Wednesday, October 24, 2007

istiqamah

salam,

hari ni 12 syawal bermakna sudah 12 hari kita meninggalkan bulan penuh keberkatan .... aku masih tercari-cari jawaban ... apakah amalan ku sepanjang ramadhan lepas telah sempurna terlaksana sepenuhnya atau pun masih banyak tercicir di sana-sini ....
... syawal kali ni aku tak teruja sangat untuk merayakannya ... mungkin sebab meningkatnya usia membuat aku lebih bersederhana je ... aku lebih berusaha kearah misi Adib ... entahlah aku satu kerugian yang amat sangat kerana mengambil mudah soal ni .....
... kini aku rasakan dapat kembali mencari hakikat diri yang hakiki .... menilai lemah dan kurang, menyingkir gelodak dan debu , menyubur jati diri , menunai amanah mengota janji .... aku berharap sangat agar Allah senantiasa mempermudahkan lorongan ini ... mengiringi hasrat dengan kekuatan dan ketabahan serta keimanan yang berkekalan ....
... semoga istiqamah ini sentiasa dihati ..... insyaAllah.

Thursday, October 18, 2007

salam aidil fitri

... esok aku cuti raya tapi ..
aku x tahu nak gi mane
sebab semua kekawan dah mula kerje
mungkin ....
aku akan dok kat rumah menunggu
klu-klu ada member yang masih bercuti
sudi bertandang kan ...
atau pun gi ziarah rumah paman dan bibik
agh ... !

... slm aidil fitri buat fuzi n famili
kerana sudi menjengah teman lama
tapi jgn lah kau terlalu mngharap balasan
bukan aku x sudi tapi ...
aku masih kurang berani
insyaAllah , bukan janji

... buat semua anak saudara
along,angah , dd dan awer x de duit raya ye !
alif , am n amar duit raya kurang sikit dari biasa
khas utk adib - extra duit raya seperti yg acik janji
buat najwa - duit raya akan dibyr semasa keluar keputusan periksa
istimewa siti khadeeja ( cik embun ) kena bagi sebab x de alasan .....

... slmat hariraya aidil fitri maaf zahir batin, berdoa lah kite agar ramadhan dan syawal tahun depan kita masih berpeluang menikmatinya .

Monday, October 8, 2007

misi Adib .....

assalamualaikum ...

... menjelang syawal yang tinggal beberapa hari , aku bagaikan dilanda kesibukan berganda .... dengan kerja dan persiapan yang masih belum sempurna sepenuhnya .... masa pulak terasa begitu cepat berlalu .... arg ! ... pening kepala jugak tapi bila melihat gelagat Adib .... tetiba hati rasa insaf dan amat tersentuh ....

... dalam usia 9 tahun , ketika bebudak lain sibuk nak baju , kasut , songkok untuk sambut raya tapi ... dia lain sebab katanya " semua tu mesti mak akan sediakan , lagipun adib misi la " ... aku tergelak jer .... " ni mesti misi nak main mercun .... kalau tak pun nak cari duit raya "

... " adib nak cari lailatul qadar " nada seriusnya buat aku terkedu ..... " kan pahalanya melebihi 1000 bulan , macam acik selalu cakap tu " ... entah mengapa hari tu ... aku betul-betul rasa tersentuh hingga airmata menitis .... budak seusia tu tahu makna sebenar apa itu ramadhan .... walaupun aku hanya bercerita tentang malam lailatul qadar sebagai satu galakan dan dorongan agar dia tahan ketika berpuasa .... kini baru aku faham mengapa dia begitu semangat untuk solat sunat terawih dari awal ramadhan lagi meskipun pernah aku katakan malam lailatul qadar adalah pada 10 malam terakhir ramadhan ....

... aku katakan padanya " acik pun nak ikut adib dalam misi ni untuk tahun ni dan tahun-tahun akan datang " dia tersengih je ...!

... aku berdoa semoga misinya berjaya dan akan berkekalan sepanjang hayat .... aku juga berniat untuk bagi extra duit raya padanya tahun ni .....

" Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan dan jadikannya anak yang soleh " Amin .

Thursday, September 27, 2007

...Seloka ingatan dan harapan

buat si manis 17 ' siti najuwa '
Sering ku ingatkan
membezakan baik dan buruk laku
akal jangan mudah terkeliru
katanya ' dia memang tahu '
aku tak perlu risau selalu
Sering ku ajar
pilih rakan ada sempadan
tersalah haluan terconteng arang
merana badan
katanya ' dia amat faham'
aku tak perlu rimas dan bimbang
Sering ku katakan
sebelum bertindak perlu berfikir
katanya ' insyaAllah , dia tak akan mungkir '
aku tak perlu pusing memikir
Sering ku lafazkan
hormat sesama manusia
tiada silap tiada ruginya
di mana kaki berpijak
di situ juga langit dijunjung
sedar diri dan tahu untung
seuntung sabut nasibmu terapung
.. lakukan yang terbaik , acik doakan semoga beroleh kecemerlangan dalam SPM ...

Wednesday, September 19, 2007

Dilema seorang aku ...

Ku mengintai ketenangan diantara kekalutan
kerana keinginan sering tidak seiringan
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
untuk bangkit semula meneruskan baki perjalanan
Ku menghimpun kekuatan
Ku memohon ketabahan
meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku pujuk hati ....
kegagalan bukan suatu kekalahan
tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku minta diberikan sejenak kesempatan
untuk ku ulangi langkah pertama
keperitan yang ku rasa
mengajar erti kesabaran
Ya Allah ...
dirimbun keampunan ku mencari keredhaan
melerai segala kusut dan kecamuk di jiwa
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
lantas ku sedar ...
Aku sedang diperhatikan

Friday, September 7, 2007

Indahnya ilmu ..

assalamualaikum ..

Alhamdulillah ! kursus Program Latihan ICT Pemberian perkhidmatan Sejagat ( USP) di De Palma Ampang selesai setelah berkampung selama 5 hari , kini semuanya kembali semula ke lokasi masing-masing dengan ilmu untuk di sebarkan sebaik mungkin kepada masyarakat dan pengguna perpustakaan.

Meskipun bukan kali pertama menghadirinya dan mempunyai asas dalam menggunakan komputer ..... terasa masih banyak lagi ilmu tentang IT yang perlu di terokai dan dipelajari . Terima kasih semua tenaga pengajar yang begitu sabar ( .... atau terpaksa bersabar ) membimbing kami semua ....... adakalanya terasa malu juga nak untuk bertanya .... tapi terpaksa tebalkan muka .... bertanya untuk ilmu !

InsyaAllah segala apa yang diperolehi akan dipanjangkan kepada sesiapa yang berminat untuk memanfaatkan Ilmu IT .... semakin dipelajari semakin banyak yang perlu dipelajari ....

Ilmu tuntutan sepanjang hayat !

jumpa lagi ....

Tuesday, August 28, 2007

.... yang terakhir ?

salam hebat buat semua,

... setelah hampir seminggu dihantui kesibukan kerana terlibat dalam mengendalikan program akitiviti pengguna sempena kemerdekaan ..... hari ni baru aku berkesempatan membaca mail dan menulis kat blog ni .... sambil tu layari jugak blog sifu dan lindunganbulan ... rasa lega dan merdeka kerana segala perancangan yang diatur lebih dari sebulan dapat dilaksanakan dengan jayanya .... itu pada pandangan aku le ... tapi tak la pandangan orang lain lak ... sukar untuk puaskan hati semua orang kan ...
... walaupun aktiviti tu dah berlalu ( ... sabtu lepas ) tapi keletihan nya masih terasa ... hasrat hati nak cuti ..... nak rehat kan fikiran tapi terpaksa dibatalkan kerana banyak urusan perlu diselesaikan sebelum menghadiri kursus USP kat D'Palma Inn, Ampang bermula 1 - 6 Sept 2007 .... sebenarnya mengendalikan aktiviti bukan perkara baru bagi aku ... sebelum ni pun aku sering diterlibatkan tapi ..... kali ni mungkin aktiviti yang terakhir untuk aku .... entah lah rasa aku dah penat dan serik .....
... adakalanya kerenah dan kesukaran komunikasi antara kakitangan bawahan dan pihak yang ada di atas buat aku jerih dan putus asa ..... sebenarnya bukan pujian atau sanjungan yang diminta sekadar kerjasama dan keprihatinan sudah memadai .... aku teringat frasa terakhir yang terdapat dalam senarai tugas ada tertulis ' sedia menjalankan yang diarahkan dari masa ke semasa ' ..... aku sentiasa bersedia atas segala arahan meskipun sebagai manusia biasa adakala perasaan tidak puashati tu tetap ada ....
... meskipun majlis sudah berakhir .... aku masih memikirkan adakah semua kekawan puashati atau sebaliknya ..... ajk program telah berusaha untuk memberi yang terbaik .... aku sedikit terkilan kerana sedikit masalah timbul masa pendaftaran tempohari .... hanya kerana sikap segelintir wakil peserta yang tidak peka pada aturan penyertaan ... dah tu lepas tangan lak ... permasalahan dari kecuaiannya terpaksa diselesaikan oleh orang lain pulak ...
... apa pun semua dah berlalu dan tetap jadi pengajaran berguna kepada aku di masa hadapan ... kepada mereka yang terasa hati atau tidak puashati .... aku mewakili semua ajk menyusun sepuluh jari mohon kemaafan ..... kami berusaha sebaik mungkin dan kesulitan yang berlaku diluar jangkaan .... segala kelemahan dan kekurangan dari kami , segala kesempurnaan dan kebenaran dari dari Nya jua.
wassalam

Thursday, August 16, 2007

politic office ....?

salam semua

Alamak ! hari ni aku lambat lagi ke pejabat sebab ada sedikit perbincangan dengan pegawai pasal aktiviti sempena merdeka pada 25 ogos 2007 ( sabtu ...) , lepas tu aku buat surat untuk mohon sumbangan bagi menambah peruntukan sedia ada ..... ala biar le meriah sikit masa majlis tu berlangsung nanti ..... semua ni aku buat untuk memastikan segalanya berjalan lancar tapi ada masa nya tu terdetik gak kat hati kecil ' .... ikhlas ke mereka menolong aku atau mungkin kerna terpaksa ...' Astaghfirullah al azim ku lafaz dalam hati kerana berprasangka buruk kat orang .....

... tiba kat pejabat aku dimaklumkan kena kursus USP kat D'palma Inn , Ampang mula 19 - 23 Ogos ni .... aduh ! ... belum hilang penat memanjat tangga (.... pej kat tingkat 2 ) aku rasa lemah dan lemas betul ..., setelah bincang dengan member pejabat aku buat keputusan untuk minta tarikh lain sebab bagi aku keutamaan harus kepada aktiviti yang telah dirancang lama ...... apa nak buat .... dah terpaksa , aku sebenarnya terperangkap antara ilmu dan amanah .....

... sebenar nya niat aku semasa mula mengetik huruf kat keyboard bukan le nak cerita pasal kesibukan kerja aku dalam minggu ni tapi pasal isu baru yang terlintas kat fikiran aku semasa memandu ke pejabat tadi .... ' politic office ' atau senang cerita ' politik pejabat ' kena baca betul-betul tau .... bukan pejabat politik ..

... alam pekerjaan memang mencabar dan penuh warna warni yang silih berganti setiap masa dan ketika tapi ingat warna-warna ni mungkin akan secantik pelangi dan tak mustahil akan berubah kepada warna kelabu asap atau terus gelap gulita ....

... politik pejabat ni sebenarnya memang wujud dan mungkin kite pun pernah terlibat secara langsung atau pun disedari ...... manusia dengan sifat lemah dan tamak serta iri hati memang sukar untuk dikikis ..... maka timbul pelbagai istilah ' kawan makan kawan ' ' tikam belakang ' dan macam-macam lagi ... tapi kata seorang teman ' untuk terus hidup kite terpaksa berlakon ' dan ' saya terpaksa ... klu tak sampai tua le kat situ jer ' .... ada gak sanggup membuka aib orang demi kepentingan peribadi ...

... secara peribadi aku memang tak sukan situasi ni ... dan cuba sedaya upaya untuk menjauh diri dari terlibat ..... tapi adakalanya tanpa disedari rupa-rupanya aku sudah terperangkap dalam gelora dan gelodak ini ..... kesannya yang terpaksa aku terima ..... tidur malam tak lena , mandi tak basah ..... makan tak kenyang .... tak le sampai macam tu tapi .... aku memang risau dan berfikir untuk cari jalan keluar ...

... kesan isu ni amat buruk ianya boleh mengakibatkan kejatuhan prestasi , motivasi serta moral untuk bekerja ...... bila dah tak seronok bekerja , kite akan hilang daya tumpuan ... hilang mood untuk berkawan kerana sentiasa berprasangka buruk pada orang lain ....

... so , nak buat camner yerk ! ... langkah awal adalah berhenti dari terus terlalu banyak berkata-kata .... diam kan diri , lakukan kerja-kerja yang amanahkan dengan tekun , buat yang terbaik ..... pedulikan apa diorang nak kata ..... motivasi diri sendiri dan kesabaran perlu seteguh ' gunung tahan '

... aku yakin , sekiranya kite berada dipihak yang benar ... lambat laun ianya akan terserlah jugak insyaAllah ..... namun untuk menungu situasi ni reda memerlukan kesabaran dan keyakinan diri yang tak berbelah bagi ....

... ingat ! kerja adalah satu ibadah .... kita bekerja untuk diri dan keluarga kerana Allah Ta'ala .... dan atas niat tersebut .... kite semestinya berada di atas landasan yang lurus dan diredhaiNya .



Wassalam

Wednesday, August 8, 2007

... semoga berjaya !

salam hebat !

selamat berkursus dan menimba ilmu pada rakan sepejabat ella dan zam yang memulakan perjalanan esok ke Savannah Hill , Ulu Tiram Johor ..... beberapa hari yang lepas punya lah sibuk dan risau nya mereka bila memikirkan transpot ke sana masih samar ... tercari-cari alternatif yang sesuai ..... alhamdulillah dengan keprihatinan pihak yang di atas setelah puas bermain ' tarik tali ' akhirnya .... ' pengangkutan disediakan '

rasa terpanggil untuk aku menulis tentang isu ini ... bukan nya mencari keburukan tapi realiti yang adakalanya amat menyulitkan dan boleh mematahkan semangat untuk menimba ilmu .... bukan semua staff ada kenderaan sendiri .... kalau lokasi kursus tu dekat atau sekitar negeri Selangor akan di gagahi jua ..... tapi kalau jauh ........,

untuk Ella dan Zam

anggaplah kursus ini satu pemangkin yang akan mengerakkan jiwa dan minda ke arah pembangunan mental dan rohani kepada lebih baik ....... cabaran adalah terapi terbaik hidup lebih bermakna ...........

semoga berjaya dengan cemerlang !

Monday, July 23, 2007

Alangkah .....

Nostalgia di alam persekolahan adalah kenangan terindah dalam kehidupan setiap orang ... walaupun mungkin tak semua orang suka kan .... masa aku sekolah dulu zaman 70 an dibangku sekolah rendah ..... jauh beza dengan sekarang , pergi sekolah berjalan kaki ramai-ramai tak rasa takut pun sebab kadar jenayah masa tu masih terkawal .... siap bawa bekal dan air dari rumah .... masa itu emak buat kuih untuk jual dikantin sekolah .... belanja sekolah pun tak banyak .... berapa ye ? .... 20 sen kot .... dah ingat lah ...

Yang buat aku tersenyum bila menatap gambar-gambar lama .... tentu nostalgia baju warna biru tua dengan kemeja putih .... dan stokin separuh betis , rambut lak bertocang dua ... gamaknya bebudak sekarang tentu tak sanggup nak pakai ... tapi bila anak buah tanya ' ni gambar siapa ?' .... sudah nya aku pun malas nak mengaku .... bukan apa .... nanti jadi bahan ketawa lak ..

Peristiwa yang tak kan aku lupa .... bila didenda usung bendera keliling padang sekolah gara-gara terlupa lukis peta semasa subjek Ilmu Alam .... kes haru betul .... masa tu perasaan malu dan berbakul-bakul jugak aku mengutuk cikgu dalam hati ...... tapi yang peliknya bila subjek tu berakhir maka berakhir jugak perasaan marah dalam hati aku ..... tiada sekelumit pun rasa dendam atau nak mengadu ...

Era 80 an .... aku sekolah kat pekan S/B .... masa tu awal remaja ... aku berbasikal ke sekolah .... 4 batu jugak aku berkayuh ( masa tu belum guna kilometer ...) , masa pergi sekolah seronok sebab pagi lagi tapi bila balik ..... bermandi peluh ..

.... yang bestnya pada masa tu tak pernah aku dengar ada ibubapa buat laporan polis pasal cikgu dera murid ke ? cikgu mencabul atau sebagainya ...... sebab tu cikgu pada era tu dipandang mulia dan begitu dihormati oleh masyarakat setempat ....

.... buat semua cikgu yang pernah menitipkan ilmu biar pun sekecil zarah , sekalung budi atas tunjuk ajar dan bimbingan ..... menjadi aku manusia yang tahu erti budi ..

terima kasih buat cikgu Shaari Salim ( mungkin dah bersara ) Ustaz Aini Arbain , cikgu Riduan Atan ( ... pantun cikgu membakar semangat untuk jadi terbaik ) cikgu Suhardi ( .. yang sentiasa senyum ) Ustaz Mahyuddin ( ... yang masih mengenali aku hingga kini ) dan ramai lagi ..

Alangkah bertuah nya aku dapat lalui semua itu ....

Friday, July 20, 2007

...dugaan

...kehidupan ini hakikatnya adalah medan untuk menguji kesabaran dan keimanan dan yang keluar sebagai pemenang adalah mereka yang kuat dan mampu mengatasi setiap kesulitan dengan baik ....

... ' Dan sampaikan berita gembira kepada arang yang sabar iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah, akan mengucapkan ; Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya kami akan kembali ' . Surah Al Baqarah, ayat 155-156.

... salah satu ciri orang yang beriman adalah tabah menghadapi dugaan hidup, kesulitan apapun yang dialami .... tidak sedikit pun ia berpaling daripada Allah , malah semakin dekat ...

... lima prinsip untuk renungkan ..

... sedar bahawa kesulitan adalah episod yang harus dijalani dan hadapi dengan sepenuh hati
... yakin bahawa setiap kesulitan sudah tepat ukurnya bagi setiap orang
... yakin bahawa ada banyak hikmah di sebalik kesulitan
... yakin setiap ujian pasti berakhir
... yakin bahawa setiap kesulitan yang dihadapi dan dilalui secara terbaik akan mengangkat
darjatnya di hadapan Allah , semakin berat ujian semakin luarbiasa ganjaran yang akan
diterima

ini adalah antara beberapa petikan yang disimpulkan dari buku yang sedang aku baca ..... nak tau tajuk buku tu ? .... sabarlah sehingga aku habis membacanya

insaf

Ku buka selut duka
dari tingkap keadaan
belajar mengenal susah
merendah segala payah
menelan semua pedih
dari arus keadaan

Pastinya dari segala kemungkinan
ada ruang-ruang mencari pengisian
ada cahaya penunjuk jalan
fikir sebelum jauh terpinggir
dari arus zaman
yang semakin kencang
dan kontang

Thursday, July 19, 2007

.... merdeka kah kita ?

salam sejahtera ...

Hari ini aku rasa lega sikit sebab kertas kerja untuk projek sempena kemerdekaan yang telah lama diluluskan oleh pihak atasan selesai ku bentang kepada pihak berkenaan ..... kelewatan memaklumkan kepada pihak berkenaan juga menimbulkan kesangsian dan persoalan ..... apa dah jadi dengan budget yang telah diluluskan ...... insyaAllah semua budget masih ada dan selamat .... mungkin kerana kelulusan awal beberapa bulan dari tarikh pelaksanaan ..... tapi kan bulan kemerdekaan kan Ogos ...

... dan aku tahu mulai hari ini juga ... akan bermulanya satu perjuangan dan cabaran demi cabaran yang terpaksa aku lalui dan tempuh ..... setiap tutur bicara dan tingkah laku akan diperhati ...... aku tahu itu dan aku dah bersedia ...

... dalam suasana orang sibuk bercakap tentang merdeka , makna merdeka , apa itu merdeka , bagaimana seharus merdeka disambut ... aku diselubung seribu pertanyaan ....
' merdeka kah aku ? ....

..... merdeka kah aku ? ... kalau kebebasan bersuara tidak diambil kira
..... merdeka kah aku ? ... jika masih ada sifat kekitaan dalam diri
..... merdeka kah aku ? ... membiarkan kesilapan sama berulang sentiasa
..... merdeka kah aku ? ... jika hati dibelenggu keraguan
dan merdeka kah aku ? ... kerana terpaksa mengiyakan
atau aku masih dijajah oleh diri ku sendiri .... masih tidak berani meluahkan hanya kerana terikat perasaan hormat ....
.... bila memikirkan ini semua ... sebenar aku jadi takut yang amat sangat ....
tapi aku kembali bersemangat dan lebih bersemangat kerana " berani kerana benar ....
dan dugaan dan cabaran adalah terapi minda yang tebaik
dan aku yakin Allah datangkan kesusahan pada hambaNya kerana kecintaan , kerana
kasih pada hambaNYa.

.... Aku sudah bersedia .... biar lah seribu kata nista dan umpat keji .... aku terima kerana aku sedar .... kelemahan dan kekurangan dalam diri aku sendiri , segala kelebihan dari Nya jua .

jumpa lagi ...

Wednesday, July 18, 2007

serabut

salam hebat buat sesiapa yang baca .

..... pernah tak jadi kat korang ?
..... dalam kepala korang ada banyak benda yang korang fikirkan...
..... yang mesti korang selesaikan...
..... yang kena , mesti , wajib ... korang selesaikan..
..... selagi tak selesai.....
..... selagi korang buat xtak tahu .....

selagi itu lah masalah tu akan terus bersarang , berakar umbi dan merebak secara senyap......
lebih mengharukan lagi .... masalah ini korang tak manpu dan tak tahu macam mana nak luah kan ...


Aduh .... !!! ini lah yang aku alami sejak kebelakangan ini ...
tak de susunan huruf yang dapat aku jalinkan dan aku rangkai jadi bait ayat untuk meluahkan segalanya ...



Aaarrrrrggggghhhh ...... sakit kepala aku...
rasanya nak berehat dan bercuti untuk muhassabah diri seketika ...


Hanya pada Nya ku luah segala gelodak dihati , ku pohon kekuatan dan petunjuk serta keredhaan agar setiap langkah tidak tersasar dari landasan waras fikirku ...

apa lagi sekarang bulan rejab ....


... jumpa lagi ..

Tuesday, July 10, 2007

Pembohongan terancang ?

.... hari ni ketika membaca akhbar hari ini , aku terkejut jugak bila orang nombor wahid di Selangor

berkata ' pemberian anugerah khidmat cemerlang yang dilakukan setiap tahun sebagai satu " pembohongan terancang ' ..... atas alasan itu maka dilancarkan 'sistem kad Prestasi (SKP) ' yang bertujuan memantau dan menilai keupayaan sebenar kakitangan awamnya.

.... melalui SKP pemberian markah mengikut warna iaitu biru bagi yang mencapai markah 90 ke atas , hijau , kuning dan merah bagi markah yang paling rendah ..... pegawai kerajaan yang tidak mencapai piawaian kerja seperti ditetapkan akan diarah bekerja di pejabat kerajaan pusat untuk dipantau dalam tempoh tiga hingga empat bulan .... lama tu.

.... bagi aku semua sistem sedia ada atau yang masih dalam perancangan adalah baik kerana semua bertujuan untuk meningkat mutu perkhidmatan awam dan memberi impak kelas pertama kepada masyarakat ..... yang paling penting dalam menjayakannya adalah diri sendiri .... sikap dan pemikiran setiap kakitangan awam yang perlu digilap dan nilai-nilai murni dalam jiwa perlu sentiasa dibajai ...

.... dan pihak yang diberikan kuasa untuk menilai seharusnya lebih amanah akan tanggungjawab dalam membuat pernilaian ..... sikap berkecuali dan adil perlu disemat kukuh dalam hati ..... agar kakitangan di bawah tidak rasa dikhianati ..

... harap sesangat sistem baru berkesan ...



selamat berkhidmat

Thursday, July 5, 2007

' ... tak de maknanya ..... '

... minggu lepas ketika sembang kosong dengan anak saudara , tentang pengalamannya ketika menghadiri temuduga baru-baru ni .... buat aku terkedu dan tak tahu apa nak komen ...

ceritanya begini ..

... dia terima surat untuk temuduga di bangunan ....... , temuduga mula jam 9.00 pagi seperti tercatat kat surat yang diterimanya ... setelah beberapa kali berpusing-pusing mencari tempat parking motor .... dia tiba kat pejabat tu .. jam 8.45 pagi ' alamak ! ramainya ..' sementara menunggu namanya dipanggil .... dia berbual-bual dengan seorang awek yang duduk kat sebelah ... sebab awek tu ... macam dah biasa dan kenal mesra dengan staff kat situ .... awek tu orang selatan tanahair ... tinggal ngan kakak di Seksyen ........, Shah Alam .

... hampir jam 11.45 pagi baru lah namanya dipanggil .... ada tiga penemuduga ... seorang perempun ... dua lelaki . semasa ' sessi berbual kosong ' tu , hanya yang perempuan jer yang meyelak lembaran sijil yang dibawa .... yang lelaki hanya tanya soalan yang tiada kaitan langsung dengan jawatan yang dipohon .... muka lak blurr jer .... macam orang gian rokok ... last sekali penemuduga tu minta dia tanya apa-apa soalan ...... ' aghh ! terfikir jugak ... nak tanya ape yek ... ' dah ada calon ke ..untuk jawatan ni ' ... tak tahu lah macam mane le soalan ni boleh terkeluar ..... mereka terkejut gak ... pas tu tersenyum ... sebelum melangkah keluar tu ' terima kasih kerana sudi memanggil saya untuk temuduga ini ..... terima kasih ' .....

... sebelum balik sempat le minta no. phone awek tu ... kata awek tu ' jangan lupa call ye '

begitu lah cerita

... Wah ..belum dapat kerja dah cari awek ...... dia ketawa .. ' acik ni ...kite ambik no phone awek tu sebab kite yakin dia akan dapat jawatan tu ...... klu x percaya kite tunggu 3 bulan lagi ...'

.. ala jangan putus asa kalau tak dapat jawatan tu ... tanda nya bukan rezeki kita ..... mungkin kite akan dapat yang lebih lagi ....

.....' tak de maknanya ..... ' balas nya dalam nada terkilan bercampur marah ..

... kekadang tu terfikir jugak ..... bila kedapatan dalam sesebuah organisasi beberapa staff nya ada talian persaudaraan ... adakah situasi begini betul atau kebetulan ...

... salam untuk semua ....

Thursday, June 28, 2007

Buat Seorang Teman

salam semua

buat seorang teman
langkah pertama adalah harapan
tanda bermula dunia baru
saat penat bertatih
semat dihati suci mu
aku akan berlari juga

buat seorang teman
langkah kedua adalah cabaran
tanda bermula kedewasaan
tika dihimpit keperitan
titiskan seribu kesabaran
aku akan teguhkan keimanan

buat seorang teman
langkah ketiga adalah dugaan
langkah demi langkah
adalah ranjau dan onak
sesekali kau akan tertewas
kerap jua terluka perasaan

tapi .....
ingatlah wahai teman
dugaan adalah terapi jiwa yang mujarab
keperitan adalah ujian untuk hambaNya
semua itu adalah tanda kecintaanNya
cekal dan kesabaran
adalah kunci bagi sebuah kejayaan
percayalah .....

buat seorang teman yang terluka hati " Mawar"


Friday, June 15, 2007

masih ...

masih ......

ketika jendela ku buka
suria masih sembunyi diri
dingin subuh terasa menggigit
suara kicauan burung
memecah hening suasana
.... ku lafaz kalimah ' syukur alhamdulillah '
kerana aku masih ....

tika dugaan getir menerjah kejam
merobek segenggam sabar
gelisah dan amarah menakluk
.... ku bisik ' astaghfirullah al azim '
kerana aku masih ....

sedetik jiwa disinggahi kesunyian
gelora hati dihimpit rindu
.... ku sujud pada Mu
dengan kalimah ' Allahhuakhbar '

sesungguhnya,
kerna aku masih ....

Wednesday, June 13, 2007

berfikir di luar kotak .......

salam untuk semua .....

.... pernah tak kite terfikir untuk berfikir di luar kotak ..
.... bukan lah bermaksud kite kena berfikir di tepi kotak ..
.... fikir lah .....
.... malas nak fikir ???

sebenar isu ni pernah disuarakan oleh Pak Lah ..... lama dah , khusus ditujukan kepada pelajar sekolah , kata nya ' untuk jadi manusia yang berjaya kita harus berfikir di luar kotak ...' bila baca laporan tu sampai tamat baru aku faham maksud yang tersirat ....

dapat berfikir bagi aku satu anugerah yang besar nikmat kurniaNya pada setiap insan tapi sering diabaikan. sikap malas berfikir tu yang semua buat kite masih ditakuk lama ... masih dalam alam angan-angan .... dan adakalanya di sebabkan sikap malas berfikir pun boleh melibatkan orang lain terkena badinya ..

..... ada jugak disebabkan berfikir diluar kotak ni ... kite kerap dilabelkan ' lebih kuah dari sudu ' atau nak tunjuk pandai .... tu yang mematahkan semangat orang-orang kite untuk maju ..

teringat lak kisah Hang Jebat ( ..... atau Si Jebat derhaka ...) mungkin kerana berfikir di luar kotak lah maka Jebat bertindak mendahului zamannya .... ' raja adil raja disembah , raja zalim raja disanggah ' hanya kerana berfikir setapak kehadapan seluruh tanah Melaka berkata ' jebat derhaka '

begitu juga riwayat Hang Nadim ...... kepintaran yang dimilki untuk mempertahankan singapore dari serang todak berakhir dengan pembunuhan penuh tragis

.... mulai hari ini mari kite fikir , apakah yang kita lakukan seharian di pejabat seperti kata Datuk Dr. Fadilah Kamsah ' ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria , ada yang datang dengan perasaan 'biasa' dan ada yang datang dengan perasaan serba tak kena ' . katanya lagi ' sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' maka hasilnya biasa saja , tapi sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa '

.... sebagai manusia yang punya harga diri atau lebih egonya .... sukarnya untuk berlaku jujur dengan diri sendiri ..... cuba kite selusuri hati nurani cari dimana sebenarnya kite dalam memegang amanah ini ...

* ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ' datang bekerja ' tapi hasilnya macam kite ' tak datang ' kerja.

*adakala kite rasa kite ' busy giler ' rupanya kite hanya ' kelam kabut '

*adakala kite rasa amat 'prihatin ' tapi rupanya kite ' busy body'

*adakala kite rasa kite ' berfikiran terbuka ' tapi rupa kite ' kurang peng'ajar'an.

*adakala kite rasa berpemikiran kritis rupanya kite hanya lebih kepada kritik yang mencipta krisis

* adakala kite rasa ingin menjadi lebih mesra tapi terlihat lebih mengada-ngada.

*adakala kite suka bertanya ' kenapa dia ni macam tekde kerja' sebenar ada lah lebih kite tanya ' apa lagi kerja yang aku boleh buat '

.... pejamkan mata dan renung lah dalam diri, kalau kite rasa kite ok ... tak perlu berubah tapi kalau kite perlu melakukan penghijrahan, maka lakukan sekarang... tapi manusia tetap manusia
...... sukar untuk berubah kerana kite selalu beranggapan kite lebih baik ... adakah dengan merasakan itu kite sememangnya terbaik ???

setakat ni saje ....

sekadar luahan .....

wassalam.

Friday, June 1, 2007

Keluhan hati .....

Ruang yang luas
Dah jadi semakin sempit

Panas yang dulu suam kuku
Kini berbahang sampai ke siku

Suasana terang benderang
Kini bertukar kelam, suram

Surat aduan dikirim lebih dari selembar
Letih rasanya menanti khabar

Pengguna bagaikan dah hilang sabar
Takut jadi berita di dada akhbar

Tolong lah prihatin rayuan kami
Segala musibah ini cepat di baiki
Agar semangat teguh berdiri
Tidak luntur menyembah bumi

Bahagian Pentadbiran / Kewangan
Jangan biar kami sentiasa berangan-angan
Berharap dan terus berharap
Kesinambungan kerja harap digarap

Itulah keluhan hati
Mengharap simpati untuk terus berbakti

p/s - dah 2 bulan aircond rosak dan lampu lak banyak x berfungsi