Friday, July 24, 2020

x suka ? ... x apa




" ermmm , pernah x korang alami atau rasa ada orang x suka dengan korang ... pernah x ?? " itu soalan yang aku terima melalui aplikasi whatssap dari seorang sahabat nun jauh di JB ... isk ! apa ke hal nya hantar soalan bebudak lak ni ... ini mesti kes x de kerja kannn 😊😊!

... Eh ! korang pernah x alami atau rasa ada orang x suka dengan korang ... pernah x ?? , hurmm ! mestilah pernah kan ... adat kehidupan manusia mana pernah sempurna kan ! kalau dulu aku kerapkali x ambil kisah sangat orang suka atau x suka dengan aku ... tapi la ni aku ambil kisah sikit berkaitan suka dan x suka ni ... sebagai penanda aras untuk terus perbaiki diri sendiri ke arah lebih baik dan melatih diri untuk menghargai apa sahaja pandangan , kritikan hatta kutukan sebagai motovasi diri mengharungi cabaran yang lebih besar .

... Aku teringat kata-kata sempoi dari Siti Khadeeja ( Ija - anak saudara ) bila aku ajukan persoalan " pernah x Ija rasa ada member kat sekolah yang x suka dengan Ija " sambil tu aku perhati reaksinya " ntahlah ... ada kut " selambanya nada suaranya  " ada kut ?? "  nada terkejut aku " yelah ... kekadang tu bila berselisih jalan kita senyum , dia buat x tahu jer ... kalau sesekali x pe , ni selalu macam tu ... Ija anggap jer dia x suka dengan Ija " jawab Ija dengan nada bersungguh " lagipun dia ada group dia sendiri , Ija x kisah pun ramai lagi kawan lain ... biar je lah dia " itulah Siti Khadeeja ... kekadang aku mengambil motivasi dari sikap Siti Khadeeja 

... Tipulah kalau aku kata aku x rasa sesuatu pun ketika mendengar ada orang memperkatakan sesuatu tentang diri kita kan ... ada ketika aku jadi lemah sangat ... rasa letih sangat ... rasa down sangat tapi semua tu aku usaha untuk x nak fikir ... hampir 31 tahun mengharungi dunia pekerjaan dan bakal menghampiri garisan penamat 7 tahun lagi ... sebenarnya tiada apa pun yang perlu aku ambil hati sangat sebab rasanya lebih dari ini telah dilalui ... hanya mungkin atas faktor usia yang membuatkan hati mudah terasa dan terguris ... itu pun x lama , rasa terguris tu hanya bertapak sekejap dalam hati sebab aku selalu bisik kat hati " x suka ? ... x apa " hahaha

... Kehidupan ini , bukan sekadar memenuhi atau menjayakan keinginan orang lain kan ... bukan juga untuk menggembirakan orang lain ... lalui semuanya dengan cara sendiri ... perbaiki diri ... berlapang dada ... raikan perbezaan dengan belajar menerima kelebihan dan kelemahan ... berbahagialah dengan cara kita sendiri .

Tuesday, July 7, 2020

pilihan ...

kenangan bersama Juliana Es ( Nana ) Puan Mastura ( Pengarah PPAS )
Bib ( Habibah ) & Me 
gambar agak kelam

kenangan bersama Pn. Sab (KB HR ) , Pn. Suzliana ( Timb. Pengarah PPAS ) 
Me , Pengarah PPAS , Bib & Nana



3 Julai 2020
- akan kekal dalam ingatan ini , meskipun ada rasa sebak kerana akan hilang seorang sahabat dalam bidang kerja namun aku yakin ukhuwah antara kami akan terus akrab meskipun dah tiada dalam ruang lingkup yang sama ... aku pasti Bib yakin pilihan yang dibuat dan doa akan sentiasa mengiringinya ... dan aku juga tahu ramai yang terkejut dengan pilihan Bib ... dan pelbagai juga pandangan dan nasihat yang diberi agar Bib berubah fikiran ... " terima kasih Kak Mis sebab memahami saya " lafaz itu masih lekat dalam hati ini .

- bagi aku mudah , hanya Allah dan kita tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri ... mungkin ada yang melontar kerugian kerana pilihan untuk bersara awal ... dan Bib juga telah mengambil kira pandangan keluarga serta ada perancangan untuk memulakan perniagaan ... selain lebih banyak masa bersama keluarga ... adakala ketika kita terpaksa memilih salah satu ... mohonlah kepadaNya , insyaallah .

- terasa sesuatu ketika Puan Pengarah meluluskan permohonan Bib ... suasana tertumpu melihat Bib dan aku melihat wajah yang ceria seolah-olah tiada kesal atas pilihan yang dibuat ... dalam banyak perkara rasa gembira dan bahagia x boleh ditukar dengan wang ringgit kan !

- tatkala berurusan dengan Bah. HR pun , aku lihat Bib banyak senyum walaupun diusik dengan Naza dan Chem ... Bib dengan yakin " insyaallah " itulah ayat Bib ... aku gelak jer bila " Kak Bib akan dapat pencen bila umur 55 tahun ye " kata Naza " ye akak tahu " balas Bib yakin ... " kalau Kak Bib nak ubah fikiran masih boleh lagi ni " kata Naza lagi " x mau lah ... akak memang nak bersara awal " kata Bib

- last day untuk Bib ( Habibah Ahmat ) adalah 31 Disember 2020 ... 1 Januari 2021 , Bib akan memegang status persara ... seperti yang selalu kata " Pesara yang berjaya dan bahagia " ... PPAS akan kehilangan staf yang konsisten dalam memberi laporan statistik seperti kata Ija ( Saliza Rahman ) 

Saturday, June 27, 2020

norma baru ...



... " Norma baru " istilah yang semakin kerap didengar selepas kita melepasi PKP , PKPB dan PKPP  dan kita semua pun secara istiqamahnya dah boleh terima serta melaksankan tanpa banyak bicara , apatah lagi bila memikirkan natijahnya jika disebabkan ketidak patuhan kita menyebabkan rantaian covid 19 bagaikan tiada akhirnya .

... 17 Mac 2020  bermulanya norma baru dalam kehidupan aku , bila arahan penutupan perkhidmatan untuk orang awam bermula 17 - 31 Mac 2020 , masa staf masih bekerja seperti biasa dengan nasihat menjaga kesihatan diri dan mematihu langkah-langkah pencegahan penularan covid 19 ... semenjak itu aku menerima arahan hanya melalui whatssap dan hp kena selalu ada bersama " macam kuku denga isi " serta kena sentiasa dalam " mood standby " .

... Bermula April , sepenuhnya bekerja dari rumah , sesuatu yang baru bagi aku adalah bermesyuarat secara atas talian menggunakan perisian zoom ... seharian juga aku berusaha untuk install zoom kat dalam hp aku tetapi gagal ... so first meeting zoom pada 13 April tu memang aku x dapat follow tapi aku dapat info berkaitan inti pati mesy dari member yang ada wifi kat rumah ... selepas tu bermula lah norma baru bekerja dari rumah ... arahan dan info sentiasa update dalam group whatssap ... tanpa mengira waktu dan hari ( hatta lepas waktu ofis 9 am - 6 pm dan juga pada ahad ) ... ada ketikanya aku sendiri jadi keliru juga kerana arahan yang amat penting melibatkan jadual kerja dimaklumkan melalui whatssap bermula jam 10.00 pm di mana ketika itu adalah waktu tidur aku ... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… 

... Jika ditanya atau diberi pilihan " bekerja dari rumah atau ofis " aku pilih bekerja di ofis sebab aku memang x leh sentiasa berkepit dengan hp , lagipun area rumah memang line internet slow sangat , kalau kat ofis aku guna wifi ... kekadang terasa hati juga bila gagal untuk beri komitmen berkaitan arahan yang memerlukan tindakan dan keputusan segera akan dilabel sebagai tidak memberi kerjasama sehingga diberi ingatan mesra " ni puan maklumkan sesape yg tak join meeting nnti puan nak arahkan suruh datang kerja lah "  aku hanya istighfar jer !

... Syukur alhamdulillah bila dimaklumkan 15 Jun 2020 , perkhidmatan dibuka seperti biasa dengan syarat patuh SOP ... masa tu hati berbunga-bunga gumbira , teruja nak masuk ofis dan rindu nak ngadap buku-buku semula ... rindu kembali pada rutin pergi balik kerja 😍😍😍😍

... Ada sesuatu norma baru yang ada unsur kejutan sangat ... adalah bila iklan perjawatan dan tarikh tutup iklan hanya berselang satu hari ... jarak untuk dipanggil interview juga hanya berselang 3 hari dari surat mohon dihantar  melalui email ... maka terkejut juga mereka yang memohon ... dan lagi memberi kejutan bila mana ... staf yang tidak memohon juga diarahkan hadir interview dua hari berselang selepas interview pertama ... dan jemputan untuk hadir interview dihantar melalui whatssap jam 12.07 am ... dan lebih memeritkan bila lantikan untuk jawatan adalah daripada interview kedua iaitu melibatkan mereka yang tidak memohon ... cian kan untuk mereka yang ikut prosedur ... x pe lah bukan rezeki diorng , cuba lagi ek ... jangan pernah bosan untuk mencuba !

... Norma baru yang penuh cabaran yang akan jadi kebiasaan ... sanitizer , facemask dan infrared thermometer dah rutin ... #kitajagakita ...  moga covid 19 cepat berakhir .

Thursday, June 25, 2020

kasut



akhirnya aku beli juga kasut bagi menggantikan kasut lama ( hadiah besday tahun lepas ) yang mula uzur bahagian tapaknya ... walaupun masih boleh digunakan sebab aku dah repair bahagian tapaknya ... bukan aku kedekut nak beli baru tapi rasa selesa dengan kasut tu ... so bila aku jumpa kasut yang patern hampir sama ... ermm beli jer lah 😍😍 

Tuesday, June 23, 2020

Suatu ketika ...


" Jika seorang alim sudah rakus dan mengumpul harta ,
maka kepada siapakah orang bodoh hendak mencari teladan.
Jika seorang fakir ( sufi ) sudah menyukai dunia , mencari kesenangan
dengan pakaian , harta dan perempuan,
maka kepada siapakah orang yang hendak membersihkan diri
mesti mencari ikutan "

bait kata dari buku " Indahnya Tasawuf Dan Hidup Sufi "
oleh
Ustaz Yusri Abdul Karim

... Suatu ketika , pernah aku lalui situasi yang membuat aku bertindak meninggalkan meja perbincangan demi menjaga aib orang dan selebihnya kerana aku menyedari tahap kesabaran diri , waima kelihatan seperti biadap tetapi ketika itu aku merasakan itulah adalah pilihan terbaik ... aku x suka didesak untuk membincangkan sesuatu isu yang sememangnya sudah diketahui jauh dari benar nya ... dan aku memilih untuk diam ... diam itu bukan bermaksud membenarkan pendustaan yang berlaku ... hanya ketika itu aku berpandangan andai aku lontarkan juga kata-kata , ianya akan lebih merumitkan situasi dan sekali kata terlafaz natijah lebih pedih dan kekal dalam ingatan .

... Suatu ketika , dalam perjalanan balik dari ofis aku memandu kereta dengan airmata yang  mengalir ... terasa begitu sebak dengan apa yang berlaku dan aku lalui seharian ... terasa lega dan hapus semua rasa sebak serta sedih sangat tu  ... lain orang lain cara , ada orang suka cerita kat sahabat ... ada orang luah semua rasa kat muka buku ... aku memilih untuk diam ... dan simpan semua rasa tu sendiri ... bukan aku x nak share ... bagi aku diam adalah langkah yang terbaik ... ada juga aku kias-kias dalam perbualan sebagai terapi untuk elakkan stress .

...  Suatu ketika , saat semua yang ada disekeliling seakan menunding jari ke arah aku ... hari yang aku rasakan kesendirian teramat sangat tanpa ada sesiapa yang cuba memahami apa sebenarnya berlaku ... aku hanya mampu memandang insan-insan penakut untuk melontarkan kebenaran ... menyembunyi diri dibalik kuasa ... saling sandar menyandar antara satu sama lain ... salah ke atau berdosa ke untuk berkata benar ...

... Suatu ketika , aku dah x tahu nak kata apa yang ada dalam kotak fikir saat itu ... terasa bergetar suara ini memberi salam bila mana saat kaki melangkah " %&*# ...%&*# ...%&*# " dihamburkan kata-kata yang x terjangkau dek akal waras ... aku memandang seolah-olah telinga ni tuli dan aku membiarkan sahaja bebelan dengan nada suara yang sengaja ditinggikan ... aku berusaha mengawal suara dengan tangan dan kaki yang gementar menahan gelojak rasa ... semua gara-gara peristiwa 9 Mei 2019 yang akan kekal dalam ingatan meskipun pahit , hanya kerana kunci ... yup kerana kunci yang ada dalaman simpanan aku ( itu pun atas pengetahuan pihak atasan ) ... salahnya aku guna kunci itu juga atas arahan pihak yang aku x upaya untuk engkar ... meskipun aku mohon pengertian untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada individu yang berkenaan ... maka bertebarlah fitnah dari mereka yang aku anggap adik-adik ... hingga saat ini bila membaca semula perbualan dalam whatssap yang memperkatakan mengenai perkara ini " kunci stor brg2 daerah amanah kat H jage ... rupenye M ( aku lah tu ) duplicate kunci ... mrah lah dia " kata Z  " Mmg la kalau cam tu , Belum2 dah nak berkuasa tu " balas W " tp mmg ptt lah kne mrah ...arahan kuase pgang kunci xde ..pandai2 copy ... mndapat lah " balas Z " kantoinye td..kunci kt H .. tibe2 stor M dh bukak " kata Z " lpas tu org saklam anggap kak M pegawai kat berbanding H " balas W ... begitu sekali tanggapan mereka pada aku ... bila aku bersemuka dengan individu H yang mengamok sakan berkaitan kunci ini ... lain lak jalan ceritanya ... dari 3 kunci yang ada dalam simpanan H , bila aku minta H kira depan aku ternyata hanya ada 2 sahaja ... ini bermakna aku x buat pendua pun kunci tapi aku ambil dan ianya dalam pengetahuan H ... aku ambil keputusan menyerahkan semula kunci dan semua fail yang berkaitan kerana aku nekad untuk tidak ambil tahu lagi segala urusan yang ada hubungan atau sebagainya.

... Suatu ketika , budak Z ni ada bercerita berkaitan status perjawatan yang masih kekal begitu walaupun dah hampir 5 tahun berkhidmat ... aku tetap sudi meminjamkan telinga ini dan meluang masa untuk mendengar luahan hati nya ... aku buang jauh rasa marah atas perbuatan yang telah dilakukannya ... aku bukan pendendam hanya lebih berhati-hati dalam setiap kata yang terlontar ... serik rasanya dan aku takut x mampu untuk bersabar lagi ... untuk individu W , aku dekati agar lebih faham dan kenal aku ... waima dalam beberapa hal aku perhati jer , sebab selagi aku boleh bersabar ... aku akan bersabar meskipun aku ada banyak peluang dan ruang untuk balas baik apa yang mereka buat kat aku πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

... 

Monday, June 22, 2020

KUBAK - Part 2


Kami JUARA !!!

... Syukur  alhamdulillah , pentas Pesta Buku Selangor 2020 di SACC menjadi saksi untuk kejayaan team KUBAK ... walaupun masa yang singkat untuk latihan dan memasing lak bertugas di lokasi berbeza apatah lagi melibatkan dua daerah ... memang mencabar sungguh untuk mencari tarikh yang semua staf terlibat boleh turun latihan ... terima kasih kepada semua yang memberi komitmen padu dalam menjayakan latihan di Lib Daerah Kuala Selangor .

... Terima Kasih Bobot@Suzana Isrum yang mencetuskan idea  untuk watak Bobot yang memang owsome ... Rama-rama@Che Ta , Kucing@Syikin , Pingu@Ayu , Arnab@Izawati , Kuda belang@Nora dan watak Pokok Bunga@Mila ,Faie,Linda&Me ( yang sentiasa bergoyang ) juga x lupa @Bro Yazid & En.De ( tukang jaga music ) 

28 Februari 2020
jadi saksi 
KAMI JUARA !!














aksi dirakam sebelum beraksi atas pentas

aksi atas pentas

kenangan bersama kekawan peserta dari daerah lain & team "Lobak Gergasi "

Alhamdulillah ... Kita Juara !!

Si Bobot




Friday, June 19, 2020

... eh ! ada juga ek orang cam gini ... hihihi


... " Menerima arahan dari masa ke semasa " seperti termaktub dalam klausa terakhir  akujanji yang telah aku tandatangan masa memulakan kerjaya sebagai penjawat awam hampir 27 tahun ... so bebaru ni bila aku diarahkan untuk bertugas menggantikan staf yang cuti bersalin dan bersambung lak dengan cuti sebab PKPP ... aku terima jer tanpa banyak soal walaupun masa tu kerja aku sendiri ada lagi x settle ... " x pe lah ... ambil pengalaman kerja tempat orang apatah lagi staff yang aku gantikan ni bukan kaleng-kaleng sebab ada Sijil besar jika nak dibandingkan dengan aku ni yang hanya ada sijil sekolah Atap jer ! πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

... Aku pilih tarikh 5 Jun iaitu hari jumaat untuk meninjau  persekitaran , aku sebenarnya teruja juga bila menerima arahan tugas ni ... sebab last aku bertugas gantikan tempat staff  yang menghadiri kursus induksi dalam 4 tahun lepas ... sekejap jer pun dalam 5 hari yang aku nilai penuh dengan tandatanya ... kali ni aku akan bertugas sehingga 15 Jun ( itu kata Tuan Pegawai ) tapi aku dimaklumkan oleh owner nya sehingga 16 jun ... aku ni jenis malas nak fikir benda remeh temeh macam ni ...  dah tolak cuti bagai , aku akan bertugas kat situ dalam 5 hari jer !

... First day , aku ke situ ... aku dah teruja dengan hijaunya sawah yang luas terbentang ... lagi lah bila angin bertiup ... rasa damai jer ... aku mula buka gril dan pintu ( kunci telah diserahkan sehari awal ) dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim ... dan aku kuak pintu kayu utama perlahan , bukan sebab aku takut tapi lebih kepada berhati-hati ... almaklum bangunan di pinggir sawah dan dah lama lak di tutup sebab PKP dan PKPB ... aku pandang sekeliling ( ayat macam seram jer ... heheheh ) , lama gak aku terpaku , x tahu nak kata apa ... aku hanya mampu mengungkapkan astaghfirrullahalazim berulang kali ... pastu aku call Sifu kepada staff yang aku ganti ni ... bukan apa aku hanya inginkan pandangan dan idea untuk kasi settle semua semak yang ada kat depan mata aku ni .

... Selesai berbincang tindakan yang seharusnya untuk settle dan beri wajah baru serta mendapat kelulusan ... maka diputuskan beberapa solusi yang terbaik perlu dilakukan ... terima kasih pada yang sudi meringankan beban dan sesama berganding bahu ... semua laporan sebelum dan selepas telah dimaklumkan kepada yang berkenaan ... alhamdulillah kerja-kerja dapat diselesaikan pada 9 Jun .

... 10 - 11 Jun , aku hanya kerja bertugas half day kat situ sebab kena settlekan tugas hakiki aku di penempatan aku sekarang ... 12 Jun aku ke HQ hantar pelbagai yang menjadi rutin aku setiap bulan .. so 15 Jun aku bertugas seharian di situ ... aku sekali teruja menunggu kunjungan dari user dari jam 9.00 am hingga 6.00 pm ... sesambil tu aku ubah lagi susun atur perabot untuk keselesaan jika tamu datang bertandang ... sesekejap aku berdiri di depan pintu utama memandang sawah padi dan menikmati damainya tiupan angin ... hati terdetik " mana semua orang ni ... mai lah datang sini " πŸ˜”πŸ˜”

... 16 Jun , hari last aku bertugas kat situ ... aku hanya duduk sambil semak fail-fail jer ... x nak usik kerja-kerja orang sekadar tengok2 dan susun bagi kemas ... ye lah nak baca buku-buku yang ada kat situ memang x lah ... atas faktor kesihatan aku memang x akan sentuh tanpa pakai glove ... lagipun aku memang jarang baca buku kat tempat kerja ... itu prinsip aku ! , aku pusing keliling bangunan letak sesuatu untuk hindarkan makhluk kecik comel dari menghuru-hara khazanah berharga dalam bangunan ... kat dalam pun aku letak juga di lokasi yang x tercapai oleh user .

... 4.30 pm , aku dikejutkan dengan kehadiran owner " eh ! awalnya nak ambil kunci " aku berbisik sendiri ... apakah owner pun teruja nak tengok hasil tinggal sebelum PKP ... semasa PKP dan PKPB ... la ni PKPP , aku dok perhati jer dan tunggu jer reaksi dan lontaran ayat pertama yang akan menerjah gegendang telinga ni ... hehehe

... " kak ... saya sebenarnya masuk kerja hari ni , terlepas pandang lak " dengan suara manja itu lah ayat pertama yang aku dengar ... " akak memang dah tahu sepatutnya masuk kerja 16 Jun ... tapi bila dimaklumkan akan mula kerja 17 Jun ... akak stay sini " itu nada tegas suara aku ... lepas tu aku hanya dengar sahaja owner bercakap dengan alasan ... demi alasan ... dan alasan , sambil matanya dok perhati keliling ... aku pulak sibuk mengemas barang peribadi untuk keluar ... aku istighfar dalam hati ... itu yang terbaik ! ... memandangkan itu hari terakhir tugasan di situ ... aku terangkan serba ringkas berkaitan SOP yang perlu dipatuhi dan beberapa perkara yang perlu owner tahu ... masa menyerahkan kunci kepada pemiliknya ... " akak serahkan semula kunci ni ... dan minta maaf berkaitan fail yang terkena air tu sebab x di maklumkan ... isi ye borang cuti untuk hari ni dan esok ... " bila dimaklumkan esok akan ada urusan anak dan peribadi yang perlu disettlekan ... " eh kat mana ye borang cuti nya " keluhnya lagi ( ermm tempat sendiri pun x tahu mana simpan )" ada kat tray tu ... akak dah kemaskan " mendatar jer suara aku ( ... kelemahan aku adalah x boleh selindung kalau aku x berkenan dengan sesuatu perkara ) .

... 4.50 pm , maka berakhirlah tugasan aku di situ , pengalaman  berharga yang akan sentiasa jadi kenangan ... kekadang aku terfikir apakah sebenarnya yang berlaku ... masa menghidupkan enjin kereta , aku merenung lama bangunan dan sekitar yang damai ... alangkah ruginya tempat indah ( kalau dijaga dengan baik ) tetapi tidak dimanfaat dengan sepatutnya .

... hari-hari seterusnya , aku hanya mengintai suasana di situ lewat status whatssap yang diupdate ... meskipun hanya sekadar yang indah-indah belaka dan tanpa ungkapan terima kasih ... aku harap semua yang telah dipercantikkan akan kekal begitu ... x perlulah nak buat gotong royong lagi ... jangan dilupa ye ... gambar sebelum dan selepas tersimpan kemas untuk dirujuk jika ada keperluannya dibelakang hari .

... memang ek ! orang yang ada sijil besar ( bukan semua ye ... jgn sentap 😜 ) ... perkataan terima kasih tiada dalam perbendaharaan kata diorng ... so aku pesan kat kekawan yang terlibat kasi settle tempat ini dari  setinggan kepada villa ... x yah lah nak kecik hati ek !! πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

... terima kasih semua ... Parit 14 , Parit 8 , Tebuk Berihun , Batu 38 dan bro yang kasi settle bab air tu ... jasa korang tetap dalam ingatan ...

Wednesday, June 3, 2020

sekadar catatan



Ada ketika , perlu korbankan perasaan sendiri
demi kehendak orang lain
Ada ketika , orang tak hargai pun pengorbanan kita
Ada ketika , kita menyimpan rasa terkilan 
demi memuaskan hati orang lain
Ada ketika , orang nampak salah kita ,
tapi tidak nampak puncanya dari mereka
Ada ketika , kita rasa letih di atas semua ini
Tapi ...
Suatu ketika , pasti semua ini ada jawapannya selagi
kita memilih untuk
BERSABAR

Tuesday, June 2, 2020

... antara tenang dan senang


... "antara tenang dan senang , pilih yang mana ? "  itulah soalan sempoi diajukan oleh seorang sahabat yang berada nun jauh di selatan tanah air melalui aplikasi whatssap ... bila aku jawab " kedua-duanya " ... " itu tamak namanya " komennya ... eh ! tetiba lak tuduh aku tamak 😏😏 ... so aku pilih jawapan selamat " mestilah pilih tenang tapi kalau dapat sekali senang ... itu termasuk dalam syukur ganda dua " spontan jer aku jawab sebab malas nak fikir dah dan persoalan tenang dan senang tu tersekat kat situ jer

... Hari ni aku macam terimbas semula berkaitan tenang dan senang ... aku selalu ingatkan diri sendiri ... kehidupan yang kita jalani adalah pilihan ... ada yang pilih untuk senang dengan semua perkara dan perbuatan waima tahu salah tapi demi senang sanggup singkirkan tenang ... meskipun adalah peluang memiliki kedua-duanya sekali ... aneh kan !

... Bila cakap pasal senang , semua orang nak senang ... hidup senang , kerja senang ... segala berkaitan dengan senang semua orang suka ... giler kalau cakap x suka senang ... sebab masa zaman bebudak dulu , bila nampak orang ada rumah besar atau kereta besar ... emak akan cakap " orang senang " ... x pulak emak sebut " orang kaya " ... masa tu macam blurr sikit nak hadam ... bila dah menginjak remaja setiap kali berbasikal ke sekolah melalui rumah yang ada kereta dan rumah besar , terdetik dalam hati " best nya kalau ada rumah macam ini " ... mula le pasang angan-angan untuk belajar bersungguh-sungguh ( masa tu x fikir pun ... angan-angan jer lah ... bukan kena bayar pun ! hehehe )

... Dua zaman itu telah aku lalui ... kini aku pilih untuk menghayati dan nikmati kehidupan dengan tenang dan senang ... selesaikan tugasan sebaik mungkin meskipun ada ketika bukan senang tapi hadapi jer dengan tenang ... 



Monday, June 1, 2020

... ke mana sahaja


... Terkini waktu bertugas ditetap 8.30 am - 5.30 pm bermula 1 Jun 2020 , setelah beberapa ketika berubah ... alhamdulillah moga kali ini waktu yang dijadualkan kekal hingga 9 Jun 2020 dan tiada perubahan ... hari ni dah settle kan tampal tape untuk SOP tu ... tinggal satu Library lagi x leh gi sebab staff cuti bersalin .

... Masa drive untuk ofis tadi , terima call dari Pegawai untuk take over bertugas di Library yang staf nya tengah cuti bersalin ... aku ni jenis yang mengikut arahan tanpa banyak soal ... dah memang kerja kita dan ini juga yang termaktub dalam aku janji di klausa terakhir " menerima arahan dari masa ke semasa "  

... Bertugas di Library Desa bukanlah sesuatu yang asing bagi aku ... sebelum ni pun aku pernah bertugas di PD selama seminggu menggantikan staf ambil exam ... dan sebelum-sebelum ni pun aku pernah bertugas di Lib Daerah 6 tahun setengah ( staf sambilan ) ... pastu diarahkan bertugas di Lib Cawangan selama 16 tahun ( yang jauhnya 50 km dari rumah ) ... dan dipindahkan semula ke Lib Daerah pada tahun 2010 ( Lib tempat aku bermula ) ... Disember 2017 aku diarahkan bertugas di Lib Pekan ( kerana Lib Daerah rebranding ) sehingga kini ... so bila diarahkan untuk bertugas di Lib Desa bukan lagi kejutan buat aku ... hanya kali ini aku harap tidak lagi menerima arahan mesra dari staf yang akan aku take over tempat kerjanya πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰ ... lagi pun aku memang x pandai beralasan bagai ...

~~~ masih menunggu arahan ~~~

Friday, May 29, 2020

... kita sebenarnya


... Alhamdulillah , 2020 telah menginjak ke hujung bulan Jun ... waima PKP ( Perintah Kawal Pergerakan ) dan kini PKPB ( Perintah Kawal Pergerkan Bersyarat ) masih berkuatkuasa yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 ...  aku masih tersangkut untuk menyelesaikan segala rutin yang dah bertahun aku lakukan , Alhamdulillah kepada mereka-mereka yang berusaha menyelesaikan tugasan rutin saban bulan dan menyumbangkan rasa gembira pada aku tanpa mereka sedar ... insyaallah isnin ni semua akan selesai ... itu seperti yang dijanjikan tadi bila aku call untuk ingatan mesra .

 ... Terima kasih kepada Shima yang banyak membantu untuk key in semua data setelah aku buat semakan ... terkadang tu terdetik juga dalam hati semasa menyemak semua maklumat statistik yang dihantar pada aku ... lama atau baru seorang pekerja tidak boleh dinilai dari hasil kerjanya ... melihat angka-angka tersusun kemas dalam petak yang disediakan memang cantik dan tiada apa yang salah pun ... hanya bila kiraan angka-angka tu dibuat baru le terserlah mana silapnya ...  

... PKPB ni bukan tiket untuk bersenang lenang meskipun user masih tidak pernah masuk ke dalam Library ... tugasan tetap dijalankan seperti biasa hanya dengan norma baru ... memula rasa janggal jugak dengan mask ... scan QR ... hand sanitizer ... insyaallah norma ini baru akan jadi kebiasaan demi keselamatan diri #kitajagakita

... Perubahan demi perubahan kena dilalui dengan penuh rasa tanggungjawab ... teringat semasa PKP bermula 18 Mac 2020 ... aku sendiri rasa stuck sebab kena kerja dari rumah ... handphone kena sentiasa disisi ... banyak perkara yang buat aku jadi stress sangat ... sebab banyak benda baru aku kena belajar πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… ... dengan line internet yang slow hingga terpaksa ikuti mesyuarat guna aplikasi ZOOM kat rumah member yang ada wifi .

... Sepanjang PKP dan PKPB ni ... setiap insan ada dugaan dan cabaran yang tersendiri , mungkin berbeza tapi hakikatnya semua dugaan dan cabaran ini memerlukan sabar dan tabah yang lebih dari biasa ... aku pernah rasa emosi amat terdera bila maklumat diminta pada segera berkaitan perkara yang berlaku pada tahun 2014 , 2015 dan 2016 ... kalut gak nak cari dan mengingat kat fail dan pendrive mana aku simpan dan save semua info ni ... alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan , ada manfaatnya juga aku masih simpan walaupun dah beberapa kali aku niat nak delete jer sebab dah lama kan .

... Sesuatu yang belajar adalah perkara yang kita rasa x penting ... akan jadi berharga bila saat kita perlu dia ada !!


Wednesday, May 27, 2020

ISTIMEWA ... tq Beb


Alhamdulillah ... tahun 2020 ni memang penuh dengan kejutan , dugaan yang memerlukan tabah dan sabar yang lebih ... Wawasan 2020 yang ditunggu selama 29 tahun setelah dilancar pada 28 Feb 1991 punya banyak cerita tercipta ... punyai sejarah tersendiri untuk diingati ... apatah lagi dengan gelora politik ... dan terbaru covid 19 yang melanda negara sehingga PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) dilaksana diseluruh negara .

Tahun 2020 bagi aku punya aura tersendiri ( lupakan sementara gelora politik dan covid 19 ) sebab besday jatuh pada hari raya pertama ... so aku rasakan sesiapa sahaja yang menyambut hari raya macam turut sama meraikan ulang tahun kelahiran aku juga ... best kan !

Terima kasih Beb atas pemberian  yang amat istimewa ini ... moga ukhuwah yang terjalin ini berpanjang hingga ke Jannah ... aamiin 😍😍😍😍

Tuesday, May 12, 2020

mutiara kata



" Bila mana kamu yakin bahawa penilaian Allah itu lebih utama
daripada penilaian manusia , 
kenapa kamu harus kecil hati dengan penilaian manusia yang
tiada erti "

~~~~~~~~~~~~~
alhamdulillah hari ini mula bekerja
dengan norma dan semangat baru 

Wednesday, March 4, 2020

... penglipur lara ?



 ... Alhamdulillah , 29 September hingga 1 Oktober 2019 ... berpeluang mengikuti Bengkel Bercerita Anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perak ... nun di tempat sejuk yang dah x berapa sejuk ... Hotel Heritage , Cameron Highland ... ketika diajukan soalan setuju atau tidak untuk turut serta ... aku agak kalut sikit ... sebab memikirkan semua peliharaan siapa yang nak uruskan ... bila dah ada yang menyanggupi untuk uruskan semua kucing ... kucing .. dan kucing ... dan kuuucciiing ... barulah aku memaklumkan ... setuju dengan sepenuh hati untuk follow bengkel ni ... hehehe

... Daerah Sabak Bernam ... 3 nama tersenarai Ayu , Suzana dan Aku (  x tahu le atas kriteria apa pemilihannya ) ... memula tu rasa seram juga nak follow bengkel ni ... segan pun ada sebab dalam usia sebegini x kan nak lakonkan watak bebudak ... walaupun bagaimana pun aku memikirkan belajar sesuatu yang baru adalah cabaran so layankan jer ! 

... Selangor adalah negeri yang menghantar peserta paling ramai ,  28 peserta melibatkan staf HQ , Daerah , Pekan dan Desa ... hikmahnya masa inilah kami berpeluang saling mengenal dan memberanikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru .

 







citer tahun 2019 ... simpan sini buat kenangan

KUBAK - Part 1

sesi pertama berlatih , menghafal skrip dan mencari keserasian
penuh dengan gelak tawa ... ! πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Ayu tunjuk skill cara penguin berjalan

costume untuk watak utama " Bobot "

Sang Beruang bertukar menjadi kucing

Si Kuda Belang yang pemalu

Arnab & Kuda Belang

... bila arnab , bobot , penguin , rerama , kuda belang , kucing dan pokok bunga 
tunjuk aksi melepaskan lelah berlatih  ... inilah hasilnya

amboi ... ralat korang rakam gambar ek !

sesi brainstoming dan tunjuk skill kreatif

... segalanya bermula semasa mesyuarat PBS 2020 peringkat Wakil Daerah , bila dimaklumkan antara tentatif sepanjang PBS 2020 adalah persembahan dari kakitangan ... drama muzikal ... tema bebas ... dan lagi satu boleh bergabung ... bila bergabung 2 Daerah membawa maksud akan melibat staf dari 2 Daerah ... memula tu aku dan Mila ( wakil Daerah Kuala Selangor ) agak pening lalat juga nak pilih staf " siapa yang kena ! " berlakon ... last ada aktiviti yang melibat staf berlakon pada tahun 2010 ... dah lama sangat kan !

... Alhamdulillah ... ada staf yang dengan rela hati nak follow ... ada staf yang aku sesuka jer petik nama ( nampak macam kejam kan ! ) hahaha ... maaf lah ye ... niat di hati nak bagi peluang dan share pengalaman juga rapatkan ukhuwah antara 2 Daerah ... bila lihat korang semua semangat dan happy menghafal skrip ... menyanyi ... berbincang tentang watak ... saling tegur menegur sepanjang masa latihan ... x ambil hati bila kekawan lain bagi cadangan ... semua itu buat aku rasa lega sangat sebab korang tetap berlatih waima aku dan Mila x dapat luang banyak masa bersama atas sebab yang korang sendiri tahu kan ! 

... Last latihan 27 Februari tu ... terserlah banget semangat untuk menang kan ! ... hehehe 
ingatan mesra aku kat semua ( adik-adik pelakon ... sebab diorang semua panggil aku " kak Mis "kan ! ) " apa sahaja yang akan berlaku esok ...buat yang terbaik dan  tanamkan niat untuk menang ye ! "

Watak
Pinggu ( Ayu )
Arnab ( Iza )
Kucing ( Syikin )
Kuda Belang ( Nora )
Rerama ( Che Ta )
Bobot ( Su )

Watak pokok ( hanya bergoyang ... hehehe )
  Mila
Linda
Faie
Aku 

Tukang jaga muzik
Bro Yazid
En. De ( Idris )
 ... sambungan Part 2 ... citer hari kejadian 28 Februari 2020

Wednesday, February 26, 2020

... lalu Aku hidup sebagai apa ?




... masa shelving pagi , aku tertarik dengan tajuk buku ni " LALU AKU HIDUP SEBAGAI APA ? " Mengupas Pemikiran Buya Hamka ... ada 21 coretan ringkas tetapi padat dengan kisah-kisah yang boleh dijadikan inspirasi untuk semua terutama golongan anak muda ... sambil mengambil semangat Buya Hamka ... sebagai penyuluh cahaya bagaimana hidup mesti berakal , mencari ilmu untuk mati meninggal budi .

... antara coretan yang aku suka " Melawan Dalam Tenang "" Di Persimpangan Musafir " , " Menghitung Hari -Hari Tua " jom baca !


Friday, January 31, 2020

novel pertama 2020


novel dah beli 3 tahun lepas
jan 2020 baru berkesempatan membacanya
nak meremajakan semula minat membaca novel 
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

ermmm ... hehehe


... Alhamdulillah , dah masuk minggu terakhir bertugas dalam bulan pertama tahun 2020 ... masa Wawasan 2020 dilancarkan 1991 , ketika itu berusia 24 tahun bertugas di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam sebagai staff sambilan ... suasana kerja masa tu biasa sahaja ... dengan kemudahan yang boleh dianggap terbaik juga sebab ada aircond , rak-rak yang padat dengan buku , ruang yang luas , selesa dan pengunjung yang tidak pernah tidak ada ... masa tu kakitangan silih berganti ... pegawai juga bertukar ... syukur kerana aku berpeluang bekerja bersama ramai pegawai dan berkesempatan untuk menimba ilmu sehingga ke saat ini aku masih teringat pesanan salah seorang Penolong Pegawai ketika aku memulakan langkah pertama di tempat baru pada 4 Oktober 1994 ... kata beliau " kita x boleh nak ubah orang lain tapi cara kerja kita , insyaallah boleh jadi teladan pada orang lain" 

... Tahun 2020 ni genap 26 tahun ( menyandang jawatan tetap ) ... terasa cepatnya masa berlalu dan sesekali aku menoleh ke belakang untuk melihat rentetan denai kehidupan yang aku lalui ... moga tahun ini aku mohon sangat-sangat kepada Nya ... sentiasa berlapang dada dalam menghadapi ujian dan dugaan ... sentiasa bersabar dengan pelbagai rencah dan ragam manusia ... kekal istiqamah dilandasan kebenaran waima mengundang kebencian ... sentiasa muhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan diri , usaha memudahkan urusan orang lain ... dan banyak lagi yang aku harapkan ... moga Allah beri ehsan di atas semua mohon dan harapan ini ... amiin

... Aku selalu ingatkan diri , sampai waktu andai diri sudah tidak upaya untuk meneruskan ... tatkala diri tidak lagi punya daya untuk melakukan ... ketika kudrat semakin lemah dan saat rehat atau " me time " amat diperlukan ... aku nekad untuk melepaskan semua .

... Bahu yang memikul , tangan yang menjinjing tentunya berbeza dengan mata yang memandang , telinga yang mendengar ... aku agak terkesima dengan permintaan dari seseorang yang menyuarakan hasrat untuk bersara awal ... eh ! biar betul ... untuk kepastian aku call ... setelah mendengar alasan dan perancangan selepas bersara ... aku amat memahami ... insyaallah akan diusahakan untuk membantunya ... aku tahu akan ada yang akan berkata tentang untung rugi kalau bersara awal ... bagi aku setiap dari kita ada pandangan dan pendapat yang berbeza ... dan setiap keputusan dan tindakan  adalah untuk kesejahteraan diri sendiri ... ada ketika keadaan sekeliling membuat seseorang tega dan tekad dalam membuat perubahan .

... Nekad itu antara yang tersisip dalam azam untuk tahun ni ... anak saudara kata " isk ! acik ni macam kejam jer "  aku sekadar gelak dengan reaksi menjeling ke langit ... tetiba aku teringat ada yang komen kunun-kunun aku ni " berlagak dot .. dot ... dot ... lah , hati kering lah dan krik ! krik ! krik ! ... dan mungkin ada lagi gelaran untuk aku ... abaikan jer lah ! ... berkata , diperkata , memperkata , mengata itukan lumrah sebab kita ada mulut ... selagi emosi boleh bertahan ... bersabarlah 

... Istilah " aku x kisah " telah aku sisihkan jauh dari diri ... so sekarang ni apa sahaja yang berligar disekeliling " aku kisah " bukan nak balas balik tetapi lebih kepada muhasabah diri ... bila orang asyik berkata , diperkata , memperkata dan mengata pasal kita ... kita usaha ... usaha ... usaha dan tawakal kepada Nya untuk perbaiki diri jadi lebih baik .

Tuesday, December 31, 2019

2020


Berusaha
Berusaha
Berusaha
Tawakal