Friday, October 24, 2014

Salam MAAL HIJRAH 1436 H

 
 Salam Maal Hijrah
1436 Hijrah

... tetiba aku rasa sebak !


 
... selalu orang kata " tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat bermain " tapi aku olah sikit ayat ni jadi macam gini " tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat cari rezeki " ... sejak berpindah tugas ke daerah kelahiran pada 2010 ... ini adalah kali kedua aku singgah di situ ... bukan aku sudah melupakan tempat bernaung selama 16 tahun ... beberapa kali juga merancang nak singgah bila ada urusan di HQ tapi x pernah terlaksana ... !
 
... 20 Okt 2014 , dalam perjalanan balik dari menghadiri Kursus Pemahaman Elaun Dalam Perkhidmatan dan Kerja Lebih Masa di Perpustakaan Daerah Kuala Selangor ... aku memang tekad nak singgah juga di Perpustakaan Cawangan Tanjung Karang ... jika 16 tahun dulu ... menapak tangga dengan sepatu bertumit tinggi ( walaupun x le tinggi sangat ) ke tingkat 2 bagaikan satu senaman tapi kali ini ... aku menapak satu persatu anak tangga dengan rasa sesuatu yang x terzahir dengan kata-kata ! ... hanya perkataan ini yang terlafaz " Ya Allah ... hati-hati ... boleh ke ... minta maaf " yang aku tujukan pada sahabat ada bersama aku ketika itu .
 
... melangkah ke anak tangga terakhir " Alhamdulillah ... sampai juga " terasa semput  ( mungkin sebab faktor usia kut ! ... hehehe ) ... melihat sekeliling yang suram dan kelam ( sebab lampu banyak yang tidak berfungsi ) ... lompong di lelangit ( siling banyak rosak ) ... kehangatan dibayangi dengan kipas ( aircond rosak ) ... teringat ketika aku melangkah keluar 21 Okt 2010 untuk berhijrah tugas ... aku menitiskan airmata kerana bagi aku ... inilah tempat aku belajar erti mencari keberkatan rezeki ... belajar mengenal diri ... belajar membina jati diri ... sesungguhnya banyak sangat nostalgia pahit manis sepanjang aku bertugas di sini .
 
... melihat suasana berbeza kini ... aku berharap kepada sahabat-sahabat yang akan memulakan langkah seterusnya di sini ... jadikan ini satu cabaran dalam kerjaya kita ... jangan peduli apa orang akan kata ... tapi yakinlah Allah peduli setiap apa yang kita perbuat .
 

 
 
 
 
... maah & syikin  " good luck and be the best " insyaAllah .



Thursday, October 23, 2014

... isk ! sabo je ...


... kalau x cakap diorang ingat kita suka dengan apa yang diperkatakan ... kalau  berterus terang menyatakan kita x suka apa yang diorang perkataan ... dikatanya kita sensitive lah ... x leh nak bergurau lah ... tapi hakikatnya kalau gurauan tu menyentuh hal-hal yang berkaitan peribadi ... rasanya manusia yang x de perasaan jer yang boleh senyum bahagia !
 
... hari ni aku hangin juga dengan sikap manusia yang teruja buat gurau senda x berapa nak cerdik ... pastu sesuka hati main petik jer nama orang lain ... dah lama sangat aku dok perhati jer ... dan dah lama juga aku bersabar jer ... kalau pun nak provokasi kena faham sensitivity orang lain ... jangan main hentam keromo ... cer letak diri sendiri ditempat yang orang yang diprovokasi tu ... ?
 
... aku ni manusia biasa , tahap kesabaran pun x le seteguh mana ... selalu tu aku masih berusaha mengawal tapi hari ni ... dengan apa yang aku lihat dan dengan apa yang dengar ( masih terngiang-ngiang di telinga ) ... aku mula memikirkan apakah selama ini apa sahaja yang terlafaz darinya sekadar provokasi untuk meraih simpati .
 
... teringat aku pesanan seorang sahabat akan tiga perkara perhati , nilai dan hati-hati
 
 
* pengajaran paling berharga
 

Tuesday, October 14, 2014

... x tahu nak kata apa dah !


" ... x tahu nak kata apa dah ! "  hanya itu yang mampu aku lafazkan dalam hati ... kalau boleh hari ni dah malas nak emosi atau membebel macam semalam ... tapi ada jer  benda yang aku rasa sesuatu macam semalam ... istighfar banyak2 dalam hati .
 
... hari ni punya kes ( 11/10/14 ) ... pasal cuti ... pelik juga bila korang hilang waktu ofis beroperasi ( tanpa isi  borang cuti ) ... aku lak yang kena ceramah mengapa diorang x isi borang cuti ... isk! sudah-sudahlah dengan lawak yang x berapa nak cerdik tu ... letih tau dengan situasi macam ini ... dah beberapa kali aku maklumkan ... aku sekadar merekodkan cuti jika borang cuti lengkap diisi sampai ke tangan aku  ... so yang mengisi borang cuti adalah empunya diri yang hendak bercuti ... x kan le nak isi borang cuti pun aku gak kena buat ... ermmm memang mengarut lah kan !

 ... klu boleh dah x nak ulas atau komen pasal citer macam gini ... tapi terpaksa juga bersuara sebab setiap kali isu ni timbul ... orang yang pertama kena dengar ceramah percuma ni mesti aku ... atas alas an aku yang uruskan fail berkaitan ... bukan ke lebih baik perkara ini dirujuk terus kepada orang berkenaan ... kenapa x isi borang cuti ? mudah kan !... x perlu guna orang tengah untuk menyampaikan pertanyaan atau arahan . 
 
... inilah natijahnya " bila perkara yang mudah tapi buat x endah , perkara yang penting tapi x ambik kisah " ... akhirnya diri sendiri susah ... pastu menyusahkan orang lain lak !
 

Friday, October 10, 2014

maaf ...

 
 
" maaf untuk Aan , Ayu dan Wani "
hari ni k'mis rasa teruk sangat sebab memaksa korang mendengar luahan hati
dan terpaksa juga mendengar bebelan ... hehehe
rasa macam ada sesuatu tau ... kalau x diluahkan
so maaf sesangat kalau korang pulak rasa sesuatu  ...hehehe
 
Alhamdulillah
semua perkara yang membuat k'mis rasa sesuatu tu
dah selesai
 
tq kat korang yang sentiasa
beri perhatian atas luahan hati k'mis
bagaimana esok ?
tunggu ...... !
 

 
 


" Ya ... Rabbi "




Ya ... Rabbi
ku pohon ampunan -Mu
 kerana sering gagal mengasuh hati
agar lebih bersabar menghadapi ujian Mu
   
Ya ... Rabbi
ku pohon ampunan -Mu
kerana tidak berupaya mengekang kekhilafan
yang berlaku dan terus berlaku

Ya ... Rabbi
ku pohon ampunan - Mu
kerana menitiskan airmata bukan kerana Mu
tetapi hanya kerana amarah pada sikap picisan manusia
 
Ya ... Rabbi
berikan aku ketabahan dan kekuatan
untuk semua duga Mu
sesungguh aku lebih takutkan dosa pada Mu
 
~~ amin ~~
 




 

Wednesday, September 24, 2014

syukur




... bila agaknya kali terakhir lafaz " Syukur Alhamdulillah " kita zahir dari hati bukan sekadar lafaz mainan di bibir ? ntah mengapa sejak akhir2 ini aku agak emosi sikit bila cakap bab syukur ni ... apatah lagi bila ada hubung kait dengan tempat kita mencari rezeki ... x perlulah perlekehkan atau meluahkan apa yang terbuku kat hati kununnya ' x heran pun ' dengan apa yang dimiliki sekarang ... jangan kerana  rasa x gembira dengan apa yang berlaku disekeliling  ... maka dengan mudah kita menidakkan rasa terima kasih kepada Yang Maha Mengetahui .
 
... kerja dan cabaran adalah rutin kehidupan yang x pernah ada penghujungnya ... selagi kita masih bergelar pekerja atau bekerja sendiri pun akan ada cabaran ... bagaimana seharusnya kita lalui ?  ' kalau tidak  sukakan sesuatu , ubah saja ...dan sekiranya tidak mampu mengubahnya , ubah cara kita berfikir mengenainya '  itu yang aku lakukan ketika mengalami stress ditempat kerja .
 
... perlukah lafaz syukur ketika ditimpa musibah ? ... aku mengaku mudah panik dan kalut bila sesuatu diluar jangkaan berlaku ... " acik ni cepat panik lah " itu komen Didie ( anak saudara ) ... kekadang tu bukan x usaha untuk mengawal rasa panik ni dengan kaedah yang disarankan melalui buku2 yang aku baca ... syukur Alhamdulillah walaupun x berjaya sepenuhnya ... tapi lafaz syukur itu sentiasa ada dalam hati ini , tak kira lah samada yang berlaku tu negative atau positif ... tapi ambil iktibar kesan positif dari musibah yang dihadapi ... insyaAllah , Allah akan permudahkan yang lainnya .
 
... so aku nak  share satu buku yang menarik untuk dibaca " Chicken Soup for the Soul - berfikir positif " karya Jack Canfield ( ... aku baca Edisi Bahasa Melayu ) kalau di Library Daerah Sabak Bernam , boleh cari di rak 158.1 Ca ... buku ni aku baca dengan penuh penghayatan ( hehehe ) semasa hari-hari terakhir untuk menghadpi audit ... syukur sangat sebab ia memberi impak positif  dan aku merancang untuk dapatkan satu untuk koleksi peribadi .

... syukur Alhamdulillah kerana sahabat baik aku akan menerima anugerah atas khidmat dan jasa yang disumbangkan ... tahniah !
 
 

Thursday, September 18, 2014

Sudut Pertanian di PPAS Daerah Sabak Bernam

 
 
... terbaru di Perp. Daerah Sabak Bernam adalah ' Sudut Pertanian ' ... cetusan dari idea Pen. Pegawai Perpustakaan ... masa audit yang 11 September yang lalu ... kewujudan sudut ini mendapat reaksi positif dari Pn. Norhaida hanya perlu tambahan dari segi pengisian maklumat ... dan mungkin juga susun atur yang lebih praktikal ... sebenarnya banyak perkara yang masih dalam perancangan ... semoga perancangan tersebut dapat direalisasikan meskipun terdapat perubahan di Bahagian Rujukan.
 
so kita layan gambar ' Sudut Pertanian '
 
 
dari sudut pandangan hadapan
 
pameran buku ' tanaman herba ' & dihujung ada ' jala '
 serta ' bubu tempang ' iaitu alat penangkapan ikan secara tradisional 
 
rak buku pertanian
 
 
 pameran buah sawit dan produk berasaskan sawit
 
' bubu tempang ' dan ' jala ' serta anak benih kelapa
( maaf lah klu sakit leher nk lihat gmbr ni ... hehehe )
 
 
 


Wednesday, September 17, 2014

11 September 2014 ( Audit MS ISO 9001:2008 )



... 11 September dah berlalu ... syukur Alhamdulillah audit kali ini pun berjaya tanpa ada major atau minor ... walaupun hari-hari terakhir sebelum audit terlalu banyak cabaran dan dugaan ... berjaya juga diharungi ... semua ini berkat kerjasama , persefahaman dan hala tuju yang sama sebagai pendorong untuk terus berusaha mengekalkan kejayaan yang lalu.
 
.... sebenarnya  keletihan mental dan fizikal masih terasa , sehingga saat aku mencatat coretan ini , sebenarnya aku masih berperang dengan selsema yang teruk sehingga nak bernafas pun terpaksa melalui mulut ... ini adalah kelemahan aku jika terlalu banyak fikir ia akan turut menjejaskan kesihatan  ... berkali-kali juga aku cuma buat mengawal minda seperti yang disarankan oleh Yatie tapi x berjaya ... hehehe
 
... empat perkara yang sentiasa menjadi motivasi untuk diri ... kesukaran adalah cabaran untuk berjaya ... dan untuk berjaya perlu ada usaha , doa , pemikiran yang positif dan keyakinan yang tinggi ! adakalanya sangat sukar apabila kita terpaksa memilih kepentingan diri atau kepentingan bersama ... selalunya aku memilih kepentingan bersama ... meletakan kepentingan diri sendiri ntah beberapa tapak kebelakangan demi kelangsungan satu kejayaan yang dapat mengembirakan hati semua .
 
... kejayaan yang dicapai akan lebih tinggi nilainya jika kewajiban menunaikan amanah dapat dilaksana dengan nawaitu kerana Nya . Semoga semangat setiakawan , saling membantu dan persefahaman yang terjalin akan kekal erat sentiasa .
 
... buat sahabat2 yang sama-sama  berjaya mengharungi cabaran audit ... Aan , Ayu , Nasar , Wani (PJL ) , Zam ... x lupa Din & Jefri dari Unit Bergerak ... ini adalah kejayaan kita !
 
rakaman kenangan semasa audit
 
 
taklimat oleh Pn. Suzliana ( Tim. Pengarah PPAS )
 
khusyuk mendengar taklimat
 
team Bah. Rujukan ... Nasar & Aan
 
Zam di bilik PSR
 
semakan daftar keahlian
 
menguji system OPAC
 
 semakan aduan / cadangan pelanggan dibantu oleh
Pn. Juliana Es
 
  
semakan maklumbalas pelanggan dibantu oleh
Pn. Nurul Aizan
 
cenderahati daripada Timbalan Pengarah Pn. Suzliana kepada
Juruaudit Pn. Norhaida Aini
 
 
... selesai sudah audit untuk kali ini ...  banyak lagi kerja yang perlu diteruskan dan ditambahbaik ... teruskan kerja ... kerja ... dan kerja !
 


Tuesday, August 19, 2014

ermm ...





  " acik ... raya tahun depan ija nak beli kasut sarung tapi ada tumit sikit " ... itu perancangan ija untuk raya tahun depan ... " raya tahun ni pun x habis lagi , dah rancang untuk tahun depan lak " itu kata kata aku ... " ermm ija cuma cakap jer " kata ija malu2 " tahun depan tu pun kita x tahu lagi samada kita ni masih ada lagi atau tidak ... kena cakap insyaallah " ujar aku ( sabo jer le ... ! )

... sebetulnya , hidup ini sangat sederhana ... itu yang aku selalu cakap dengan ija , x perlu nak berlebih-lebih tapi bebudak ni memang agak ekstrim sikit kalau buat perancangan ( ikut aku le tu ... tapi idak le aku merancang seawal itu ... hehehe )

  " insyaallah ... doakan acik murah rezeki ye "  itu yang selalu lafazkan setiap kali ija minta sesuatu sebab aku suka sangat dengar jawapan dari mulut   " ija kan selalu doakan acik " itu jawapan skema ija yang aku suka dengar .... dan setiap kali itu juga le aku amin kan.

Wednesday, August 13, 2014

" megalomania "




... Alhamdulillah ... masih diberi kudrat untuk meneruskan tugas yang diamanahkan ... walaupun aura raya masih terasa  namun aku rasa gamitan aura odit 11 September nanti lebih lagi ... hehehe

... ini cerita 2 minggu lepas , ketika berbincang berkaitan penambahbaikan yang perlu untuk  Sudut Pertanian ... pelbagai idea yang timbul ... macam gitu ... macam gini ... tambah itu ... tambah ini ... apa kata buat macam ni ... semua tu aku take note ... bagi aku lagi banyak idea ,  lagi bagus dan minda pun berputar 360 darjah ... errmm bagaimana nak realisasikan semua idea tu ? ... dalam dok ralit pasal cadang itu ... cadang ini  , tetiba timbul pasal isu ' otai ' ( kata wani " definisi ' Otai ' adalah orang lama atau veteran dalam satu tempat kerja )

... so sebelum melelapkan mata malam semalam ... aku capai Kamus Dewan edisi keempat ... nak gak tahu ada ke istilah ' otai ' tu ... ermm x de pun , mungkin ini bahasa slanga yang nampak indah
diucapkan sebagai kiasan untuk menggambarkan seseorang yang banyak pengalaman atau lebih dulu makan garam ( ... jangan sampai kena darah tinggi ye ! ) ... dulu mungkin bila sebut ' otai ' kita akan respect sebab pengalaman tapi sekarang ni mungkin berbeza ... apa yang aku perhatikan ' otai ' lebih menjurus kepada keperibadian yang negative ( bukan semua ye ) ... tipikalnya bila sebut ' otai ' macam satu lesen untuk datang lewat ... kerja ala kadar ... al maklum orang lama ! ... dah mangli pasal kerja kununnya ...  
 
... satu lagi perkataan yang aku rasa baik juga untuk dikongsi adalah " megalomania " sesuai dengan situasi yang berlaku kat negeri kita la ni ... '' megalomania " ni adalah jiwa yang sakit ... suka berkhayal , penyakit merasa diri paling hebat dan berkuasa ... kalau dalam Islam istilah yang sesuai adalah Ujub iaitu perasaan kagum atas diri sendiri dan merasakan diri hebat .
 
... megalomania ni kita boleh jumpa kat mana-mana ... x mustahil ada kat sekeliling kita ! atau mungkin kita juga ' megalomania ' tanpa disedari ( mohon dijauhkan ye ) ... bila rasa diri hebat dan berkuasa  maka arahan diberikan pun penuh dengan rasa kehebatan dan kekuasaan .... sedangkan kehebatan dan kekuasaan itu adalah milik Nya .

... apalah yang nak dibanggakan sangat dengan gelaran ' otai ' kalau hakikatnya kita masih berada di beberapa tapak ke belakang ... apalah yang terkesan sangat dengan gelaran  ' otai ' jika pemikiran masih terjajah ...

... so kalau nak bangga sangat dengan ' otai ' pastikan ia bebas dari ' megalomania ' ... boleh gitu !
hehehehe

 

Tuesday, July 22, 2014

candid sebelum dan semasa odit ...


gambar2 candid yang dirakam oleh zawani ...

sebelum odit  ( 19 Jun 2014 )

perbincangan utk penambahbaikan Bah. Rujukan
 
 

 
 
 
semasa odit ( 25 Jun 2014 )
 

cenderahati Juruaudit ( Pn. Suzliana )
 
 cenderahati untuk En. khairul
 
 cenderahati utk En. Harith
 

 
 


Saturday, July 12, 2014

mudahnya ....


" kehidupan ini akan jadi lebih mudah kalau kita ambil endah hal-hal yang mudah " itu saranan  seorang sahabat sambil ketawa dalam sembang2 melalui telefon malan tadi .

... ayat simple tapi amat terkesan kat hati  ... banyak hal yang mudah menjadi rumit kerana kita yang merumitkan ... sedangkan hal penting kita selalu buat x endah !
 
... dan tentu bertambah kalut jika perkara penting tapi dianggap mudah dan sengaja buat x endah pastinya mengundang padah serta resah gelisah ... masa tu baru sedar natijah !

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan datang lagi ...

 
 
 


cubalah untuk mengerti ...


Alhamdulillah audit dalam dah selesai pada 24 Jun lepas  ... sekarang ni preparation  untuk audit sebenar yang dijangka dalam bulan September tapi TP ada maklumkan sebelum audit sebenar akan ada sekali lagi audit dalam  pada Ogos ni ... so memang x de istilah break sehingga hari audit .
 
... ada beberapa perkara yang disentuh semasa audit dalam baru-baru ni ... seperti lazimnya audit yang terdahulu setiap kali audit akan ada penambahbaikan ... hanya kali ni aku rasa agak terkilan kerana beberapa maklumat penting yang sepatutnya diperjelaskan untuk tindakan perlaksanaan tidak dimaklumkan kepada aku dan kekawan yang lain ... x tahu dimana silapnya ? x tahu nak salahkan siapa ? atau aku juga ke yang bersalah ?
 
... minggu ni memang rasa tertekan sangat ( selalu Aan ingatkan " jangan stress kak nanti kolesterol meningkat 6 x ganda ) hehehe ... sabo jer le !

... hakikatnya bukan le stress sangat pun tapi lebih kepada keletihan minda ... letih sesangat juga rasa terkesan dengan apa yang berlaku ... hanya kerana seorang individu yang tersangkut atas faktor sikap maka post mortem dibuat melibatkan keseluruhan kakitangan ... kalau  ia pun nak buat tindakan drastik atau rombakan ... biarlah semua staf dapat hadir bukannya ketika ada staf yang bercuti ... apatah lagi rombakan itu melibatkan staf yang bercuti ... macam menjatuhkan hukuman tanpa dapat membela diri ... bila dah selalu sangat perkara ni berlaku ... aku dah mula ada tanggapan yang lain lak !

... ingatan untuk diri sendiri ( juga kepada mereka2 yang terbaca blog ini ) ... bak kata pepatah kalau berumah di tepian pantai kena berani menentang badai ... so maknanya kalau dah bahu berani memikul tanggungjawab kena lah berani juga menggalas risikonya ... bukan masa senang bertepuk tangan bila time bermasalah lemparkan kat orang lain.

... ada 3 perkara yang cuba aku elakkan " bila bercakap ia berdusta , bila berjanji ia mungkiri dan apabila  diberi amanah ia khianati " ... tapi aku selalu terkena pasal semua yang aku cuba elakkan ini ... aku cakap lain tapi orang sampaikan lain ... bila timbul masalah semua tunding jari menghala kat aku ... isk !isk !isk ! ... apa korang rasa bila ada kat tempat aku ? sesekali tu cuba le mengerti perasaan orang lain juga ... hormati reputasi orang lain .

... bagi aku kerja adalah amanah ... sedaya upaya aku cuba selesaikan walaupun adakalanya memang x masuk pun dalam skop tugas tapi memandang sudah terikat dengan fasa terakhir dalam fail meja iaitu " arahan dari masa ke semasa " maka suka atau tidak ... redha atau tidak ... kerja kena kasi settle ... maka jangan mudah letak label " tidak berkerjasama " ... aku pun keliru istilah " kerjasama " ... adakah kerjasama tu membawa maksud yang sama dengan kawtim ?

... dah bertahun-tahun di sini ... aku masih berpegang pada konsep kerja adalah ibadah ... dah nak masuk pra pencen ( istilah yang aku gunakan diri sendiri ) ... bab kawtim ni memang x de langsung melekat kat minda ... sebab x nampak rasionalnya pun ... tugas kita adalah tugas kita ... x kan jadi tugas orang lain ... lagipun  kawtim dengan manusia mungkin boleh selesaikan masalah ... bagaimana pula kawtim kita dengan yang di atas ... Yang Maha Mengetahui ... adakah boleh lepas juga ?

... pasal bab professional atau tidak diri aku ...  aku x nak komen pun ... hanya sekadar bertanya " adakah orang yang bercakap bab professional ni ... professional ? "

... aku anggap ini adalah dugaan Allah untuk hamba Nya ... dan aku yakin Allah tidak akan pernah menzalimi hamba Nya .

 

Friday, June 13, 2014

Qalam kalbu


... akhir2 ini sering kali aku jadi pemerhati tegar yang memerhati dan berusaha untuk memahami apa sebenarnya yang tersirat dan tersurat diruang lingkup kehidupan harian aku ... memerhati ... berfikir ... menilai ... " ah ! macam x de kerja kan ? " aku pun x tahu apa perlunya semua ini , mungkin sekadar memenuhi desakan naluri atau dipengaruhi oleh jurus bahan bacaan yang menjadi minat aku sekarang atau mungkin juga sebab factor usia kut ... hahaha

... apa yang menarik dari permerhatian ini ? setiap dari kita ada cerita ... ada rahsia ... ada kemahuan ... ada benci ... ada suka ... ada marah ... ada rasa x puashati ... ada macam-macam dalam diri ... adakah semua itu x bagus atau x seharusnya ada dalam diri ?

... dalam pemerhatian ini juga aku buat kesimpulan ' jika seseorang menyatakan sedia menerima teguran atau kritikan '... ianya bermaksud ' jangan berani tegur atau kritik ek ! '  so adakah ini juga bermaksud  ' jika kita tahu sesuatu perkara itu salah maka biarkan atau buat2 x tahu jer ?

... adakala kita marah ... terasa hati ... terluka bila mana merasakan orang di sekeliling seolah-olah x memahami apa yang terpaksa kita lalui atau hadapi ... kita mula buat andaian negative tapi pernahkah kita meletakan diri kita tempat mereka ( yang selalu kita nampak negative tu ) ... pernah x kita memahami apa  pula yang mereka rasa angkara sikap atau perbuatan kita ?

... sentiasa mahu yang terbaik untuk diri ... sedang diri sendiri tidak berusaha untuk buat yang terbaik ... sentiasa ingin dihargai ... tapi perlakuan sering ke arah yang tidak disukai ... selalu minta difahami ... sedangkan tindak tanduk seperti menzalimi diri sendiri ... jangan minta lebih sedangkan diri sendiri x pernah memberi ... fikirlah kenapa semua rasa negative tu bersarang dalam diri ... berserabut di minda ... hanya kita saje yang tahu apa jawabannya .

... selalu aku ingatkan diri sendiri ' beri baik , dapat baik jadi baik ... kalau beri tapi dapat x baik itu tanda Allah sedang menguji kesabaran hamba Nya ... hanya aku agak terkejut bila dapat tahu ada diantara mereka2 yang merasa cemas atau cuak untuk jadi rakan setugas aku ... mengapa ek ? ... teruk sangat ke aku ni ? ... la ni aku lak jadi takut2 untuk menjadi rakan setugas mereka2 tu ... hehehe
 
... prinsip tugas aku mudah jer ! ... masa kerja adalah untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan ... aku akan buat sehabis baik tapi x de le sampai menindas ... yang paling penting adalah komunikasi dan kerja satu team , toleransi dan timbang rasa serta saling mudah memudahkan ... aku x suka stress walaupun selalu gak stress ... huhuhu !
 
... buat mereka2 yang merasa cemas dan cuak untuk jadi rakan setugas aku ... x de apa yang membezakan antara kita pun ... mungkin cara kerja atau pemikiran yang berbeza ... lain2 tu rasanya sama jer ... selagi kita ni memegang title pekerja ... so tugas kita adalah menyelesaikan tugas seperti yang diamanahkan kecuali le kalau sebaliknya .
 
sketsa sembang ( lokasi kaunter )
 
" dulu sebelum pindah ke sini , diorang ada pesan hati-hati kerja ngan kak mis ... kak mis tu straight
  sikit ... kalau dia kata A ... A lah " itu kata Aan
" ye ke ? ... kak mis rasa macam biasa jer ! " ujar aku
" iye kak mis " balas Aan
" ermm ... masa tu kan korang tengah praktikal ... mesti le kak mis kena skema sikit ... lagi pun masa
  tu bla ... bla ... bla ... hehehehe " panjang lebar penerangan dari aku
" so sekarang Aan rasa macam mana ? " aku tanya Aan
" ntah ... macam biasa jer ! " jawab Aan
 
kesimpulannya adalah ... apa yang kita lihat atau dengar dari orang lain , bukan le gambaran sebenar situasi hanya sekadar gossip picisan
 
 

Friday, June 6, 2014

kereta oh kereta ...

 

 
 

bersama honey .. SPIES Jul 2011 , Lenggeng.
 
 
... tahun ke 6 bersama SAGA ... Alhamdulillah masih mengekalkan prestasi baik walaupun mula menunjukkan tanda2 banyak perkara yang perlu di up grade untuk terus kekal baik ... bermula akhir Mei lagi aku dah bersiap sedia dengan kos penyelenggaraan secara menyeluruh ... memang menyakitkan dompet tapi sebagai tanda terima kasih kerana telah memberi khidmat dan memudahkan perjalanan  aku setiap hari ... x kisah lah janji semuanya ok !
 
 



Monday, June 2, 2014

lipsticks



... apa perassan korang bila dalam kesibukan menyelesaikan tugas dan arahan kerja , tetiba terdapat tanggapan " kalau sibuk sangat ... x kan masih sempat layan lipstick kat internet " ... bagaimana reaksi aku bila cerita ni sampai ke cuping telinga ? ... memula tu memang terasa hati ... al makklum benda yang kita x pernah buat , macam difitnah lak ! ( dalam hati istigfar banyak2 )

... selepas berbulan citer ni berlalu ... Alhamdulillah kini aku semakin memahami apa sebenarnya ... seperti kata kiasan " hanya jauhari yang mengenal manikam " so apa yang aku rasa saat ini ? ... terima kasih Ya Allah kerana setiap dugaan Mu menjadikan aku lebih dekat dengan Mu dan lebih memahami mereka yang ada di sekeliling .

... tampak cantik di mata , belum tentu indah di dalam hati , kelihatan sempurna di jangkauan akal , namun gelodak di hujung rasa ...

... x kisah lah korang nak kata apa ... x kisah lah korang nak anggap apa ... yang penting aku tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri , kerjaya atau apa saje ... yang lain2 tu " ada aku kisah ! " ... hehehe