Friday, June 8, 2018

..." tak terkata "


... " tak terkata " itulah yang aku rasakan bila melalui situasi sebegini ... bila dah kali ke dua jalan ceritanya tetap sama ... hati bertanya ke mana sembunyi semangat ukhuwah ... mungkin sembunyi di sebalik awan egois yang berselerak di langit fikir ... hehehe

... Bagai menterbalikan maksud tersirat dalam pepatah " ... tak kenal maka tak cinta ... " maka aku cuba memperhalusi bukan maksud yang tersirat tetapi yang berselirat ... seharusnya jika sudah lama saling mengenali akan lebih akrab  jalinan ukhuwah ... berbeza dengan apa yang terlihat di mata ... semuanya bagai menyimpul erat sesuatu yang tak terlafaz dengan kata-kata ... tapi membeku dalam hati .

... Ada ketika sebagai orang luar , kita hanya mampu memandang sahaja apa yang berlaku disekeliling kerana itu adalah lebih baik ... moga situasi begini tidak berterusan yang akan merumitkan keadaan di masa akan datang .

Monday, June 4, 2018

Ija dan Iyyah



Siti Khadeeja

Ija bersama Iyyah
( opps ! dah betul-betul macam kat rumah gayanya ! )

  

Tuesday, May 22, 2018

.... kalau kita suka



... Syukur alhamdulillah , 2018 telah menghampir bulan ke 6 ... ia juga membawa maksud hampir 6 bulan juga aku menumpang teduh di tempat baru ... suasana baru walaupun telah lama berkhidmat ( dah hampir 25 tahun ) namun sebenarnya perasaan aku sama juga macam mereka-mereka yang kena transferred ke tempat baru ... adakala lebih terasa janggal dan serba x kena bila kita saling mengenal dengan staf lama yang ada kat situ ... namun aku buang jauh-jauh rasa itu kerana selagi bergelar pekerja ke mana sahaja di arah ... itulah cabaran yang sebenarnya

... Meminjam kata-kata seseorang yang di arah berhijrah ke tempat baru yang lokasinya lebih jauh dari kediaman ... " kalau kita suka  dengan kerja kita ... bertugas jauh dari rumah , hati tetap happy "... bak kata pepatah ibarat seketul batu yang berharga ... campak ke laut menjadi pulau ... terdampar di daratan menjadi gunung ... jangan jadi batu api sudah ... campak atau terjatuh kat mana-mana pun akan memusnahkan .... hehehe

... Suka ke dengan kerja kita ?... adakah kita suka dengan kerja kita ... ? ... suka sangat-sangat atau suka sebab kita tiada pilihan ? ... suka sebab memang kita suka kerja  atau sebab gaji ? ... sekarang ni setiap suka akan tersisip sekali dengan alasan ... teringat lak ketika sembang dengan Ija ( Siti Khadeeja ) yang pening-pening lalat nak siapkan kerja sekolah BM tingkatan satu ... " apalah yang sampai pening kepala ni ... kalau kita suka sesuatu ... contoh suka membaca ... mesti ada sebab kan ... jalan cerita ... pengarang buku tu ... gambar yang ada kat kulit buku tu ke ? itu ayat aku ... " ada yerk orang suka baca buku sebab suka kulit buku tu ? " jawab Ija sambil buat memek muka pelik ... " ada lah ... Acik kalau nak beli buku mesti tengok kulit buku dulu ... pastu tengok isi kandungan buku ... baca sinopsis buku tu ... ada masa tu , Acik beli buku tu sebab suka pengarangnya macam buku Ustaz Kazim Elias ... " panjang lebar aku bagi penerangan

... Macam tu juga  rutin kerja yang kita lakukan setiap hari ... x kisah lah kerja makan gaji ke atau kerja sendiri ... kalau suka dengan kerja kita ... susah macam mana pun akan dapat dilaksanakan dengan hati gembira ... kalau dah x minat nak kerja ... mood nak ke tempat kerja juga akan ke laut ... rasa x teruja langsung nak datang ke tempat kerja tapi akan amat teruja untuk balik ke rumah ... hahaha

... Suka atau tidak dengan apa yang kita lakukan hanya kita dan orang sekeliling jer yang tahu ... tapi adakala orang yang tidak berada dikeliling pun tahu juga tau ... ada ketika mungkin kita x gembira dengan kerja yang dilakukan ... macam x kena dengan jiwa ... rasa kerja tu macam statik dan x mencabar langsung ... ye ke x mencabar ?? ... meminjam kata-kata seorang sahabat yang pakar dalam kaunseling " kerja yang kita rasa x mencabar langsung dan x kena dengan jiwa itulah cabaran paling owsome untuk kita tangani ... nak buat kita suka pada perkara yang kita x suka ... kan susah ... tapi bila kita dah suka dengan kerja kita ... barulah kita rasa nikmat dan berkatnya rezeki yang kita dapat hasil dari kerja kita " ...


... Ingatan untuk diri sendiri , moga kekal istiqomah rasa suka dengan tugasan yang diamanahkan ini , cekal hati dengan cabaran , kental jiwa dengan rencah ragam dan kerenah , sabar dan terus senyum waima dalam apa situasi pun ... insyaallah

Thursday, May 17, 2018

... yang sebenarnya


"... JADILAH diri kita yang sebenarnya , kerana orang menjadi dirinya yang sebenar adalah seorang yang bervisi dan tidak hidup dalam kepura-puraan ...Orang menerima hakikat dirinya yang sebenar , hidup dengan penuh kesyukuran dan keredhaan ... andainya hidup didatangi kejayaan demi kejayaan , mereka akan bersyukur dan yakin , bahawa semua yang mereka miliki itu bukan kerana kehebatan mereka , tetapi kehebatan Allah yang meminjamkan kehebatan-Nya kepada mereka .

... Jika hidup mereka dalam kesusahan atau kegagalan , diterima semua perkara negatif itu sebagai ujian dan tidak berfikiran negatif - menyalahkan , merungut dan berputus asa . Orang positif akan sentiasa menpersiapkan diri untuk berhadapan dengan sesuatu yang lebih besar dan jangan takut mencuba sesuatu yang baru dalam hidup kita "
oleh
Prof. Dr. Muhaya Muhamad
Mingguan Malaysia 15 April 2018

... Saat membaca artikel ini sepenuhnya , aku menyelami keseluruhan ruang dalam diri , menyelusuri denai-denai kehidupan yang pernah aku lalui ... tanpa sedar air mata menitis bukan kerana aku rindukan nostalgia lama tetapi aku mencari-cari ke mana hilangnya kekuatan , kecekalan , kedegilan , kesabaran dan  ketabahan yang dulu mekar mewarnai onak ranjau kehidupan ini ... di mana hati kering yang dulu begitu tegar demi amanah dan prinsip ... mungkin juga aku terheret dalam ingatan dan pesanan yang tidak pernah jemu dari sahabat nun jauh di selatan ... " jangan stress sebab tabiat manusia masa kini hanya ambil jalan mudah dan pentingkan diri ... usah hanyut dengan kerenah yang akan mengugat kesihatan  , ketenangan dan rasa aman dalam kerja kita ... "

... Menyimpul mati semua ingatan dan pesanan yang tidak pernah putus dari sahabat-sahabat ... terima kasih kerana berusaha memahami apa yang aku lalui ... terima kasih menitipkan ingatan dan pesanan ... terima kasih atas segalanya 

...

Thursday, May 3, 2018

... di mana nak letak tanda ' X '


... 9 Mei 2018 ni , mungkin menjadi hari sangat-sangat dinantikan ketibaannya ... bagi mereka yang first time mengundi ... antara yang amat teruja untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia adalah anak saudara aku Akmal Arif ... pertanyaan yang acapkali diajukan pada aku " ... di mana nak letak tanda ' X ' ???  " ... isk ! jangan lah serius sangat ... hehehehe


... Alhamdulillah , Akmal punya kesedaran yang amat tinggi bila berdebat ( debat ?? ... aku istilah kan debat sebab setiap pertanyaan mesti dia nak menjelasan lengkap dengan alasan ) pasal pilihanraya dan mengundi ... bagi aku lak mustahil untuk mengalah ... aku kan Mak Saudara !

... Pandangan peribadi yang aku cadangkan untuk Akmal adalah ... pergi dan dengarlah semua kempen-kempen yang diadakan oleh calon bertanding ... dengar , dengar dan dengar apa yang isu yang diutarakan dan apa lak penambahbaikan yang akan dilaksanakan ... apa yang diperjuangkan ... untuk diri sendiri ( calon bertanding ) ... untuk parti ... untuk bangsa dan agama ... atau untuk negara ... kena jugak pandai menilai karektor calon yang bertanding ... keperibadiannya ... pekertinya ... budi bicaranya ... yang penting hala tuju perjuangan ... dan cara berfikir " isk ! banyak nya " getus Akmal

"... Undi ni meskipun sekadar tanda ' X ' di atas secebis kertas kecil ... maknanya cukup besar pada pembangunan sahsiah , ekonomi , kesejahteraan dan kedaulatan sebuah negara tau ... ingat tu ... " pesan aku pada Akmal

... Pada hakikatnya aku memahami apa yang diinginkan oleh Akmal ... dia x minat pun cerita politik atau orang taksub kepada mana-mana parti politik , yang dia mahu kehidupan di negara ini aman dan ekonominya makmur



Saturday, April 28, 2018

... dari dalam diri


Tika hati diusik sebak
Ku damparkan diri
Dalam limpahan doa
Memohon takdirNya

Inginku rawat semua duga dan uji
Dengan senyuman
Agar di dahan
Pengakhiran
Berbungakan kemanisan

Dalam diam ku menadah tangan
Dalam sunyi malam ku bersujud
Itu saja kunci
Ketenangan
Kemenangan

 

Monday, April 23, 2018

Let's Read Together 2018




 

... Alhamdulillah , akhirnya semua keributan yang melanda dua tiga hari ... reda selepas pihak yang berkenaan berusaha sehabis daya untuk merealisasikan harapan dan pertanyaan mengenai bajet untuk LRT 2018 berjaya dipindahkan ke akaun semua yang terlibat ... mungkin juga keterujaan yang lebih kerana tidak seperti tahun-tahun lalu ... LRT dilaksanakan tanpa bajet khusus so LRT 2018 agak berbeza dan seharusnya lebih memberi impak yang positif dari segi penyertaan dan aktiviti sampingan yang dijalankan .

... 2018 juga memberi pengalaman baru untuk aku ... jika tahun-tahun sebelumnya aku juga sama seperti mereka yang lain ... berbincang ... merancang tetapi tahun ini , aku lebih kepada memerhati dan berbincang jika diperlukan ... fokus aku lebih kepada mengemaskini kerja-kerja failing yang sedia ada ... 

... Perancangan LRT 2018 Library tempat aku bermastautin sekarang adalah di SK Sungai Leman ... aktiviti yang dirancang adalah teka mukasurat buku ... kuiz spontan dan cabutan bertuah ... serta aktiviti wajib iaitu kempen keahlian ... secara kebetulan pada tarikh keramat ini juga Program Action Songs Sekolah Rendah peringkat Daerah Sabak Bernam akan diadakan di SK Seri Sekinchan ... hasil perbincangan ringkas dengan Cikgu Omar Hamsa ( PPD Sabak Bernam ) untuk selitkan slot LRT semasa aktiviti tersebut ... alhamdulillah dapat respon positif 

... Tahniah juga untuk Staf Library Sekinchan ... En. Azmi Ahmad yang bakal menerima Anugerah Peminjam Terbanyak 2018 ... tahun luck untuk beliau sebab sebelum ni dah terima APC 

... Moga program LRT 2018 yang akan berlangsung serentak seluruh negara  berjalan lancar seperti yang dirancangkan ... 10 minit adalah titik mula untuk cambahkan minat membaca ...!

Friday, April 13, 2018

Buku Nota



buku nota yang aku guna sejak dari 2016 hingga 2017
yang comel colour merah + hitam tu , aku dapat semasa perhimpunan pagi untuk kakitangan di Dewan Seri Bernam , JPS yang jadi host ... alhamdulillah banyak manfaatnya buku kecik ni dan antara buku nota yang paling aku suka dan sayang sebab ada diselitkan pen dan ada tali bergetah yang dapat mengelak kertas-kertas kecil yang aku selit antara helaian dari berterabur ... 😍😍😍
dan sentiasa ada dalam handbag

buku nota saiz buku budak sekolah tu pun aku dapat percuma semasa mengikuti Bengkel Asas Penulisan bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia ( ITBM ) di PPAS Shah Alam , aku dan Aan sukarela menawarkan diri untuk turut serta bengkel ni selama 2 hari . Buku nota ni aku selalu bawa atau guna untuk catatan ketika mesyuarat dan audit ... sebab lebih banyak ruang walaupun tiada garisan pada setiap helaian ...
waima kedua-duanya tidak lagi dapat berbakti tetapi apa yang dicatat didalamnya masih diperlukan sebagai rujukan

... Sikap suka mencatat atau merekodkan dalam buku nota aku ni dah berjangkit kat Ija ( Siti Khadeeja - anak saudara ) ... sentiasa ada buku nota kecil dalam beg dia ... " senang catat apa yang Ija baca , takut lupa " itu alasan Ija ... alasan budak sekolah Tingkatan Satu .

... Citer berkaitan aku dan catatan buku nota pun boleh jadi isu ... memang kelakar sangat , memang aku suka mencatat ... kat mana-mana ( tempat yang sesuai ) pun aku mencatat waima dalam kereta
( jika bukan aku yang memandu ) ... bagi aku alam ciptaan Allah adalah sumber ilham untuk aku menulis ... apa yang aku catat juga adakala aku share dalam blog ... sebagai ingatan untuk diri sendiri juga sebagai rekod akan aku ulang baca di masa akan datang .


... Untuk 2018 pun telah aku sediakan dua buku nota kecil yang boleh masuk dalam handbag ... satu untuk mesyuarat dan satu  lagi untuk aku catat apa sahaja berkaitan kerja dan hal-hal lain ... ingatan untuk diri sekali lagi pantang larang yang harus aku patuhi ( kalau aku ingat lah 😏😏 ) pertama : jangan berani mencatat apa-apa jika singgah mana-mana lokasi yang ada hubung kaitan dengan kerja , sekadar lihat dan senyum sahaja dibenarkan ( simpan semua yang dilihat , balik rumah baru catat ) ... kedua : jangan berani ambil gambar ( kecuali ada surat arahan πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„) atau setelah memdapat kebenaran ... ketiga : jangan berani bertanya itu ... ini ( kecuali untuk dapatkan fakta sahaja ) kerana dibimbangi akan menganggu emosi dan menyentuh sensitiviti yang menyebabkan gangguan perasaan serta menjejaskan kualiti kerja .... keempat : jangan berani memberi cadangan ( kecuali diminta berbuat demikian ) kerana ia akan dianggap mengkritik dan menimbulkan pandangan negatif .

... Ingatan dari seorang sahabat " lalui fasa-fasa terakhir ini dengan sesuatu yang bermakna untuk dijadikan memori indah ketika melangkah meninggalkan kerjaya ... terus istiqomah "

Friday, March 23, 2018

kesibukan yang bisu


Kesibukan yang bisu
hanya riuh suara kanak-kanak
bergema saling berbalas ketawa
situasi yang sama aku lalui
menekan kekunci key board dan mata tak lepas dari screen
rutin harian yang tidak pernah berubah
sejak lama dulu

Kesibukan yang bisu
menjelajah dari rak ke rak
pusing keliling di segenap ruang yang sederhana luas
kedinginan aircond terasa nyaman
ralit dengan buku tanpa sedar cepat waktu berlalu

Kesibukan yang bisu
tanpa suara
tanpa visual
hanya ada DIA

Monday, March 19, 2018

PESTA BUKU SELANGOR 2018


PESTA BUKU SELANGOR 2018
" MEMBACA  mencetus KREATIVITI "

... Pesta Buku Selangor kembali lagi , di lokasi yang sama macam tahun lepas iaitu Pusat Konvensyen Shah Alam ( SACC ) ... tarikh 29 Mac - 8 April 2018 ... aku suka posternya guna imej karikator karton amat  menepati slogan Membaca mencetus kreativiti .
~~~~  moh le kite shopping buku ~~~~

... tahun lepas aku pergi dua kali sebab bawa pengguna perpustakaan buat lawatan ke RATU ( Perp. Raja Tun Uda - PPAS ) dan Pesta Buku Selangor 2017 ... memang bestlah ... x perasan RM dot ... dot ... dot  telah meninggalkan dompet ...😍😍😍😍  tapi x rasa menyesal pun sebab harga buku memang less kaw-kaw ... tahun lepas aku x fokus sangat nak beli novel ( novel aku beli online ) ... aku beli buku kanak-kanak untuk cucu ... cucu ???
dan buku ilmiah serta motivasi jer  ... tahun 2018 ni ada gak yang tanya nak buat rombongan lagi ke ... kalau buat dah ada yang nak follow ... ntah ye ... sebab dah dok jauh ni ...  dan belum dapat ilham lagi ... hehehe

Wednesday, March 14, 2018

ole-ole dari Vietnam

magnet freezee dan key chain
ole-ole dari Vietnam
TQ
Ella

Thursday, March 8, 2018

... tak terlihat dek mata tapi dapat dirasa


 ... Sesungguhnya dalam kehidupan ini samada kita bahagia atau derita , tenang atau tertekan , semuanya bermula daripada kawalan minda. Jika kita pandai mengawal fikiran melalui minda , emosi akan terjaga , dan akhirnya tindakan akan lebih rasional dan terkawal ... Aku berusaha untuk tidak menjadi orang yang dipengaruhi oleh persekitaran tetapi menjadi orang yang positif dan mempengaruhi orang dan persekitaran negatif menjadi positif ... analoginya jadilah kita seperti ikan di lautan , tidak menjadi masin biarpun hidup di dalam air laut yang masin .... 😊😊😊😊

... Minggu ini aku lalui dengan cabaran yang tidak diduga ... menerima dan melaksanakan arahan adalah sesuatu yang biasa ... tetapi ianya menjadi amat luar biasa bila arahan datang dari dua penjuru untuk tugasan yang sama ... aku bertindak mengikut arahan dan rasionalnya  menyelesaikan tugasan ... pertimbangan dan perbincangan juga termasuk dalam skop sebelum tindakan lanjut diambil ... setiap pergerakan dan tindakan aku merujuk kepada pegawai yang memberi arahan tugas tersebut ... x tahu mana silanya ... isu pertindihan arahan tugas ini menjadi sesuatu yang amat merimaskan dan menimbulkan prasangka yang tidak berkesudahan.

... Aku berusaha untuk tidak terlalu memikirkan dan meneruskan tugasan yang lebih menjadi keutamaan ... biarlah prasangka itu terus bertebaran kerana aku tidak berupaya untuk menyekatnya waima ada ketika aku merasa letih sangat untuk melaluinya tetapi kata-kata semangat dari sahabat sentiasa menjadi pendorong untuk aku kekal positif ... x perlu ramai kawan untuk memahami kita cukup hanya Allah tahu apa yang ada dalam hati kita ... gembira dan tenangnya kita bukan sebab dunia di sekeliling kita betul tetapi dunia di sekeliling kita betul sebab kita gembira dan tenang ... alamak ! berbelit punya ayat ... harap difahami maqasid yang tersirat . 

... Kata Prof. Dr. Muhaya Muhamad yang aku catat dalam buku nota kecil hasil pembacaan dari akhbar Mingguan Malaysia 7 Januari 2018 ... mengenai ketenangan dan kebahagiaan ... Bagaimana hendak menjadi seorang yang tenang ? Lakukan 5 perkara setiap hari dalam hidup kita ( saja nak share sebab kita x langgan akhbar ini ) ... 
Pertama  
 " betulkan niat kita setiap hari "
bermula terjaga dari tidur maka bermulalah kehidupan kita untuk hari itu
ini bermakna bermulalah ujian Allah sama ada baik atau buruk yang direncanakan-Nya untuk kita
tanpa kita boleh mengelak
seharian kita ditempat kerja , niatkan untuk menjadi pekerja yang amanah dan dedikasi
betulkan niat kita untuk jaga silaturahim , dengan niat menjadi seorang pemurah suka memberi,
membahagiakan orang , sentiasa mendengar dan menghargai,
maksudnya di mana pun kita berada perbetulkan niat untuk mendapat redha Allah

Kedua
" Ikhtiar dengan bersungguh-sungguh "
niat adalah proses kehidupan yang berlaku dalam hati
ikhtiar adalah proses kehidupan secara fizikal atas dorongan niat yang telah kita tetapkan di hati
  
Ketiga
" Bersihkan hati "
bersungguh bersangka baik

Keempat
 " Jadilah pemerhati diri sendiri "
muhasabah diri untuk melihat kekurangan diri dan perbetulkan diri

Kelima
 " minta maaf dan memaafkan "

Allah anugerahkan kepada kita kecergasan akal , yang boleh menentukan emosi kita
dan emosi itu yang menentukan tindakan kita
dan tindakan itu pula yang menentukan keberhasilan kehidupan kita 
Ketenangan
Kebahagiaan
Kesihatan
Kekayaan




" Sahabat tanpa syarat "


Aril & Ija

... Minggu lepas ada sembang-sembang dengan Ija ( Siti Khadeeja - anak saudara paling kecik dalam keluarga ) sekarang dah 13 tahun ... dah masuk tingkat 1 di SMK Ungku Aziz , Sabak Bernam , sejak aku bertugas di Lib Sekinchan ... semakin jarang aku dapat berbual dengan Ija , lagi pun Ija sekolah sesi petang ... aku pula sampai ke rumah paling awal jam 6.30 petang ... kalau aku memandu penuh berhemah dan sopan santun 6.45 petang baru sampai rumah ... memang x sempat nak singgah rumah Ija .

... " hari sabtu nanti ikut acik ke Lib Sekinchan ye " aku pelawa Ija untuk ikut aku kerja sebab hari sabtu kan x sekolah ... " kita ada kelas hari sabtu " itu jawab Ija ... " sabtu pun sekolah ke " macam pelik jer nada aku ... " kita masuk kelas elite lah cik ... memang ada kelas " jawaban lurus bendul ... hehehe ... " PT3 kan lama lagi " saja aku nak lihat sejauh mana dia leh bagi jawapan ... " cikgu yang pilih kita " jawapan Ija masih skema macam biasa ... bila aku dan ahli keluarga lain ketawa " kenapa semua ketawa ni " muka Ija dah cuak ... " Alhamdulillah ... cikgu pilih Ija , kena belajar bersungguh ... untuk PT3 nanti ... kalau dapat A ... acik up sikit bonus " janji aku " betul ni ... janji " jawab Ija teruja 

... Aku cuba risik-risik siapa kawan-kawan dia kat sekolah ... mana lah tahu sejarah lama berulang lagi ... Ija kata kawan-kawan masa sekolah rendah dulu hanya 2 orang sahaja yang sama kelas dengan dia ... satu lelaki , satu perempuan ... " ada x sesiapa yang berani buli Ija " soalan terus terang aku " mana boleh nak buli kita ... kita dah besar lah cik "  yakin jer bunyinya kan !  " budak perempuan yang buli Ija masa sekolah rendah dulu " terjah aku " ada ... tapi dia x satu kelas dengan kita ... dia kelas lain " itu jawab Ija ( macam x de perasaan punya jawab )  " Ija jumpa x dia " aku cuba provokasi Ija " mestilah jumpa masa gi kantin ... pagi-pagi pun selalu jumpa ... nape kalau jumpa ... bukan salah pun " jawapan boring Ija " acik bukan apa ... acik takut dia buli Ija lagi ... suruh angkat beg sekolah dia ... " itu jawab aku ... " acik , kita dah besar lah ... kita lagi tinggi dari dia " jawab ija dengan ketawanya " budak  tu mesti lagi besar dari Ija kan ! " jawab aku ... " dia x tinggi tapi gemok " jawab Ija sambil tayang gigi arnabnya ... " amboi ... pandai ngata orang gemok ... esok-esok awak gemok baru tahu "

... Alhamdulillah Ija dah lupa dan memaafkan kawan semasa sekolah rendah dulu yang sering ambil kesempatan diatas sikap x kisah Ija ... adakalanya aku rasa bersalah juga sebab semasa Ija kecik-kecik dulu ... aku selalu pesan jangan berat tulang untuk tolong orang ... dan budak macam Ija tu x boleh nak beza antara minta tolong atau ambil kesempatan ... sekarang ni aku yakin Ija dah boleh fikir dan menilai kawan-kawan disekeliling dengan lebih baik .

... Masalah salah menilai atau salah pilih kawan bukan berlaku pada budak kecil atau remaja sahaja ... kita yang dah dewasa atau peringkat umur veteran pun acapkali  terperangkap juga dalam situasi macam ni ... x payah nak cari contoh atau fikir pasal orang lain ... aku ... kamu ... dia ... mereka ... atau sesiapa juga pernah ... sedang ... atau akan melalui tanpa disedari , dan kita akan hanyut dalam istilah kawan karib atau sahabat akrab hingga jangka masa bertahun lama ... adakala sampai kesudah kehidupan ... kita x tahu seseorang yang kita anggap kawan karib atau sahabat akrab pekenakan kita ... hehehe

 ... Dalam era kemodenan yang adakala x terjangkau dek akal ni ... istilah sahabat atau kawan karib pun turut up great ... kalau dulu sahabat dunia akhirat ... la ni sahabat ikut status atau kasta juga kepentingan ... sebab istilah sahabat dah ada nilai ( boleh bayar ! ) ... macam pelik jer kan ! tapi inilah realiti yang berlaku sekarang ... sesekali cuba terjah kat muka buku ( bagi yang ada ek ... jangan godam orang lain punya ) ... untuk dapatkan like yang banyak serta komen ( komen yang positif sahaja ye ) atas perkara yang di post maka akan ada imbuhan menunggu ... dah jadi macam trend pulak ... " inilah era globalisasi kehidupan masakini ... memaknakan value sahabat bukan lagi keutamaan "

... Hari ini atau mungkin esok atau mungkin lusa atau mungkin hari-hari seterusnya ... ketika kita melangkah ... sematkan sentiasa dalam hati husnuzun ( bersangka baik ) dengan kawan karib atau kawan biasa atau sahabat akrab atau sahabat biasa ... dan doa moga mereka yang ada disekeliling kita mempunyai kefahaman memaknakan nilai sahabat sama seperti kita memaknakannya.

...  " Sahabat Tanpa Syarat " ...




Tuesday, March 6, 2018

Tahniah ... APC 2017



 Ela , Azmi & Zin
( gambar masa hari kejadian SACC Shah Alam - 26 feb 2018 )

terjawab sudah !!
siapa ??
siapa ??
 ... Tahniah ! Tahniah !  Tahniah !...
 En . Azmi Ahmad ( yang berbaju biru ) wakil Library Pekan Sekinchan
moga pengiktirafan ini memberi impak positif 
dalam kerjaya dan kehidupan

Ayu - yang ada ditengah-tengah tu
 ( gambar ni dirakam masa pertandingan pantun di PPAS Shah Alam 2016 )
Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !
Nor Seri Rahayu Mohd Radzali
PD. Tebuk Berihun
moga anugerah ini sebagai pembakar semangat
untuk berkhidmat dengan lebih baik


Saturday, February 24, 2018

.... siapa ??



siapa ... ??
x tahu 
siapa ... ??
x tahu 
hehehehe
fenomena biasa awal tahun
perasaan ingin tahu begitu meluap-luap
bagai air mendidih
spekulasi mula meniti bibir 
meneka dalam kesamaran
milik siapakah
APC 2017
26 Februari 2018
akan menemukan noktah
siapa ??
siapa ??
 
 

Wednesday, February 21, 2018

... menu pilihan



Kehidupan ini ada ketika macam memilih menu pilihan untuk dinikmati
ada menu yang aku suka tapi kamu x suka
menu yang kamu suka tapi aku pula x suka
aku dan kamu suka  menu tu tapi mereka x suka
hari ni aku terpaksa pilih menu sepahit jadam
kerana 
APC
semoga kepahitan ini
memberi kenangan
paling manis
buat mereka

Monday, February 19, 2018

... dugaanku

... bila gusi dan gigi sakit serentak serta bengkak
ini adalah masa yang sesuai
untuk rehatkan mereka dari bekerja
ini juga adalah 
masa terbaik
untuk 
menikmati
bubur nasi + ikan gelama asin
Alhamdulillah
sedap dan nikmatnya
 

Friday, February 9, 2018

... cerita dari hati seorang pekerja




... Alhamdulillah , aku memulakan kerjaya seawal usia 21 tahun ... terima kasih Lina ( anak sepupu ) yang bertugas di JKR masa tu tolong ambik borang jawatan kosong ... dan tolong isi serta poskan sekali surat tu ... ketika tu memang aku sepenuh masa kat rumah ... sambil tolong arwah emak menjahit ( arwah emak ambil upah jahit baju , kelambu pengantin dan apa jer yang ada kaitan dengan menjahit ) ... temuduga pertama aku x hadir sebab surat dapat dah petang ... esok lak temuduganya ... x sempat nak cari kenderaan  ... aku rasa kecewa sangat masa tu tapi arwah emak cakap " kalau kerja tu rezeki kita ... dapatlah tu "  

... Seminggu selepas tidak hadir interview pertama ... aku terima lagi surat panggilan untuk hadir interview semula ... Allahuakhbar ... berkali-kali aku baca surat tu , rasa macam mimpi lak ... kali ni sepupu aku Kak Rahmah dan suaminya ( ibubapa Lina ) janji nak hantar gi interview ni ... arwah emak jahitkan baju kurung baru untuk aku ... x tau lah siapa yang excited sangat antara mak atau aku ... hehehe

... Aku sampai di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ( PPAS - bangunan lama di Persiaran Indah )  yang tersergam indah tepat 9.00 pagi ... interview mula 10.00 pagi dan itulah kali pertama aku menjejakan kaki ke Shah Alam ... dan ini juga adalah interview pertama aku ... dalam perjalanan tadi Cikgu Rosnah ( kakak Lina  dan arwah emak pun ikut ) banyak beri motivasi macam mana nak menghadapi penemuduga ... mulakan langkah dengan kaki kanan dan jangan lupa senyum dan baca bismillah ' itu pesan ringkas arwah emak ... antara penemuduga adalah Pengarah PPAS ketika itu  Datin Paduka Shahaneem Hanoum ( dah arwah ) .

... Hari isnin minggu berikutnya , aku memulakan langkah sebagai warga kerja PPAS ... jawatan staf sambilan yang gaji dibayar mengikut hari bekerja ... rasa syukur sangat dan aku dimaklumkan yang pemilihan aku atas sebab kekosongan adalah di Daerah Sabak Bernam ... hari pertama bekerja memang aku kalut ... rasa segan pun ada ... aku ikut jer arahan dan mula menyesuaikan diri dengan Pn Zaiton Mohd Noor ( aku panggil Kak Eton ) dan En . Abd Hakim ( Perpustakaan Bergerak ) ... dua sifu ketika itu ... masa tu semua manual ... aku belajar susun kad keahlian peminjam mengikut turutan nombor perolehan ... shelving buku kat rak ... itu adalah subjek yang aku belajar untuk minggu pertama ... minggu kedua lagi mencabar sebab aku mula bersendirian mengendalikan kaunter pinjaman dan pemulangan ... berpeluh juga bila pengguna yang berurusan lebih dari seorang ...hehehe

... Masa terus berlalu , beberapa kali juga aku memohon dan interview untuk jawatan tetap tapi masih tidak berjaya ... kakitangan dan pegawai juga berselisih ganti ( bertukar ) tapi aku masih stay kat situ dengan status jawatan sama ... sehinggalah 16 Mei 1994 staf baru diambil mengantikan Kak Eton yang bertukar ke HQ kerana mengikut suami yang menyambung pengajian ... rasa lega dan gembira sebab ada geng ( rakan staf perempuan ) ... Bunga ( nama yang unik ) adalah sahabat pertama aku dalam PPAS ... banyak yang kami share pasal kerja ... awal September 1994 aku dan Bunga hadiri interview lagi untuk jawatan tetap ... 10 Oktober 1994 aku menerima surat arahan untuk bertugas di Perpustakaan Cawangan Tanjong Karang ... Pembantu Perpustakaan Tetap ... alhamdulillah , akhirnya penantian hampir 7 tahun berbaloi juga ... aku sebenarnya rasa gusar juga kerana memikirkan pelbagai spekulasi dan cerita-cerita mengenai tempat kerja baru ini ... lagi pun aku terpaksa naik bas dengan jarak 100 km ( pergi dan balik ) ... rasa teruja bila dapat jawatan tetap mula mengendur waima lagi ditambah dengan cerita-cerita negatif .

...  " kita x boleh nak ubah orang , tapi cara kerja kita insyaallah boleh ubah orang "  kata-kata ini ada kunci untuk aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi ... terima kasih kepada En. Mizuar Udin ( mantan pegawai PPAS ) yang sentiasa menyokong dan memotivasikan dalam menghadapi cabaran di tempat baru ... aku gementar untuk berhadapan dengan staf-staf senior yang dah berkhidmat bertahun-tahun , sedangkan aku baru menjawat dan x de pengiktirafan sebab x gi exam lagi pun ... " dari segi lama kerja mereka menang tapi dari jawatan kamu menang " ayat mantan pegawai ... aku mula tunjuk taring dan hati kering demi sebuah amanah yang digalas ... aku x tahu mengapa aku seberani dan setegar itu ... aku memahami dan sentiasa berusaha memahami setiap dari mereka ... sentiasa memberi peluang bukan sekali tapi berkali-kali ... mungkin kerana aku perempuan satu-satunya di situ ... tahun ketiga aku mula bertindak drastik demi perkhidmatan dan prinsip ... pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui mengubah aku jadi individu ' hati batu ' ( gelaran dari seorang sahabat ) ... ada juga yang berpandangan negatif dan mungkin ada yang terasa hati ... aku sendiri pun adakala macam nak mengalah jer ... biarlah segalanya macam sebelum aku berhijrah ... amanah dan amanat yang digalas membuatkan aku meneruskan juga .

... Sesuatu yang amat terkesan dalam diri apabila tindakan yang aku ambil ( meskipun ianya mengikut tertib dan disokong dengan bukti ) menyebabkan seseorang mengambil langkah drastik meninggalkan perkhidmatan ... berhari-hari aku memikul rasa bersalah sangat sehinggalah seorang staf yang lebih senior dari aku menerangkan dan menasihatkan dengan lembut " bila kita buat sesuatu yang betul dan kita yakin dengan tindakan kita ... teruskan ... dia berhenti atas pilihan dia ... lagipun memang dia bersalah ... tak jaga kerja ... tak jaga rezeki dia ... income dia diluar lagi tinggi dari gaji dia ... itu yang dia berani berhenti ... tak de siapa suruh dia berhenti ... arahan bertukar ... Mis pun kena tukar ke sini jugak kan " ... itu nasihat En. Hashim Kassim ( sekarang dah arwah - Al Fatihah )

... 16 tahun disitu penuh dengan warna warni ... staf silih berganti dan bersara , aku masih lagi tiada arahan bertukar ... sehingga aku beranikan diri menghantar surat permohonan untuk bertukar pada tahun 2004 ( aku dipanggil berjumpa pengarah dan dimaklumkan tiada kekosongan ... kekosongan yang ada untuk staf sambilan ) dan 2008 ( aku menerima maklumbalas tiada kekosongan ) kerana perkhidmatan desa jawatan penyelarasan ... selepas itu aku ambil pendekatan tunggu dan doa moga aku dapat berkhidmatan di daerah kelahiran ( sebab arwah emak tak sihat ) ... walaupun ketika itu aku dah memandu kereta dan berulang alik dari rumah ... tapi masa aku lebih banyak ditempat kerja dan perjalanan ... September 2010 aku dimaklumkan akan pertukaran staf dan nama aku antara yang tersenarai ... alhamdulillah , akhirnya walaupun di perkhidmatan desa ... ianya tidak menjadi masalah pada aku ... yang penting balik kampung halaman ... dua minggu selepas itu , aku dimaklumkan ada perubahan lokasi untuk aku berkhidmat ... dan aku masih beranggapan ianya khabar angin selagi x dapat surat arahan bertukar ... apatah lagi pelbagai berita bertebaran mengenai pertukaran ini kerana melibatkan ramai staf .

... Surat arahan pertukaran diterima dan diminta laporan diri pada 15 Okt 2010 di Perpustakaan Daerah ( tempat di mana aku bermula ) ... terdetik juga dalam hati " siapa yang aku ganti ni " kalau boleh aku x nak mengambil atau menggantikan ... kerana aku tahu bagaimana perasaan melalui situasi arahan bertukar ... aku memohon untuk tunda tarikh laporan diri kerana ingin menyerahkan tugas pada yang staf yang akan mengambil tempat aku ... 17 Okt 2010 adalah hari terakhir aku di Perpustakaan Cawangan Tanjong Karang ... terima kasih kepada Ela , Zam , Nora dan Hana yang adakan acara makan-makan ( nasi ambeng )  untuk aku ... Wisma PPAS tempat aku bernaung hampir 16 tahun ... kenangan manis aku terima pengiktirafan APC dan PJK di sini ... kenangan masam kelat aku dilabel ' detail sangat dan skema ' di sini dan kenangan sepahit jadam aku dianggap penyebab ' orang ' berhenti kerja ??? di sini.

... 19 Oktober 2010 aku mula bertugas di Perpustakaan Daerah sebagai staf baru ... rasa janggal dan sedih ( sahabat aku ditukar lokasi ) ... perasaan teruja berpindah hilang diganti dengan cabaran bukan sedikit ' Audit ' buat aku gementar ... banyak perkara yang wajib aku belajar dan mahir ... sistem virtua ( semasa di PPAS Cawangan x de sistem - guna manual ) ...  kena faham dan study fail-fail ( mak ai banyaknya ) ... menyesuaikan diri dengan cara kerja staf lain ( al maklum kami dihimpunkan dari latar belakang kerja yang berbeza sangat ) ... aku x kisah bekerja dengan sistem dan fail tapi aku memang gusar bekerja dengan staf  lain ... apatah lagi terdengar citer2 ... ada yang gusar kerja dengan aku ... minggu pertama aku bertugas ... aku dah buat seorang staf menangis ( x tahu apa sebab ... mungkin sebab cara aku agak agresif bila cakap pasal kerja kut ! ) ... Ann ( dari PPAS Pekan Dataran ) , Bib ( dari PPAS Pekan Sekinchan ) dan Ayu ( memang dari Daerah ) bergabung dalam satu team ... hehehe

... Aku risau kalau mereka x selesa dengan cara aku kerja ... seorang sahabat memberi pandangan  'staf perempuan agak emosional ... so pendekatan adalah perhati ... perhati ... perhati ... berhati-hati dan nilai ( alamak ! bocor rahsia ) ... perhati bermaksud ' faham perangai , cara kerja , pemikiran dan potensi ' ... berhati-hati bermaksud ' kenal hati budi , jaga peribadi ' ... dan nilai bermaksud  ' dot ... dot ... dot ' yang ini x leh nak share ... hahaha

... Ada ketika kita x perlu nak fikir sangat , apa yang orang lain fikir ... biar pun ada masa airmata ni mengalir tanpa disedari ... aku anggap inilah dugaan ... acapkali aku pujuk hati ' lakukan dengan ikhlas kerana Nya ' banyak juga tindakan yang aku lakukan tanpa perasaan ... yang aku fikirkan matlamat untuk selesaikan tugas ... apatah lagi bila audit ... aku tahu semua orang stress sebab ini adalah pengalaman pertama ... yang mungkin mereka x tahu adalah aku akan chek semua fail dan cuba hadam kandungan dan tata kerja sebagai persediaan bila ditanya juru audit ... walaupun fail itu bukan dibawah seliaan aku .

... Di sini juga situasi sama aku lalui ... staf bertukar ... mula seorang staf berpindah ( bertukaran jawatan ) dan awal Januari 2017 ... arahan bertukar untuk dua staf serentak buat aku rasa gementar meskipun menerima kemasukan staf baru ... mungkin kerana aku dah terbiasa kerja dengan mereka dan masing-masing tahu posisi dan bidang tugas serta tanggungjawab yang perlu disettlekan ... aku rasa kesendirian yang amat sangat ... apatah lagi untuk mengharungi audit ... memgambil alih tugas dan fail yang ditinggalkan ... menyusun semula jadual tugas ... menyesuaikan diri dengan situasi baru ... arahan tugas yang dulu aku share dan fikir tindakan secara bersama kini kena buat sendiri ... selalu aku ingatkan diri sendiri ... hikmah ... hikmah ... hikmah ...!

... Cabaran dan kesukaran hadir bersama hikmah tanpa kita sedari ... bila kita lakukan sesuatu dengan kesungguhan , insyaallah akan ada jalan penyelesaian dan dipermudahkan ... sejak mula kerja lagi aku tiada masalah dengan kerja ... dengan kertas-kertas ... dengan fail-fail ... dengan buku-buku ... dengan pengguna yang silih berganti atau arahan kerja yang adakalanya tidak termasuk dalam skop kerja pun ... aku tetap usaha untuk buat yang terbaik kerana aku anggap itu semua adalah ilmu ... 

... Awal Januari 2018 , aku melangkah lagi ke lokasi perkhidmatan yang baru ... kali ini arahan bertugas di Perpustakaan Pekan pula ... syukur alhamdulillah aku telah memenuhi atau merasai bertugas di semua perkhidmatan ( kecuali hq ) ... Daerah Sabak Bernam ( 1987 - Sept 1994 ) ... Cawangan Tanjung Karang ( Okt 1994 - 2010 ) ... Daerah Sabak Bernam ( 2010 - Disember 2017 ) ... PD. Tebuk Pulai ( 17 - 21 April 2017 ) ... Pekan Sekinchan ( Januari 2018 - hingga ?? ) 

... Cabaran dalam menjalankan tugas ada di mana-mana selagi kita bergelar pekerja ... yang paling penting adalah bagaimana cara kita mengolah cabaran menjadi pembelajaran , pengajaran dan pengalaman berharga ... sesekali aku juga menyelusuri laluan kenangan dari hari pertama bergelar pekerja hingga ke saat ini ... bukan sekali airmata ini menitis ... bukan sekali hati ini disakiti ... bukan sekali salah sangka bertebaran ... bukan sekali telinga ini mendengar diri diperkatakan ... bukan sekali tapi aku tetap meneruskan amanah ini ... kerana ini ibadahku ... kerana ini rezekiku ... kerana ini kerja yang aku pilih ... 

... Moga 9 tahun mendatang ini , aku mohon Ya Allah tetapkan hatiku untuk kekal istiqomah pada jalan Mu ... cekal hatiku hadapi cabaran ... bekalkan hatiku dengan sabar dan tabah ... amin.

Saturday, January 27, 2018

... cerita dari hati : seorang pelajar





... Alahamdulillah , tahun 2018 adalah tahun pertama dalam tempoh fasa terakhir aku dalam perkhidmatan atau dalam kerjaya ... ia juga mengingatkan aku ' sudah hampir 24 tahun bersama PPAS '  kalau dihitung dengan sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki ianya tidak berkecukupan , itu sepanjang aku berstatus jawatan tetap ... kalau ditambah dengan hampir 7 tahun hitungan semasa berjawatan sambilan ... separuh dari usia ada bergelumang dengan buku .

... ' Acik memang cita-cita nak kerja dekat perpustakaan ye ' itu ayat dari Siti Khadeeja ( anak saudara yang la ni terpilih sebagai pustakawan di Pusat Sumber Sekolah ) ... ' ermm ... ntah , masa sekolah dulu Acik x de cita-cita nak jadi apa ... belajar jer  ' jawapan ikhlas aku dari hati ... hehehe

... Zaman sekolah rendah memang aku x de simpan cita-cita nak jadi apa bila besar ... masa tu aku pergi atau kena pergi sekolah ... sebab memang bebudak kena belajar membaca ... mengira ... hafal sifir ... kena gi mengaji ... itu adalah tanggungjawab yang digalas bila jadi bebudak ... apatah lagi masa tu aku tergolong dalam golongan murid yang biasa-biasa sahaja ... arwah emak dan bapak pun x lah memaksa sangat ... tapi aku tahu arwah emak memang ambil berat pasal pelajaran ( walaupun arwah emak x tahu membaca ) sebab aku dan adik beradik lain tidak berpeluang ponteng sekolah kecuali sakit atau deman ... arwah emak garang ... x de siapa berani ponteng sekolah ( bila ingat arwah emak dan arwah bapak ... aku mesti sebak ... al fatihah ) ... keputusan Penilaian Darjah 5 pun x de lekat A ... hanya ada B dan C 

... Masuk ke sekolah menengah ... bermulanya fasa remaja dan giler2 belajar sebab aku mula rasa segan kalau dapat nombor-nombor terakhir dalam kelas ... dalam kelas ada pelbagai kaum ... so cara aku belajar pun agak up date sikit ... aku mula dengan buat nota kaki ... aku ni jenis senyap dan x berapa ramai kawan ... arwah emak lak x suka aku bertandang kat rumah kawan untuk study group ( istilah budak sekarang ) ... aku memang belajar sendiri dan dibantu oleh sepupu sebelah rumah ( bertugas sebagai guru ) yang kerap belikan buku rujukan dan kerap juga hulurkan belanja sekolah untuk aku ... arwah emak selalu cakap ' belajar betul-betul boleh jadi cikgu ' ... masa tu baru le aku ada angan-angan nak jadi cikgu ... rasanya itu adalah cita-cita pertama aku ... hehehe

... Masa tingkat 3 , aku mula dilanda gundah gulana sangat (  istilah orang sekarang  stress kut !) sebab x lulus SRP ( Sijil Rendah Pelajaran ) x leh nak masuk tingkat 4 ... masa tu aku selalu fikir apalah yang dapat aku buat dalam umur 15 tahun kalau gagal SRP ... aku mulakan dengan belajar bersungguh untuk subjek matematik ( sebab aku ada baca artikel kat surat khabar masa tu ... antara ayat yang aku ingat sampai sekarang adalah - untuk jadi orang berjaya kita kena tahu apa kelemahan kita ) waima kalau x lulus Matematik dan Bahasa Melayu maka gagal keseluruhannya ...
terima kasih kepada Cheong Choi Fun , Bee Yok Chai dan NoorKhasanah yang sentiasa membantu aku dalam subjek ni ... dan sebagai timbal balasnya ... aku bantu Choi Fun dan Yok Chai untuk Bahasa Melayu ... itupun mana yang aku tahu jer ... al maklumlah aku pun macam diorang jugak .

... Syukur alhamdulillah dapat masuk tingkat 4 ... arwah emak masak pulut kuning dan gulai ayam kampung untuk disedekah kepada jiran-jiran ... nazar katanya kalau aku dapat sambung belajar lagi (itu lah arwah emak ... setiap kali aku ada peperiksaan beliau akan puasa ... terharu sangat ) ... masa tu tingkatan 4 adalah masa yang happy sangat sebab x de exam besar ... bagi aku x de masa nak gembira sangat sebab SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ) lagi le aku gerun ... dan tahun ni juga banyak dugaan dan cobaan yang menggugat jiwa remaja ku ... hehehe

... bak kata pepatah " adat anak muda menanggung rindu , orang tua memendam rasa " ... pertama kali terima surat salam perkenalan dari seseorang yang ingin menjalinkan persahabatan ... surat dimasukkan dalam beg sekolah ... bila malam nak buat homework jumpalah surat tu ... aku pun baca berkali-kali sebab ' budak skema ' macam aku ni pun ada yang nak berkenalan ke ? ... sejak dari itu aku mula tertanya-tanya dan tercari-cari siapalah gerangan pemberi surat itu ... meskipun kiriman surat itu tidak berlanjutan ... mungkin putus asa kerana tidak pernah sekali pun aku membalasnya ( sebab x tahu siapa pemberinya ) ... hingga sekarang aku masih tidak mengetahui siapa pemberi surat itu ... hanya hari terakhir persekolahan semasa tingkatan 5 , aku menerima satu bungkusan berbalut kemas yang di dalamnya satu novel ' Badai Semalam - karya khadijah Hasyim ' ( buku ni adalah buku kajian untuk subjek sastera ) dan secebis kertas kecil yang tercatat " Saya sentiasa doakan Mis berjaya dan bahagia " dan ditandatangan dalam tulisan jawi.


... Semasa menunggu keputusan SPM , aku belajar menaip dan trengkas ( masa tu komputer x de  ) ... sempat juga aku ada Sijil Menaip Rendah ( trengkas aku belajar 3 bulan jer x dapat sijil pun ) ... bila pengumuman tarikh keputusan SPM dikeluarkan ... aku rasa gementar juga sebab takut gagal , malu tau dengan sepupu sepapat yang sebaya ... aku dapat pangkat 2 dan mula memohon untuk masuk tingkatan 6 ...  masa tu pelajar bersaing nak masuk tingkatan 6 dan sekolah yang ada kelas tingkatan 6 pun x banyak ... memang rasa kecewa bila pemohonan ditolak ... dan aku terpaksa menolak tawaran untuk belajar di IPTA ( sekarang dah jadi universiti ) kerana kekangan kewangan ( dulu x de PTPTN ) ... sementara dapat tawaran lain , aku sambung lagi belajar menaip untuk Sijil Menaip Menengah ... 

... Jun 1985 aku ditawarkan belajar di Pusat Latihan Pertanian Manong ( PLPM ) , Kuala Kangsar , Perak ... hati aku berbelah bagi antara nak pergi dengan tidak ... lagipun aku x pernah  jauh dari  keluarga ... macam-macam yang aku fikirkan ... alhamdulillah bila ada rakan lain pun dapat tawaran yang sama ... arwah bapak sewa kereta sebab nak hantar aku ... masa tu arwah emak pun ikut sekali ... aku rasa sayu dan sepanjang perjalanan aku dah x nampak permandangan cantik lagi ... hanya jiwa rasa celaru memikirkan bagaimana aku nanti .

... Pembelajaran aku tentang kehidupan bermula di PLPM ... duduk dalam dorm beramai-ramai ... katil lak 2 tingkat ... masa aku sampai untuk laporan diri ... member aku yang  sampai awal dah siap chop kan katil untuk aku ... dia tidur bawah dan aku tidur tingkat atas ( dia kata sebab aku kecik dan kurus ... ermmm sabo jer ! ) ... bulan pertama adalah cabaran paling teruk aku rasa ... aku adalah satu-satunya dari Selangor ... menyesuaikan diri dengan pelajar lain ... dengan loghat ... dengan makanan dan suasana sejuk bukit ... thanks kat Kak Tirah , Kak Sobah dan Mimie yang sentiasa buat aku rasa selamat dan tenang ... aku suka mengajuk-ajuk gaya percakapan dan loghat ' Os ' bila bercakap ... walaupun bunyinya macam kasar tapi nice kan ... 

... Pesan arwah emak ' duduk tempat orang jangan keras hati ... kena sabar ' ... sebab itu aku hanya bersabar jer bila ada yang ambik kesempatan di atas kesabaran itu dengan meletak baju-baju kotor untuk dibasuh dalam baldi aku ... dan aku lak malas nak gaduh tolong basuhkan ... hingga satu hari Kak Tirah tegur kenapa aku nak tolong basuh baju orang lain ... bila aku cakap x tahu siapa yang letak dalam baldi aku ... Kak Tirah nasihatkan bawak baldi aku masuk dalam dorm dan letak jer bawah katil ... adakah ini termasuk dalam kes buli dan aku adalah mangsa buli ... hehehe

... PLPM memang best sebab aku belajar semua tentang pertanian dari teori dan amali sekali ... dari tanaman kacang panjang sehingga kelapa sawit , getah ... dan padi ( walaupun Sabak Bernam adalah Periuk Nasi Negeri Selangor ) ... kat sini juga aku berpeluang memandu jentera bajak tanah untuk buat batas ... sesuatu yang buat aku seriau adalah pacat dan lintah ... aku dicadangkan untuk sambung kursus di IPBL( Institut Pertanian Bumbung Lima ) ... berhari-hari juga aku memikirkan perkara ini sebab aku dah mula suka dengan sektor pertanian tapi bila memikirkan pacat dan lintah ( macam kelakar kan ! ... tapi itulah realitinya ) ... aku ambik keputusan untuk balik kampung ... rehat sambil cari peluang untuk belajar atau bekerja ...

... Alhamdulillah ... akhir 1987 aku memulakan kerjaya bersama PPAS sebagai staf sambilan ... maka berakhirlah juga tittle pengganggur selama hampir 4 bulan selepas keluar dari PLPM

Monday, January 22, 2018

... Jom ke FESBUK 2018


Aktiviti menarik selain dari jualan pelbagai buku 
antaranya :
Scooter Ride
Wall Climbing
Archery
Sand Art
Magic Show
Healthy Talk
Know your acupunture point
Dance with Maskot
Colouring Contest
Kids Fashion Show
FREE Health Check Up
Baloon giveway
Pertandingan Bercerita
ZUMBA with Zin Nurin
&
KEMUNCULAN
IRONMAN , BATMAN & CAPT AMERICA

*** tolong promosi ***
datang ramai-ramai ye 
aku ??
insyaallah

Friday, January 19, 2018

FESBUK 2018

... FESTIVAL BUKU DAN KANAK-KANAK 2018 ... 2 - 4 Feb 2018 ... 10.00 pagi - 10.00 malam
promosi awal untuk FESBUK 2018 ...lokasinya di SACC , Shah Alam ...insyaallah lepas mesyuarat 23 Januari ... aku akan share pengisian sepanjang berlangsungnya Festival Buku dan Kanak-kanak 2018 .

Tuesday, January 16, 2018

selesai


... Alhamdulillah  ...  selesai sudah Laporan Aktiviti Budget 2017 dan telah diserahkan ke Unit Perkhidmatan Rangkaian pada 15 Januari lepas ... rasa lega sangat dapat diselesai meskipun tidak lengkap sepenuhnya ... mengambil masa hampir sebulan kerana masalah teknikal yang tidak terungkap dengan kata ... dan aku pun tiada niat untuk mengulas hanya secebis harapan moga apa yang berlaku ini tidak berulang di tahun 2018 ... terima kasih pada sahabat yang memahami dan banyak membantu semasa proses mengumpul maklumat yang amat bermakna bagi aku tapi mungkin tidak bagi orang lain .

... terima kasih juga kepada rakan setugas kerana amat memahami dan memberi ruang yang selesa untuk aku menyelesaikan semua amanah ini ...


proses pengasingan dan semakan yang terakhir


JILID 1


JILID 11

selesai




Wednesday, January 3, 2018

... 2018


... Alhamdulillah dan terima kasih kepada tuan rumah berusaha memberi ruang yang begitu selesa dan amat dingin ( ada 2 unit aircond dalam bilik ni , cer bayangkan kalau dua-duanya ON ... bisa beku ) untuk aku menyelesaikan tugasan yang di amanah sepanjang tahun 2018 ... masih dalam proses menyelesakan diri sendiri ... sebenarnya aku agak teruja untuk misi dan visi 2018 ni ... moga Allah permudahkan segala dan insyaAllah ... aku berusaha untuk istiqomah ke arah sesuatu yang lebih bermakna ... ameen.






Friday, December 29, 2017


... bagaikan kapas




... Alhamdulillah , 2017 dah sampai ke penghujung ... 365 hari telah dilalui dengan pelbagai rencah kehidupan ... banyak kenangan yang Allah berikan ...pahit , manis , airmata , gembira , marah , sakit hati semua bersatu sebagai cabaran dan dugaan ... selalu aku ingatkan diri sendiri  ' Inilah Kehidupan ' ... bagaimana pun cara kita melaluinya semua duga dan cabar ini hanya Allah sahaja yang tahu ... 

... Di penghujung hari-hari terakhir ini juga , aku masih bergelut dengan situasi yang sama saban tahun ...' tak tahu mana silapnya ... ' itulah persoalan yang sering berlegar di minda ... aku pujuk hati sendiri ...' tiada siapa yang salah , apatah lagi silap , mereka semua x salah ... mereka semua x silap ' yang salah dan yang silap itu adalah aku kerana  membuka ruang untuk mereka ulangi salah dan silap sama ... itulah aku

... Ya Allah ... berikan aku ketabahan untuk selesaikan amanah ini , meskipun hati rasa sesuatu ... helai kertas yang aku terima tetap diusahakan untuk jadikan yang terbaik ... x perlu fikir lagi pasal siapa yang menghantar helai kertas itu ... tapi fokus untuk buat yang terbaik ... melihat helaian kertas ini juga membuatkan aku merasakan nilai jujur bagaikan kapas .

... Moga tahun 2018 yang bakal menjengah beberapa hari lagi akan ada sesuatu yang menyentuh jiwa nurani kita ... bisik pada hati " apa sahaja yang kita beri pada orang , tidak mustahil kita akan terima sama seperti apa yang pernah kita berikan " 
 

Wednesday, December 6, 2017

... sedaya mungkin



... Alhamdulillah , proses pack buku masuk kotak dah selesai sepenuhnya ... proses sumbangan buku dan rak juga telah berjalan , ada sekolah  dah pun mengambil buku-buku dan rak yang disumbangkan ... tergambar rasa kesyukuran dan keceriaan teramat sangat kat wajah cikgu-cikgu yang bertungkus lumus memilih dan membuka rak serta memindahkannya ke lori ... macam dapat durian runtuh ... hehehe

... kalau ikut perancangan dah selesai lagi awal tetapi sebab stok kotak x de maka beberapa hari proses masukkan buku dalam kotak jadi terbengkalai ... terima kasih kepada sahabat yang berkampung beberapa hari kerana membantu semua proses perpindahan ini ... tiada apa pun yang dapat diseri sebagai tanda terima , sekadar doa semoga Allah permudahkan tugas di tempat masing - masing ... nak janjikan APC pun kita bukan sesiapa ek ! hahaha

... ini adalah post terakhir aku di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam sebelum memulakan tugas di lokasi baru minggu depan , insyaaallah ... alhamdulillah sekali lagi aku diberi peluang merasai nikmat dan pengalaman baru di Perpustakaan Pekan pula ... ini kali di Perpustakaan Sekinchan  ... walaupun agak jauh dari rumah ... layannn jer !

... bila melihat suasana sekeliling yang lapang ni ... aku rasa sesuatu dalam hati ... rasa sayu pun ada sebab setahun akan meninggalkan bangunan penuh nostalgia ni ... rasa lega sebab akhirnya proses naik taraf dan rebranding terlaksana juga selepas setahun tertangguh ... meskipun proses dokumentasi dan persiapan untuk perpindahan agak meletihkan , disamping arahan pelaksanaan yang sentiasa berubah ... banyak juga emosi tersentuh atas perkara-perkara yang adakalanya diluar jangkaan dan bidang kuasa tugas ... terpaksa juga aku harungi walaupun perit ... itulah pengalaman yang membuat aku rasa kuat ... mungkin ada yang terasa hati atau menyimpan perasaan ... hanya maaf yang dapat aku lafazkan ... kepada sahabat yang memahami situasi aku , terima kasih kerana sentiasa ada ketika aku melalui fasa-fasa mencabar itu ...moga Allah permudahkan urusan kalian ... amin

... selalu aku ingatkan diri sendiri ... kalau ikhlas itu terang bak bulan purnama , selindungkan ia disebalik awan ... kalau keletihan terpancar di raut wajah , sembunyikan ia dengan senyuman ... itu yang aku usaha untuk beri kegembiraan pada mereka yang ada disekeliling .

... insyaallah ... minggu depan akan memulakan sesuatu yang baru ... misi yang baru ... suasana yang baru ... semangat yang baru ... wajah yang baru ... ops! mustahil untuk wajah baru kan ... hehehe


Friday, November 17, 2017

... lupakan sementara


Lupakan sementara 
kerja
...
time to rest
20 .. 21... 22
November 2017

Saturday, November 11, 2017

Cik Pa




Cik Pa lena bersama 6 anaknya

masing-masing dengan gaya tidur yang tersendiri

Cik Pa dengan anak angkat ... Si Omel ( ntah sape buang dia kat ofis )

Thursday, November 9, 2017

... kerana sayang




... ingat x masa kecik-kecik dulu bila mak marah , mesti kita ingat mak x sayang kita ... mulalah  jauh hati dengan mak ... bila mak cubit sebab dok sibuk dengar dan menyampuk orang tua bersembang ... kita rasa mak x sayang kita ... mulalah merajuk x nak makan ... dan mak akan pujuk ... pujuk ... dan pujuk tanpa rasa jemu .

... ini cerita minggu lepas , masa sembang-sembang dengan Siti Khadeeja ( anak saudara paling kecik ) ... dia ada cakap sesuatu yang buat aku gelak terbahak " eh gitu ke ... baru hari ni acik tahu ... terima kasih Ija sebab berani cakap perkara sebenar ... kalau tak sampai bila-bila pun acik tak tahu " itu reaksi aku ... Allahukhbar ... x sangkakan ... banyak perkara yang kita lakukan dengan nawaitu yang begitu ikhlas tapi menimbulkan prasangka yang lain pulak dah ! ... apapun aku memang respect kat Ija sebab perangai hampir sama dengan aku ... kalau betul kenapa nak takutkan ... hehehe

... semua anak saudara ,  dah tahu sangat perangai aku ... sebab tu bila buat sesuatu dan timbul masalah ... masing-masing dok senyap x berani buka mulut untuk bersuara ... tapi akhirnya aku tahu juga ... x perlu nak susah payah korek rahsia sebab aku pasang spy ... hehehe ... so terpaksa diorang berbanyak sabar mendengar tazkirah panjang lebar berserta positif thinking ( ... tapi istilah diorang adalah ' berleter ') ... " acik x kecik hati pun apa korang nak cakap apa... sebab acik tegur ... berleter kerana sayang ".. itu ungkapan yang sering sangat aku lontarkan kat diorang .

... kekadang tu , aku terbawa-bawa perangai ni sampai ke tempat kerja lak ... maaflah ye ... siapa yang kenal rapat atau pernah kerja bersama akan faham ... ada ketika rasanya aku bukan berleter tapi share atau saling ingat mengingat sesama sendiri ... bukan kerana benci tapi kerana sayang ... so kepada sahabat handai ... rakan taulan yang sebelum ni mungkin ada kaktus dalam hati , abaikan jer ... sebab korang adalah antara sahabat handai ... dan rakan taulan yang aku sayang ... hehehe

... ini citer 2 hari lepas ... masa aku sedang khusyuk menyiapkan statistik untuk bulan oktober ... tetiba ada pengguna ( 2 remaja perempuan ) yang masuk untuk study ... seperti lazimnya , perkara pertama adalah sedekah dengan senyuman ... kedua adalah mohon maaf dan beri info berkaitan penutupan sementara serta perpustakaan rebranding ... ketiga adalah memberi info perkhidmatan  yang paling hampir dengan tempat tinggal mereka .

... al kisahnya adalah komen spontan dan jujur lagi tulus dari mereka ... bila aku cadangkan perkhidmatan yang hampir dengan kediaman mereka ... ops  !! hehehe ... aku x nak komen apa-apa sekadar senyum jer ...  tuan empunya pun dah sendiri dengar , so fikir apa sebenarnya ... aku pun x de keinginan nak buat penjelasan lanjut ... dan tidak juga terasa nak ulas atau apa-apa yang sama ertinya dengannya ... kalau tegur tanda kita sayang ... kalau x tegur tu ...? ... faham-faham sudah !

...

Friday, November 3, 2017

.... dengan jiwa


... hari ni dengar tazkirah berkaitan kerja ... bagus juga sebab di tempat kerja kan ... mestilah cerita pasal kerja ... antara pengisian yang dihujahkan " .... bekerja dengan jiwa " aku setuju sangat ... yelah kalau kerja tidak dengan jiwa susah juga .

... bab kerja ni agak sensitif untuk dihujahkan secara panjang lebar ... so aku ambil pendekatan lebih kepada mendengar sahaja daripada melontar pandangan ... bukan x nak share pandangan tapi nak elak salah faham ... kita ni bila ada sesuatu yang dibicara selalunya mencetuskan pemahaman dan pandang yang amat berbeza daripada maksud yang sebenarnya ... kita hanya ambil yang tersurat dari yang tersirat  ... penghujungnya jadi berselirat dan bertegang urat atas perkara-perkara yang tidak memberi manfaat pun .

... dengan jiwa atau tidak , hanya diri sendiri yang tahu ... penilaian luaran biasanya tidak dapat menterjemahkan apa yang ada dalam jiwa ... aku sendiri masih samar pengertian bekerja dengan jiwa ni ... al maklumlah selama ni aku bekerja kerana itu adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu aku selesai serta bersungguh dalam melaksanakan kerana mencari redha-Nya ... x pastilah dengan jiwa atau tidak ... hehehe

...  wallahuaklam ...

Wednesday, November 1, 2017

Perangkap hati ...




..." Allahuakhbar , sabar lah wahai hati " berkali-kali aku lafazkan untuk kekal positif dan bersangka baik dengan situasi yang ku lalui ini ... aku faham sangat semua orang ada masalah sendiri tapi tentu tidak adil untuk meletakkan masalah itu kepada orang lain ... alangkah baik dan bersyukurnya jika ada masalah ... fikir dan cari jalan penyelesaian bukan saling menuding jari ... sebab yang menjadi mangsa adalah kita-kita yang hanya melaksana berpandukan arahan ... arahan dan arahan , apatah lagi jika arahan diterima dari pelbagai sudut serta bertali arus dengan versi yang sentiasa berubah .

... inikah perangkap hati yang acapkali disebut dalam beberapa buku yang aku baca ... istilah perangkap hati ni bila mana dalam memberi komen atau membuat keputusan lebih mengikut kata hati daripada menggunakan akal fikiran ... ada ketika bukan sebab arahan tidak rasional tapi emosional terlebih kepada yang memberi arahan ... hehehe

... bila hati dah terperangkap dalam emosional maka apa jua arahan waima yang mudah untuk dilaksana menjadi rumit dan begitu menyusahkan ... ibarat " gajah sama gajah beradu tenaga , sang kancil mati tersepit kat tengah-tengah " itu cerita dulu ... la ni kalau gajah nak beradu tenaga biaq pi lah ... sang kancil akan cari akal untuk selesaikan masalah ... x gitu !