"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Thursday, February 21, 2013
Saham Wakaf Selangor
Program Penerangan Saham Wakaf Selangor ( SWS ) melalui Skim Infaq
Tajuk : AMALAN WAKAF DAN KEPENTINGANNYA DI DALAM KEHIDUPAN
Tarikh : 21 hb. Februari 2013
Masa : 11 pagi
Penceramah : En. Mohd. Khairi Ambri bin Roslan
Tempat : Bilik PSR , Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
p/s : untuk info lanjut sila layari : http://www.wakafselangor.gov.my
Tuesday, February 19, 2013
... antara permata dan kaca
... hari ni aku buka semula sejarah silam yang terkunci kemas dalam lipatan kenangan ... ntahlah ... x tahu kenapa harus begitu ... adakalanya aku malas nak mengingati apa yang pernah aku lalui ... meskipun itulah pengalaman membina sahsiah diri dalam perjuangan kehidupan .. eleh ! macam nak pergi berperang jer kan !
... mendengar cerita2 dan melalui sebagai pemegang watak dalam cerita2 itu adalah dua perkara berbeza ... hanya mereka yang pernah melalui sahaja akan menghargai nilai pengalaman itu ( ... mungkin bukan semua kut )
... menyelusuri denai kehidupan belasan tahun kebelakang ... x banyak yang indah ( sebab tu malas nk ingat ) lebih cabaran serta dukanya tapi itu bukan alasan untuk mengalah ...aku anggap itu semua cabaran ... hidup tanpa cabaran macam makan nasi putih tanpa lauk ... menyesal dengan semua yang berlaku ? ... x ar ... aku x pernah menyesal pun ... tapi aku melaluinya kerana yakin DIA tidak akan pernah menzalimi hambaNya .
... banyak perkara berlaku pada masa tu ... terkadang aku x percaya aku boleh melaluinya ... syukur alhamdulillah aku dikelilingi oleh keluarga yang sentiasa mendoakan terutama arwah mak ( Al Fatihah ) , mantan pegawai ketika itu En Mizuar Udin yang sentiasa menyokong dan memberi motivasi ... juga kekawan yang sentiasa menanamkan minda positif ... dan selebihnya adalah dari diri kita sendiri.
... aku sering bermonolog ... aku ingin menjalani kehidupan sebagaimana yang aku inginkan ... kalau aku ingin dihormati ... aku kena belajari menghormati ... andai aku ingin dihargai ... kena tahu menghargai ... jika kita berharap orang memberi tanggapan positif walhal lebih banyak negatif yang kita lakukan ... tentu x berbaloikan ! sebab Allah Maha Mengetahui apa sahaja yang kita lakukan ... hatta sekecil zarah !
... kerapkali juga hati berbisik " mengapakah khilaf yang berulangkali dilakukan tapi sering terlepas pandang ... dan pernah terjadi khilaf sekali tapi kantoi ... macam x adil kan ! " ... jangan marah tapi kena bersyukur ... sekali khilaf , Allah dah tegur sebab x mahu kita hanyut dalam khilaf yang berpanjangan ... dan bagi mereka2 yang berulangkali khilaf tapi sering terlepas pandang ... jangan le rasa bangga sebab Allah x pernah terlepas pandang pada hambaNya ... fikir2kan lah.
... jika kita tahu menghargai kehidupan tentu kita akan menghargai setiap kurniaanNya kepada kita
... jadi lah seperti permata biar terdampar jauh diperut bumi cahayanya tetap menyilau ... jangan jadi seperti kaca cantik menyerlah ... nilai tiada !
* ... buat insan2 yang sedang diduga ... tetapkan nawaitu ... insyaallah , Allah akan permudahkan segalanya. amin.
Monday, February 18, 2013
ermm ... seperti yang kamu tahu !
... selalu terperangkap dengan soalan yang sering memeningkan kepala ? atau keliru nak jawab atau x ... atau x yakin untuk menjawab atau x ... apa kata ... jawab jer dengan ayat ni " ermm ... seperti yang kamu tahu ! " boleh gitu ...
" thank's a lot Aan " atas idea bagus ni ... kekadang tu aku rimas dan tension juga bila di aju kan persoalan tentang sesuatu yang sebenar-benar mereka dah tahu pun jawaban nya ... x tahu apa muslihat tersembunyi atau pun agenda ... yelah sesuatu yang mereka dah tahu tapi masih mau tanya orang lain ... mungkin mereka berharapkan versi yang lain kut !
... adakalanya aku memang tahu apa yang kamu tahu ... adakalanya aku tahu apa yang kamu x tahu ... adakalanya aku x tahu apa yang kamu tahu ... adakalanya aku x tahu dan kamu pun x tahu ... tapi orang lain tahu !
... x kira lah samada aku tahu atau aku x tahu atau aku buat2 x tahu ... yang pasti ada part2 yang memang aku malas nak ambil tahu walaupun aku memang tahu ... habeh tu kalau yang empunya diri dah tahu , apa yang orang lain tahu tapi buat2 x tahu ... apa citer ?
... ada juga yang kunun2 tahu ... tapi sebenar x tahu apa2 pun ... hehehe ... yang pasti Dia Maha Mengetahui apa yang kita tahu dan apa yang kita x tahu ... wallahuaklam .
Friday, February 15, 2013
Doa
Suatu ketika ...
Akmal : acik ! amal nak berhenti kerja
Aku : ( terdiam seketika ... sambil memikir apa hujah terbaik ) sabar lah dulu ...
bukan senang nak cari kerja sekarang ni .
Akmal : nak sabar macam mane ... diorang tu pilih kasih ... orang baru masuk ...
x tahu buat kerja ... dilantik untuk selia orang lama yang dah ada pengalaman ...
mentang2 kaum kerabat diorang
Aku : ( aku diam lagi ... kali ni diam aku lebih lama ... ) kat mane2 kerja pun ada masalah
macam ni , kena le sabar sikit ...
Akmal : amal dah x boleh dah ... !
Aku : ermm ... masa acik mula2 kerja dulu lagi susah ... kenderaan x de ... dah tu gaji hari ...
yang penting masa tu kena sabar dan belajarlah menghargai apa yang kita ada ...
yang orang lain x de .
Akmal : ( diam ... ) yelah ... tapi timbang rasa sikit kat orang lain ... ( mendatar jer suaranya )
Aku : Allah tengah duga ni ... sabar sikit ... insyaallah ... Allah pun tengah duga diorang
sebab x amanah jalankan tugas bila ada kuasa dan jawatan ... pastu jangan lupa doa ...
doa selalu
Akmal : ( diam )
sepanjang perjalanan tu ... aku berdoa dalam hati semoga Allah lembutkan hatinya ... tidak buat keputusan terburu-buru ... aku faham apa yang dia lalui ... kerja jauh dari keluarga ... sendirian ... emosi mudah tersentuh bila sesuatu yang x sepatutnya berlaku ... terjadi !
esoknya ...
Akmal : acik ... kita nak balik
Aku : ( ketika bersalam ) ingat rezeki tu dari Allah bukan manusia
Akmal : ( mengangguk kepala tanpa suara )
Akmal : acik ! amal nak berhenti kerja
Aku : ( terdiam seketika ... sambil memikir apa hujah terbaik ) sabar lah dulu ...
bukan senang nak cari kerja sekarang ni .
Akmal : nak sabar macam mane ... diorang tu pilih kasih ... orang baru masuk ...
x tahu buat kerja ... dilantik untuk selia orang lama yang dah ada pengalaman ...
mentang2 kaum kerabat diorang
Aku : ( aku diam lagi ... kali ni diam aku lebih lama ... ) kat mane2 kerja pun ada masalah
macam ni , kena le sabar sikit ...
Akmal : amal dah x boleh dah ... !
Aku : ermm ... masa acik mula2 kerja dulu lagi susah ... kenderaan x de ... dah tu gaji hari ...
yang penting masa tu kena sabar dan belajarlah menghargai apa yang kita ada ...
yang orang lain x de .
Akmal : ( diam ... ) yelah ... tapi timbang rasa sikit kat orang lain ... ( mendatar jer suaranya )
Aku : Allah tengah duga ni ... sabar sikit ... insyaallah ... Allah pun tengah duga diorang
sebab x amanah jalankan tugas bila ada kuasa dan jawatan ... pastu jangan lupa doa ...
doa selalu
Akmal : ( diam )
sepanjang perjalanan tu ... aku berdoa dalam hati semoga Allah lembutkan hatinya ... tidak buat keputusan terburu-buru ... aku faham apa yang dia lalui ... kerja jauh dari keluarga ... sendirian ... emosi mudah tersentuh bila sesuatu yang x sepatutnya berlaku ... terjadi !
esoknya ...
Akmal : acik ... kita nak balik
Aku : ( ketika bersalam ) ingat rezeki tu dari Allah bukan manusia
Akmal : ( mengangguk kepala tanpa suara )
... gitu lah kisahnya
Wednesday, February 13, 2013
odit
... jika sebelum ni penuh dengan tekaan , ramalan bila audit akan dijalankan ... hari ni semua sudah jelas ... apabila Jadual Audit Dalam Bil. 2/2012 diterima melalui faks ... tarikh odit 12 / 2 / 2013 - 08 / 03 / 2013 ... tarik nafas dalam2 dan hembuskan ... ulang lah beberapa kali sehingga hilang rasa tekanan ... pastu mula kan tugas dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim ....
... tarikh yang dipilih oleh bos 7 Mac 2013 ... bagi diri aku x kisah pun ... cepat atau lambat sama jer ... odit tetap odit , x de bezanya ... hanya kali ni staf yang akan di odit semakin mengecil ( ... bib dah berhijrah ke PD dan ayu cuti bersalin )
... terkini yang aku lakukan adalah menyemak fail2 sedia ada dan mengemaskini fail2 ayu serta tugas rutin hakiki ... al maklumlah kekadang disebabkan faktor usia ( meminjam kata2 honey ) banyak perkara kena lebih diberi perhatian , takut terlepas pandang !
... apa2 pun selagi amanah dikendong , tugas dijinjing dan kerjasama antara staf bertaut erat ... insyaallah
semua kerja dipermudahkan oleh Allah . amin
Monday, February 4, 2013
terbaru dalam koleksi
... buku " Bersyukur Saat Diuji " adalah koleksi pertama aku untuk tahun 2013 ... hasrat untuk mendapatkan buku ni telah tertanam kat minda sejak akhir tahun 2012 lagi ... tapi entah mengapa bila sampai kat kedai buku AnNur Sungai Besar ... aku beli buku yang lain lak ... mungkin Allah belum gerakkan hati ini ... tapi minggu lepas aku ke situ semula ... bila ternampak buku ni ... aku ambil dan terus bayar ! ( aku chek kat OPAC buku ni - In Transit ) insyaallah buku ni akan ada kat semua perpustakaan di Selangor.
...
Thursday, January 31, 2013
... yang diraikan
yang diraikan ... ulang tahun kelahiran Zam
yang diraikan ... En. Harun ( APC 2011 )
zam , en.harun , aan , me n wani
yang turut meraikan ...
bib ... mantan staf Lib. Daeah
makan time !
... hari buat majlis untuk meraikan ulang tahun kelahiran dan kejayaan ... ulang tahun kelahiran untuk zam dan ayu ( ... pic ayu x de dlm gambar sebab dia gi klinik ) ... jamuan ditajakan oleh en. harun ... pejal , lontong , air soya , limau n kacang goreng ... hehehe kecuali kek tu ... tajaan bersama aan and me .
... buat ayu dan zam ... harap hadiah yang diterima dapat di manfaatkan ye !
Wednesday, January 30, 2013
Ceramah Maulidur Rasul di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
staf mengambil tempat
ketibaan penceramah Ustaz Fazli bin Royani
En. Harun dan Ustaz Fazli
bacaan doa
selawat ke atas Junjungan Rasul S.A.W
cenderahati untuk penceramah
emcee
jamuan ringkas
candid .... hehehehe !
Program Majlis Ilmu Sempena Sambutan Maulidur Rasul
Tajuk : " Memperkasakan Syariat dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W "
Tarikh : 25 hb. Januari 2013
Masa : 10.00 - 12.00
Penceramah : Tuan Ustaz Fazli bin Royani
Tempat : Bilik PSR , Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
... syukur alhamdulillah ... perancangan untuk program2 sepanjang tahun 2013 bermula dengan Ceramah Maulidur Rasul berjalan sebagaimana dirancang ... terima kasih kepada Aan di atas usaha dan sumbangan dalam menjayakannya ... juga pada semua rakan-rakan ofis ( ajk pelaksana ) serta rakan-rakan dari Perp. Pekan dan Perp. Desa ( termasuk staf PNM ) kerana sudi hadir mengimarahkan majlis ini sebagai santapan rohani dan minda ... x lupa juga ucapan " terima kasih daun keladi " buat K'jis dan Bunga di atas buah tangan yang di bawa tu ...
Intipati yang ingin dikongsi bersama
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".
( As-Sajdah 32:12 )
Ustaz Fazli banyak mengupas mengenai tanggunjawab dan kewajiban manusia sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W untuk menegakkan syariat Islam dalam kehidupan , apa yang seharusnya dilakukan dan apa yang seharusnya ditinggalkan , dalam kelekaan manusia mengejar duniawi sehingga mengabaikan ukhrawi .
Digambarkan padang masyar itu bagaikan kapal pecah yang mana manusia di dalamnya berusaha untuk menyelamatkan diri sendiri , disaat itu hubungan kekeluargaan usai , masing-masing berusaha mencari tempat berpaut untuk menyelamatkan diri , tinggal anak ... tinggal ibu ... tinggal bapa ... tinggal isteri ... tinggal suami ... ketika itu hanya amal yang menjadi penyelamat ... maka manusia memohon untuk kembali ke dunia ... manusia berjanji akan menunaikan apa yang disuruh ... meninggalkan apa yang tegah !

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang
manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah
Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan
pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan
janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada
Tuhannya".
( Al-Kahfi 18:110 )
Peringatan terhadap ibadah solat amat ditekankan sebagaimana Rasulullah S.A.W menjaga ibadah solatnya, perlu diingat solat itu tiang agama ,solat yang tertinggal perlu di qada serta lakukan taubat nasuha , tingkatkan amal ibadah ... perlu diingat jangan hanya bersemangat memperjuangkan Rasulullah S.A.W kerana dihina tapi tidak memperjuangkan amalan dan sunnah Rasulullah S.A.W
wallahuaklam
Thursday, January 17, 2013
x sihat
... dah hampir 2 minggu selsema x ok lagi ,
ubat selsema sepapan dah tinggal 2 butir jer !
gundah rasa hati sebab family day PPAS dah semakin hampir tarikh nye ... klu x ok jugak selsema ni ... x happy nak gi b'cuti ... huhuhu
... bukan sebab ubat x selsema x berkesan tapi salah diri sendiri kerana x upaya mengelak minuman sejuk ber ais ... hehehe
Wednesday, January 16, 2013
oops ! muat lagi ke ... ?
... kelakar kan ? ... setiap kali arahan pakai baju korprat biru atau PPAS ... yang terbayang kat minda aku mesti ' oops ! muat lagi ke ? ' hehehe , sebenarnya bukan aku sorang ada dilema pasal ni ... mungkin ramai lagi ... almaklum lah ukuran saiz baju diambil beberapa tahun yang lalu ( ... alhamdulillah baju aku masih selesa dipakai )
... so semalam semasa Perhimpunan Pagi ... masih ramai lagi yang pakai rasmi PPAS tu ... hanya segelintir jer yang pakai baju biasa ... kira ok le tu ! yang penting segala mandat2 yang disampaikan semalam melekat ketat dalam minda .
Friday, January 11, 2013
jiwa kacau
salam jumaat
... hahaha ...jiwa kacau seperti n3 kat atas ni bukan le gambaran jiwa aku tau ... tapi gambaran bagi jiwa seseorang yang dah hampir 3 minggu menjadi pengunjung setia kat Lib ni ... kami memang mengalu-alukan kehadiran mereka2 untuk menggunakan semua kemudahan Lib ni ... x kisah le nk pinjam buku ke ... nk guna bilik PSR or PJL atau yg lain2nya ... memang dialu-alukan
... tapi yang buat aku dan ayu terkedu ( ... terkejut sangat ) bila seseorang yang selalu tu nampak macam ok jer ... tetiba meluahkan perasaan x puashati kat kaunter ( ...tapi bukan le pasal perkhidmatan Lib ) berkaitan masalah keluarga dan bla ... bla ... bla ... so untuk seketika kami jadi pendengar setia ( walhal x faham apa pun ) layan jer lah ... hehehe
... selagi seseorang tu x menimbulkan kekecohan atau kemudaratan ... insyaallah , layanan terbaik dari kami !
Thursday, January 10, 2013
khabarnya ...
... mungkinkah ? ... itulah persoalan yang bertamu kat minda aku ... mungkinkah aku akan melaluinya sekali lagi ? ... masih ada lagi ke jiwa kental ( ... hati kering kata yatie ) dalam diri aku ? ermm x payah fikir sangat , buat pening kepala jer ! kalau itu yang terbaik dan boleh orang lain kat sekeliling ni happy ... aku redha jer ! ek macam x ikhlas kan ?
... andai semua andaian ni benar2 berlaku ... aku berharap x akan ada spekulasi sebab musabab kenapa ianya berlaku ... biarlah segala perubahan akan diterima baik oleh semua pihak yang terlibat ... bukannya menambah lagi kusut sedia ada ... yang terpilih dan yang x terpilih kena lebih muhasabbah diri ... bukannya menunding jari kat orang lain
... secara peribadi bila berlaku ' penghijrahan ' lokasi tugas ... impaknya lebih kepada negatif dari positif ( ... mungkin x semua ) ini bukan omong kosong tapi yang nyata ! ... acapkali juga ' penghijrahan ' ini lebih menjurus sebagai penyelesaian kepada masalah ... ermm akan selesaikah masalah jika punca masalah tidak diselesaikan terlebih dahulu ... hatta masalah melibatkan individu ( empunya diri ) tidak berusaha untuk berubah kepada lebih baik ... maka apakah dengan meletakkan individu lain akan menjadi pemangkin untuk empunya diri berubah menjadi baik ? ... ntahlah ! ini merupakan satu penganiayaan untuk individu lain ...
... memberi tekanan tanpa sokongan bukan penyelesaian sebuah masalah ... apatah lagi jika individu lain turut terpalit sama ... jangan kerana kepentingan diri sendiri , kita menindakkan hak orang lain!
... jangan hilangkan rasa percaya dan jangan sesekali semaikan rasa benci ... kita sesama manusia perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain tanpa mengira status jawatan ... kerana disisiNya kita tiada beda kecuali iman dan amal
wallahuaklam .
Subscribe to:
Posts (Atom)