Thursday, October 27, 2011

sukarnya mencari kebenaran





... atau dalam kata lain susahnya membuktikan kebenaran ... itulah hakikat yang merantai kehidupan kita hari ini ... bila mana manusia semakin rakus mengejar kuasa ... bila mana manusia semakin takut bebayang sendiri ... bila mana manusia semakin selesa dengan hidupannya ... bila mana hati mula diselaputi debu hasad dan dendam ...

... aghhh ! apa itu kebenaran ? ... kebenaran sebenarnya ada dalam diri kita sendiri ... kebenaran menjadi sukar kerana manusia takut mendepani masalah ... takut untuk berkata benar ... takut mengakui kesilapan ... takut menjadi saksi atas perkara benar ... dan paling malang kita lebih rela membiarkan kebenaran itu berlalu walhal kita berupaya untuk membuktikannya !

... kebenaran akan semakin sukar dicari atau dibuktikan kerana manusia semakin jauh dan semakin tidak takut kepada Yang Maha Pencipta


* ... kebenaran hakiki ada dalam diri insan yang berani mendepani kesukaran demi mencari kebenaran

No comments: