Thursday, February 18, 2010

titipan buat mereka tinggal ...

... hari ini mungkin hari terakhir aku bertugas di lib cawangan tanjong karang ... sebab esok aku akan lapor diri kat kib daerah sabak bernam untuk meneruskan perkhidmatan yang masih berbaki ni ... dan di saat2 akhir ni jugak ... aku masih berusaha untuk menyiapkan dan melangsaikan tugas ... !

... dan hari ini juga aku dikejutkan dengan sesi makan2 bersama ela , zam , nora dan hana ... x tau lah bila diorang rancang semua ni ... aku betui2 rasa terharu amat ! ... thank's kat korang semua ... tu yang terpaksa menahan airmata ... huhuhu

buat ela ...

... sebenarnya banyak yang kak mis nak ucapkan tapi x tau nak meluahkan ... so apa yang kak mis nak beritahu ... kita adalah dua individu yang amat berbeza ... banyak sangat perbezaannya dari persamaan ... sepanjang hampir 13 tahun sebumbung ... macam2 cabaran yang kita lalui ... semuanya ada ... masam , pahit , kelat dan manis ... dan adakalanya kita gagal mengawal emosi dan egois ... tapi alhamdulillah kita masih berjaya mengharunginya ... ! semoga persahabatan ini akan terus terjalin walaupun kini berlainan daerah

buat zam ...

... walaupun kita hanya sempat satu ofis 3 tahun jer ! ... terima kasih kerana sentiasa sudi menerima tegur dan arahan ... kak mis minta maaf sebab kekadang tu bila dah bercakap memang susah nak berhenti tapi percaya lah tiada niat nak marah pun sekadar ingat seorang kakak untuk adiknya ! ... satu lagi nak pesan ... kalau makan nasi minyak jangan lupa jemput ! .. ingat tu

... akhir sekali ... terima kasih sangat2 sebab raikan perpindahan kak mis dengan kek & nasi ambang ... memang sedap dan terharu sangat ! ( alahai ! ... x sempat nk masuk gambar masa sesi makan2 tu ... insyaAllah akan menyusul kemudian )


* kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
insyaAllah kita akan jumpa lagi

4 comments:

Sifu Mirza said...

mudah-mudahan penghijrahan ini membuka satu lembaran baru yang lebih bermakna buat kesturi...

:-)

kesturi said...

salam sifu ...

terima kasih ... saya anggap kata2 sifu ni sebagai satu doa untuk saya ...

:-)

CintaDalamHati said...

salam kerinduan n moga btemu lagi. moga akak akan terus success..

kesturi said...

salam honey ..

..semoga kerinduan berpanjangan antara kita ... huhuhu ! thank's sebab selalu bagi semangat kak mis !