Wednesday, November 26, 2008

minda ' luput tarikh ' ... ?

... dah seminggu x posting apa2 cerita kan blog ni ... bukan le bermakna aku dah malas tapi aku dah berazam nak kasi beres semua kerja2 yg masih tertangguh dan tertunda ni ... klu boleh melangkah jer ke 2009 ... aku dah tak fikir lagi pasal 2008 ( ... tu le pasal aku membekukan cuti sehingga semua kerje beres ... insyaAllah ! )

... sepanjang minggu lepas ... baru aku perasan yang aku x ' lekat ' kat rumah walaupun time cuti ... kiranya macam kerja 7 hari seminggu ... patut le kakak aku komplen ( ... time cuti pun dia kena gak hantar lauk pauk kat rumah ) ... isnin - sabtu ... aku kerja , hari ahad aku gi kenduri kahwin ( ... orang dah jemput kan ! ) dan hari isnin pulak aku gi turun lib daerah ... membantu kerja2 akhir untuk odit ... so selasa mula kerja macam biasa ...

... x penat ke ? ... aku pun rasa hairan gak sebab rasa penat bagaikan tiada langsung ... mungkin sebab minda sentiasa bergerak aktif dan aku lakukan sesuatu perkara yang aku suka lakukan ... lagi pun aku takut pada sindrom minda ' luput tarikh ' ... ini istilah yg aku suka2 cakap sebagai motivasi pada diri sendiri ... sebab melihat dan melalui pelbagai ragam serta kerenah orang sekeliling samada yang dekat atau jauh akan membuat minda aku sentiasa bergerak aktif ...

... kekadang tu aku jadi penat sendiri ... kes ' kalut @ kelam kabut ' yang menimpa seorang teman baru2 ni ... seharusnya dijadikan ikhtibar dan aku berharap sangat dia menyendari dan berusaha untuk berubah ... bukan le aku nak mengutuk tapi itu le hakikat yg dia terpaksa dan mesti belajar ... memang kita harus saling membantu tapi biarlah ianya bila kita ' benar2' perlu saja ... mungkin jugak setelah sekian lama bertugas ... perasaan jemu mula bertapak kat minda kita ... itu le yang aku berusaha elakkan ... sebab tu le kita kena sentiasa merangsang minda ... berusaha melakukan tugas dengan rasa seronok ... dan yang paling utama adalah ikhlas ...

* ... ingat punca rezeki kita akan mempengaruhi titian kehidupan yang bakal kita lalui ...

No comments: