Friday, August 21, 2009

ceritera semalam

sempat posing kat bah.rujukan dengan bunga

ajijah n raihan

kekawan dari bah.rujukan ... thank's vijie


sudut pameran ... bunga , jijah n raihan

... semalam aku ,bunga , jijah n raihan ( dari bah. Zon 1 ) dijemput menghadiri majlis bacaan yassin & tahlil sempena Ramadhan Al- Mubarak dan majlis kesyukuran Pesta Buku Selangor 2009 .
... 7.00 pagi baru aku keluar rumah ... sebab majlis mula jam 9.30 pagi ... so x le tergesa2 macam selalu tu ... lepas ambik bunga kat rumah dan jijah kat sg.buluh ... sebenarnya malam tadi aku risau gak bila bunga call x leh pergi sebab anak x sihat ... alahai ! kena memandu sorang le nampaknya ... 4.00 pagi ... bunga mesej & call " ... saya jadi pergi ... x sedap hati lak ... hantar mesej kat bos ... tapi bos x balas lah " ... fuhhh ! lega rasanya ada le kawan sembang kat kereta nanti ...
... 8.45 kami kat lib Shah Alam ... pot pertama ... mesti le singgah kat toilet dulu ( ... jadi satu kemestian ) ... pastu terus ke tingkat 2 , Bilik ISO ... x ramai lagi staf yg sampai ... kebanyakan ada kat situ adalah staff dari HQ jer ... dimaklumkan jugak majlis dimulakan lewat sikit ... 10.00 pagi sebab pengarah ada urusan ...
... sambil menunggu majlis mula sempat le sembang2 kosong dengan kekawan dari Zon lain ... bukan selalu kami dpt berjumpa ... kecuali masa kursus atau majlis2 macam gini ... itu pun kalau nama tersenarai !
... majlis ni anjuran KESUKA ... bacaan yassin n tahlil dipimpin oleh Ustaz Arif ( staf lib HQ ) ... terasa ukhuwah terjalin erat bila semua staff tanpa mengira status jawatan bersila dan bersimpuh mengalunkan bacaan ... dan akhir majlis ... pengarah menitipkan pesanan agar mulai saat ini dan sempena ramadhan yang disambut ... bersihkan hati masing 2 ... kerja dalam satu kumpulan sentiasa saling membantu ... semoga apa yang diharapkan oleh pengarah PPAS tu akan diambil iktibar oleh semua yang hadir ... mudah-mudahan !

... jamuan semalam agak istimewa sikit ... itu yang dikata oleh staff kat HQ ... nasi lemak dengan rendang ... kuih cara berlauk ... kuih lapis ( ... lapis pelbagai warna ... emm ! sedap jugak ) ... ubi goreng berempah ( ... pun sedap jugak ! ) n speggeti ( ... ala2 itali gitu )

... sebelum balik aku , bunga , jijah n raihan gi ronda2 kat bahagian rujukan ... tinjau2 kut ada apa-apa bahan yang boleh bawa balik kat lib masing2 ... semalam kira bernasib jugak le sebab bos kat bahagian rujukan memberi lebih daripada yang aku dan kekawan harapkan ... pastu layan staff kat bahagian tu pun ok ...
... ada gak beberapa perkara yang diperbincangkan ... dan aku masih memikirkan apa tindakan seterusnya yang harus aku ambik ... dan semoga ramadhan ini memberi aku ruang memohon petunjuk dariNya ... atas segala keputusan .
... pasal pesanan ole-ole dari vijie tu ... insyaAllah le ... !
* ... antara yang lama dan yang baru ... masing2 punyai istimewa tersendiri

No comments: