Friday, March 6, 2009

indah hanya khabar

salam jumaat ...

... rasanya setiap dari kita memang suka pada benda2 atau perkara2 yang indah ... cantik ... sempurna atau ape2 je yang membawa maksud yang sama dengan ' indah ' ... sebab tu le adanya ungkapan ' indah khabar dari rupa ' ... emm ! orang dulu2 kaya dengan sopan santunnya ... kalau nak menegur pun melalui kiasan ... bukannya diorang tu takut untuk berterus terang atau ' straight forward ' tapi dah jadi adat dan amalan untuk menjaga 'aib ' orang yang nak ditegur ... dan itu pun selepas dikaji akan kesahihan dan kebenarannya !

... hari ini mungkin berbeza cara dan kaedahnya ... kita lebih suka terus terang atau cakap jer apa yang terlintas kat minda masa tu ... x de nak berkias lagi ( ... ataupun memang kita dah x tahu apa itu kiasan ! ) ... lepas meluah apa yang tersurat baru le nak fikirkan kesan atau natijah dari apa yang dah kita luahkan ... ! so sekarang kalau nak bercakap pun kena le fikir jugak pesepsi orang ... takut dituduh mulut ' celupar ' ! ... kenalah diam ... kerje ... diam ... dan kerje !

... dan disebabkan semua orang suka pada yang indah2 atau perkara2 baik belaka ... maka berusaha le semua untuk menyerlahkan segala yang indah dan baik belaka ... yang kalut tu semua ' sorok ' belakang pintu ... kekadang tu sebab nak capai nilai indah dan baik ni ... kita dengan rela hati untuk tidak berlaku jujur pada diri sendiri ... tugas boleh ' diswastakan ' dengan sedikit imbuhan ... memang le x de siapa tahu ... janji kerje beres jer ... tapi jangan lupa padaNya yang tidak sedetik pun berhenti memerhatikan kita ...

... susah juga bila nilai indah dan baik hanya dinilai dari khabar !

* ... sukar mengakui kekhilafan tapi yakin Allah Maha Mengetahui nawaitu yang di hati kita ... !