Wednesday, December 17, 2008

kita sering terlupa ...

... ' mulakan hari dengan senyuman ... insyaAllah ... hati akan ceria sepanjang hari ' itu coretan yang temui dari buku motivasi yang pernah aku baca ... mungkin gak ada betulnya ... tapi aku lebih suka mulakan dengan kalimah ' bismillahi rohmanir rohim ' sebagai tanda syukur kerana masih diberi ruang untuk meneruskan hidup ini ...

... sebelum keluar rumah pagi tadi ... aku call member kat lib daerah ' ... ari ni kerje ke ? ' untuk kepastian jer ... ingat nak singgah kejap untuk laminate ( ... tolong member office ) dan bincang pasal borang SKT ... sambil tu nak gak tengok gambar masa kat langkawi ari tu ( ... dari kamera seorang lagi teman ) ... biasa la ! ... bila semua orang dah ada kamera digital ... maka banyak le gambar2 candid dirakam ... aku save semua gambar tu kat pendrive ... bila ada masa nnti baru le boleh pilih untuk di print ...

... tujuan lain aku singgah kat lib daerah ari ni ... untuk jumpa individu yang masih belum nampak tanda2 ke arah memulangkan apa yang dipinjam ... memandangkan odit telah lama berlalu ... dan tahun 2008 pun tinggal beberapa hari saja lagi ... dan aku sendiri saat ini sedang berusaha ke arah menyiapkan kerja2 tertangguh ( ... bukan niat untuk melambatkan kerje ... tapi barang keperluan sering gagal diperolehi walaupun permohonan sudah diajukan ) ... so terpaksa le aku ambik dari lib daerah ... kalau boleh menjelang 2009 nanti ... aku dah malas nak buat kerja yang tertangguh pada 2008 ... misi kali ini gagal sebab beliau bercuti !

... sampai kat office pulak ... aku dapat info pasal kes air yang x settle lagi ... aduss ! satu lagi kes tertangguh ... aku dan kekawan kat office dah larat lagi nak bawak air dari rumah ... dah x kuasa betui ! ... aku ingatkan bila dah buat cek kali ke2 ni ( bukan mudah nak dapatkan cek dari HQ ) ... semua beres tapi disebabkan sikap ' sengal ' kontraktor yang dipilih tu ( .. ' kunun ' pilih orang kita , nak tolong bangsa sendiri tapi ...ummp ! hampeh ) ... la ni kena mula semula dari
' zero ' ... pilih kontraktor baru yang boleh buat kerja ... x kira apa bangsa pun ...

... aku merasakan betui gak kata bekas mantan perdana menteri ' melayu mudah lupa ' ... dan memang pun kita sering terlupa dan x pernah belajar dari pengalaman lalu ... sebab kita sering beranggapan akan ada kawan membantu bila dilanda masalah ... dan kita masih lagi berpegang
' jika bangsa sendiri tidak menolong ... siapa lagi ' ... dan tanggapan ini juga membuatkan kita leka ... hanyut ... dan mungkin jugak akan musnah tanpa disedari ... nauzubillah !

* ... sentiasa berusaha membantu ... tapi adakalanya bantuan bagai tiada erti bila tidak dihargai dan menimbulkan masalah pada diri sendiri ...

No comments: