salam jumaat ...
"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Friday, April 27, 2012
sekadar renungan
salam jumaat ...
Thursday, April 26, 2012
berpindah ?
... berpindah ? yup ! ... tinggal 4 hari lagi ... bermula 2 Mei ... aku akan memulakan tugas kat tempat baru ... aku dah mula merancang apa-apa perubahan yang perlu ditempat baru nanti ... nak buat itu ... nak buat ini ... nak tambah itu ... nak tambah ini ... rasa macam nak tambah dan ubah semua nya ... hehehe
... cuma satu jer yang buat aku rasa gundah gulana ... tahap kepanasan ! aduss ... " Ya Allah ... bukakan hati-hati mereka yang berkenaan agar permasalahan ini dapat diperbaiki segera " amin.
... atau mungkin aku akan beroperasi dari ofis macam selalu dan sesekali menjejakkan kaki kat tempat baru tu ... boleh gitu ... !
* ... walau di mana pun ... tugas dan amanah tetap dilaksana
Tuesday, April 24, 2012
merisik redha-Nya
... so tadi masa kat bilik solat ... bib sempat le bersembang ilmiah dengan aan ... " macam mana kalau x de bumbung ? .." ... x pe masih ada dinding " ..." kalau x de dinding ? " ..." x pe masih ada lantai " ... " kalau x de lantai ? " ... " x pe masih ada tiang " ... " kalau x de tiang ? " ... " x pe masih ada buku " ... " kalau x de buku ? " ... " x pe masih ada payung ? " ... " kalau x de payung ? " ... kalau x de semuanya ???? " ... renung dan fikir2kan ...
... memujuk hati menerima semua kekurangan yang melanda ... belajar menerima semua kelemahan manusia atas fitrah manusia yang serba x sempurna ...
... wahai hati ... wahai minda bersatulah ... belajarlah menerima semua kepayahan ini sebagai dugaan dari- Nya dalam merisik redha-Nya demi keberkatan untuk meneruskan kehidupan ini .
* ... kepada mereka2 yang berkenaan ... mohon jangan dilupa kebajikan kami disini ...
... bila Ija bercerita
as salam ...
... teringat aku bila ija bercerita pasal ular besar bermata merah dengan mulut berapi yang menyeksa orang-orang yang meninggalkan solat bila dalam kubur nanti ... itu belum lagi bila dia bercerita bab dosa dan pahala yang akan dicatat oleh malaikat kat bahu kiri dan kanan kita setiap hari ... dia takut bila cerita bab dosa sebab takut masuk neraka ... dan selalu tanya " macam mana nak hilangkan dosa ? " ... dan aku selalu berfikir sebelum memberi jawaban ... sebab setiap apa yang aku akan kata ... akan dianggap segalanya benar dan kekal dalam fikiran Ija ...
" ... dosa ni kita x nampak sebab tu setiap hari kena berdoa mintak Allah ampunkan semua dosa kita ... sebab kadang2 kita x perasan pun atau x sengaja dah buat dosa ... sebab tu kena selalu berdoa ... dan kena selalu buat baik kat semua orang dan kena sayang kat binatang ( ... sebab ija ni suka kucing ) ... lagi satu kalau selalu buat baik nanti Allah akan tempat ija kat syurga ... x nak ke ? "
... setiap hari sabtu n ahad ( ... time aku bercuti ) pepagi lagi aku akan call dia " ... hari ni dah baca Fatihah ke ... kata nak pahala " ... " ala ! Ija lupa nak baca " kata nya dan dia akan membaca melalui telefon dan tentunya aku serius mendengar setiap patah ayat yang dibaca ... dan " amin ... alhamdulillah ... " itu jugak yang sering aku ulang setiap kali bacaan fatihah yang dibacanya berakhir ...
ija
u/p : aku selalu rasa kalut bila ija kata " ija nak jadi macam acik ! " ... isk ... isk ... !!!
Thursday, April 19, 2012
jalan-jalan di Melaka
berapa agaknya bil letrik sebulan ek ?
juru gambar yang keletihan !
Friday, April 13, 2012
Ayu & Fisol
lawatan ke PERPUSTAM
Bahagian Koleksi Melaka ( ... aku teruja sikit kat Bahagian ni ... ada hikmahnya juga sebab bermula Mei ni aku diarahkan bertugas Bahagian Rujukan ... so banyak input dan perancangan yang berlegar2 kat minda menunggu masa untuk diaplikasikan nnti )
Lawatan ke PERPUSTAM memang memberi impak positif dalam diri aku ( ... harap semua kekawan yang pun sama jugak ) bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan dan tentunya lebih pengalaman ... hehehe
.... lokasi seterusnya selepas Melaka ?
Friday, April 6, 2012
... bukan kemahuan fikiran
salam jumaat ...
... terasa lama sangat aku x menulis ... beberapa kali aku cuba untuk menulis tapi keterbatasan waktu seakan begitu cemburu ... bukan salah sesiapa pun ... mungkin aku yang masih kalut dengan hambatan tugas ... dan masih belajar mengatur masa untuk memenuhi semua tuntutan amanah yang digalas ...
... terkadang ingin aku berlari sejauh mungkin ... jauh dari segala ragam manusia yang menyebabkan airmata ini menitis ... terkadang aku berharap untuk tidak menjadi pendengar yang baik ... jika ianya sekadar luahan ketidakpuasan hati ... terkadang aku ingin diam seribu bahasa ... andaikata setiap lontaran kata-kata yang aku lafazkan akan menimbulkan prasangka dan fitnah ...
... yang aku ingin sekadar melakukan semua tugas sebaik mungkin sebagaimana yang diamanahkan ... memikul arahan tugas selagi terdaya ... x lebih dari itu !
... aku x upaya untuk memikir semua perkara ... apa lagi memberi komentar ... kerana itu bukan kemahuan fikiran !!!!!
Saturday, March 24, 2012
...apa sebenarnya ??
... so kes minggu ni agak pelik sikit ... tiada info ... tiada arahan tetiba dimaklumkan dateline penghantaran jer ... hehehe ( ... salah siapa dan apa sebenarnya ... atau apa yang sepatutnya jika miss communicatian terjadi ? ... yang memberi info atau yang menerima info ? ... cer crite sikit ? ... isk ! sedih tau ... )
... alhamdulillah semua dapat diselesaikan mengikut dateline ... dan kami menambah lagi satu kemahiran iaitu sebagai juru foto ( ... semua gambar tu Aan yang edit dan buat pilihan yang mana sesuai )
... buat kekangwan di perkhidmatan pekan dan desa ... maaf lah ! sebab main terjah semasa sesi merakamkan gambar tuttttt .... ! apapun terima kasih atas kerjasama anda .
* ... bila perkataan ' maaf ' semakin sukar dilafaz !
Thursday, March 15, 2012
Wednesday, March 14, 2012
ermm ... bila lantai x rata

ermm ... bila lantai x rata
pujinya kurang , yang lebih mengata
ermm ... bila lantai x rata
yang baik sembunyi diri , yang buruk mendabik dada
ermm ... bila lantai x rata
tegak berdiri tapi rasa macam nak rebah
ermm ... bila lantai x rata
salah diri sendiri , bukan sesiapa
ermm ... bila lantai x rata ?
apalagi ... kasi betul lantai tu
biar banyak yang memuji
biar yang baik x sembunyi diri
biar bila tegak berdiri dengan megah
biar kita x salahkan diri sendiri
~~~ hehehehe ~~~
Thursday, March 8, 2012
my life my choices
... kata2 ni aku dengar semasa meeting semalam ... dilafazkan oleh Pengarah PPAS ... walaupun agak simple tetapi punya maksud yang mendalam pada diri aku ... ( mungkin tidak pada orang lain )
... aku x tahu sejauh mana kita menghargai dalam membuat perancangan memilih yang terbaik dalam hidup ... atau pun memang kita x buat apa2 perancangan dalam kehidupan sekadar menjalani mengikut apa sahaja yang termampu dengan pasrah !
... my life my choices ... bab ni dah lama aku amalkan ... sejak aku mula melangkah ke alam berkerjaya ... sebab hanya aku jer yang tahu apa yang aku inginkan dalam kehidupan ... mungkin ada part2 tertentu yang sukar diterima oleh orang lain ... tapi perlukah aku mengalahkan hanya kerana orang x leh terima cara aku ...? ermmm ... mungkin tidak kut ! hehehe
* ... cuma kekadang tu aku " khilaf " dalam menilai pandangan orang lain ... so maafkan aku ...
...
Thursday, March 1, 2012
tempat jatuh lagi dikenang ...



iza dan suriya ( mek ) di kaunter
... ermmm ... ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke ofis lama setelah meninggalkan nya 2 tahun lepas ... banyak pembaharuan yang dibuat ... menyerlahkan lagi keceriaan ... aku rasa terharu masa melangkah masuk ... mengamit sejuta kenangan 16 tahun berkhidmatan di situ ... !
... terima kasih mek kerana meneruskan legasi yang aku tinggalkan ... dan menyimpan semua maklumat yang aku himpun semasa bertugas dulu ... hehehe
... x nak komen banyak2 ... sebab setiap perubahan yang mek dan kekawan buat memang terbaik ... semoga ianya berkekalan yerk !
*... banyak kenangan yang tercipta di sana ... !
Saturday, February 25, 2012
usai usia

... ungkapan di atas adalah perenggan terakhir dari satu artikel kat majalah Al Islam /Julai 2011 yang membuat laporan khas " Mencari Rahsia 40 "
terima kasih kat Aan yang menyarankan untuk aku membaca artikel ni ... so bila dah dah baca ada le sikit perbincangan dan perkongsian ilmu ... hehehe gitu le kami kat ofis ni ... bila timbul satu isu mesti akan di meja bulat kan !
fakta hasil kajian Dr. Gene-Cohen , Pengarah Centeron Aging, Health & Humanities di Pusat Perubatan Universiti George Washington , Amerika Syarikat .
Usia 40 adalah ketika otak berada pada tahap yang paling baik . Otak lebih fleksibel , mantap , mudah menyesesuaikan diri dengan keadaan , lebih kreatif , otak kiri dan otak kanan digunakan serentak, cekap , lebih tenang dan boleh mengawal emosi negatif .
Otak kiri mengkhususpada kebolehan bercakap , bahasa dan perkara yang berkaitan dengan logik manakala otak kanan berkaitan dengan kreatif , imaginasi , emosi , kemanpuan merasakan ,ekspresi tubuh dan interaksi manusia . melalui ujian imbasan PET dan MRI yang dibuat ke atas orang berusia didapati otak hemisfera kiri dan kanan bertindak serentak dalam masa yang sama.
Oleh itu tanggapan mengatakan semakin berusia maka otak semakin lemah adalah salah ! apa yang perlu dilakukan adalah mengenai pasti potensinya dan sentiasa mengasahnya agar kekal tajam ... hehehe.
* ... adakah anda takut menjadi tua ??? sesungguhnya Allah tidak memilih atau menjadikan sesuatu tanpa ada hikmahnya.
- seperti dedaunan bila tiba masanya pasti gugur ... :)
Friday, February 17, 2012
puzzle kehidupan

tajuk n3 ni aku pilih sebab tetiba jer aku teringat kat siti khadeeja , bila dia menyusun puzzle sampai part tertentu saat x jumpa kepingan puzzle yang sepadan " ala mana ni ... semua x boleh masuk ... " dan aku akan tanya dia " ... tadi masa ija bukak dan pisahkan puzzle tu ... cukup x ? " jawab ija " memang lah semua ada " ... " cuba lah ija cantumkan dulu ... mesti semua ada kat situ " ... akhirnya setelah berusaha lebih dari duduk ... baring ... meniarap ... berjaya juga dia siapkan ... apalagi tersenyum meleret le dia !
... bagi aku kehidupan pun macam tu jugak ... ada yang kita suka ... ada yang kita x suka ... ada yang harap akan tercapai ... ada yang kita harapkan tapi x tercapai ... itu semua terpaksa dilalui demi kelangsungan sebuah kehidupan.
... hari ni aku belajar sesuatu yang baru ... lebih pedih rasanya menerima kritikan daripada memberi kritikan ... lebih pahit rasanya menerima teguran daripada memberi teguran ... lebih perit rasanya menerima kata-kata daripada kata nista yang pernah kita lontarkan ... agh ! hidup ni ibarat boomberang ... saat kita melontarkan sejauh mungkin ... seketika cuma akan kembali semua kat kita !
... kekadang melihat apa yang berlaku disekeliling ... memberi impak positif dan negatif dalam penilaian kehidupan seseorang individu ... tapi semua itu x bermakna kita telah ditakdirkan dalam kelompok negatif ... semua manusia diberi opsyen antara kebaikan dan sebaliknya ... so pilihan ada ditangan kita ... teringat aku pada satu artikel yang pernah aku baca " dalam seribu kebaikan yang ada , mengapa manusia masih memilih 1 keburukan yang terpalit pada seseorang " ... mengapa ye ? ... jawabannya jangan tanya pada pokok atau emosi ... tapi tanya lah pada hati sendiri !
... berbalik pada puzzle tadi ... jika hilang satu kepingan puzzle maka x sempurna keseluruhan puzzle tersebut ... begitu jugak dengan kehidupan !
*... sejak dah masuk tahun 1 ni ... ija dah jarang menyusun puzzle ... dia sibuk dengan buku2 sekolahnya ... semoga minat tu berterusan . amin
Saturday, February 11, 2012
... datanglah wahai kesabaran ... datanglah membawa kesyukuran
Wednesday, February 8, 2012
n3 tertunda lagi ...
Friday, February 3, 2012
Latihan PSR ... Perpustakaan Syed Mashor


aku paling suka ruang kanak-kanak ni ... !


n3 tertunda ...
Latihan PSR
9.00 am - 4.30 pm
... latihan pertama untuk tahun 2012 ... hampir 2 jam perjalanan dari Sg. Besar ... laluan berliku dan beralun ... alhamdulillah selamat sampai ... sempat pekena roti canai + milo ais kat kedai mamak ...!
Thursday, February 2, 2012
gedik santai ... hehehe




... hahaha ... gambar ni aku rakam semasa penghujung bulan disember ... hari terakhir ija dan suffiyah tuition musim cuti sekolah ... pada masa tu gak lib daerah terima perabot dari HQ... so selepas berpenat lelah membantu kami menyusun perabot ... mereka dok santai kat kerusi yang baru diterima ...
* masa seusia begini ... aksi2 macam ni nampak lucu ... comel dan cute sangat ... bila dah remaja
nanti jangan ye ... boleh bikin kepala pusing deh !
Friday, January 27, 2012
Nilai
salam jumaat ...
... baru balik dari menghadiri Program Selamatkan Akidah di Dewan Sri Bernam ( ... x jauh dari ofis ) ... aku , aan ,bib dan nasar dipilih untuk wakil lib Daerah ... selepas mendaftar nama ... kami diberi satu beg berisi sarapan pagi ( beehoon dan karipap serta air ) , aturcara majlis , buku kecil dan pen ... alhamdulillah
... melihat aturcara program dan tajuk pembentangan kertas kerja " Selamatkan Akidah Ummah " oleh Y.Bhg Us Haji Zamri bin Hashim , Timbalan Mufti Negeri Perak serta perbincangan panel atas tajuk " Kepentingan Dakwah dan Tarbiyah Dalam Mengatasi Ancaman Pemurtadan " ... buat aku teruja dan rasa syukur sangat sebab berpeluang hadir mendengar ...( sebab masa datang td pun aku hanya bawa pen dan buku nota jer )
... intipati yang aku anggap penting sesangat bila perkataan nilai (... bukan tempat shopping kat N9 tu ) begitu ditekankan sepanjang program berlangsung ...
... apa yang kita tahu pasal nilai ek ? ... tahu ... x tahu ... ntahlah ... pengertian nilai ni mungkin berbeza bagi setiap orang ... ianya mungkin mengikut pesepsi dan situasi pada satu2 masa ... sebab kalaulah kita tahu nilai disebalik setiap sesuatu yang Allah anugerah kan pada kita ... Allahu Akhbar !
... alangkah indahnya jika penilaian mengenai nilai akidah ni singgah kat sanubari mereka2 yang diberi kuasa ... diberi keupayaan untuk bertindak mencegah penyelewengan akidah ... ketepikan dulu perbezaan parti ... kelainan pendapat demi mempertahankan nilai yang satu ini ... tega kah kita membiarkan saudara seagama hanyut hanya kerana kegagalan kita memberi penilaian yang terbaik ... tindakan yang betul adalah dari membuat penilaian yang bertul !
... berbahagialah kita jika penilaian mengenai nilai berkat ni berakar umbi dalam hati ... maka tiada istilah ' missing & action ' dalam rutin kerja seharian ... hatta saat terlintas niat untuk selingkuh pun kita dah terasa satu kerugian ... !
... penilaian yang keliru dalam cinta adalah sebab tertinggi orang kita menggadai akidah ... kekadang tanpa disedari kita tersasar jauh dari akidah semata-mata kerana cinta ... ermm ... sukarnya untuk menilai cinta ketika hati dilanda gelora ... minda khayal gagal membeza ... antara cinta sesama manusia atau pada Yang Esa ... maka terungkai iman yang ada hanya kerana cinta !
* ... cinta x pernah berdosa ... hanya kita yang sering khilaf meletakkan harga cinta di tempat yang x sepatutnya ! ... wallahua'alam