Thursday, June 11, 2009

aduss ! pusing ...

... selepas menghadiri bengkel kemahiran excel selama 2 hari kat makmal IT di Perp. Raja Tun Uda , shah Alam pada 8 - 9 Jun ... semalam aku memulakan semula rutin kerja macam biasa ... dan mulai semalam jugak aku mula merancang program aktiviti untuk pengguna yang akan diadakan pada 27 Jun ni ...

... dari 8 aktiviti yang aku senaraikan masa memohon budget hanya 4 yang diluluskan ... dan semua hadiah telah disediakan dan seragam antara semua perkhidmatan ... ini sesuatu yang baru ! ... sebab sebelum ni pihak HQ hanya beri budget dan kami kena arrange semuanya mengikut budget sedia ada ... aku pun x lah ambik kisah sangat hal tu ... biasalah setiap perubahan atau kelainan yang dilakukan tetap akan wujud pro dan kontra ... hanya yang buat aku sikit pusing bila tiada peruntukan untuk hadiah saguhati ... lazimnya aktiviti yang melibatkan bebudak berusia 6 tahun ke bawah ... hadiah saguhati ni dah jadi macam wajib ada ... kalau x akan adalah yang menangis ... almaklum lah bebudak kan ...!

... pasal peruntukan jamuan ... budget diberi mengikut jenis perkhidmatan ... lib cawangan dapat budget RM 350.00 ... so ni dok fikir dan dok cari katering untuk jamuan ... dan kena belanja berhemah untuk tampung beli barang2 yang diperlukan semasa aktiviti ... masa menghadiri bengkel tempohari cuba2 mohon barang utk akt ni ... tapi dimaklumkan barang tu x de dlm setor !

... satu lagi arahan ! ... semua akt ni mesti berjalan dalam bulan Jun ... laporan mesti dihantar awal Julai ... kepilkan sekali dengan gambar , bil jamuan ( ... ini bermakna kena keluarkan duit sendiri ... pastu claim .... huhuhu ! )

... dimaklumkan juga pasal audit dalam bulan Jun ni ... walaupun lib aku x tersenarai tapi kena jugak buat apa yang patut ... memandangkan lokasi lib aku ni betul2 dekat dengan laluan untuk ke lib daerah S/Bernam ... tapi ... emm ! ntah lah ... sebab aku sorang jer yang gundah gulana ... untuk preparation apa yang patut ... huhuhu !

... satu lagi arahan khusus untuk aku ... fikirkan tarikh yang sesuai untuk tutup perkhidmatan ( ... kepada pengguna ) bagi melakukan kerja2 suai atur landskap dalam lib ... aku dimaklumkan pelan susun atur dah siap ... !

* ... kerja ... kerja ... dan kerja ... huhuhu !

No comments: