"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Tuesday, April 30, 2013
... x layak !
... first time berurusan dengan LHDN ... rasa gabra jugak ... masa terima surat dari LHDN borang BE ( borang nyata individu ) rasa pening lalat gak nak mengisinya ... bukannya apa ... takut salah isi ... so semalam aku dan awer ( anak saudara ) gi kat LHDN Teluk Intan .
... lebih kurang jam 2.30 pm ... kami sampai kat situ ... terus di arah ke Tingkat 3 ... alahai ! ramainya ... dah macam pasaran saham lak ... hehehe
... semuanya sibuk mengadap komputer ... aku berdiri agak lama kat situ ... x tahu nak rujuk kat sape ... rasa segan jugak ... tapi buat muka ala2 x malu gitu ...
" cik ... saya nak kat rujuk kat siapa ye "
" pertama kali isi e-Filing ye "
" ye ... pertama kali "
" bagi I/C " ... aku pun serahkan I/C dan borang EC sekali
x lama tu aku terima sehelai kertas ( LHDN certificate tegistration system for authorised personal ) kat kertas tercatat nama , no rujukan . no cukai pendapatan dan no pin e-filing
" guna jer mana2 komputer " ... aku pun tinjau2 mana komputer yang x digunakan ... alhamdulillah dipermudahkan
... login no pin e-filing ... semuanya bermula ... masuk segala data yang diperlukan ... ( segala butir pendapatan dan potong zakat / derma / pembelian buku ... aku siap kira ) ... terima kasih pada petugas yang sedia membantu semasa proses memasukkan semua maklumat ...
... jam 15.38.49 ( aku print pengesahan penerimaan e-BE bagi tahun taksiran 2012
... part yang suka dan teruja nak tahu :
* Jumlah Cukai Yang Dikenakan : RM 0.00
CUKAI KENA DIBAYAR : RM 0.00
( CUKAI TERLEBIH BAYAR ) : RM ... dot..dot ..dot :-)
e-Filing LHDNM
Mudah Tepat Selamat
Friday, April 26, 2013
... lalui saje !
" ... merungkai masalah perlu kemahiran " itu antara bait2 kata yang aku kutip kat sebuah buku motivasi ... tapi bukan semua insan bertuah memilki kemahiran ini kan ? ... kalau le semua manusia ada kemahiran ini ... tentu x de kes bunuh diri ... kes amuk ... atau apa saje yang membabitkan untuk merungkai masalah .
... kehidupan memang penuh dengan cabaran ... cabaran kalau dilihat dari segi negatif ia akan menjadi bebanan ... tapi kalau dilihat dari segi positif ia akan merangsang minda untuk keluar dari fikir yang fakir ... secara peribadi cabaran membuat aku lebih kuat untuk melalui segalanya dengan cara aku sendiri ... ! apa tanggapan mereka pada aku ? ermmm ... aku x kesah pun ! ( ^_~ )
... berdoa ... usaha ... tawakal ... dan lalui saje ... insyaAllah semuanya OK !
Thursday, April 25, 2013
fikir yang fakir
" fikir yang fakir ... macam mane tu ? " respon dari yatie selepas aku post kat fb semalam
" ha'ah ... fikir yang fakir ... sebelum tidur ni fikir2lah dulu apa maksud yang tersirat tu ... esok aku jawab kat blog ... hehehe "
... fikir yang fakir ? ... apa yang tersirat ? ... semua jawaban ada pada diri kita sendiri ... gunakan kuasa minda untuk menilai diri kita sendiri ... nanti kalau orang lain yang nilai ... ada lak yang terbuku kat hati ... so fikirlah ... apakah selama ni kita fikir yang kaya atau fikir yang fakir !
... fikirlah berteraskan iman bukan angan ... ( ^_^ )
" ha'ah ... fikir yang fakir ... sebelum tidur ni fikir2lah dulu apa maksud yang tersirat tu ... esok aku jawab kat blog ... hehehe "
... fikir yang fakir ? ... apa yang tersirat ? ... semua jawaban ada pada diri kita sendiri ... gunakan kuasa minda untuk menilai diri kita sendiri ... nanti kalau orang lain yang nilai ... ada lak yang terbuku kat hati ... so fikirlah ... apakah selama ni kita fikir yang kaya atau fikir yang fakir !
... fikirlah berteraskan iman bukan angan ... ( ^_^ )
Friday, April 19, 2013
Kempen Keahlian di Hosp. Tengku Ampuan Jemaah , Sabak Bernam
Lokasi Kempen Keahlian
Pameran buku baru pun ada
Cenderahati dari Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
kepada Pengarah Hosp. Tengku Ampuan Jemaah
Dr.Jameela Banu binti Ahmad Hassali
KEMPEN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN DAERAH SABAK BERNAM
Tarikh : 17 hb. April 2013 ( Rabu )
Masa : 2.30 - 4.30 pm
Lokasi : Hospital Tengku Ampuan Jemaah
Sabak Bernam
Kakitangan : Pn. Nor Raihan bt Ahmad / En. Md Nasar bin Md. Yatim
bertugas
Keahlian baru : 39
yang direkodkan
assalamualaikum
... nak sharing pasal aktiviti kempen keahlian di jabatan / agensi yang ada kat Daerah Sabak Bernam ... so Hosp. Tengku Ampuan Jemaah adalah sebagai perintisnya ... insyaAllah lepas ni mungkin ke jabatan / agensi yang lain pula .
... terima kasih kepada pihak Hospital kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan kempen keahlian ini .
... terima kasih kepada pihak Hospital kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan kempen keahlian ini .
Padi menguning di tengah bendang
Melintuk liuk di tiup angin
Sekalung budi diterima bertandang
Harap berjumpa di masa yang lain
Thursday, April 18, 2013
sesekali tu ...
assalamualaikum ...
ni citer semalam
... sesekali tu kena menoleh ke belakang sebelum meneruskan langkah ... berpaling ke belakang tu bukan bermaksud untuk berundur tetapi menilai atau sekurang-kurangnya mengingati jejak-jejak yang ditinggalkan ... jadi bila melangkah ke hadapan kita x mudah lupa apa yang pernah kita lalui dulu ... mana yang baik sematkan kat hati biar ianya kekal di situ ... mana2 yang kurang baiknya ... jangan lak di buang terus tapi jadikan sempadan ... agar tidak diulang !
... sesekali tu Allah beri peluang kamu merasai apa yang pernah kamu lakukan pada orang lain ... amarah ... sakit hati ... benci ...bla ...bla ...bla ... tapi yakinlah Allah beri peluang ni bukan sebab untuk menzalimi kamu ... sesungguhnya Allah tidak menzalimi hambaNya
... sesekali tu kerana belajar kenal diri sendiri ... jika mengharapkan yang terbaik , adakah kamu sudah lakukan yang terbaik ... jika kamu ingin dihormati , adakah kamu menghormati ... jika kamu ingin disayangi , sedangkan kamu berbuat apa yang dibenci ... jangan letak semua kesalahan pada orang lain ... tapi belajarlah menerima kelemahan dan kekurangan diri ... itu lebih baik ( manusia mana ada yang sempurna kan ! )
... sesekali tu bila berjalan jangan dok asyik mendongak ke atas jer ... sesekali kena gak tunduk ... mana le tahu ada lopak ke ... bonggol ke ... paku ke ... kaca ke ... x gitu !
* ... belajar sesuatu hari ni ... " kerja ikut skop " ( ^_^ )
ni citer semalam
... sesekali tu kena menoleh ke belakang sebelum meneruskan langkah ... berpaling ke belakang tu bukan bermaksud untuk berundur tetapi menilai atau sekurang-kurangnya mengingati jejak-jejak yang ditinggalkan ... jadi bila melangkah ke hadapan kita x mudah lupa apa yang pernah kita lalui dulu ... mana yang baik sematkan kat hati biar ianya kekal di situ ... mana2 yang kurang baiknya ... jangan lak di buang terus tapi jadikan sempadan ... agar tidak diulang !
... sesekali tu Allah beri peluang kamu merasai apa yang pernah kamu lakukan pada orang lain ... amarah ... sakit hati ... benci ...bla ...bla ...bla ... tapi yakinlah Allah beri peluang ni bukan sebab untuk menzalimi kamu ... sesungguhnya Allah tidak menzalimi hambaNya
... sesekali tu kerana belajar kenal diri sendiri ... jika mengharapkan yang terbaik , adakah kamu sudah lakukan yang terbaik ... jika kamu ingin dihormati , adakah kamu menghormati ... jika kamu ingin disayangi , sedangkan kamu berbuat apa yang dibenci ... jangan letak semua kesalahan pada orang lain ... tapi belajarlah menerima kelemahan dan kekurangan diri ... itu lebih baik ( manusia mana ada yang sempurna kan ! )
... sesekali tu bila berjalan jangan dok asyik mendongak ke atas jer ... sesekali kena gak tunduk ... mana le tahu ada lopak ke ... bonggol ke ... paku ke ... kaca ke ... x gitu !
* ... belajar sesuatu hari ni ... " kerja ikut skop " ( ^_^ )
Saturday, April 13, 2013
Bicara tentang ikhlas ...
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam
di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam
ianya wujud tapi amat sukar dilihat
Friday, April 12, 2013
x tahu bila tapi pasti ...
assalamualaikum ...
... nak sharing pasal program yang dihadiri semalam ... Membangun Jiwa Mukmin Merdeka ... x buat catatan pun tapi terpahat kemas kat minda ( ... semoga ianya kekal di situ . amin ) ... Alhamdulillah perjalanan pergi ke HQ lancar ... sampai pun x lah lewat sangat ... program pun belum bermula lagi ... cuma terpaksa tertinjau-tinjau mencari kerusi yang masih kosong .
... semalam tu macam recharge ESQ 165 ... meskipun ada yang berbisik " dah biasa " ermm ... bagi aku perkara yang " biasa " tapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian juga ... seolah-olah perkara yang baik ... dinilai sebaliknya .
... sesuatu yang sering diulang bicara adalah penyatuan sesama umat Nabi Muhammad S.A.W ... berkali-kali diucap dan ntah berjuta kali juga terlafaz di mana-mana ... pentingnya ukhuwah ... buang sengketa yang merugikan ... tetiba aku teringat sesuatu ... sesuatu yang x seharus ada ... sesuatu yang merungkai ikatan ukhwah ... sesuatu yang membenihkan titik hitam dalam hati ... semuanya berkenaan sesuatu yang x gembira untuk didengar apatah lagi untuk dibicarakan ... anehkan ! ... semoga bicara semalam itu mencipta " keluarbiasaan " dalam setiap jiwa insan-insan yang menghadirinya kerana kematian itu x tahu bila tapi pasti ...
... sebelum bermula program ... diminta semua hadirin meletakkan / parking segala masalah , jawatan , status dan apa saje yang merantai diri di kerusi ( tempat sandar ) depan ... juga diingat untuk mengambilnya semula selepas program tamat ... ermm kuperhatikan semalam usai program ... masing-masing meninggalkan tempat duduk tanpa mengambil semula masalah , jawatan , status dll ... so hari ni mesti ada yang gi kerja rasa macam kosong jer kan ! hehehe ... yang tu masih boleh dimaafkan ... jangan pengisian program juga tertinggal kat kerusi Auditorium ... yang tu memang melampau ... !
* ... semua yang aku parking semalam tu , aku ambik semula kecuali masalah ;-)
Wednesday, April 10, 2013
program esok ...
MEMBANGUN JIWA MUKMIN MERDEKA
Tarikh : 11 April 2013 ( Khamis )
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Auditorium Tingkat 2 ,
Perpustakaan Raja Tun Uda
Jalan Kelab Golf 13/6
Seksyen 13
Shah Alam
Selangor
u/p : semua kakitangan PPAS
~~ jumpa di sana ~~
Tuesday, April 9, 2013
duniaku ...
... hari ni aku benar-benar berada dalam " duniaku " ...
m
e
l
i
h
a
t
s
e
k
e
l
i
l
i
n
g
b
u
a
t
a
k
u
t
a
m
b
a
h
"
p
u
s
i
n
g
"
Thursday, April 4, 2013
sabarlah hati ...
sabarlah hati ...
jangan mudah jauh hati bila menerima teguran
anggaplah kita sedang membina sahsiah diri
sabarlah hati ...
jangan mudah mencari khilaf orang
tapi selami khilaf sendiri
sabarlah hati ...
adakalanya laluan kejayaan
bermula dengan kegagalan
sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita
Wednesday, April 3, 2013
... menanti khabar gembira
... 2 hari lagi genap dua bulan ... aku lalui suasana sebegini ... x tau nak komen apa ... hanya berdoa ... berdoa ... berdoa agar diberikan kesabaran , ketabahan dan kekuatan untuk melangsai segala tugas yang diamanahkan sebaik mungkin selagi terdaya ...
... melihat sekeliling dengan pandangan berbeza adakalanya menjadi terapi terbaik untuk menghapuskan tanggapan negatif ... jika dengan kehangatan ini memberi lebih keberkatan atas rezeki kurnia dari Nya ... sesungguh keredhaan sudah bertapak di dalam hati .
... sehingga kini aku masih menanti khabar gembira .... khabar berakhirnya kehangatan yang amat merimaskan ... semoga rasa percaya ini tidak hilang ditelan masa .
* ... aku " kehilangan " miko untuk selamanya
Monday, April 1, 2013
miko x sihat ...
ni gambar miko yang aku ambik jummat lepas
tapi semalam miko diserang selsema dan sakit mata yang kronik
betul ke kucing x leh dirakam gambarnya
pagi tadi nk bawak miko gi klinik tp x sempat
harap miko dapat bertahan sampai esok ...
Friday, March 29, 2013
miko
... n3 kali ni atas permintaan Shima ( staf Lib . Pekan Dataran ) ... miko ni pemalu sesangat ... susah nk ambil gambar dia ... ni aksi2 yang sempat aku rakam kan ... hehehe
Saturday, March 23, 2013
ermmm ...
ruang yang luas
dah jadi semakin sempit
panas yang dulu suam-suam kuku
kini berbahang sampai ke siku
suasana terang benderang
kini bertukar kelam ... suram
surat aduan dikirim lebih dari selembar
letih rasanya menanti khabar
pengguna bagaikan dah hilang sabar
takut nanti jadi berita di dada akhbar
mohon lah prihatin rayuan kami
segala musibah ini cepat dibaiki
agar semangat teguh berdiri
tidak luntur menyembah bumi
kepada bahagian yang berkenaan
jangan biar kami sentiasa berangan-angan
berharap dan terus berharap
keseinambungan kerja harap digarap
itulah keluhan hati
mengharap simpati untuk terus berbakti
Monday, March 18, 2013
bersyukur saat diuji ....
... n3 kali ni aku nak kongsi pasal buku " Bersyukur Saat Diuji " alhamdulillah selesai sudah dibaca ... banyak input positif yang boleh diterjemahkan dalam kehidupan seharian ... siapa kita ... bagaimana kita menanggani masalah saat diuji ...
... terima kasih Allah kerana sentiasa menggerakan hati ini untuk membaca ... rasanya satu ujian juga untuk diri sendiri apabila bertugas dalam ruang lingkup yang dikeliling buku jika minat membaca itu tiada ... dah hampir suku abad dikelilingi buku ... agak2 nya dah berapa banyak buku tuntas dibaca ? Ya Allah .. betapa hamba Mu ini dalam kerugian kerana tidak memanfaatkan serta mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan .
... kehidupan adalah ujian dari Allah ... itu persepsi yang aku semat kemas kat minda setelah usai membaca buku ini ... kalau sebelum ni setap kali mendepani masalah , hati sering berbisik " ujian dari Allah untuk hambaNya " hakikatnya Allah menguji setakat yang termampu oleh hambanya ... sebagaimana yang aku yakini setiap kali badai emosi melanda " Allah tidak akan menzalimi hambanya "
... kita selalu bersyukur apabila dikurniakan pangkat ... kuasa ... harta ... kecantikan ... kemasyhuran ... tanpa kita sedari itu ujian buat kita sebenarnya ... ke mana arah pangkat dan kuasa itu dapat dimanfaatkan dalam memberi impak kepada organisasi ... harta melimpah ruah tapi cuba kita ingat2 semula pernah x kita bersyukur saat diterjah musibah ... ketika badai melanda emosi ... bila mana pangkat, kuasa , harta , kecantikan hatta kemasyhuran hilang telan masa ..
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-An'aam 6:165)
... aku selalu berdoa agar segala tingkah laku ... sikap ... dan segala kelemahan diri tidak menjadi ujian kepada mereka2 yang ada disekeliling ... sebagaimana aku berusaha untuk menerima ... memahami dengan sabar apa yang berlaku disekeliling aku ... ( dalam suasana air cond yang tidak berfungsi ...menghadapi rungutan pengguna yang mengeluh panas dan tidak selesa ... )
Friday, March 15, 2013
pepatah petitih
salam jumaat ...
... hari ni nak sembang santai pasal pepatah petitih dari buku karya Prof. Siti Zainon Ismail tapi aku olah sikit dalam bentuk pantun ... yang penting maksudnya tetap sama ... :-)
Kata bidalan paku yang serpih
Terkurang tidak ,banyak terlebih
Ungkapan indah , mendalam erti
Sering dilupa , culas pekerti
Cerita gajah , kuman dan lautan
Terbina pepatah buat teladan
Khilaf yang sedikit nampak di mata
Dosa segunung sering dilupa
Kisah cacing asyik terleka
Menjadi raja naga empunya angkara
Orang biasa anganan setinggi KLCC
Rupanya mimpi di siang hari
Thursday, March 14, 2013
koleksi terbaru
buku karya Prof. Dr. Siti Zainon Ismail
dibeli semasa Program Jejak Budaya
yang bestnya ... penulis meninggalkan jejak pada kedua-dua buku ni
tq .. Prof .
buku ni aku beli online karya seni
buku PLK - genre Islamik
EC - tajuk nampak sempoi tp serita seram beb !
buku lain yang turut menjadi pilihan hati
RDAB ( Rindu Di Awan Biri ) karya Mee Zalikha
MKDT ( Menunggu Kata Dari Tuhan ) karya Dinsman
SH ( Smart Heart ) karya Rusdin S.Rauf
RI ( Rindu Ibu ) karya A. Samad Said
SMK ( Sepatu Milik Kasanova ) karya Zana Amani - ini pilihan awer
STC ( Sepi Tanpa Cinta ) karya Damya Hanna - ini pilihan awer
buku ni yang paling aku suka baca selain dari buku Bersyukur Saat Diuji
kenapa ? ... x leh nk jelaskan kenapa ? ... kena baca sendiri
x pasti buku ni dah ada atau x kat Perpustaakaan Daerah ...
... x perlu kata apa-apa ... itu lebih baik !
... kelmarin ada rungutan dari pengguna tentang kehangatan ini ... bila dimaklumkan bahawa perkara telah diajukan kepada pihak yang atasan ... kenyataan itu seolah-olah diragui ... dan bila diminta isi borang aduan dan cadangan pelanggan ... sekali lagi terdengar rungutan ... seolah-olah segala aduan yang dibuat tidak dihantar ke pihak yang atasan ... Ya Allah ... sabarkanlah hati ... kalau pengguna terasa bahangnya ... apatah lagi kami yang seharian berada di sini ?.. cer fikir sikit !
... kalaulah lafaz " terima kasih atau maaf " sukar untuk di ucap... x perlu kata apa-apa ... itu lebih baik daripada menuturkan kata2 tapi menyakiti hati orang lain ... berkali-kali melalui situasi begini ... aku sepatutnya x perlu beremosi sangat pun ... tapi aku manusia biasa x upaya nak mengawal segala gelojak rasa ... astagfirullahalazim ... astagfirullahalazim ... astagfirullahalzim ... Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan ini .amin.
Tuesday, March 12, 2013
sudu n garpu
makan time !
aksi spontan ... lepas program Jejak Budaya ... heppi walaupun dalam hati berapi ... hehehe
cantik sungguh bunga seroja
indah hiasan di atas meja
indah hiasan di atas meja
sudu dan garfu empunya angkara
sikit ceria yang lebih terluka
jauh sungguh Kota Melaka
tempat cantik penuh sejarah
kata di lontar jangan ikut sesuka
kerna bisa mendatangkan amarah
cendol bakar telah terkenal
di kata enak ... tapi x pernah rasa
jaga tingkah laku jangan nampak ' sengal '
opps ! jangan terasa !
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Tabika Perpaduan Setia
Tarikh
: 1 hb. Mac 2013
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi
Guru Pengiring : Pn. Fatin Wardah binti Abas
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi
Guru Pengiring : Pn. Fatin Wardah binti Abas
Tempat : Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
Peserta :
33 pelajar , 4 guru pengiring
dan 15 ibubapa
Subscribe to:
Posts (Atom)




































