam soal pemakanan ' bukan x boleh makan tapi kena kurangkan ' itu ayat yang aku cakap .

Al Fatihah ... semoga  arwah ditempatkan bersama-sama mereka yang bertaqwa . amin

Thursday, June 16, 2016

... bila ' orang buku ' jadi pelakon


 .... gambar lama penuh nostalgia ... inilah hasilnya bila 'orang buku ' menjadi pelakon untuk Kempen  ' 15 min Reading Break ' lokasi sawah di Sungai Besar ... kalau x silap gambar ini dirakam pada tahun 2010 dan ada diantara yang posing sakan dalam gambar ni telah menukar kerjaya dan meninggalkan dunia buku .

Friday, June 10, 2016

isk ! isk ! ... kamu lagi ?

 
... bertugas di bulan Ramadhan ni adakala memerlukan extra kesabaran yang jitu , perkara yang sempoi pun boleh menguji kekentalan hati ... apatah lagi jika berurusan dengan budak-budak yang lepak santai kat perpustakaan ... seawal 8.15 pagi dah sampai kat lobby perpustakaan walhal perpustakaan memulakan operasi jam 9.00 pagi ... alhamdulillah ramai pengguna hari ini .

... sedang ralit susun buku di Bah. kanak-kanak bersama Aan tetiba ada budak masuk " eh ! dah pukul 9 ke ? " ... " adik-adik , perpsustakaan dibuka pukul 9 ye ... ada 10 minit lagi , kakak pun belum selesai susun buku " lagipun lantai yang di mop pun belum kering lagi .

... tepat jam 9.00 pagi , aku catatkan 27 pengguna telah berada di dalam Perpustakaan Daerah Sabak Bernam ... bising sikit tu perkara biasa walaupun isyarat senyap telah aku buat ... aku perhatikan sahaja gelagat mereka dari kaunter ... buku-buku yang tadi tersusun kemas dan teratur dah berkalih kedudukannya ... ada yang sekadar melihat gambar ... ada yang sekadar selak sehelai dua muka surat buku dan letak semula ... macam-macam gelagat ada ... ada juga yang menanggis ... yo sape nak pujuk ni !

... sedang bergelut untuk selesaikan minit mesyuarat yang tertangguh hampir 2 minggu sebab nak kasi settle audit dulu ... tetiba terdengar suara

" nak pinjam buku " si kecil meletakkan  satu buku dan kad keahlian perpustakaan
" pinjam satu buku jer ? " itu yang ajukan semasa check out buku tersebut

... dan aku menyambung semula urusan minit mesyuarat yang tergendala ... sekali lagi aku terdengar suara 

" nak pinjam buku " si kecil meletakkan satu buku dan kad keahlian perpustakaan
" pinjam satu buku jer ... carilah buku lagi , boleh pinjam 10 buku tau " aku cuba memancing agar dia pinjam lebih buku tapi dia menggelengkan kepalanya ... aku senyum 

... dan aku menyambung semula kerja-kerja menaip yang tergendala ... dan sekali lagi aku terdengar suara
" nak pinjam buku " si kecil meletakkan buku dan kad keahlian perpustakaan
" isk ! isk !  kamu lagi ... tadi kata nak pinjam satu jer " dalam nada ketawa aku bertanya
" tadi tak jumpa buku ni "  si kecil menjawab sambil senyum simpul menunjukkan buku
" puasa tak hari ni ? " aku tanya lagi
" puasa " jawab si kecil dengan semangat
" alhamdulillah "  

... dan untuk sekian kalinya , aku terus menaip dengan harapan dapat diselesaikan hari ini juga ... dan aku juga berharap agar tiada gangguan lagi ... hehehe

" terima kasih " kata si kecil yang tersenyum dengan 3 buah buku yang dipinjam  mengikut langkah ibunya keluar dari perpustakaan
" sama-sama ... datang lagi ye ... bye ! " aku jawab dengan melambaikan tangan
" bye ! " jawab si kecil ( Ahmad Naufal - aku hafal namanya sebab berurusan 3 kali dalam masa 15 minit ... hahaha )


Thursday, June 9, 2016

Senyumlah wahai hati ...



... terkadang kita ni bila bercakap 'terlupa' kesantunan bahasa ( ini merujuk kepada diri sendiri ) ... itu yang sering aku cuba perbaiki bila berkomunikasi  ... beberapa hari yag lalu terlepas jua kata-kata yang aku rasa meruntun kalbu ... aku rasa kata-kata aku itu bersesuaian dengan logik situasi tapi semasa memandu untuk balik ke rumah ... macam terimbas semula  rentetan seterusnya ... ermm , aku tahu ada perasan yang terasa ... aku ucapkan istighfar dalam hati dan secara lisan astaghfirullah berulang kali hingga aku rasa ada ketenangan dalam hati ... ntahlah , bukankah lebih baik berterus terang daripada pening kepala mengolah alasan yang akhirnya ketahuan juga kebenarannya .

... begitu juga dengan situasi yang dilalui oleh seorang sahabat ... yang terkesan sangat dengan apa yang diperkatakan mengenai diri dan kerjayanya ... x tahu di mana puncanya tapi hakikatnya cerita ini mungkin telah tersebar dengan pelbagai versi yang tidak pasti  benarnya ... janganlah membina rasa gembira dengan kedukaan dan airmata orang lain ... bak kata pepatah ' jangan salahkan lantai x rata , kalau diri sendiri memang x tahu menari ... syukur dengan rezeki yang kita terima dan berusaha perbaiki diri sejajar dengan tanggungjawab yang diamanahkan ... buktikan selayaknya kita, jangan sesekali libatkan orang lain andai ada yang mempertikai ... kesian dehhh ! sama mereka yang terheret dalam masalah kita .

... alhamdulillah audit dalaman telah selesai pada 24 Mei 2016  ( terpaksa cancel cuti yang dirancang awal )... seperti selalu juga tempias tetap terpercik dekat aku ... ntahlah x tahu nak kata apa lagi dah ... bila  selalu sangat melaluinya aku jadi mangli ... sebab mengelak macam mana sekali pun tetap juga kena biasnya ... sekali lagi aku mohon sesangat jangan mudah sentap  pada teguran ( aku x nak guna istilah kritik ) tapi ambil setiap teguran itu sebagai penambahbaikkan dalam kehidupan dan kerja kita bukan menuding jari menyalahkan orang lain ... sesekali tu kena juga meletakkan situasi orang lain dalam diri kita ... apa kita rasa jika terpaksa menggalas khilaf orang lain .

... dua minggu ini penuh cabaran ... inilah pembelajaran sepanjang hayat di Universiti Kehidupan , semua layak secara total tanpa perlu sijil kelayakan ... mungkin ada yang berbangga dengan sehelai kertas yang dinamakan ijazah ... bagi yang x de ijazah ( macam aku ... huhuhu ) kena berusaha lebih sebab x de ijazah untuk dijadikan sokongan ... so  aku kena usaha lebih,  biar pun x de ijazah tapi kualiti tugas setaraf yang berijazah ... hehehe

... Audit Lloyds Register Quality Assurance untuk pembaharuan Sijil MS ISO 9001:2008  telah selesai pada Ramadhan yang pertama  6 Jun 2016 ... alhamdulillah , Allah permudahkan segalanya ... kalau ikut tentatif program yang aku terima , audit akan bermula dari jam 9.am  dan akan selesai sepenuhnya  pada jam 5.00 pm ... apa yang berlaku memang diluar jangkaan , audit selesai sepenuhnya jam 3.00 pm ... tiada tekanan dan semuanya berjalan secara santai ... aku syukur sangat ' terima kasih Allah ' ... terasa hilang semua lelah dan tekanan sebelum audit .

... meskipun audit telah berlalu namun  cerita belakang tabir sebelum audit masih terkesan dalam hati,
banyak perkara yang pada perkiraan aku tidak sepatutnya berlaku jika gerak kerja dibuat secara istiqomah ... aku tahu setiap orang ada cara kerjanya sendiri dan aku pun bukanlah berkira sangat kerana gerak kerja untuk audit memerlukan kerjasama serta persefahaman ... tiada bermakna usaha merealisasikan tugas sendiri dengan jayanya jika gerak kerja yang lain menemui jalan buntu ... audit adalah menyelesaikan tugas secara berkumpulan ... jangan susahkan orang lain dengan kerja kita yang tidak selesai ...

' Senyumlah wahai hati ... teruslah senyum '

Saturday, May 14, 2016

kita adalah ...





kita adalah ...
apa yang kita fikir
kita adalah ...
apa yang kita lakukan
kita adalah ...
apa yang kita rasa
kita adalah ...
apa yang kita mahu
kita adalah ... 
apa yang kita suka
kita adalah ...
apa yang kita benci
 apa yang kita fikir , lakukan , rasa ,mahu , suka dan benci
semua itu adalah KITA

Tuesday, May 10, 2016

... buat sahabat ( kaunter sebelah - ainraihan.blogspot.my)



dalam hidup ini ... 
yang buat hidup kita lebih bermakna bukan semata-mata kerana
kekayaan , kemasyhuran , pendidikan tinggi atau kesempurnaan yang kita miliki
tapi ... 
kerendahan hati , mampu berkongsi dan menyentuh hati orang lain yang akan
menjadi hidup kita lebih tenang dan bererti
jangan ...
sempitkan fikiran dengan sesuatu yang kita dengar tanpa meletakan
kesahihan ditempat pertama 
 

... kau rasa ?


... ini citer malan tadi , masa dok  ralit bersembang dengan member lama nun jauh di selatan tanahair tiba-tiba suara dia hilang ... senyap sunyi jer ... eh ! bateri habis dah ( teringat pengecas tertinggal kat ofis ...huhuhu )  so perbualan ditamatkan tanpa sempat ucap salam pun ... pastu cuba guna telefon rumah pun senyap sunyi juga ... isk ! kenapa x de line ni ... aku lelapkan mata malam tadi dengan perasaan yang x berapa nak indah ... hehehe

... pagi tadi jam 8.15 , aku dah parking kereta betul-betul depan TM Pekan Sabak Bernam ... kunun nak jadi orang pertama yang berurusan  dengan TM ... nak mengadu pasal line x de kat rumah ... sehingga jam 8.30 aku menunggu dalam kereta tapi tanda-tanda untuk TM mula beroperasi masih x de ... ermmm mungkin mula operasi jam 9.00 ... itu telahan aku , aku start enjin kereta menuju ke ofis Pekan ... saja nak lepak-lepak ! sepanjang masa menunggu depan TM tadi ... aku cuba untuk hubungi rakan ofis sebab nak maklumkan ' aku lewat sikit masuk ofis ' 

... 8.45 , aku sampai kat ofis Pekan ... aku x keluar kereta pun sekadar turunkan cermin tingkap jer sambil layan lagu di radio ... masa tu aku perasan seekor kucing datang kat kereta aku ... aku letak sikit bekalan yang aku khaskan untuk si manja di ofis Sg. Besar.

... jam 9.03 aku gerak semula ke TM untuk selesai urusan yang tergendala ... parking ditempat yang sama juga ... kaki melangkah keluar dari TM jam 9.10 ... alhamdulillah selesai sudah segala urusan ... moga hari ni juga TM dapat settlekan masalah line telefon kat rumah ...

... jam 9.25 selamat sampai kat ofis Sg. Besar ... ada tetamu yang ingin berurusan dengan PP ... aku cuba call PP untuk maklumkan ada tetamu menunggu ... panggil pertama x berjawab ... so aku call untuk kali kedua ... x berjawab juga , aku call sebab dimaklumkan janji temu telah dibuat ... hanya itu yang mampu aku bantu ... setelah tetamu beredar ... PP pulak call , bila aku maklumkan situasinya ... dia  citer lain versi lak ... isk ! kau rasa apa yang aku rasa ? 

... hari ini penuh dengan cerita ... cerita itu ... cerita ini ... apa yang pasti cerita pasal 13 Jun nanti lebih mendebarkan dan memerlukan kesabaran yang jitu ... !

.... siap sedia
                      berusaha !
                                   berusaha !
                                                berusaha !
                                                                 berusaha !                         
                                                                                  berusaha !

Wednesday, April 20, 2016

... tiada apa-apa


Kertas putih itu masih kosong
Pandangan juga masih kosong
Terdengar hanya gema suara
Melata disegenap arah ...
Sesekali ku lontar pandangan
Menerjah disetiap wajah
Tercari-cari kalimah yang tersurat
Sehingga detik  bertemu noktah
Kertas putih itu masih kosong
... tiada apa-apa