Thursday, August 7, 2008

... hati yang rapuh !

... masa balik semalam ... dalam kereta ( ... selalunya aku guna untuk berfikir ) sambil layan stesen klasik nasional ... tertiba berkumandang le lagu nyanyian Rahimah Rahim ... ku kuat volume sampai tahap 12 ... bergema rasa nya dalam kereta tu ... x tau bunyi sampai keluar ke x
menghayati bait2 senikata ... ditambah pulak dengan kemerduan suara ... membuat aku leka sat
... terasa pulak lagu macam kena pada aku pada saat ni ...

semalam gak hari terakhir untuk aku putuskan ... samada meneruskan hasrat untuk ' berhijrah ' atau tidak ... bila mengingatkan banyak kenangan dan pengalaman yang ku kutip sepanjang bertugas kat sini ... ditambah pulak dengan beberapa penghargaan yang dititip ... rasa sayang sangat untuk beralih arah ... aku tau gak akan timbul pelbagai tanggapan yang salah ... tapi aku perlu berani ... kerana peluang terbaik tidak datang selalu ...

... tadi aku cuba cari lirik lagu tu ... kat internet !

hayati le bait2 senikatanya

Hati Yang Rapuh
Di hati ku lakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran
Jalan ke puncak itu beronak dan berduri
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap ku gagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci
Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan
Tak harus ku turuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semual kekuatan
berlandaskan keimanan
p/s : walaupun apa pun jawaban yang bakal diterima nanti ... aku terima dengan redhanya .. dan ianya tidak akan mengugat walaupun sedikit pun semangat untuk terus berkhidmat dengan jujur dan amanah ...

No comments: