Tuesday, March 31, 2009

pusing kepala ...

... pagi tadi menghadiri mesyuarat kat lib daerah ... fokus perbincangan berkaitan aktiviti sempena hari buku kanak2 antarabangsa yang biasanya disambut pada 2 april ... tapi aktiviti kat lib daerah ni akan diadakan pada tarikh 11 april ni ... program ni melibatkan kanak2 dari tadika Pasti dan Perpaduan ... kanak2 yang terlibat dalam sekitar 180 orang .

... antara aktiviti yang dirancang antaranya persembahan puppet show dan menyanyi bersama kak mis serta bertandingan mewarna kulit buku ... emmm ! yang buat aku pusing kepala tentunya akt menyanyi bersama kak mis ... aku dah tinggalkan semua akt bersama2 bebudak selama hampir 15 tahun sejak aku berhijrah tugas kat daerah ni ... tu yang buat aku risau dan pusing kepala memikirkan tema persembahan pada hari tu ... lagi pun dah lama x beraksi dengan bebudak dan depan audience , aku takut lidah aku ni jadi kelu dan kaku ... hehehe

... nampak gayanya kena le pratik dan korek balik ilmu2 yang dah berkurun terabai tu ... dan sebagai permulaan aku akan mula membaca buku kanak2 atau apa2 jer yang sewaktu dengan nya ... !

* ... buat kekawan kat luar sana ... klu ada idea tu ... lontarkan le kat aku yang tengah pusing ni !

No comments: