Wednesday, October 19, 2011

bila hujung bulan ...


... esok dijangkakan gaji ... ( itu le tarikh yang tertera kat slip yang aku ambik kat HQ jumaat lepas ) tapi x tahu ar ... ada ke x esok ... sebab dalam dunia ni macam2 perkara boleh berlaku di luar jangkaan kita ...

... apa pun catatan budget untuk november dah siap aku tulis kat dairi ... itu lah rutin aku setiap hujung bulan ... aku akan catat semua yang perlu dilangsaikan ... yang aku inginkan ... untuk simpanan ... budget luar jangka ... budget kecemasan ... termasuk gak untuk kegunaan harian ... x lupa gak budget untuk semua kucing2 peliharaan ... termasuk gak hak orang lain dalam gaji kita ... kekadang tu bila total semua ... baki yang tinggal meletakkan aku dalam lingkungan miskin tengar ! ... huhuhu

... tapi semua sekadar catatan yang aku jadikan pandu arah dalam perbelanjakan berhemah ... alhamdulillah ... sehingga kini aku masih berjaya mengawalnya ... walaupun kekadang tu agak perit jugak ( ... bila banyak sangat tugas luar yang mewajibkan kehadiran )

... agak nye sebab tu dikata kerja makan gaji ek ! x kisah le kerja apa pun yang penting halal dan ada keberkatannya .

* ... tadi dah bincang2 ngan ayu dan aan ... menu untuk hari jumaat ni ... kata sepakat pun dah ada , tinggal tunggu harinya jer ... apa menu hari jumaat ni dan apa majlisnya ... biarlah rahsia !

No comments: