"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Tuesday, May 31, 2011
kongsi
Friday, May 27, 2011
sharing knowledge

... ingin selalu dekat denganNya

Wednesday, May 25, 2011
selalu macam tu ...

Tuesday, May 24, 2011
berwajah baru


sudut komputer ...


... ni lah wajah baru ofis tempat aku dan kekawan lain bertahta ! ... hehehe
masa masuk ofis pagi tadi ... terkejut gak aku ... mana lak meja aku ni ? ... al kisahnye ... diorang buat kerja2 ubah suai ni time aku cuti2 Malaysia ... mekasih le kat bib .. aan n ayu atas usaha keras ... penat lelah buat semua ni ...
... and thanks so much ... atas semua makanan yang ada kat ruang jamu selera kita tu ... semua
sedap dan terbaik punya ! ... kek yang enak ... ayam masak merah ... masak paprik serta nasi
... terima kasih sesangat walaupun hari ni usia aku bertambah setahun lagi ... ! dah terasa tuo le pulak ... huhuhu
untuk semua adik2 ku
Pucuk paku si pokok meranti
Rasa terharu di dalam hati
Tersemat indah menghias kalbu
Aan ... bib ... dan juga ayu
Tinggi ... rendah ... terkecik pula
Kerah tenaga sentiasa bersatu
InsyaAllah pasti ada jaya
* .... x perlu kata apa2 ... senyuummmm !
Wednesday, May 18, 2011
mengapa missar ?

Wednesday, May 11, 2011
tumis betik
Thursday, May 5, 2011
yang mane satu situasi anda ?
... aku kat ofis ni ada 6 staf ... 2 lelaki ... 4 pompuan ... hahaha ! klu diikut perbezaan jumlah ... mesti le nampak macam staf pompuan yang mendominasi suasana kat ofis tu ... tapi x begitu tau situasinya ... sebab walaupun sedikit jumlah staf lelaki ... yang jadi ketua kat ofis ni ... lelaki ! ... kiranya seimbang le ...
... kata yatie " kalau kat tempat kerje memang ramai rakan taulan ... al maklumlah ... cikgu sekolah ... tapi kekadang x dan bersembang pun ... kalau berjumpa kat kantin atau kat bilik guru sementara menunggu masa utk mengajar ... paling tidak pun sambil menyemak buku ... gagahkan jugak bertanya khabar anak2 atau isu2 semasa ... ( paling dielakkan bab politik ... sensitif ! ) " ... lagi pun kat tempat baru ni ... aku x de member kamceng pun ... mungkin sebab aku masih baru kut !
... tapi al kisahnye ... bukan le pasal apa yang aku dan yatie sembang malam tadi ... itu intro jer !
... al kisahnye ! ... apa mood kita hari ni ? ... mood aku ?... mood awak ?... mood kamu ...? cuba perhati sekeliling kita ... pastu perhatikan jugak mood kekawan seofis dengan kita ... cuba tafsirkan ... yang mane satu situasi mereka ek ?
... mood aku hari ni ? ... mula2 tu happy sesangat sebab dah settle bayar bil air , letrik , telefon n kereta ... lapang rasanya ... ingat nak beli keperluan lain lak ... tapi ku sangka panas hingga ke petang ... rupanye hujan di pagi hari .... huhuhu ! bila gi kat mesin atm ... tolak kad masuk kat mesin ... reject le pulak ... gi masuk kat dalam ... jumpa pegawai bertugas ... " maaflah ... mungkin cip kat kad ni dah rosak ... kita tukar yang baru ... 3 hari siap " ... aduusss ! tetiba aku rasa miskin teramat ... huhuhu
... tapi mood aku kembali happy ... sekurang2 atas sebab di atas tadi ... aku terselamat dari membeli sesuatu yang bukan le diperlukan sangat ... itu le hikmahnya ...
Wednesday, April 27, 2011
Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah SMK Sg.Besar
Pusat media


.. depan pintu masuk konti stesen radio SMK

rak buku disusun sebaris untuk jimatkan ruang





25 April 2011
... menerima pelawaan dari Cikgu Zaleha ( bendahari GMD ) untuk ikut serta dalam lawatan
ke Pusat Sumber Sekolah SMK Sungai Besar ( dimaklumkan PSS ni dah beberapa kali muncul
juara di peringkat negeri dan kebangsaan ) ...
saje nak kongsi intipati lawatan ini untuk kekawan ...
VISI - PSS sebagai pusat penyebaran maklumat berlandaskan teknologi
MISI - PSS membudayakan teknologi pendidikan dan sebagai koridor raya maklumat bagi
melonjakkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
MOTO - Pendidikan berpaksikan teknologi
pembelajaran dengan penggunaan bahan sumber dan aplikasi teknologi
PIAGAM PELANGGAN - sentiasa beriltizam memberi khidmat berkualiti yang mesra
pelanggan / pengguna untuk :
* Melaksanakan program galakan membaca untuk mewujudkan bangsa
membaca
* Memberi perkhidmatan yang professional dan cekap serta memenuhi
kehendak pelanggan
* Menyebarluaskan bahan pendidikan untuk kegunaan semua warga
sekolah untuk melonjakkan pengajaran dan pembelajaran
SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
Perpustakaan SMK Sungai Besar ditubuhkan pada tahun 1967. Bahagian teknologi pendidikan
ditubuhkan 1981 . Sepanjang tahun 1980an kedua-dua unit ini beroperasi secara berasingan.
Pada tahun 1992 kedua-dua unit ini disatukan di bawah satu organisasi Pusat Sumber dan pada
pertengahan 1992 ditempat pada satu lokasi berpusat .
Pada tahun 1999 PSS dinaikkan taraf kepada Pusat Sumber Bestari . PSS menggunakan pengautomasian Smart School management System ( SSMS ) pada tahun 1999
Kemudahan yang disediakan -
* perpustakaan
* pusat media
* pusat akses sekolah
* bilik rakaman
* stesen radio sekolah
* Self-Access learning centre
* Pejabat pusat sumber
* sudut E-NILAM
-KEMUDAHAN PERKHIDMATAN
8.00 pagi - 1.00 tgh ( isnin - khamis )
8.00 pagi - 12.30 tgh ( jumaat )
2.45 ptg - 5.00 ptg ( jumaat )
8.00 pagi - 12.45 tgh ( sabtu )
... sebenarnya banyak lagi maklumat yang terdapat kat situ ... semua maklumat tersusun rapi
dan sistematik ... antara yang menarik perhatian aku ... majalah aktual yang aku jadikan rujukan
semasa zaman persekolahan dulu pun ada dan berjilid rapi ... koleksi duit siling dari negara luar
... sampul surat hari pertama ... bagi PSS ni dah boleh diibarat seperti arkib ... semua ada !
kreatif sekali ...
... terima kasih daun keladi ... insyaallah saya dan kekawan yang lain akan melawat lagi
terima kasih kepada cikgu zaleha kerana sudi mempelawa aku dan bunga menyertai lawatan
anjuran Persatuan Pesara Kakitangan Pendidikan Daerah Sabak Bernam ...
terima kasih juga kepada cikgu mahayani di atas layanan baik pada kami ...
... 12.00 tgh - aku dan bunga melangkah keluar meninggalkan PSS dengan niat akan kembali
Tuesday, April 26, 2011
semoga cepat sembuh !
Saturday, April 23, 2011
... teruskan melangkah !
Wednesday, April 20, 2011
erti hidup ....
... inilah kehidupan ! sekali ombak melanda pantai ... sekelip mata jugak pantai berubah ... sekali tsunami melanda ... habis segala harta benda .... sekali gunung merapi meletus ... punah semua kampung terbakar hangus !
... bila melihat arus perubahan yang melanda la ni ... kekadang aku tertanya jugak ... dimanakah penempatan aku seterusnya ...? kekal di sini atau akan berubah arah sekali lagi ...? apa yang dapat aku rasakan .... era zon selesa atau aman dah semakin nipis ... sama gak macam nipisnya lapisan ozon kat bumi ini
... aku dah lalui 2 kali angin perubahan .... nak kata aku berjaya melaluinya ! ntah lah ... tapi seingat aku lah ... pertukaran kali pertama ... 17 tahun lepas ... banyak mengubah sikap dan benar2 menguji jati diri ( ... itu komen dari keluarga aku ) ... mana x nya ... 6 tahun setengah aku leka dalam zon selesa ... ofis dekat ngan rumah ... nak gi ofis tumpang abang ( masa tu ... abang aku kerja kat area yg sama ) ... aku rasa aman damai sesangat !... bila terima arahan berhijrah keluar dari daerah kelahiran .... aku jadi blurrr dan kalut sekejap ... nak kata sekejap x jugak sebab hampir setahun aku berusaha membina minda kental ... !
... alhamdulillah ... aku percaya Allah Maha Mendengar setiap apa jua permohonan hambaNya ... aku kembali berhijrah di mana aku bermula ... walaupun aku pernah berhenti berharap tapi aku tidak pernah sekali pun berhenti berdoa ...
... titipan buat kekawan yang memulakan langkah di tempat baru ... anggaplah ini semua penghijrahan diri dan minda ... bila sesuatu itu dinilai dari sudut negatif maka seluruhnya akan jadi buruk ... ambik aura positif walaupun sedikit ... sebab yang sedikit tu adakala lebih tinggi nilai darjatnya !
* ... ku terasa kehilangan ... huhuhu
Tuesday, April 19, 2011
BelanjaWan
Monday, April 18, 2011
sekitar pertunangan Cik Cempaka ...
16 April 2011 ... memenuhi undangan majlis pertunangan ( undangan telah aku 2 minggu lepas ! ) ... aku memandu dalam hujan lebat ... tahniah dari k'mis ... semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa ...
* ... ada yang terkejut ... ada gak yang x percaya .... caya lah dayah ... hang dah bikin gempaq !!!
Wednesday, April 13, 2011
... dalam hati ada bunga !
Tuesday, April 12, 2011
persimpangan ...
Saturday, April 9, 2011
biarkan mereka bicara ...
biarkan mereka bicara ...
Monday, April 4, 2011
konkurensi
Thursday, March 24, 2011
tinggal kenangan
