Friday, August 1, 2008

syukur alhamdulillah ....

... pagi tadi aku dapat call dari member yg bertugas kat PD ... maklumkan hari isnin lapor diri kat HQ ... tahniah la sebab akhirnya berjaya melangkah setapak lagi dalam perkhidmatan ... rasanya lama gak dia melekat kat jawatan sekarang ni ... berbalas juga penantian yang panjang tu ...

... bila aku maklumkan kat staff yg aku anggap macam 'adik ' ... ada riak kecewa walaupun cuba dinafikan ... eleh ! hani ... akak tau tahu masa tu mesti frust kan ... tapi nak cover line le tu ... tapi masa tu aku hanya cakap ... ' masih ada harapan lagi sehingga jam 5.00 pm ' ...

... apa pun tahniah ! tahniah ! tahniah ! ... buat kekawan yang berjaya tu ... rasanya ramai gak ...
antaranya hani , dayah , roseneta , raihan , kak jisma , kak hana dan nora ... lagi sape ek yang dapat ... selamat menempuh cabaran dan semoga sukses selalu ...

... hanya aku di saat ini masih mencari kekuatan untuk melakukan satu langkah dalam tindakan mencapai hasrat yang dah lama terpendam ...

No comments: