Wednesday, December 1, 2010

aku x mahu lagi ...

aku x mahu lagi ...
tertipu oleh kepuraan dan kepalsuan
yang memagari disegenap penjuru kehidupan
menyembunyi segala benar yang hakiki
aku x mahu lagi ...
mengiya segala kata penuh dusta
saat kotak fikir ingin meluah rasa
tatkala hati bicara berbeda
aku x mahu lagi ...
dibelenggu rasa berdosa
bila kata dan minda tidak setara
tapi sukarnya melontar suara
aku x mahu lagi ...
menjadi aku yang bukan diriku
aku mahu memecahkan segala
dinding kaca ketakutan
merobek-robek keegoan
melontar jauh pura dan dusta
aku mahu jadi diri ku
berani bicara kerana benarNya
teguh pendirian kerana yakinNya
memikul tanggungjawab kerana amanahNya
penuhi jiwa dengan amal dan imanNya
sesungguhnya ... aku x mahu lagi
jadi hamba ...
selain dariNya
* ... hijrah perlu pengorbanan dan ketabahan ...





1 comment:

anggerik said...

cayook kak sy kagum sangat dengan keberanian itu...sy kan belajar meroboh kaca-kaca tu...biarpe terjadi