Friday, November 7, 2008

musibah

... semalam hampir 95 peratus lib kat daerah kuala selangor tutup perkhidmatan kecuali lib cawangan sebab ada 3 staff ... aku sampai agak lewat semalam sebab singgah kat office dulu ... agak medukacitakan jugak bila kehadiran semua staff semalam tidak di manfaatkan sepenuhnya ... kerja2 persediaan ke arah majlis pada 11-12 nov masih nampak samar2 ( ... dari kaca mata aku le ... ) apalagi semalam bos x dapat turun ... terasa gak macam buang masa jer ! ... masa yg ada terisi dengan bual kosong ... so ramai gak yg balik awal semalam ... aku balik agak lewat sebab ... bantu le mana yg boleh ...

... aku balik jam 5.00 ptg ... mulanya aku merancang nak kat office tapi bila memikirkan x de apa yang dapat aku buat dalam 45 minit tu ... ( buat penat panjat tangga je ! ) ... dalam perjalanan tu aku dapat call mengatakan berlaku kecurian kat lib desa ... so aku diminta buat repot polis ( ... aduh ! terpaksa le aku berpatah semula ) ... hampir 6.00 ptg baru le ' bos kecik ' sampai dan terus gi buat repot kat balai ... antara barang yg dah ' lesap ' set komputer ( monitor , CPU , scanner dan printer serta peti case box )

... melihat suasana sekeliling yang sunyi ... juga keadaan lib ' begitu rupa ' ... dengan hampir kesemua tingkap tidak dapat ditutup sempurna kerana berkarat ... tidak bergril dan pintu utama hanya mengguna selak biasa walaupun menggunakan mangga yang kukuh tapi x de makna nya ...

... kekadang tu aku terfikir ... semua musibah ni dapat dicegah atau dihalang jika kita punyai perasaan sayang harta benda tempat kita bertugas tu ... kita akan berfikir kreatif untuk mengurangkan risiko kecurian ... rasanya duduk selama 45 minit kat situ semalam ... banyak yang aku fikirkan ... kita tidak seharusnya menunggu sesuatu berlaku baru bertindak ... klu setakat tingkap berkarat ... gunakan minyak gris ... pintu utama yg x sekukuh mana tu boleh le sendalkan dengan kerusi ... balik ikut pintu belakang ... dan pasang le langsir untuk menghalang pandangan ...

... mungkin gak ada ' suara 2 ' yg akan memandang remeh perkara ni ... atau pun susah nak dapat walaupun dah memohon berkali2 ... ari aku ni semak minit mesy lepas ... tiada info pun yg diusulkan berkaitan perkara ni ... bagi penerangan yang lengkap dan jelas tentang sesuatu permohonan ni ... jangan lak bila mesy ' senyap membisu ' ... bila musibah baru le nak ambik ikhtibar nya ... tapi apa gunanya ... dah terlambat ... yg hilang tu mustahil akan dapat semula ...

... jam 8.00 mlm - baru le sampai kat rumah ( ... aku memang kurang selesa memandu waktu malam ) ... aduh ! letihnya ...

* ... la ni sedang berusaha belajar ' menerima kelemahan ' orang lain sebagai satu ' anugerah ' pada diri ... ( ... komen seorang teman " .... nampak macam kejam jer ! " ) ... apa2 je lah ! ... hehehe

No comments: