Monday, January 18, 2010

kita hanya merancang ....

selepas perbincangan 2 hari kat lib daerah ... mengenai aktiviti sepanjang 2010 ... banyak jugak idea yang dicurahkan ... balik ke ofis aku terus belek2 dan bincang mana2 aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan kat lib aku ... bukan apa ... kat lib tempat aku bertugas ni ... ruang memang terhad ... dan hari sabtu biasanya pengguna agak ramai ... kalau lah dapat bilik kat tingkat 1 tu kira ok lah jugak !

... hari ini baru dapat siapkan kertas kerja perancangan aktiviti tu ... kalau ikut sasaran aktiviti yang diberi masa mesyuarat ... lib cawangan kena buat 40 aktiviti untuk 2010 ... semuanya kalau boleh tidak melibat kos ... tu yang buat aku rasa pening lalat sikit ... hehehe !

... dalam kalut tu ... aku hanya fikir positif jer ketika buat kertas kerja ni ... aku hanya merancang untuk aktiviti ... soal pelaksanaan ... atau macam mana nak melaksanakannya ... aku akan fikir bila sampai masanya !

... sebab tu lah baris terakhir kat kertas kerja tu aku tulis " pelaksanaan bagi perancangan di atas adalah mengikut kesesuaian masa dan keadaan " ... sebagai manusia kita hanya merancang ... Allah yang tentu samada berjaya atau tidak ... ini bukan bermaksud aku tidak berusaha ... cuma aku tidak mahu dipersalahkan jika ianya gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan

* ... adakalanya kita mudah mencari kesilapan ... dari mencari punca kesilapan ... manusia memang begitu gamaknya !

No comments: