Tuesday, December 23, 2008

" agenda tesembunyi " ...

... semalam cuti terakhir aku bagi tahun 2008 ( ...insyaAllah ) walaupun masih berbaki 7 hari ( untuk masukkan dlm GCR ) ... sebenarnya semalam jugak aku merancang untuk turun ke lib daerah ... tapi aku batalkan kerana dimaklumkan ada taklimat untuk semua staff ... rasa segan pulak ! ...

... so semalam aku habiskan cuti dengan lepak jer kat rumah sambil belek2 buku untuk exam PTK ... terasa macam ' bebudak sekolah ' pulak ... bezanya kali ni aku study tanpa rasa tekanan ...
' ... dah kerja pun belajar lagi ' tanya adib
' ... semua orang kena belajar kalau nak berjaya '
( ... harap dia faham ! )
... dan rasanya bukan aku sorang jer yang kembali ' belajar ' ... sebab ramai gak kekawan yang yang menikmat status jawatan tetap juga mula berjinak dan berkenalan dengan buku perintah am dan akta pekeliling ... ada gak yang mengeluh " ... susahlah nak mentelaah ... otak dah berkarat " dan macam2 istilah untuk menggambarkan betapa sukarnya kembali menghadapi exam ... ala ! hanya 2 paper jer ... masa zaman sekolah dulu lagi banyak buku yg terpaksa dibaca ! ... gurau aku kat seorang member " ... kalau x masuk gak apa yg dibaca ... rendam jer buku tu ... minum air nya ... hehehe " ... sori lah kat dayah ... tu satu cabaran tau !
... pagi tadi sebelum gi kerja ... aku call member ' kerje ke ... cuti lagi ' dan sempat gak kami sembang pasal ' agenda tersembunyi ' ... aku terkedu gak atas keterujaan itu ... semasa memandu ke office ... aku masih memikirkan rasionalnya ... dan aku putuskan sebenarnya setiap dari kita punya ' agenda tersembunyi ' ... mungkin sebutannya jer agak drastik tapi hakikatnya mungkin tidak begitu ... bila kita telah mula melangkah ... maka tentunya kita berusaha untuk langkah ... langkah ... dan langkah seterusnya ...!
... tapi biarlah langkah ke arah ' agenda tersembunyi ' tu seiring dengan usaha gigih ... ikhlas walaupun terpaksa bertatih ... bukan mengharap ehsan kerana pandai ' berteman ' ... !
* ... apa agaknya ' agenda tersembunyi ' anda ? ... anda fikir ... anda tentukan !

No comments: