Tuesday, August 28, 2007

.... yang terakhir ?

salam hebat buat semua,

... setelah hampir seminggu dihantui kesibukan kerana terlibat dalam mengendalikan program akitiviti pengguna sempena kemerdekaan ..... hari ni baru aku berkesempatan membaca mail dan menulis kat blog ni .... sambil tu layari jugak blog sifu dan lindunganbulan ... rasa lega dan merdeka kerana segala perancangan yang diatur lebih dari sebulan dapat dilaksanakan dengan jayanya .... itu pada pandangan aku le ... tapi tak la pandangan orang lain lak ... sukar untuk puaskan hati semua orang kan ...
... walaupun aktiviti tu dah berlalu ( ... sabtu lepas ) tapi keletihan nya masih terasa ... hasrat hati nak cuti ..... nak rehat kan fikiran tapi terpaksa dibatalkan kerana banyak urusan perlu diselesaikan sebelum menghadiri kursus USP kat D'Palma Inn, Ampang bermula 1 - 6 Sept 2007 .... sebenarnya mengendalikan aktiviti bukan perkara baru bagi aku ... sebelum ni pun aku sering diterlibatkan tapi ..... kali ni mungkin aktiviti yang terakhir untuk aku .... entah lah rasa aku dah penat dan serik .....
... adakalanya kerenah dan kesukaran komunikasi antara kakitangan bawahan dan pihak yang ada di atas buat aku jerih dan putus asa ..... sebenarnya bukan pujian atau sanjungan yang diminta sekadar kerjasama dan keprihatinan sudah memadai .... aku teringat frasa terakhir yang terdapat dalam senarai tugas ada tertulis ' sedia menjalankan yang diarahkan dari masa ke semasa ' ..... aku sentiasa bersedia atas segala arahan meskipun sebagai manusia biasa adakala perasaan tidak puashati tu tetap ada ....
... meskipun majlis sudah berakhir .... aku masih memikirkan adakah semua kekawan puashati atau sebaliknya ..... ajk program telah berusaha untuk memberi yang terbaik .... aku sedikit terkilan kerana sedikit masalah timbul masa pendaftaran tempohari .... hanya kerana sikap segelintir wakil peserta yang tidak peka pada aturan penyertaan ... dah tu lepas tangan lak ... permasalahan dari kecuaiannya terpaksa diselesaikan oleh orang lain pulak ...
... apa pun semua dah berlalu dan tetap jadi pengajaran berguna kepada aku di masa hadapan ... kepada mereka yang terasa hati atau tidak puashati .... aku mewakili semua ajk menyusun sepuluh jari mohon kemaafan ..... kami berusaha sebaik mungkin dan kesulitan yang berlaku diluar jangkaan .... segala kelemahan dan kekurangan dari kami , segala kesempurnaan dan kebenaran dari dari Nya jua.
wassalam

Thursday, August 16, 2007

politic office ....?

salam semua

Alamak ! hari ni aku lambat lagi ke pejabat sebab ada sedikit perbincangan dengan pegawai pasal aktiviti sempena merdeka pada 25 ogos 2007 ( sabtu ...) , lepas tu aku buat surat untuk mohon sumbangan bagi menambah peruntukan sedia ada ..... ala biar le meriah sikit masa majlis tu berlangsung nanti ..... semua ni aku buat untuk memastikan segalanya berjalan lancar tapi ada masa nya tu terdetik gak kat hati kecil ' .... ikhlas ke mereka menolong aku atau mungkin kerna terpaksa ...' Astaghfirullah al azim ku lafaz dalam hati kerana berprasangka buruk kat orang .....

... tiba kat pejabat aku dimaklumkan kena kursus USP kat D'palma Inn , Ampang mula 19 - 23 Ogos ni .... aduh ! ... belum hilang penat memanjat tangga (.... pej kat tingkat 2 ) aku rasa lemah dan lemas betul ..., setelah bincang dengan member pejabat aku buat keputusan untuk minta tarikh lain sebab bagi aku keutamaan harus kepada aktiviti yang telah dirancang lama ...... apa nak buat .... dah terpaksa , aku sebenarnya terperangkap antara ilmu dan amanah .....

... sebenar nya niat aku semasa mula mengetik huruf kat keyboard bukan le nak cerita pasal kesibukan kerja aku dalam minggu ni tapi pasal isu baru yang terlintas kat fikiran aku semasa memandu ke pejabat tadi .... ' politic office ' atau senang cerita ' politik pejabat ' kena baca betul-betul tau .... bukan pejabat politik ..

... alam pekerjaan memang mencabar dan penuh warna warni yang silih berganti setiap masa dan ketika tapi ingat warna-warna ni mungkin akan secantik pelangi dan tak mustahil akan berubah kepada warna kelabu asap atau terus gelap gulita ....

... politik pejabat ni sebenarnya memang wujud dan mungkin kite pun pernah terlibat secara langsung atau pun disedari ...... manusia dengan sifat lemah dan tamak serta iri hati memang sukar untuk dikikis ..... maka timbul pelbagai istilah ' kawan makan kawan ' ' tikam belakang ' dan macam-macam lagi ... tapi kata seorang teman ' untuk terus hidup kite terpaksa berlakon ' dan ' saya terpaksa ... klu tak sampai tua le kat situ jer ' .... ada gak sanggup membuka aib orang demi kepentingan peribadi ...

... secara peribadi aku memang tak sukan situasi ni ... dan cuba sedaya upaya untuk menjauh diri dari terlibat ..... tapi adakalanya tanpa disedari rupa-rupanya aku sudah terperangkap dalam gelora dan gelodak ini ..... kesannya yang terpaksa aku terima ..... tidur malam tak lena , mandi tak basah ..... makan tak kenyang .... tak le sampai macam tu tapi .... aku memang risau dan berfikir untuk cari jalan keluar ...

... kesan isu ni amat buruk ianya boleh mengakibatkan kejatuhan prestasi , motivasi serta moral untuk bekerja ...... bila dah tak seronok bekerja , kite akan hilang daya tumpuan ... hilang mood untuk berkawan kerana sentiasa berprasangka buruk pada orang lain ....

... so , nak buat camner yerk ! ... langkah awal adalah berhenti dari terus terlalu banyak berkata-kata .... diam kan diri , lakukan kerja-kerja yang amanahkan dengan tekun , buat yang terbaik ..... pedulikan apa diorang nak kata ..... motivasi diri sendiri dan kesabaran perlu seteguh ' gunung tahan '

... aku yakin , sekiranya kite berada dipihak yang benar ... lambat laun ianya akan terserlah jugak insyaAllah ..... namun untuk menungu situasi ni reda memerlukan kesabaran dan keyakinan diri yang tak berbelah bagi ....

... ingat ! kerja adalah satu ibadah .... kita bekerja untuk diri dan keluarga kerana Allah Ta'ala .... dan atas niat tersebut .... kite semestinya berada di atas landasan yang lurus dan diredhaiNya .



Wassalam

Wednesday, August 8, 2007

... semoga berjaya !

salam hebat !

selamat berkursus dan menimba ilmu pada rakan sepejabat ella dan zam yang memulakan perjalanan esok ke Savannah Hill , Ulu Tiram Johor ..... beberapa hari yang lepas punya lah sibuk dan risau nya mereka bila memikirkan transpot ke sana masih samar ... tercari-cari alternatif yang sesuai ..... alhamdulillah dengan keprihatinan pihak yang di atas setelah puas bermain ' tarik tali ' akhirnya .... ' pengangkutan disediakan '

rasa terpanggil untuk aku menulis tentang isu ini ... bukan nya mencari keburukan tapi realiti yang adakalanya amat menyulitkan dan boleh mematahkan semangat untuk menimba ilmu .... bukan semua staff ada kenderaan sendiri .... kalau lokasi kursus tu dekat atau sekitar negeri Selangor akan di gagahi jua ..... tapi kalau jauh ........,

untuk Ella dan Zam

anggaplah kursus ini satu pemangkin yang akan mengerakkan jiwa dan minda ke arah pembangunan mental dan rohani kepada lebih baik ....... cabaran adalah terapi terbaik hidup lebih bermakna ...........

semoga berjaya dengan cemerlang !

Monday, July 23, 2007

Alangkah .....

Nostalgia di alam persekolahan adalah kenangan terindah dalam kehidupan setiap orang ... walaupun mungkin tak semua orang suka kan .... masa aku sekolah dulu zaman 70 an dibangku sekolah rendah ..... jauh beza dengan sekarang , pergi sekolah berjalan kaki ramai-ramai tak rasa takut pun sebab kadar jenayah masa tu masih terkawal .... siap bawa bekal dan air dari rumah .... masa itu emak buat kuih untuk jual dikantin sekolah .... belanja sekolah pun tak banyak .... berapa ye ? .... 20 sen kot .... dah ingat lah ...

Yang buat aku tersenyum bila menatap gambar-gambar lama .... tentu nostalgia baju warna biru tua dengan kemeja putih .... dan stokin separuh betis , rambut lak bertocang dua ... gamaknya bebudak sekarang tentu tak sanggup nak pakai ... tapi bila anak buah tanya ' ni gambar siapa ?' .... sudah nya aku pun malas nak mengaku .... bukan apa .... nanti jadi bahan ketawa lak ..

Peristiwa yang tak kan aku lupa .... bila didenda usung bendera keliling padang sekolah gara-gara terlupa lukis peta semasa subjek Ilmu Alam .... kes haru betul .... masa tu perasaan malu dan berbakul-bakul jugak aku mengutuk cikgu dalam hati ...... tapi yang peliknya bila subjek tu berakhir maka berakhir jugak perasaan marah dalam hati aku ..... tiada sekelumit pun rasa dendam atau nak mengadu ...

Era 80 an .... aku sekolah kat pekan S/B .... masa tu awal remaja ... aku berbasikal ke sekolah .... 4 batu jugak aku berkayuh ( masa tu belum guna kilometer ...) , masa pergi sekolah seronok sebab pagi lagi tapi bila balik ..... bermandi peluh ..

.... yang bestnya pada masa tu tak pernah aku dengar ada ibubapa buat laporan polis pasal cikgu dera murid ke ? cikgu mencabul atau sebagainya ...... sebab tu cikgu pada era tu dipandang mulia dan begitu dihormati oleh masyarakat setempat ....

.... buat semua cikgu yang pernah menitipkan ilmu biar pun sekecil zarah , sekalung budi atas tunjuk ajar dan bimbingan ..... menjadi aku manusia yang tahu erti budi ..

terima kasih buat cikgu Shaari Salim ( mungkin dah bersara ) Ustaz Aini Arbain , cikgu Riduan Atan ( ... pantun cikgu membakar semangat untuk jadi terbaik ) cikgu Suhardi ( .. yang sentiasa senyum ) Ustaz Mahyuddin ( ... yang masih mengenali aku hingga kini ) dan ramai lagi ..

Alangkah bertuah nya aku dapat lalui semua itu ....

Friday, July 20, 2007

...dugaan

...kehidupan ini hakikatnya adalah medan untuk menguji kesabaran dan keimanan dan yang keluar sebagai pemenang adalah mereka yang kuat dan mampu mengatasi setiap kesulitan dengan baik ....

... ' Dan sampaikan berita gembira kepada arang yang sabar iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah, akan mengucapkan ; Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya kami akan kembali ' . Surah Al Baqarah, ayat 155-156.

... salah satu ciri orang yang beriman adalah tabah menghadapi dugaan hidup, kesulitan apapun yang dialami .... tidak sedikit pun ia berpaling daripada Allah , malah semakin dekat ...

... lima prinsip untuk renungkan ..

... sedar bahawa kesulitan adalah episod yang harus dijalani dan hadapi dengan sepenuh hati
... yakin bahawa setiap kesulitan sudah tepat ukurnya bagi setiap orang
... yakin bahawa ada banyak hikmah di sebalik kesulitan
... yakin setiap ujian pasti berakhir
... yakin bahawa setiap kesulitan yang dihadapi dan dilalui secara terbaik akan mengangkat
darjatnya di hadapan Allah , semakin berat ujian semakin luarbiasa ganjaran yang akan
diterima

ini adalah antara beberapa petikan yang disimpulkan dari buku yang sedang aku baca ..... nak tau tajuk buku tu ? .... sabarlah sehingga aku habis membacanya

insaf

Ku buka selut duka
dari tingkap keadaan
belajar mengenal susah
merendah segala payah
menelan semua pedih
dari arus keadaan

Pastinya dari segala kemungkinan
ada ruang-ruang mencari pengisian
ada cahaya penunjuk jalan
fikir sebelum jauh terpinggir
dari arus zaman
yang semakin kencang
dan kontang

Thursday, July 19, 2007

.... merdeka kah kita ?

salam sejahtera ...

Hari ini aku rasa lega sikit sebab kertas kerja untuk projek sempena kemerdekaan yang telah lama diluluskan oleh pihak atasan selesai ku bentang kepada pihak berkenaan ..... kelewatan memaklumkan kepada pihak berkenaan juga menimbulkan kesangsian dan persoalan ..... apa dah jadi dengan budget yang telah diluluskan ...... insyaAllah semua budget masih ada dan selamat .... mungkin kerana kelulusan awal beberapa bulan dari tarikh pelaksanaan ..... tapi kan bulan kemerdekaan kan Ogos ...

... dan aku tahu mulai hari ini juga ... akan bermulanya satu perjuangan dan cabaran demi cabaran yang terpaksa aku lalui dan tempuh ..... setiap tutur bicara dan tingkah laku akan diperhati ...... aku tahu itu dan aku dah bersedia ...

... dalam suasana orang sibuk bercakap tentang merdeka , makna merdeka , apa itu merdeka , bagaimana seharus merdeka disambut ... aku diselubung seribu pertanyaan ....
' merdeka kah aku ? ....

..... merdeka kah aku ? ... kalau kebebasan bersuara tidak diambil kira
..... merdeka kah aku ? ... jika masih ada sifat kekitaan dalam diri
..... merdeka kah aku ? ... membiarkan kesilapan sama berulang sentiasa
..... merdeka kah aku ? ... jika hati dibelenggu keraguan
dan merdeka kah aku ? ... kerana terpaksa mengiyakan
atau aku masih dijajah oleh diri ku sendiri .... masih tidak berani meluahkan hanya kerana terikat perasaan hormat ....
.... bila memikirkan ini semua ... sebenar aku jadi takut yang amat sangat ....
tapi aku kembali bersemangat dan lebih bersemangat kerana " berani kerana benar ....
dan dugaan dan cabaran adalah terapi minda yang tebaik
dan aku yakin Allah datangkan kesusahan pada hambaNya kerana kecintaan , kerana
kasih pada hambaNYa.

.... Aku sudah bersedia .... biar lah seribu kata nista dan umpat keji .... aku terima kerana aku sedar .... kelemahan dan kekurangan dalam diri aku sendiri , segala kelebihan dari Nya jua .

jumpa lagi ...

Wednesday, July 18, 2007

serabut

salam hebat buat sesiapa yang baca .

..... pernah tak jadi kat korang ?
..... dalam kepala korang ada banyak benda yang korang fikirkan...
..... yang mesti korang selesaikan...
..... yang kena , mesti , wajib ... korang selesaikan..
..... selagi tak selesai.....
..... selagi korang buat xtak tahu .....

selagi itu lah masalah tu akan terus bersarang , berakar umbi dan merebak secara senyap......
lebih mengharukan lagi .... masalah ini korang tak manpu dan tak tahu macam mana nak luah kan ...


Aduh .... !!! ini lah yang aku alami sejak kebelakangan ini ...
tak de susunan huruf yang dapat aku jalinkan dan aku rangkai jadi bait ayat untuk meluahkan segalanya ...



Aaarrrrrggggghhhh ...... sakit kepala aku...
rasanya nak berehat dan bercuti untuk muhassabah diri seketika ...


Hanya pada Nya ku luah segala gelodak dihati , ku pohon kekuatan dan petunjuk serta keredhaan agar setiap langkah tidak tersasar dari landasan waras fikirku ...

apa lagi sekarang bulan rejab ....


... jumpa lagi ..

Tuesday, July 10, 2007

Pembohongan terancang ?

.... hari ni ketika membaca akhbar hari ini , aku terkejut jugak bila orang nombor wahid di Selangor

berkata ' pemberian anugerah khidmat cemerlang yang dilakukan setiap tahun sebagai satu " pembohongan terancang ' ..... atas alasan itu maka dilancarkan 'sistem kad Prestasi (SKP) ' yang bertujuan memantau dan menilai keupayaan sebenar kakitangan awamnya.

.... melalui SKP pemberian markah mengikut warna iaitu biru bagi yang mencapai markah 90 ke atas , hijau , kuning dan merah bagi markah yang paling rendah ..... pegawai kerajaan yang tidak mencapai piawaian kerja seperti ditetapkan akan diarah bekerja di pejabat kerajaan pusat untuk dipantau dalam tempoh tiga hingga empat bulan .... lama tu.

.... bagi aku semua sistem sedia ada atau yang masih dalam perancangan adalah baik kerana semua bertujuan untuk meningkat mutu perkhidmatan awam dan memberi impak kelas pertama kepada masyarakat ..... yang paling penting dalam menjayakannya adalah diri sendiri .... sikap dan pemikiran setiap kakitangan awam yang perlu digilap dan nilai-nilai murni dalam jiwa perlu sentiasa dibajai ...

.... dan pihak yang diberikan kuasa untuk menilai seharusnya lebih amanah akan tanggungjawab dalam membuat pernilaian ..... sikap berkecuali dan adil perlu disemat kukuh dalam hati ..... agar kakitangan di bawah tidak rasa dikhianati ..

... harap sesangat sistem baru berkesan ...



selamat berkhidmat

Thursday, July 5, 2007

' ... tak de maknanya ..... '

... minggu lepas ketika sembang kosong dengan anak saudara , tentang pengalamannya ketika menghadiri temuduga baru-baru ni .... buat aku terkedu dan tak tahu apa nak komen ...

ceritanya begini ..

... dia terima surat untuk temuduga di bangunan ....... , temuduga mula jam 9.00 pagi seperti tercatat kat surat yang diterimanya ... setelah beberapa kali berpusing-pusing mencari tempat parking motor .... dia tiba kat pejabat tu .. jam 8.45 pagi ' alamak ! ramainya ..' sementara menunggu namanya dipanggil .... dia berbual-bual dengan seorang awek yang duduk kat sebelah ... sebab awek tu ... macam dah biasa dan kenal mesra dengan staff kat situ .... awek tu orang selatan tanahair ... tinggal ngan kakak di Seksyen ........, Shah Alam .

... hampir jam 11.45 pagi baru lah namanya dipanggil .... ada tiga penemuduga ... seorang perempun ... dua lelaki . semasa ' sessi berbual kosong ' tu , hanya yang perempuan jer yang meyelak lembaran sijil yang dibawa .... yang lelaki hanya tanya soalan yang tiada kaitan langsung dengan jawatan yang dipohon .... muka lak blurr jer .... macam orang gian rokok ... last sekali penemuduga tu minta dia tanya apa-apa soalan ...... ' aghh ! terfikir jugak ... nak tanya ape yek ... ' dah ada calon ke ..untuk jawatan ni ' ... tak tahu lah macam mane le soalan ni boleh terkeluar ..... mereka terkejut gak ... pas tu tersenyum ... sebelum melangkah keluar tu ' terima kasih kerana sudi memanggil saya untuk temuduga ini ..... terima kasih ' .....

... sebelum balik sempat le minta no. phone awek tu ... kata awek tu ' jangan lupa call ye '

begitu lah cerita

... Wah ..belum dapat kerja dah cari awek ...... dia ketawa .. ' acik ni ...kite ambik no phone awek tu sebab kite yakin dia akan dapat jawatan tu ...... klu x percaya kite tunggu 3 bulan lagi ...'

.. ala jangan putus asa kalau tak dapat jawatan tu ... tanda nya bukan rezeki kita ..... mungkin kite akan dapat yang lebih lagi ....

.....' tak de maknanya ..... ' balas nya dalam nada terkilan bercampur marah ..

... kekadang tu terfikir jugak ..... bila kedapatan dalam sesebuah organisasi beberapa staff nya ada talian persaudaraan ... adakah situasi begini betul atau kebetulan ...

... salam untuk semua ....

Thursday, June 28, 2007

Buat Seorang Teman

salam semua

buat seorang teman
langkah pertama adalah harapan
tanda bermula dunia baru
saat penat bertatih
semat dihati suci mu
aku akan berlari juga

buat seorang teman
langkah kedua adalah cabaran
tanda bermula kedewasaan
tika dihimpit keperitan
titiskan seribu kesabaran
aku akan teguhkan keimanan

buat seorang teman
langkah ketiga adalah dugaan
langkah demi langkah
adalah ranjau dan onak
sesekali kau akan tertewas
kerap jua terluka perasaan

tapi .....
ingatlah wahai teman
dugaan adalah terapi jiwa yang mujarab
keperitan adalah ujian untuk hambaNya
semua itu adalah tanda kecintaanNya
cekal dan kesabaran
adalah kunci bagi sebuah kejayaan
percayalah .....

buat seorang teman yang terluka hati " Mawar"


Friday, June 15, 2007

masih ...

masih ......

ketika jendela ku buka
suria masih sembunyi diri
dingin subuh terasa menggigit
suara kicauan burung
memecah hening suasana
.... ku lafaz kalimah ' syukur alhamdulillah '
kerana aku masih ....

tika dugaan getir menerjah kejam
merobek segenggam sabar
gelisah dan amarah menakluk
.... ku bisik ' astaghfirullah al azim '
kerana aku masih ....

sedetik jiwa disinggahi kesunyian
gelora hati dihimpit rindu
.... ku sujud pada Mu
dengan kalimah ' Allahhuakhbar '

sesungguhnya,
kerna aku masih ....

Wednesday, June 13, 2007

berfikir di luar kotak .......

salam untuk semua .....

.... pernah tak kite terfikir untuk berfikir di luar kotak ..
.... bukan lah bermaksud kite kena berfikir di tepi kotak ..
.... fikir lah .....
.... malas nak fikir ???

sebenar isu ni pernah disuarakan oleh Pak Lah ..... lama dah , khusus ditujukan kepada pelajar sekolah , kata nya ' untuk jadi manusia yang berjaya kita harus berfikir di luar kotak ...' bila baca laporan tu sampai tamat baru aku faham maksud yang tersirat ....

dapat berfikir bagi aku satu anugerah yang besar nikmat kurniaNya pada setiap insan tapi sering diabaikan. sikap malas berfikir tu yang semua buat kite masih ditakuk lama ... masih dalam alam angan-angan .... dan adakalanya di sebabkan sikap malas berfikir pun boleh melibatkan orang lain terkena badinya ..

..... ada jugak disebabkan berfikir diluar kotak ni ... kite kerap dilabelkan ' lebih kuah dari sudu ' atau nak tunjuk pandai .... tu yang mematahkan semangat orang-orang kite untuk maju ..

teringat lak kisah Hang Jebat ( ..... atau Si Jebat derhaka ...) mungkin kerana berfikir di luar kotak lah maka Jebat bertindak mendahului zamannya .... ' raja adil raja disembah , raja zalim raja disanggah ' hanya kerana berfikir setapak kehadapan seluruh tanah Melaka berkata ' jebat derhaka '

begitu juga riwayat Hang Nadim ...... kepintaran yang dimilki untuk mempertahankan singapore dari serang todak berakhir dengan pembunuhan penuh tragis

.... mulai hari ini mari kite fikir , apakah yang kita lakukan seharian di pejabat seperti kata Datuk Dr. Fadilah Kamsah ' ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria , ada yang datang dengan perasaan 'biasa' dan ada yang datang dengan perasaan serba tak kena ' . katanya lagi ' sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' maka hasilnya biasa saja , tapi sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa '

.... sebagai manusia yang punya harga diri atau lebih egonya .... sukarnya untuk berlaku jujur dengan diri sendiri ..... cuba kite selusuri hati nurani cari dimana sebenarnya kite dalam memegang amanah ini ...

* ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ' datang bekerja ' tapi hasilnya macam kite ' tak datang ' kerja.

*adakala kite rasa kite ' busy giler ' rupanya kite hanya ' kelam kabut '

*adakala kite rasa amat 'prihatin ' tapi rupanya kite ' busy body'

*adakala kite rasa kite ' berfikiran terbuka ' tapi rupa kite ' kurang peng'ajar'an.

*adakala kite rasa berpemikiran kritis rupanya kite hanya lebih kepada kritik yang mencipta krisis

* adakala kite rasa ingin menjadi lebih mesra tapi terlihat lebih mengada-ngada.

*adakala kite suka bertanya ' kenapa dia ni macam tekde kerja' sebenar ada lah lebih kite tanya ' apa lagi kerja yang aku boleh buat '

.... pejamkan mata dan renung lah dalam diri, kalau kite rasa kite ok ... tak perlu berubah tapi kalau kite perlu melakukan penghijrahan, maka lakukan sekarang... tapi manusia tetap manusia
...... sukar untuk berubah kerana kite selalu beranggapan kite lebih baik ... adakah dengan merasakan itu kite sememangnya terbaik ???

setakat ni saje ....

sekadar luahan .....

wassalam.

Friday, June 1, 2007

Keluhan hati .....

Ruang yang luas
Dah jadi semakin sempit

Panas yang dulu suam kuku
Kini berbahang sampai ke siku

Suasana terang benderang
Kini bertukar kelam, suram

Surat aduan dikirim lebih dari selembar
Letih rasanya menanti khabar

Pengguna bagaikan dah hilang sabar
Takut jadi berita di dada akhbar

Tolong lah prihatin rayuan kami
Segala musibah ini cepat di baiki
Agar semangat teguh berdiri
Tidak luntur menyembah bumi

Bahagian Pentadbiran / Kewangan
Jangan biar kami sentiasa berangan-angan
Berharap dan terus berharap
Kesinambungan kerja harap digarap

Itulah keluhan hati
Mengharap simpati untuk terus berbakti

p/s - dah 2 bulan aircond rosak dan lampu lak banyak x berfungsi

Friday, May 25, 2007

musim gelora

salam semua

wahh ..... tajuk gempaq sikit...

Rasa nya isu kenaikan gaji kakitangan awam masih lagi jadi topik utama ..... adalah yang seronok tak kurang gak yang berduka lara ...... yang seronok tentu orang gorment ( sebutan orang dulu-dulu ) dan yang berduka walaupun tak sampai ke tahap lara adalah mereka-mereka dalam sektor swasta juga yang bekerja sendiri.

Terima kasih lah kat Pak Lah atas imbuhan gaji baru ni .... teringat lak masih aku mula bekerja dulu sekitar awal 90 an ....... masa tu gaji pertama yang aku terima sekitar rm 585.00 tanpa tambahan cola dan imbuhan perumahan...... tapi masih lagi dapat hidup dengan selesa lah jugak sebab harga barang pun berpatutan , masih mampu berbaju baru setiap bulan ..... perempuan kan....... nasib gak aku ni bukanlah tergolong dalam golangan kaki solek... kalau tak ... harus x cukup duit gaji ... hehe

Tapi ..... yang buat aku memendam rasa ni ...... terdapat golongan yang sering menangguk di air keruh ........ kenaikan gaji dibayar bulan julai tapi peniaga dan pembekal dah berlumba-lumba naikkan harga barang ...... sekarang dah macam pesta harga naik ...... kalau harga runtuh x pe .... harap sesangat pihak berkenaan pantau dan ambil tindakan ..... kalau boleh kenakan denda ...... sedekah kan barang yang dinaikkan tu kepada rumah kebajikan 100 kali ganda ...... boleh gitu.....

Baru-baru ni aku terdengar berita kononnya ..... tempat aku kerja ni .......... nak panjang kan waktu perkhidmatan dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang , berkuatkuasa 1 jun ........ tapi aku masih lagi belum terima berita kesahihan nya ...... kalau betul ....... bisa gawat setika jadual rutin hidup aku ....... rumah aku 50 km dari tempat kerja ..... dengan kereta tua dan kesopanan aku ketika memandu ..... biasa nya mengambil masa 50 minit hingga 1 jam ....... memang sahih dan pastilah jam 7 malam baru aku sampai kat rumah ....... mungkin ini harga yang perlu aku bayar kepada kenaikan gaji yang bakal aku nikmati ..... entah lah......... tapi aku harap sangat berita hanya provokasi saja ......

Dalam suasana office yang masih panas bergelora ( aircond rosak daaaa...... ) serta tersebarnya berita ni ....... aku tak tau apa sebenar nya yang bergelora dalam hati ...... suka sebab gaji naik atau .................

Aku harap musim gelora ni cepat berlalu ........

Untuk semua yang bakal menerima ' durian runtuh ' berhemah lah ketika berbelanja..

Monday, May 21, 2007

salam perkenalan ...

18 may yang lalu ..... ketika memandu balik dari kerja sambil layan lagu Sudirman - Langit Petang dari corong radio, adalah isyarat mesej masuk kat phone aku ... isy kacau betul ! bila aku baca mesej tu sekadar ' aslamkum ' aje .... buang masa betul ...nombor plak bukan dari senarai insan2 yang terpilih .... yg ada dlm simpanan aku.

2 minit berselang aku terima lagi mesej kedua ' salam perkenalan , itupun kalau sudi ' siapa lah hamba Allah ni .... kalau dia dah tau nama dan no phone aku ..... tentu lah dia dah kenal aku ... malas nak layan ....

semalam aku terima mesej 3 ...... mesej penuh pertanyaan dan harapan .... sebenarnya ketika membaca semua mesej tu ..... perasaan aku x teruja langsung untuk membalasnya ....... so ....kepada yang menghantar mesej tu ...... harap maaf lah ...

mungkin ada yang beranggapan aku sombong atau memilih kawan ..... aku sebenarnya malas nak berteka teki ....... tercari siapa yang hantar mesej ..... lemas dan letih rasanya .... lagi kat pejabat la ni tengah banyak kerja .... pulak tu aircond x berfungsi ............ aku malas nak beratkan fikiran ..... lagi pun klu rasa berani tu ..... berdepan jer .... x payah nak main sembunyi ..

Thursday, May 10, 2007

Segunung kasih , selaut rindu.....

Kata bidalan ' kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa masa berada' ' syurga dibawah telapak kaki ibu ' dan pelbagai lagi pepatah petitih yang sering terungkap untuk menggambarkan betapa kasih ibu amat bermakna dalam diri setiap insan .

Pada tanggal 16 Julai 2003 , aku rasakan separuh dari diri dan kehidupan telah hilang , dunia terasa kosong , jiwa terasa begitu terseksa , airmata bagaikan tiada lagi ........ sehingga kini bila teringat detik itu ...... pasti airmata mengalir laju seakan tiada hentinya. Melalui pengalaman kehilangan abadi emak yang menemui Khaliknya memberi impak besar dalam mengharungi liku-liku penghidupan ini.

Emak .... yang lihat sihat sewaktu aku meninggalkannya untuk ke pejabat pagi itu , emak sempat pesan ' bawak kereta tu ... jangan laju-laju ' aku senyum , kata-kata itu rutin harian .... sama seperti hari-hari sebelumnya. Emak akan duduk kat kerusi depan pintu sehinggalah kereta aku hilang dari pandangnya ........... begitulah selalunya. Petang 15 Julai .... aku sampai kat jam 5.30 petang ..... keadaan begitu kelam kabut dengan tanggisan kakak aku ..... emak baring kat katil ...... nafasnya tersekat-sekat ... hanya tangan menggapai aku agar dekat dengannya ...... emak memeluk erat ...... belakang badannya aku urut dan aku pujuk untuk ke hospital tapi dia menggelengkan kepala ...... aku tahu mak takut ke hospital ...... tapi aku terpaksa ......

Di hospital ..... emak diberikan rawatan penafasan ..... terasa lega bila penafasan emak kembali teratur ..... sepanjang menerima rawatan itu , tangan aku sentiasa dalam genggaman seolah dia tak mahu ditinggalkan ........ malam itu aku dan emak bermalam di wad ........ emak masih diberi bantuan penafasan .......... aku tak tidur ..... sepanjang masa bacaan surah yassin aku bisik di telinga mak ..... 3.30 pagi .... penafasan emak tidak normal ........ tiada tindakbalas bila dipanggil ... semua keluarga berkumpul ...... 8.00 pagi .... emak disahkan meninggal dunia.

Kini ..... meskipun hampir 4 tahun berlalu .... perasaan kasih masih menebal seperti dulu ..... jika masa dapat diulang ......... aku ingin meluangkan lebih masa untuk mendengar cerita-cerita tentang zaman jepun , cerita tentang pantang larang orang dulu-dulu dan aku paling rindu kan leteran / komennya tentang warna baju , cara aku berbelanja ......... sesungguh aku amat merindui semua itu .....

Aku berdoa ' Ya Allah , ampunilah dosa-dosanya , berilah keberkatan dan kerahmatan pada nya , kupohon pada Mu tempatlah dia bersama orang-orang yang beriman'
Amin ......Amin .... Amin Ya Rabbil A'lamin.

Wednesday, April 25, 2007

Emosi

Menyelusuri liku-liku kehidupan , adakalanya memerlukan kekuatan mental dan kerohanian yang jitu .... apa tah lagi dikalangan remaja , jiwa mereka mudah tersentuh dan sensitif ...... sering bertindak dan berfikir mengikut hati dan nafsu ..... tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.
Aku rasa terpanggil untuk cuba memahami gelodak jiwa remaja ni .... setelah mendengar dan melihat situasi ini ......... aku mengerti gelora jiwa remaja yang mudah jatuh cinta dan dicintai .... rasanya perasaan itu bukanlah cinta tapi lebih kepada perasaan ingin disayagi dan menyayangi , ingin berkawan dengan seseorang yang berlainan jantina ......... sebenarnya perasaan suka kepada jantina yang berlainan adalah sesuatu normal dan seharusnya ...... kan lebih parah jika para remaja saling suka menyukai sesama jantina maka bertambah biak lah kaum Nabi Lut a.s.
Remaja hari ini diasuh tentang kemahiran mengawal emosi ....... ibubapa juga perlu ada kemahiran ini ....... cara nak belajar ....... ilmu ni tak diajar di sekolah tapi kita kena cari dari dalam diri kita sendiri .... fikirlah
Kita acapkali menunding jari .... mencari kesalahan , kelemahan dan kekurangan orang lain tanpa berani menilai diri sendiri ..... kita yang sering mengaku ' lebih dulu makan garam' terlupa arus pembangunan dan kemodenan ini telah menukar pesepsi remaja dalam meneruskan kelangsungan kehidupan .
Dulu ....tegahan dan larangan dipatuhi tanpa soal jawab , kini setiap tegahan dan larangan mesti disediakan dengan alasan dan penerangan lengkap ....... remaja kini ingin dilayan seperti kawan dan ibubapa pula sering menggunakan kuasa yang pada mereka ketika bertindak ...... tanpa menghiraukan perasaan dan keinginan jiwa remaja ....... maka terpampang di dada akhbar ......' remaja lari dari rumah ' ' remaja mangsa rogol ' seolah-olah masalah remaja adalah senario biasa masa kini .
Kepada mereka yang memegang title ibu dan bapa ..... fikirlah secara positif dalam menangani remaja ...... terapkan ketakwaan , jati diri yang tinggi , lengkap jiwa mereka dengan kasih sayang, bimbing mereka dalam menempuh kehidupan ........ kerana mereka adalah penyambung segala warisan bangsa, negara dan agama .

Monday, April 23, 2007

Sepi itu .........

Sepi itu sepasang daun pintu
Membuka luas ruang fikir
Bersama air bersih membasuh mata kelabu
Mencari buah jujur di pohon kebenaran

Sepi itu penggerak langkah pertama
Ke perjalanan diri yang jauh
Menyelusuri lorong selamat untuk sampai
Memeriksa bekal mengisi tabung hayat

Sepi itu penyuluh di gelap malam
Bulan penuh bintang bertabur
Jalan berliku nampak lurus jelas
Cahaya iman cerah memancar

Sepi itu kunci membuka gedung jiwa
Mencanai akal mencabar bijaksana
Banyak soalan minda dijawab :
Lebar payung langit dimana tiangnya?
Siang dan malam silih berganti
kenapa tidak bercuti ?

Sepi itu sehelai kain sutera
Lembut halus pakaian jiwa

Thursday, April 19, 2007

Gaji .. oh..gaji

Isu terkini dan hangat diperkataan saat ini adalah kenaikan gaji ... terutama dikalangan penjawat awam. Bila pihak Cuepacs memanjangkan isu ini kepada pihak kerajaan , pelbagai reaksi diterima ..... bagi penjawat awam ia merupakan satu berita gembira dengan harapan dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan tapi bagi yang bukan ..... berita ibarat meletakkan mereka dalam keadaan sebaliknya.

Bagi masyarakat luar bandar .... kenaikan gaji membawa maksud kenaikan harga barang keperluan harian .... sedangkan penjawat awam hanya 1.2 juta sahaja. Keluhan berbaur dengan sindiran ini sering dilontarkan kepada aku .... padahal dari pemerhatian aku ...sebenarnya mereka lebih tinggi pendapatan bulananya dari aku ....

Sebenarnya kenaikan harga barang tiada kaitan dengan kenaikan gaji kakitangan awam ..banyak lagi perkara-perkara lain yang menyumbang kearah itu... kenaikan gaji yang masih dalam pertimbangan kerajaan itu hanya memberi sedikit suntikan sahaja sebagai menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi ... kami terikat dengan etika perkhidmatan dan waktu kerja tertentu yang menutup peluang kami untuk memcari sumber pendapatan lain.

Berlaku adillah dalam membuat penilaian dan perbandingan untuk penjawat awam .... jangan hanya kerana segelintir yang tidak menjalankan amanah ...... kami semua dilabel sebagai makan gaji buta ...tidak proaktif dan membazirkan wang kerajaan.

Seandainya tuntutan Cuepacs berjaya walaupun sedikit ... diharap semua penjawat awam bersyukur dan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas yang diamanahkan .... kerana sesungguhnya kita masih dihargai ....