Friday, November 14, 2008

... pahat masih berbunyi !

.... ' aghhhh ! nyaris x terlanggar ' ... tergamam sekejap ! ... pagi tadi semasa memandu keluar dari dari rumah ... aku nyaris terlanggar 2 ekor anak kucing baru celik mata ... apa jenis manusia yang sanggup buang anak kucing tu ... masa aku angkat dan masukkan dalam kereta ... anak kucing tu x berhenti berbunyi ... haus kut gamaknya ! ... lepas hantar anak kucing tu ke rumah ... baru lega rasanya ... walaupun aku tahu pasti ... petang ni mesti abang aku akan membebel panjang ... akan aku pekakkan telinga jer ! ( ... sebenarnya aku dah ada 15 ekor kucing + 2 ekor )
... nak buat macam mana kan ! ... aku mudah jatuh kasih dan sayang pada kucing ... lagi pun aku selalu anggap kucing dapat hilang tension yang sering melanda ... hehehe

...aku bukan le nak cerita pasal kucing ... tapi nak buat sikit coretan pasal majlis berkaitan dengan membaca yang berjalan selama 2 hari kat lib daerah ... selama berkampung hampir 3 hari kat situ ... macam2 kerenah dan pelbagai cerita yang aku nampak dan dengar ... biasa la ... bila dah kumpul ramai2 tu ...

... atas sebab tu gak ... aku agak kecewa bila nama digugurkan dari menyertai bengkel ... bukan la aku mengelak dari dari kerja2 belakang tabir ni ... tapi aku risau ... kalau2 sepanjang program berlangsung tu ada perkara2 yang x ' manis ' pada pandangan orang ... aku lakukan tanpa sedar ... al maklum lah ... bila dah ramai tentu banyak gak ragamnya ... dan banyak jugak mata yang memandang ...

... masa ari raptai lagi ... aku dah mula rasa x selesa ... bukan le aku nak kutuk tapi aku memang x suka buat kerja ' last minit ' ... apalagi program ni melibat banyak orang luar ( ... bukan mudah untuk mengajak orang ke lib ) ... melihat senarai program yang mana penyertaannya sudah ditetap dan tiada program khusus untuk hadirin ... ada gak rungutan pasal jadual tugas yang ditetapkan masa mesy tu ... berbeza dengan arahan semasa sesi taklimat ... erm ! pusing jugak memikirkan arahan yg mana seharusnya diikut ....

... masa majlis perasmian ... agak kalut gak sebab ... aku x tau sapa dan x kenal langsung jemputan VIP ( kununnya ...! ) , masa sesi taklimat ada di maklumkan ... jemputan VIP akan diurus selia oleh staff dari HQ ... tapi apa yg berlaku sebaliknya ... nasib baik penyambut tetamu dah kenal pengarah dan pengerusi ...

... masa majlis penutup ... lagi le haru ! ... program yang seharusnya memberi manfaat kepada masyarakat berjalan begitu saje tanpa penonton ... hanya staff dan murid2 sekolah ! aku rasa hanya bengkel jer yang berjalan dengan jayanya ...

... secara peribadinya ... aku berpendapat ... majlis ni biasa2 jer ... macam kempen gerakan membaca daerah ... aku letih sebab perancangan tidak selari dengan tindakan ... dan aku x faham macam mana ini boleh berlaku ... kekadang tu aku terfikir gak ada masanya pengalaman lebih berharga dari segulung sijil ...

... melihat gelagat dan kerenah sesama staff juga mengundang pelbagai pesepsi kat minda aku ... sikap berpuak atau x sekutu masih menebal ... saling menuding jari ... mencari silap / khilaf ... memang susah nak mesra kalau jumpa pun sekali sekala ( ... mungkin aku juga termasuk dalam golongan yg diumpat cerca tu ... aku pasrah jer ! )

... last sekali ... aku hanya nak komen pasal makan jer ... makan bee hoon ( ... 2 hari berturut ) atau dalam istilah hi-tea ... memang menyeksakan ... hehehe ! ... apalagi bila melibatkan para jemputan yg menjayakan sesuatu program turut menikmati hidangan yg sama ... ( ... agak bernasib baik gak sebab masa minum petang hari penutup tu ... menyediakan sajian menu yg sedap ... erm ! mungkin sebab ada pengarah kut ! )

... ada gak beberapa perkara yg x sedap didengar apalagi kalau diperkatakan tentang majlis tu ... malas nak ulas .... so aku simpan je kat hati ni ...

* ... sesekali kita harus menoleh ke belakang untuk melihat jejak dan kesan yg ditinggalkan sebagai panduan dan pedoman agar kita tidak terus ' sesat ' dalam perjalanan seterusnya ... fikir2 kan lah ...!

No comments: