Wednesday, August 5, 2009

D'fantasi Group

sibuk menyiapkan prop " apa yg penting ! ... kerjasama "

jeff , wati n izawati

prop dah siap ... inilah hasil kreatifviti

sang arnab sedang beraksi !


jom menari ... ayu , suzana , jeff , mas n liza


penonton pun menari sama ... memang meriah !


31 Julai 2009 ...

Kompleks PKNS Shah Alam

Pesta Buku Negeri Selangor 2009


... jumaat lepas aku ambik cuti untuk join kekawan dari Daerah S/Bernam buat puppet show
sempena Pesta Buku Negeri Selangor 2009 ...

seawal 6.15 pagi ... kami dah berkumpul kat lib daerah ... lepas masukkan sebahagian lagi prop ( sebahagian prop telah dibawa awal oleh sabah & liza ) baru le kami gerak ... pagi tu kami gerak dengan 3 kereta ... en.harun & pokok2 ... jeff , bunga & ani ... aku , watie & ayu ... dan sebelum tu aku ingatkan kat diorang tolong le jangan pandu laju2 sebab tangan kiri aku selalu rasa kebas bila memandu awal pagi ...

... 8.30 pagi - kami tiba kat PKNS Shah Alam ( ... kami singgah sarapan kat tg . karang ) ... masa tu sebahagian prop telah dipasang ... aku respect kat semangat berkumpulan diorang ... semua
tahu akan tugas masing2 ... masa dlm kereta ada gak aku sembang dengan watie pasal latihan
dan komen yang diberikan oleh seorang staf dari HQ ... x pe lah ... so hari ini kena be the best !

... dengan usaha dan daya kresatif diorang ... tanpa dilatih atau asas yang betul mengenai puppet
aku beranggapan persembahan d'fantasi group adalah hebat !

... lepas program sempat gak aku dan bunga tinjau2 kat pameran jualan buku ... alahai ! kebanyakan buku tu adalah kat lib tempat aku bertugas ... kalau ada yang pun hanya novel ....
aku sekadar jamu mata jer ... aku hanya beli buku kanak2 untuk ija sebagai buah tangan

... masa sesi makan2 kat kompleks tu ... kami disapa oleh mantan pegawai perpustakaan Zon 1B
walaupun kami ni bukan lagi dibawah jajahannya ... tapi kemesraannya masa macam dulu gak !

... ada beberapa insiden yang buat aku pelik dengan sikap kita sesama manusia ni ... apalagi bila ia melibatkan sesama seagama ... dan tentunya sama budaya kan ... ! adakah kerana label jawatan berbeza maka salam ukhuwah pun berbeza ... !

* sejauh mana seluang melaut akhir balik ke lubuk jugak .... !

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga





2 comments:

Sifu Mirza said...

tahniah kesturi & rakan-rakan...

keikhlasan yang terbit dari hati-hati hamba-hambaNya yang beriman ibarat cahaya terang yang menyinari sekeliling...

:-)

kesturi said...

salam sifu

... masih mencari 'keikhlasan' dalam diri ..sering terjadi keikhlasan disalah ertikan ... huhuhu !