Friday, December 5, 2008

' Q ' dalam diri ....

*** salam tahniah ! buat semua kekawan yang menerima Anugerah Khidmat Cemerlang semalam ... jadikan pengiktirafan yang diterima semalam tu sebagai rangsangan untuk bergerak setapak lebih kehadapan ... kalau boleh biarlah mutu perkhidmatan serta nilai pekerti yang mulia tu dapat dijadikan ikutan atau ' ikon' dikalangan staff yang lain ...

... suka rasanya nak kongsi intipati ucapan pengarah semalam ( ... aku sempat gak mencatat serba ringkas sebagai ingatan dan panduan untuk diri ) ... kat bawah ni aku senaraikan beberapa perkara yang aku minat nak kongsi dengan kekawan antaranya :

* ikhlas dalam perkhidmatan - setiap dari kita perlu ikhlas dalam memberi perkhidmatan ... sejauh mana kita ikhlas ? ... sejauh mana kita ikhlas dalam memikul tugas yg diamanahkan ? ... memandang ikhlas tidak dapat lihat ... apalagi di ukur ... makanya yang paling penting ... belajarlah ikhlas dengan diri sendiri ... macam mana nak ikhlas dengan sendiri ? ... emmm ! fikir2 le sendiri ...

* fungsi yang sama - setiap dari kita punya fungsi yang sama dalam memacu PPAS ke arah kecemerlangan ... ianya membawa maksud setiap warga kerja perlu bergerak selari ... senada ... dan seirama bagi merealisasikan misi dan visi ... tanpa mengira status jawatan ... so setelah bergerak sejauh ini ( ... hampir 37 tahun ) apakah kita telah berjaya membuang ego ... mengikis sikap prejudice ... itu pun ' sendiri kena ingat le ... '

* sikap proaktif - dalam rantaian kehidupan untuk berjaya sikap proaktif adalah tunjang utama ... tapi kena gak seimbang dengan yang buat mereka pembuat ' keputusan ' ... sikap toleran sesama insan tanpa mengira status perlu ' di semat ' kemas dalam kotak ' fikir ' dan hati ... pas ni .. kena le ' x - ray ' hati masing-masing !

* ke arah minda positif - emm ! bila cakap pasal minda positif ... memang susah nak dijayakan atau di acu bentuk ... sebab ia melibat makhluk bukan benda ... lazimnya untuk perkara2 yang positif sifatnya memang sukar digapai apalagi nak dicapai ... akhir kata untuk capai minda positif ni ... kena gak kembali kepada diri sendiri ... tiada cara ... tiada kaedah ... dan mungkin juga tiada formula ... kecuali diri sendiri dengan rela ... dengan redha ... dengan usaha ... dengan doa ... dengan tawakal ... untuk berubah positif ... sesungguhnya ! ...

- banyak juga perancangan dan harapan yang disuarakan pengarah semalam ... aku jugak berharap semuanya akan berjaya dilaksanakan ... kalau boleh biarlah ' setiap kata ... dikota ' ...

- tahniah ! buat mantan pegawai yang juga penerima anugerah semalam ... buat kekawan yang masih belum menerima atau ' terlepas pandang ' oleh PPP dan PPK ... jangan la rasa kecewa ... sebab ' Q ' dalam diri hanya kita yang tahu ... sebab tu la kita kena belajar jujur dan ikhlas dengan diri sendiri ... x perlu pertikaikan kemenangan ( ... walaupun dalam hati berkata2 ) sebab sebagai manusia yang lemah sifat dan sikap ... memang sukar menilai antara permata dan kaca ...

- buat kekawan yang ' berjaya ' ... awasi kerja anda kerana anda sebenarnya sedang diawasi dan dinilai oleh banyak mata ... tepuk dada tanya minda ... hehehe

* .... rasa bangga jugak sebab semalam bawak ' mereka2 ' yang cemerlang belaka ... so bila lagi nak belanja makan ni .... !

No comments: