Wednesday, January 30, 2013

Ceramah Maulidur Rasul di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam

 staf mengambil tempat

 ketibaan penceramah Ustaz Fazli bin Royani

En. Harun dan Ustaz Fazli

 bacaan doa









 selawat ke atas Junjungan Rasul S.A.W





 cenderahati untuk penceramah

 emcee

 jamuan ringkas


candid .... hehehehe !


Program Majlis Ilmu Sempena Sambutan Maulidur Rasul
Tajuk              : " Memperkasakan Syariat dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W "
Tarikh             : 25 hb. Januari 2013
Masa              : 10.00 - 12.00
Penceramah    : Tuan Ustaz Fazli bin Royani
Tempat           : Bilik PSR , Perpustakaan Daerah Sabak Bernam

... syukur alhamdulillah ... perancangan untuk program2 sepanjang tahun 2013 bermula dengan Ceramah Maulidur Rasul berjalan sebagaimana dirancang ... terima kasih kepada Aan di atas usaha dan sumbangan dalam menjayakannya ... juga pada semua rakan-rakan ofis ( ajk pelaksana ) serta rakan-rakan dari Perp. Pekan dan Perp. Desa ( termasuk staf PNM ) kerana sudi hadir mengimarahkan majlis ini sebagai santapan rohani dan minda ... x lupa juga ucapan " terima kasih daun keladi " buat K'jis dan Bunga di atas buah tangan yang di bawa tu ...

Intipati yang ingin dikongsi bersama





Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

 ( As-Sajdah 32:12 )

Ustaz Fazli banyak mengupas mengenai tanggunjawab dan kewajiban manusia sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W untuk menegakkan syariat Islam dalam kehidupan , apa yang seharusnya dilakukan dan apa yang seharusnya ditinggalkan , dalam kelekaan manusia mengejar duniawi sehingga mengabaikan ukhrawi .

Digambarkan padang masyar itu bagaikan kapal pecah yang mana manusia di dalamnya berusaha untuk menyelamatkan diri sendiri , disaat itu hubungan kekeluargaan usai , masing-masing berusaha mencari tempat berpaut untuk menyelamatkan diri , tinggal anak ... tinggal ibu ... tinggal bapa ... tinggal isteri ... tinggal suami ... ketika itu hanya amal yang menjadi penyelamat ... maka manusia memohon untuk kembali ke dunia ... manusia berjanji akan menunaikan apa yang disuruh ... meninggalkan apa yang tegah !


A110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". 

( Al-Kahfi 18:110 )



Peringatan terhadap ibadah solat amat ditekankan sebagaimana Rasulullah S.A.W menjaga ibadah solatnya, perlu diingat solat itu tiang agama ,solat yang tertinggal perlu di qada serta lakukan taubat nasuha , tingkatkan amal ibadah ... perlu diingat jangan hanya bersemangat memperjuangkan Rasulullah S.A.W kerana dihina tapi tidak memperjuangkan amalan dan sunnah Rasulullah S.A.W

wallahuaklam


Thursday, January 17, 2013

x sihat



 ... dah hampir 2 minggu selsema x ok lagi ,
ubat selsema sepapan dah tinggal 2 butir jer !
gundah rasa hati sebab family day PPAS dah semakin hampir tarikh nye ... klu x ok jugak selsema ni ... x happy nak gi b'cuti  ... huhuhu

... bukan sebab ubat x selsema x berkesan tapi salah diri sendiri kerana x  upaya mengelak minuman sejuk ber ais ... hehehe

Wednesday, January 16, 2013

oops ! muat lagi ke ... ?






... kelakar kan ? ... setiap kali arahan pakai baju korprat biru atau PPAS ... yang terbayang kat minda aku mesti ' oops ! muat lagi ke ? ' hehehe , sebenarnya bukan aku sorang ada dilema pasal ni ... mungkin ramai lagi ... almaklum lah ukuran saiz baju diambil beberapa tahun yang lalu ( ... alhamdulillah baju aku masih selesa dipakai )

... so semalam semasa Perhimpunan Pagi ... masih ramai lagi yang pakai rasmi PPAS tu ... hanya segelintir jer yang pakai baju biasa ... kira ok le tu ! yang penting segala mandat2 yang disampaikan semalam melekat ketat dalam minda .




Friday, January 11, 2013

jiwa kacau


salam jumaat

... hahaha ...jiwa kacau seperti n3 kat atas ni bukan le gambaran jiwa aku tau ... tapi gambaran bagi jiwa seseorang yang dah hampir 3 minggu menjadi pengunjung setia kat Lib ni ... kami memang mengalu-alukan kehadiran mereka2 untuk menggunakan semua kemudahan Lib ni ... x kisah le nk pinjam buku ke ... nk guna bilik PSR or PJL  atau yg lain2nya ... memang dialu-alukan

... tapi yang buat aku dan ayu terkedu ( ... terkejut sangat ) bila seseorang yang selalu tu nampak macam ok jer ... tetiba meluahkan perasaan x puashati kat kaunter ( ...tapi bukan le pasal perkhidmatan Lib ) berkaitan masalah keluarga dan bla ... bla ... bla ... so untuk seketika kami jadi pendengar setia ( walhal x faham apa pun ) layan jer lah ... hehehe

... selagi seseorang tu x menimbulkan kekecohan atau kemudaratan ... insyaallah , layanan terbaik dari kami !


Thursday, January 10, 2013

khabarnya ...


... mungkinkah ? ... itulah persoalan yang bertamu kat minda aku ... mungkinkah aku akan melaluinya sekali lagi ? ... masih ada lagi ke jiwa kental ( ... hati kering kata yatie ) dalam diri aku ermm x payah fikir sangat , buat pening kepala jer ! kalau itu yang terbaik dan boleh orang lain kat sekeliling ni happy ... aku redha jer ! ek macam x ikhlas kan ? 

... andai semua andaian ni benar2 berlaku ... aku berharap x akan ada spekulasi sebab musabab kenapa ianya berlaku ... biarlah segala perubahan akan diterima baik oleh semua pihak yang terlibat ... bukannya menambah lagi kusut sedia ada ... yang terpilih dan yang x terpilih kena lebih muhasabbah diri ... bukannya menunding jari kat orang lain 

... secara peribadi bila berlaku ' penghijrahan ' lokasi tugas ... impaknya lebih kepada negatif dari positif ( ... mungkin x semua  ) ini bukan omong kosong tapi yang nyata ! ... acapkali juga ' penghijrahan ' ini lebih menjurus sebagai penyelesaian kepada masalah ... ermm akan selesaikah masalah jika punca masalah tidak diselesaikan terlebih dahulu ... hatta masalah melibatkan individu ( empunya diri ) tidak berusaha untuk berubah kepada lebih baik ... maka apakah dengan meletakkan individu lain akan menjadi pemangkin untuk empunya diri berubah menjadi baik ? ... ntahlah ! ini merupakan satu penganiayaan untuk individu lain ...

... memberi tekanan tanpa sokongan bukan penyelesaian sebuah masalah ... apatah lagi jika individu lain turut terpalit sama ... jangan kerana kepentingan diri sendiri , kita menindakkan hak orang lain!

... jangan hilangkan rasa percaya dan jangan sesekali semaikan rasa benci ... kita sesama manusia perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain tanpa mengira status jawatan ... kerana disisiNya kita tiada beda kecuali iman dan amal 

wallahuaklam .

Friday, January 4, 2013

rindu























Terjaga dari lena yang panjang
Hujan lagi pagi ini dalam hati
menggamit ingatan rindu dan sendu
rindu ini amat menyakitkan
rindu ini juga indah
lalu aku biarkan dia menyirami
bunga-bunga putih yang lama bertabur
kerana wangi semalam masih terasa
Mak ...
sesungguhnya aku rindu ...

( Al Fatihah )

impian 2013


... pertanyaan skema bila tahun berganti " apa azam tahun ni ? " ... apa yerk ? sebab ada kekawan lama bertanya apa target aku 2013 ... aku set kat minda istilah azam tu aku tukar kepada impian ... nampak lebih santai sikit (... ikut Kamus Dewan perkataan azam membawa maksud kemahuan yang kuat dan impian bermakna angan2 atau harapan ) ... dalam usia macam aku ni ... stress perlu dinyahkan ! ... hehehehe

... untuk diri sendiri telah aku sediakan senarai panjang impian 2013 ... ini adalah pertama kali aku bersungguh menyediakan pelan dalam memburu impian ... walaupun mungkin x semua akan tercapai tapi aku anggap ini sebagai motivasi untuk diri sendiri !

... sesekali menoleh ke belakang ... mengintai-intai jejak yang ditinggalkan sepanjang 2012 adakalanya mengundang sang emosi datang bertandang ... sedih , kecewa , suka , benci , terluka seakan berbaur menjadi satu ... inilah kehidupan !

... " untuk berjaya kita kena menguasai emosi " itu kata2 yang aku ambik dari buku motivasi ... tapi acapkali juga aku  gagal menguasai emosi apatah lagi jika aku yang x termasuk dalam itu kisah , sama terkena biasnya ... so aku pegang pegang prinsip " menyatakan kebenaran memang pahit  tapi fikirkan kemanisan hasilnya " adakah ini salah satu pelan untuk 2013 ?

... target utama 2013 ... aku juga berharap akan konsisten dalam memenuhi tabung simpanan ( ... 2012 x capai target ... huhuhu ) banyak perkara luar jangka yang berlaku ... insyaallah tahun ni moga lebih berjaya !

... fokus pada kerjaya " sentiasa jadi yang terbaik " hehehe  ( ... yang ni sendiri mau ingat ek ! ) dan dipermudahan Allah dalam memikul amanah yang tergalas kat bahu ni . amin

... yang lain2 tu biarlah ia kekal kat atas kertas ... yang akan bisa sesekali disemak untuk ingatan diri sendiri ...



Monday, December 31, 2012

yang disambut dan yang luput ...

insyaallah ...
2013 akan menjelma esok
bagaimana aku menyambutnya ... ?
yang pasti x de bunga api ... x de makan besar ... x de pesta parti
sekadar ...
ungkapan syukur kerana masih bisa menghela nafas ini
dalam damai 
masih menyisip bilah-bilah anganan
sebagai satu perjuangan
yang tidak berpenghujung ....



2012 ... beberapa detik lagi akan luput tarikh
namun sukar luput dari ingatan
jadi sempadan ... teladan dan pengajaran
juga ingatan!
agar tidak tersandong dan tersembam di tempat sama
insyaallah ...

Friday, December 28, 2012

Hari Bertemu Pelanggan


Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
Tarikh : 12 Disember 2012
Lokasi : Perp. Daerah Sabak Bernam
Masa : 10.00 pg - 4.30 ptg





... n3 tertunda juga daaa .... hehehe

... ini adalah kali kedua Perp.Daerah Sabak Bernam buat HBP ( singkatan untuk Hari Bertemu Pelanggan ) kali pertama dulu pada 13 Oktober 2012 ( Sabtu ) 

... kali ni aku dan kekawan setuju untuk buat HBP pada tarikh cantik 12 / 12 / 2012  lagipun senang nak ingat kan ! ... waktu HBP pun dipanjang hingga 4.30 ptg ... HBP 3 dalam 1 ... kempen keahlian , maklumbalas pelanggan serta aduan dan cadangan pelanggan

... hasilnya 3 keahlian baru ... 22 maklumbalas pelanggan dan tiada aduan /cadangan pelanggan ... buah tangan untuk user yang sudi mampir kat meja ni adalah gula2


Mini Karnival Jelajah Jejak Tunas Selangor



Program Mini Karnival Jelajah Jejak Tunas Selangor
 2012 /2013
Tarikh : 9 Disember 2012 ( Ahad )
Dewan Seri Bernam
Sungai Besar , Selangor
8.00 pagi - 1.00 tengahari

Bib , Sabah & Watie




Hafiz Hamidon ... penyanyi nasyid Zikir ... daftar keahlian Perp. Daerah Sabak Bernam



Persembahan Kebudayaan oleh Tadika Kawan

" 15 minit reading break " @ bacathon





... gambar2 yang tertera kat atas ni dirakam masa program mini karnival jelajah jejak tunas Selangor ( tarikh & lokasi sama le mcm tertulis di atas ek ! ) ... hasrat hati memang nak update kat blog ni awal ... ermm tapi asyik x sempat jer ( mcm busy le sangat kan ! ) 

... semasa program tu PPAS Daerah  buat kempen keahlian dan membantu untuk "15 minute reading break " @ Bacathon  serta pameran buku terbaru yang ada kat Lib daerah ... borang keahlian yang terkumpul hingga jam 1.00 tengahari sebanyak 67 tapi hanya 44 sahaja yang berjaya di key in .. yang lain tu ada yg x lengkap dan dh jd ahli ...

...  kekawan yang sama2 mengerah tenaga pada hari ... bib , sabah , watie , yazid ( dari Lib Daerah hanya aku dan aan serta En. Harun )


Thursday, December 27, 2012

koleksi terkini






buku-buku kat atas ni adalah yang terbaru dalam koleksi aku ... dan mungkin koleksi penutup untuk tahun 2012 ( ... mungkin ye ... mungkin tidak kut ! hehehe )

 ... buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary  ni hakmilik didi yang terima dari HQ tempat dia bertugas ( DRB Hicom ) ... kiranya macam nak bagi semangat kat anak buah supaya berjaya macam tuan punya syarikat @ Boss ... aku suka baca buku ni ... banyak tip2 untuk jadi orang berjaya !

... Buku Bilal bin Rabah ni aku beli kat Maju Edar , Sungai Besar ... harga x lah mahal sangat ( sebab dapat less 10 % ) tapi berbaloi membacanya ... sebab penulis mengolah perjalanan kisah hidup Bilal bin Rabah seolah-olah macam kita baca novel ... kisah tragis seorang hamba mempertahankan kepercayaannya kepada Pencipta Sekelian Alam ... subhanallah

... Pic buku yang last adalah novel Sha & Shah karya Sha Ibrahim dan Nasi Lemak Buah Bidara karya April Snow ... novel ni aku beli online kat kakinovel.com ... sejak jadi ahli kakinovel dengan tawaran harga dan penghantaran percuma ...  keterujaan menambah koleksi novel adakalanya sukar dikawal ... hehehe



Thursday, December 20, 2012

rehat sat !


Tarikh    : mula bercuti 21 Disember 2012
Cara cuti    : Cuti tahunan
Tujuan cuti   :  Rehat
 
 
... ini cuti terakhir untuk 2012 ... tahun ni isi borang GCR simpan 2 hari jer ... x kisah le simpan banyak ke ... simpan sikit ke ... yang penting simpan .

... untuk 2013 yang bakal tiba ... salah satu azam aku nk simpan cuti lebih sikit dari tahun ni ... kalau dah cukup 150 hari cuti yang tersimpan dalam GCR ... maka akan lebih teruja rasanya untuk menghabiskan 25 hari cuti yang diperuntukan setiap tahun denga santai ! apapun harapan tu masih jauh dari jangkauan  ...

... kat minda ni dah plan macam2 yang akan aku lakukan sepanjang cuti ni ... kenduri akikah untuk Ariel , siapkan baju sekolah untuk fiyyah & siapkan tempahan baju kurung 2-3 pasang ... bersihkan kandang kucing ... apa lagi ek ! ...

* ... bila aku bercuti ... maka blog ni pun akan bercuti juga ... !

Tuesday, December 18, 2012

luar biasa .... !!!


tetiba aku teringat ungkapan " luar biasa ... sangat luar biasa ! " hehehe
kat mane aku dengar ungakapan ni ? ermmm ... cer teka kata mane ? ... kalau ada sesapa yang pernah menghadiri ESQ 165 ... tentu ungkapan ni seakan mencair di telinga kan ... ( sebab kerap sangat disebut sepanjang ESQ oleh moderator dari tanah seberang )

... luar biasa membawa maksud tidak seperti yang biasa , tidak sama dengan yang lain , istimewa : keluarbiasaan perihal luarbiasa , keistimewaan ( ... seperti tercatat kat Kamus Dewan )

... sekadar bertanya " adakah kita termasuk dalam kategori mereka2 yang Allah kurniakan  luar biasa  itu ?
" kita semua sebenarnya ada sifat luar biasa " itu pendapat aku ( mungkin x sama dengan pendapat korang )" luar biasa yang macam mane tu ? " ... luar biasa yang memang luar biasa .... hehehe

... banyak luar biasa yang berlaku kat sekeliling kita ... cuba kita perhati betul2 ... perkara yang seharusnya luar biasa dah jadi mangli ... contoh ? ... ermm .. nak contoh ek ! contoh yg acapkali kita lihat ... kesalahan dilakukan tanpa rasa bersalah sebab bukan orang lain nampak atau tahu pun ... keberanian yang memang luar biasa meskipun tahu  DIA x pernah terlepas pandang memerhatikan kita ... yang dikatakan luar biasa itu bila rasa takut pada manusia melebihi rasa takut kepada Yang Maha Pencipta ...

... terkadang tanpa sedar kita terperangkap dalam situasi  luar biasa ... diberi hak untuk bersuara tapi bukan untuk mengutarakan ... agak berbelit-belitkan ! ... hehehe ... aku yang menulis pun rasa pening lalat nak pilih perkataan dan menyusun perkataan tu menjadi ayat yang mudah untuk difahami ... yang ni x leh nak bagi contoh ... hanya mereka2 yang permah melaluinya akan merasakan keluar biasaanye !


... semalam semasa memandu balik dari ofis ... terserlah keberanian luar biasa dua penunggang motosikal yang memotong kereta aku dari sisi kiri dan kanan serentak ! ... alahai ... aku lak tergaman dengan aksi yang x diduga tu ... kalau pun terror menunggang motosikal ... tolonglah jangan bahayakan diri sendiri dan orang lain ... x leh nak bayangkan kalau sesuatu berlaku semalam ... mungkin ada nyawa yang tergadai dengan sia2 hanya kerana gelodak jiwa remaja .

Monday, December 17, 2012

Dealova - Opick



Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oo bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Kau selalu ada, kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi, sepi..

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Kau selalu ada, kau selalu ada
Kau selalu ada, kau selalu ada


Friday, December 7, 2012

seloka " sendiri mau ingat " ... hehehe


Anak ikan ketawa sakan
Melihat kambing mencuci kaki
Seloka ini sekadar hiburan
Baru hidup  happy go lucky

Pokok rumbia tumbuh melata
Daunnya dijalin menjadi atap
Janji manis petah berkata
Tapi ... ermm  ibarat masuk angin keluar asap

Sarapan pagi kopi segelas
Hidang bersama ketupat palas
Budi ditabur minta dibalas
Nawaitu di hati x pernah ikhlas

Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah si pohon jati
Ingat-mengingat sesama taulan
Harap tidak simpan di hati

Enak sungguh ikan tenggiri
Makan sama lemak meranti
Apa dikisah umpat dan keji
Yang paling penting redha Ilahi

Harum sungguh bunga kenanga
Didendang orang menjadi lagu
Masa baik mengaku keluarga
Mengapa kini jadi seteru

Kota Melaka Bandar Sejarah
Tumpuan pelancong seantero dunia
Banyak sabar elak amarah
Jiwa tenang hidup pun bahagia

Kalau memetik rambutan di dusun
Petik juga si buah manggis
 Seperti pepatah durian dan timun
Di bibir senyum , hati menangis

Anak musang membawa joran
Hendak memancing di tepi jeti
Masa kerja amalkan kejujuran
Awas ! ... ada yang perhati !

Sorong papan tarik papan
Buah keranji di atas peti
Kalau ada yang terasa ... harap dimaafkan
Buat semak dan sesak jer di dalam hati









Thursday, December 6, 2012

plastik






" plastik " ungkapan spontan terdetik dan terzahir bila aku melalui situasi yang arrgghhh ! terkedu kejap x tahu nak kata apa ... hanya " astagfirullahal'zim " mampu dilafazkan ...

" ... nape ek kita takut untuk berkata benar ?" ... itu yang sering berlegar-legar kat minda  sejak akhir2 ni ... saat berkata2 tu macam confident jer ... bla ... bla ... bla ... bla  ... aku pulak mendengar dengan cermat sebab menerima arahan dan menyampaikan pada pihak ketiga ni memang aku x suka tapi sape le aku untuk engkar kan ? ... dengan berhemah bicara disusun ... menerangkan sefaham yang mungkin agar x timbul nista ... tapi manusia tetap manusia ... suka pada negatif dari positif ... yang diharap akan menjadi tiang untuk bersandar rupanya hanya lalang yang bergerak mengikut liuk lentuk tiupan angin ...

" ermm x tahu nk letak kat mana rasa percaya ... agaknya nilai murni dah jadi senipis plastik ... ringan dan x memberi impak pada kehidupan ... " jangan lak nanti bila satu masa kita " seperti melukut di tepi gantang " hari ni orang hormatkan kita sebab apa yang kita ada ... dan apa yang kita ada hari ni bukan kekal selamanya ... saat Allah memberi dan saat Allah mengambil adalah situasi berbeza sebab di sisi Allah semua ciptaanNya adalah sama ... yang membezakan adalah iman .


* ... sedetik masa berlalu ... hati masih diusung pilu


Friday, November 23, 2012

si comel






... gelagat si comel yang sempat aku rakam ... balik kerja petang semalam ... aku letak handbag kat depan tv dan terus ke dapur untuk membasahkan tekak ... ni lah aksi si comel bila aku panggil nama dia ... sabo jer !

koleksi terbaru


novel yang kat atas ni
adalah yang terbaru dalam koleksi aku 
walaupun terpaksa menunggu hampir 2 minggu ( mungkin ada masalah teknikal kut ! )
novel " dapur wawa " karya Ika Madera dah selesai dibaca ...
best ke x ?
mesti le best ... !


Thursday, November 22, 2012

sukarnya ...


... menerima tugasan @ arahan adalah perkara biasa bagi insan berkerjaya ... tapi untuk merealisasikan tugasan @ arahan tersebut mengikut dateline yang ditetap ... acapkali memerlukan kesabaran yang tinggi ... apatah lagi jika ianya melibatkan individu lain ... aku pernah terbaca satu artikel " resepi orang2 yang berjaya " antara sifat or sikap orang2 yang berjaya adalah x mudah putus asa dan sentiasa memahami mereka2 yang ada dipersekitaran kita ... so sekarang ni  aku  berusaha untuk mempraktikkan langkah2 seperti yang disarankan .

... bila aku ajukan persoalan ni kat Yatie ... dia terkekeh-kekeh ketawa " aku tahu lah ... ko tu kerja kat tempat banyak buku ... tapi ko kena ingat dan kena  selalu beringat ... yang tersirat tu lebih berselirat daripada yang tersurat " ... aduss ! alamak lagi tambah serabut lah ... hehehe

... ermmm ... bila difikir2kan pasal bab tersirat dan tersurat ni ... betul jugak ek ! kita selalu berusaha untuk memahami dan memberi yang terbaik pada orang lain ... terutama dalam kes2 berkaitan kerja ( ... bagi diri aku lah ) tapi respon diterima ... dot ... dot ... dot ... abis tu nak salahkan sape lak ? ... aku jugak yang terkena ... mungkin aku belum cukup untuk memahami gelodak rasa apa yang tersurat atau tersirat kat hati mereka .

... aku akui memang sukar untuk memahami ... lagi lah bertambah sukar jika empunya diri x memahami apa yang sewajar dilakukan sebagai insan berkerjaya ... atau pun mungkin aku terlalu berharap agar mereka memahami ...

* ... kesimpulannya " jangan ... jangan ... dan jangan berharap sangat agar orang memahami apa yang kita alami atau lalui ... kerana realiti kehidupan adalah sebaliknya " 

Friday, November 16, 2012

cucu ?

Muhammad Ariel Fattah bin Khairil Ajmain

... ahli keluarga paling kecik dalam famili aku ... so Siti Khadeeja aka Acu dah ada saingan ... dan secara x rasminya ... aku dah jadi nenek lah ye ? ... opsss ! terasa tuo polak

*... suka bila lihat ariel tersenyum ... tapi bila dia nangis .... satu rumah kelam kelibut  :-)

Wednesday, November 14, 2012

alangkah ....


Alhamdulillah ...
selesai sudah ... walaupun x lengkap sepenuhnya
dari pagi dok mengadap depan komputer ni
menunggu ... dan terus menunggu 
untuk melengkapkan data 
tapi ....
akhirnya
ku putuskan
segalanya ... ku noktah
alangkah ...
ya 
alangkah ...
bersyukurnya aku
jika kamu ... kamu ... kamu
dan kamu
memahami 
apa 
yang terpaksa 
aku lalui
bagi merealisasikan
tugas
yang di amanahkan 
alangkah ...

Thursday, November 8, 2012

nilai pengalaman

PD. Parit 8

Bah. Kanak-kanak

 Bah. Dewasa

Bah. Dewasa

Bah. Remaja

 kebun sayur kat belakang library

buku yang aku baca sambil menunggu user ...

... pengalaman berharga sepanjang dalam perkhidmatan ... bertugas di Perpustakaan Desa ... dua hari pertukaran tempat bertugas bagi menyelesaikan data rekod penggunaan bahan ... memberi aku peluang untuk merasai suasana bertugas di lib desa ... alhamdulillah semua tugas dapat di selesaikan mengikut masa yang diberi ...

... hari pertama bertugas terasa janggal jugak ... yelah ! kalau kat lib daerah ada rakan setugas ... bila kena bertugas sorang2 ... memang rasa kehilangan pulak ... x de teman bicara ... hehehe

... bila dok sorang2 tu ... aku pulun kerja kira mengira tu kaw-kaw ... kasi settle cepat ... sambil tinjau2 kat pintu ... mane le tau ada pengguna menjengah masuk nk pinjam buku ... alhamdulillah ... ada gak 2 pengguna yang datang pulang dan pinjam buku ... so hari pertama 90% kerja dapat diselesaikan .

... hari kedua aku relaks sikit ... lepas sarapan baru aku mula kan kerja penggiraan ... jam 10.00 pagi semua dah selesai sudah ! ... ermm apa nak buat ni ... so apa lagi sambil layan lagu kat radio ... aku cuba cari novel2 yang best ... x de yang menarik pun ... al maklumlah novel lama ... pusing ... punya pusing ... belek ... punya belek ... aku tertarik kat dua buku ni ... Bapaku P. Ramlee dan Osama Laden ... seharian yang panjang ... hehehe

... apa pun ini adalah pengalaman yang amat berharga ... aku pernah berkhidmat kat Lib Daerah ... pastu pindah kat Lib Cawangan ... dan pindah semula le Lib Daerah ... dan 2 hari kat Lib Desa ... lepas ni ke mana pulak ... ? ... ikut jer arahan ... di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung .

* ... esok akan ke PD. Parit 14 dengan Aan  ... semoga tugas dipermudahkan Allah . Amin.



telatah si comel

pura-pura tidur ek !

ni la aksi si comel ... bila namanya dipanggil ... hehehe

 tompok

abu

manja

masa untuk minum !!!

... dah lama x rakamkan gambar kucing2 kat rumah tu ... ada yang kata kalau kucing dirakam gambarnya ... kucing tu x panjang umur ... tapi semua tu kan kuasa Allah ...

... berbalik telatah si comel ni ... kucing yang paling kecik ... hilang stress bila balik kerja tengok gelagatnya yang suka main sorok-sorok kat celah almari buku ...tompok , abu dan manja tu ... kucing yang baru dua minggu aku ambik sebagai " kucing angkat " ... ada ke istilah macam tu ... hehehe

... nasib baik emak si comel sudi menganak angkatkan ... merangkap sebagai ibu susuan untuk tompok , abu dan manja ... ermm ... kucing memang punya naluri keibuan dan prihatin yang tinggi ... itu salah satu sebab mengapa aku suka ... suka ... suka sesangat dengan kucing !

* ... nanti aku nk share dengan kamu kebaikan dan kelebihan memelihara kucing
tq awer ... sebab bagi info pasal kucing tu ... tq so much !

Friday, November 2, 2012

mencari damai yang hilang ...



... sukarnya menjejaki damai yang hakiki ... saban hari hati terbelenggu oleh pelbagai emosi ... apakah damai semakin hilang jejak atau semakin menipis dari kehidupan manusia ? ... ntah lah ! ... terkadang aku ingin berlari selaju yang mungkin meninggalkan semua kepedihan ini ... atau menoktahkan segala persoalan dengan lafaz " aku ingin kedamaian "

... berkali-kali disakiti ... berkali-kali dikhianati ... dan berkali-kali juga kupujuk hati " Allah Maha Mengetahui " ... x tahu sampai bila aku mampu bertahan ? membiar kesedihan bertamu terus dalam diri ... hanya doa ku titipkan agar tabir kesabaran terus menyubur dalam hati .

... realiti kehidupan x sama dengan fantasi yang selalu bermain kat minda ... kena belajar menerima hakikat ... harus banyak sabar ... jiwa diajar kental ... lupuskan rasa putus asa ... didik hati untuk menerima kelemahan dan kekurangan orang lain sebagai satu dugaan dari Allah ... sentiasa bersyukur atas segala yang ada pada diri adalah anugerah Allah ...

Ya Allah ... tetapkan hatiku , kuatkan jiwa , berkati rezeki ku dan jauhkan lah aku dari kedukaan.
Amin.