Saturday, April 25, 2015

Let's read together for 10 minutes 2015


Program " Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let's Read Together For 10 Minutes " yang diadakan serentak di seluruh Malaysia ini , melibatkan segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada peminpin , jabatan kerajan / swasta , university , kolej, sekolah , hospital , NGO , pusat membeli belah serta individu-individu atau sasaran tertentu seperti pemandu teksi /bas , pekerja kebersihan serta pengawal keselamatan .
 
... di Daerah Sabak Bernam , lokasinya adalah di Dewan Seri Bernam dan sebelum LRT ( ringkasan untuk Let's Read Together ) bermula jam 10.00  am -  10.10 am , pengisian lain yang turut adakan adalah Ceramah mengenai Keselamatan Ketenteraman Awam oleh Balai Polis Daerah Sabak Bernam , Pameran oleh AADK , Pemeriksaan Kesihatan oleh Pej. Kesihatan Daerah Sabak Bernam dan Pameran Buku Baru serta Kempen Keahlian oleh PPAS Daerah Sabak Bernam .
 
 

Ceramah " Keselamatan & Ketenteraman Awam " oleh Balai Polis
Daerah Sabak Bernam
 
kaunter PPAS ( kempen keahlian & pameran buku baru )
zam , wani ( PJL ) , ayu , n raihan
 
staf PPAS Daerah Sabak Bernam
zam , me , ayu n raihan
 
kaunter pendaftaran kehadiran peserta oleh
staf Pejabat Daerah Sabak Bernam
 
 10 minit bermula " Jom baca "
 



ibu yang baik
 
 
 
kalau ada kemahuan kat mana-mana pun boleh membaca

 
 
 
kenangan
 
 
Alhamdulillah ... selesai sudah program jom baca 10 minit ( LRT ) ... kalau boleh jangan lah bila ada program macam ni jer baru nak membaca ... biarlah ianya berterusan dan jadikan amalan dalam kehidupan seharian .
 
BANGSA MEMBACA , BANGSA BERJAYA !
 

 

Friday, April 24, 2015

mujahadah

 
 
... semalam aku emosi sikit ( sikit ke ... ? hehehe ) dengan situasi  meja bulat ( belakang kaunter ) ... " isk ! apa saje lah diorang ni ... pagi-pagi lagi dah bikin panas "  hurmm ... biasalah selagi program x berjalan ada jer desas desus ... semuanya menyalahkan orang itu lah ... orang ini lah ... macam le diri sendiri perfect sangat kan ! ... bukan x biasa dengan program zero budget ? rasanya x perlu nak persoalkan sebab dah dimaklumkan lebih awal pasal zero budget ni ... lagi pun setahun sekali jer kan ! ( mesti ada yang berangin dengan statement ni ... hehehe ... maaf ek ! )
 
... semasa taklimat program diadakan ... aku x leh nak follow sebab " diarahkan "... aku ulang sekali lagi  " diarahkan " ( bukan suka-suka  )  untuk turut serta dalam meeting satu lagi program yang dirancang bulan Mei ... adakala kita tiada pilihan bila berkaitan dengan arahan tugas ... apa pun tanggapan orang ... arahan wajib dilaksanakan selagi tidak bercanggah dengan perkhidmatan.
 
... selesai meeting aku diminta pula untuk beri penerangan berkaitan meeting ( ini pun arahan tugas jugak ... bukan suka-suka ) ... aku x pasti apa tindak balas selepas ini ... aku anggap  ini adalah mujahadah diri dalam memikul amanah ... aku tahu , aku x upaya nak ubah pandangan mereka ... dan aku x nak bersikap pesimistik .

inilah mujahadahku .
 
 


Monday, April 20, 2015

... yang ingin kukongsi


... sesuatu ketika , aku dipanggil untuk satu perbincangan yang mana mukadimahnya adalah  mengenai sikap yang seharusnya ada dalam diri ... aku hanya mendengar untuk mencerna maksud yang tersirat ... ada juga beberapa perkara yang ditimbulkan yang aku anggap sebagai kiasan apa yang sebenarnya ingin disampaikan ... aku masih mengambil sikap mendengar tanpa komen .
 
... seketika kemudian ... aku diajukan persoalan tentang perkongsian ilmu ( ... ada juga beberapa perkara yang aku off record ) ... aku jawab persoalan yang diajukan itu dengan satu persoalan juga ...  " saya tiada jawaban sebab tiada yang mengajukan soalan ? " ... sementelah pula aku ni hanya ada pengalaman yang tentunya x standing dengan sijil daripada menara gading ... bukan tiada yang bertanya atau ingin berkongsi pandangan ... hanya sekadar itu sahaja ke !
 
... sekelumit juga rasa serik dalam hati ... untuk berkongsi ilmu ( berkaitan kerja ) , bimbang menimbulkan fitnah ... memang seharusnya aku nyah jauh segala tanggapan negative ni ... itu juga yang pernah aku lakukan dulu ... bagi aku setiap pertanyaan , seharusnya ada jawaban ... setiap persoalan , perlu ada jalan penyelesaian .
 
... sehingga suatu ketika sikap ketidak-kisahan untuk memberi pandangan  , berkongsi pendapat , bertukar idea  ini memerangkap aku dalam situasi yang amat memeritkan ... keterbukaan aku dalam  memberi pandangan , berkongsi pendapat dan bertukar idea ...  seolah-olah mengundang ruang kritikan serta salah faham yang berterusan ... apa sahaja lontaran cadangan dan pandangan yang aku anggap boleh dikongsi , acapkali dimanipulasi sebagai arahan jika berlaku sesuatu yang negatif ... walhal istilah perkongsian entah hilang ke mana ?

...  seharusnya bila istilah berkongsi yang sering aku gunakan itu membawa erti lebih kepada yang baik jadi teladan  dan ikutan ( ikut kesesuaian ) ... yang kurang sesuai jadi sempadan ... bukanlah arahan yang perlu dipatuhi ... hanya kita sahaja yang tahu apa yang baik dan sesuai dengan situasi sekeliling kita .

... serik ? x lah  cuma terasa hati jer ! hehehe ... hanya akan lebih berhati-hati bila diminta beri pandangan , pendapat , idea atau apa sahaja yang semaksud dengannya ... bukan x sudi berkongsi tapi berhati-hati .




 



Saturday, April 11, 2015

kempen keahlian di Program NILAM


... kempen keahlian di Program Nilam , SMK Sungai Besar pada 8 April 2015 ... terima kasih diatas undangan untuk sama-sama menjayakan program tersebut ... walaupun jemputan tu last minite tapi amat dihargai ... terima kasih juga atas kerjasama baik sepanjang kempen keahlian  berjalan ... hanya pen dan note book dan majalah Dewan Siswa sebagai cenderahati kepada pendaftar keahlian yang ke 10 , 20 , 30 dan seterusnya ...
 
... daripada 120 murid yang mengisi borang keahlian  ... setelah semakan dibuat hanya 96 murid direkodkan sebagai ahli baru PPAS Daerah Sabak Bernam ... alhamdulillah
 
... misi kempen keahlian ni berjaya dengan kerjasama Perpustakaan Bergerak M 9  dan Perpustakaan Jalur Lebar ( PJL ) ... bila melihat sambutan yang baik ni ... Din bagi cadangan untuk buat Program Jelajah Perpustakaan ke sekolah-sekolah yang lokasinya jauh dari perkhidmatan perpustakaan sebagai usaha untuk memperkenalkan apa yang ada di perpustakaan ... selalu tanggapan masyarakat adalah perpustakaan ni hanya untuk budak sekolah jer ... atau pun hanya ada buku sahaja ... itu mungkin ada benarnya ... itu dulu , sekarang ni perpustakaan dah jauh berbeza ... so inilah objektif program jelalah perpustakaan ... aku sedang merangka kertas kerja untuk projek ni ... semoga ianya dapat dilaksanakan .. insyaallah.

 

murid sesi petang yang terlibat dalam Program NILAM
 

meja pendaftaran keahlian dan pameran buku baru
 
beratur untuk menaiki Perpustakaan Bergerak
 
semua murid teruja untuk bergambar di M9
 
taklimat ringkas mengenai PPAS Daerah Sabak Bernam
( gemuruh rasanya ... hehehehe )



Tuesday, April 7, 2015

aku ... apa adanya

Tika langkah semakin hampiri garis penamat
Jejak kian sarat berliku
Kerikil tajam kejam terasa
Menerjah telapak yang uzur
Perjalanan nun masih jauh

Titis airmata mengalir lesu
Basah membajai semangat dalam diri
Tatkala jiwa merusuh
Hati berbisik ' sabarlah '

Ingin kugapai semua impi
Menabur bakti tersemat dihati
Berkongsi ilmu selagi daya
Kala semangat dan hasrat menyatu
Duga dan cabar bagai berpadu
Hati berbisik ' sabar itu ada indahnya '

Sebelum kaki berhenti melangkah
Sebelum ayat bertemu noktah
Selagi minda bisa memikir
Selagi jasad masih dikandung
Semangat berbakti tiada henti
Berundur tidak sama sekali

Friday, March 20, 2015

mudahnya ...




kehidupan adalah pilihan
nak jadi baik ... berusaha jadi baik
mimpi jadi baik ... berharap jadi baik
mudahnya !


kehidupan adalah pilihan
sukar buat baik , itu pilihan
suka buat x baik , itu pilihan
pilih buat x baik , itu pilihan
mudahnya !


kehidupan adalah pilihan
niat  baik , susahkan orang
susahkan orang dengan niat baik
mudahnya !


kehidupan adalah pilihan

boleh buat baik tapi pilih buat x baik
niat  buat baik tapi x berusaha jadi baik
usaha buat baik ... niat mesti baik
itu pilihan
mudahnya ! 

Thursday, March 12, 2015

mangli


" ... jangan terlalu berharap kesempurnaan dalam diri orang lain ... " itulah yang sering aku ingatkan untuk diri sendiri ... bukan kesempurnaan yang aku inginkan ... aku tahu benar memang tiada insan yang sempurna ... yang selalu aku harapkan adalah rasa kebertanggungjawaban dalam diri demi merealisasikan amanah ... apatah lagi bila kita dengan rela hati  melabuhkan tandatangan  pada kertas  aku janji .
... sepatutnya aku dah mangli dengan situasi rencah ragam ini ... seharusnya begitu ... seharusnya x perlu berharap pun  ... dah kebiasaannya begitu ! namun hati masih lagi berharap ... dan berharap ianya akan ada perubahan ... aku cuba memahami betapa kita semua ini sentiasa dirantai dengan masalah dan kemelut dalam kehidupan ... aku cuba belajar rutin tugas sebaik mungkin ... aku berusaha memahami apa sebenarnya yang mereka lalui ... walaupun mungkin tidak sepenuhnya , sekurang-kurang aku berusaha juga .
... mendengar keluh kesah akan segala kepayahan dan permasalahan yang mereka lalui ... terdetik juga dihati ini ... adakah mereka memahami apa yang terpaksa aku lalui ? ... adakah mereka pernah cuba untuk memahami ? ... adakah mereka  berusaha untuk memahami ? ... kita selalu berharap orang lain dapat memahami permasalahan yang kita lalui , sedangkan kita tidak ... apatah lagi jika permasalahan kita itu menjadi liability pada orang lain .
... yupp ! sepatutnya aku dah mangli ... biarkan saje semua mengikut rentak yang mereka inginkan ... x perlu pusing memikirkan , kerana mereka tidak akan berubah selagi mereka gagal mengendalikan cara berfikir ... hehehe




Saturday, February 28, 2015

buai laju-laju ...


buai laju-laju
sampai pokok sena
rajin baca buku
jadi orang yang bijaksana

buai tinggi-tinggi
tinggi sampai ke bulan
jangan sombong diri
nanti tiada kawan

buai laju-laju
sampai pinggir kali
buat baik biar selalu
buat jahat ... jangan biarpun sekali !

buai tinggi-tinggi
tinggi sampai ke awan
di mana letak budi
budi terletak di hati yang dermawan

buai tinggi-tinggi
sampai hujung laman
biar merendah diri
itu tanda orang beriman

buai laju-laju
hingga hari petang
orang ramai lalu
si manja tinggal seorang

* teringat masa kecik2 dulu ... arwah mak selalu dodoikan adik dengan lagu-lagu macam gini ... sempoi jer !

Wednesday, February 18, 2015

... dari jendela itu



 
 



 
... dari jendela itu
ku memandang keluar
ada titis-titis air mengalir lesu di dinding cermin
yang kian kabur
 
... dari jendela itu
ku mencari diri ku yang hilang
dalam kelam kabus kelabu
yang kian menjauh
 
... dari jendela itu
dalam titis air yang mengalir , dalam kelam kabus
aku memohon dengan lafaz

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ  

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan ( yang sebenar ) melainkan Allah
dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah itu adalah utusan Allah ( Rasulullah )




Saturday, February 14, 2015

mencari makrifat

... Alhamdulillah , sehari sebelum berakhirnya Pesta Buku Selangor ( 29 Januari - 8 Februari 2015 )  yang berlangsung di SACC , Shah Alam ... nama aku tersenarai untuk menghadiri ' Seminar Tempat Kerja Saya , Ladang Pahala Saya : Prof Muhaya Haji Muhamad ( sesi 11 ) dan Green Dome Publication : Ust Don , Ust Taha dan Dr. Luv ( sesi 1 ) ... bak kata pepatah " ibarat pucuk dicita ulam mendatang " ...  walaupun ketika itu kesihatan x berapa nak ok ( selsema dan batuk agak teruk jugak ) ...  aku x drive tapi tumpang member ...

... sesi 1 bersama Ust. Don yang memperkenalkan karya beliau yang terbaru " Solat & Selawat " dan beberapa buku keluaran Green Dome Publicatin ... x sempat nak singgah pun booths Green Dome Publication ... aku hanya beli 2 buku agama jer ...walaupun harga novel less 50 % ... aku cekalkan hati x nak tergoda ... takut budget lari ... hehehe

... aku nak share pengisian berkaitan Tempat kerja saya , Ladang pahala saya bersama Prof Muhaya Muhamad ... mengenai apa yang seharusnya kita lakukan dan apa yang tidak seharusnya kita lakukan ... antara lain yang diperkatakan adalah sikap yang perlu sentiasa positif ... focus pada tugas ... buang segala sikap x elok ... x de facebook ... x de gossip ... x de whatsapps ... x de umpat ... buang semua yang negative ... ganti dengan semua yang positif  ! .... buang semua keladak ! apa yang disampaikan hari tu sama seperti seminar yang pernah aku turut serta sebelum ini ... pengisiannya x banyak beza .

... aku cuba luaskan dalam skop  " kehidupan saya adalah ladang pahala saya "... banyak yang boleh kita perbuat untuk dapatkan pahala ... senyum ... bagi salam ... sedekah ... jujur dalam perbuatan ... ikhlas dalam melaksanakan tugas ... aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mempraktikkan dalam kehidupan seharian ... hanya terkadang aku gagal mendidik hati agar lebih bersabar dengan rencah ragam perangai insan yang kerapkali menguji kesabaran ini ... Ya Allah ampuni hamba Mu yang penuh dengan kelemahan ini ...amin.

... menyelusuri tipikal  kehidupan x seindah seperti yang kita selalu inginkan ... macam juga yang sering terjadi niat yang baik tidak semestinya memberi impak positif ... beri baik , dapat baik , beri x baik , dapat x baik , beri baik tapi dapat x baik sebab beri x cukup baik ! ... yang paling penting adalah niat mesti baik dan istiqomah dalam melakukan kebaikan.
 
... lagi satu  nak share " berbuat baik dan mencari kebaikan " yang pernah aku sembang-sembangkan dengan ija semasa memandu balik dari ofis sebulan yang lepas ... bual yang biasa-biasa jer tapi aku terkesima dengan jawapan ija ... " buat baik dan cari kebaikan ... dua-dua dapat pahala kan ! "... aku pun fikir soalan seterusnya ... hehehe ... saje nak test cara kanak-kanak 10 tahun mengulas sesuatu isu ... " macam mana pulak ...ada orang buat baik tapi dapat dosa ? " ... sambil menyelak helaian mukasurat buku yang dipinjam ... ija jawab tanpa pandang muka aku ... aku senyum jer menunggu jawapan dari ija  ... akhirnya " ada ke orang buat baik dapat dosa ? ... ermmm ... ija tahu ... mesti orang tu pura-pura buat baik ! " ... aku hanya ketawa sebab aku tahu ija akan cari jawapan selamat ... agar aku x bertanya lagi ! ... aku pun x de niat nak tanya lagi ... cukup le untuk hari ini .
 
... kehidupan ini satu nikmat dari Allah ... jaga nikmat Allah dengan memberi kebaikan sesama insan.
 
~~ wallakhuaklam  ~~
 

Wednesday, February 4, 2015

hargai setiap detik kehidupan

Hari ini cuma hari ini
Hari esok itu soal nanti
Bergembiralah
Berbahagialah
Nikmatilah hidup ini
Hari ini , tak akan pernah kembali
Dan nikmati , biar kelmarin tak kan kau sesali lagi !

Monday, February 2, 2015

bila seharusnya kita berkata benar ... ?





" bila seharusnya kita berkata benar ? " ... itu ayat yang aku hantar kat yatie melalui sms malam tadi ... sebab aku dah semakin sukar untuk mempercayai atau mungkin juga rasa percaya itu dah luntur agak nya ... hehehe


" ... hendaklah kalian tetap berkata benar sekalipun menghadapi bahaya , sebab di dalam kata-kata yang benar terdapat keselamatan - hadis riwayat Ibnu Abi Ad-Dunya " ... ini ayat balasan sms dari yatie .


... nak berkata benar ni banyak duganya ... satu : memang sikap manusia  sukar terima kritik atau dinyatakan kelemahan / kekurang diri ( ... itu biasakan ! ) kedua : mereka2 yang berani berkata benar semakin pupus ( ... alasan klise yang sering diberi ... x nak hilang kawan ! ) ketiga : kalau cakap perkara yang sebenar nanti kena blacklist pulak ... hehehe ! keempat : serba salah untuk berkata benar sebab x berani ambil risiko ... dan begitu le seterusnya !


... berkata benar demi kelansungan tugas bukan untuk kritik atau menyakiti hati  ... semua yang dilakukan semata-mata untuk kebaikkan bersama ... yakin akan ada hati yang terluka  ... pasti akan ada perasaan yang terguris  ... aku yakin dan pasti , inilah masanya untuk berkata benar ... bukan untuk cari salah ... sekadar berkongsi info sekaligus memudahkan tugas masing-masing ... aku sendiri ditegur malah dikritik perihal tugas ( setiap kali dikritik atau ditegur pasal kerja maka setiap kali itu juga le aku bermonolog " x pe ... aku take note ... bukan kena potong gaji pun ! ... hehehe )


... bila aku memilih untuk menyatakan yang  sebenarnya , ia juga membawa maksud aku sudah bersedia untuk memikul risiko ... tidak disukai , masuk senarai blacklist , hilang kawan , dikata perasan atau apa saja  ... eh ! x kan x marah ? ... x kan x  sakit hati bila orang cakap macam2 pasal kita ? ... isk ! mesti le aku marah dan sakit hati , aku pun manusia biasa ... ermm ! aku akan lebih marah dan sakit bila aku ditegur atau dikritik atas sebab musabab orang lain punya tugas dan atas sebab aku tidak menyatakan yang sebenar ( tidak tegur diorang ) .


... seperti post aku sebelum ini " ... mudahnya " memang mudah sebenarnya ... semuanya pilihan ... kita mudahkan kerja ( kasi settle tugas dengan sebaiknya ) insyaallah , Allah permudahkan kehidupan kita ... bila kita susahkan orang lain , natijahnya sama le macam kita susahkan diri sendiri .


wallahuaklam



Friday, January 30, 2015

citer ' si manja dan 4 anak '



... masih lagi citer pasal kucing , aku panggil si manja ( ibu ) sebab garang sangat ... anak-anaknya pun boleh tahan jugak garangnya ... si manja ni agak special sikit sebab dia beranak semasa aku dan kekawan kat ofis tengah kalut di Odit dan kelibut sebab Hari Bertemu Pelanggan ... masa tu memang semua orang sibuk ... si manja pun sibuk juga ... sibuk cari tempat nak beranak dan mengiau ke hulu hilir ... !

... odit tetap berjalan macam biasa dan si manja pun dah jumpa tempat nak beranak ( dalam bilik setor ) ... bila odit selesai jam 4.30 pm ... aku cuba intai si manja kat dalam setor ... " huh ! mak oii ... garang giler beb ! " ... dah pagi tu sebelum beranak ada insiden lucu berlaku ... ada hamba Allah yang jatuh terlentang gara-gara terpijak ekor si manja .

... seminggu si manja dok dalam setor ... x de siapa berani nak pindahkan dia ... memang garang ( mungkin sebab nak protect anak dia kut ! ) ... masing-masing teruja nak tengok anak-anaknya ... comel ke x ? ... 4 ekor anaknya memang comel2 belaka .... hehehe

... seminggu kemudian si manja pindahkan anak-anaknya kat bawah tangga pulak ... masa ni si manja dah x garang sangat ... so senang sikit nak bagi makan tapi masih x dapat tengok anak-anak dia ... aku akan pastikan si manja di keluar dari bangunan untuk dia melepaskan hajatnya ... dah satu rutinlak setiap hari aku bawa nasi dan ikan rebus untuk si manja .

... seminggu kemudia si manja pindah lagi ... tapi kali ni lokasinya memang buat aku pening kepala ... mana x nya ... lokasi ketiga bilik belakang kaunter ( berkarpet ) ... bawah meja kakitangan Perpustakaan Bergerak ( M9) ... lagipun si manja dah mula buat perangai ( melepaskan hajat kat ruang rak buku ) ... makcik cleaner pun dah mula bersuara .

... genap sebulan si manja dan anak-anaknya berumah tangga kat Lib Daerah ... aku ambil keputusan bawak balik ke rumah ... al kisah nak bawa balik rumah pun kecoh juga sebab si manja dan anak-anak sama garang beb ! ... terpaksa guna bakul sampah untuk keluar dia dari bawah meja ... sampai ada tangan yang kena cakar ... hehehe

... Alhamdulillah ... sekarang si manja dan anak2 dah x garang lagi ... selesa duk kandang yang besar ... cuma bab makan si manja ni demand sikit ... suka makanan dalam tin dan ikan kembong mentah ... x kisah lah kan ! ... yang pasti 4 ekor anaknya memang comel dan gebus ! hehehe ... nak tengok si manja ? ... kena datang rumah ( dah x nak ambil gambar kucing lagi ... dah serik ! )



  

Saturday, January 24, 2015

miko




... hari ni aku rasa sedih sangat sebab miko dah mati ... huhuhu , malam minggu lepas masa lepak depan TV ... miko pun dok lepak santai kat sebelah aku ... bezanya aku lepak layan AJL 29 tapi miko lepak layan mata lak ... masa tu miko nampak comel sangat ... tergerak hati nak snap gambar miko tidur telentang dengan empat kaki ke atas ( masa tu terlintas gak hati  ...kata orang tua " x leh ambil gambar kucing , nanti x panjang umur )

... so pagi tadi time aku sibuk uruskan kucing2 yang lain ... aku nampak miko tidur lena jer berbalut baju lama ... aku hanya perasan miko x bergerak bila x respon walau berkali-kali aku panggil ... x macam selalu ... bila aku pegang badannya yang dah sejuk dan keras ... aku jadi sebak ... bukan x pernah aku hadapi situasi macam ni ... tapi dengan miko , aku rasa lain sikit sebab miko juga kesayangan arwah bapak .


" Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik ,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik
daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya "


Wednesday, January 21, 2015

... biarlah mereka nak kata apa pun !




 " ... biarlah mereka nak kata apa pun ! " itu tekad aku , x perlu fikirkan sangat yang penting kerja beres mengikut masa yang ditetapkan ... bak kata orang " ikut hati ... mati , ikut rasa ... binasa " so ikut iman ... insyaalah aman kehidupan ... hehehe



... banyak sangat cerita ... banyak sangat kisah ... banyak sangat versi ... dan tentunya mengundang banyak juga spekulasi ... dan x mustahil mencetuskan kontroversi ! ... " x perlu komen apa-apa sebab orang kita memang suka buat provokasi  " itu pandangan seorang sahabat lama ... dan bagi aku pulak cerita macam ni dah basi !


... hari ni punya kisah ... masa aku dok ralit susun buku kat rak , tetiba aku dipanggil ke kaunter ... PPP nak jumpa katanya ... aku dimaklumkan " kalau ada kakitangan yang nak bertukar ... buat surat kepada KB atau Pengarah ... x payah adu dalam fb atau call KB " ... Ya Allah ... masih x sudah lagi ke ? ... apa yang dapat aku komen adalah " x baik dengar cerita ... takut nanti jadi fitnah " ... bila dengar kata balas dari PPP ... aku x nak komen apa-apa lagi dah ... !

... terbaik untuk ketika ini ... adalah masing-masing muhasabah diri ... mungkin ini cara Allah tegur kita ... jangan terlalu mencari kesilapan orang hingga kita lupa kesalahan sendiri ... memang menyakitkan menerima kenyataan bila kesilapan atau kelemahan diri diperkatakan ( kalau aku sendiri pun akan sentap juga ) ... memang pahit  tapi bagi orang-orang yang berjaya di luar sana ... teguran dan kritikan ... hatta cemuhan atau hinaan yang diterima itu adalah pembakar semangat untuk berjaya .



Friday, January 16, 2015

Pedih



... sejarah sepanjang perkhidmatan aku ... bila aku tinggalkan bilik mesyuarat ( mensyuarat ke ? ) semasa perbincangan sedang berjalan ... aku pun x pernah terfikir untuk bertindak begitu ... semuanya berlaku secara spontan ... apalah makna perbincangan , kalau keputusan telah ditetapkan ... tiada erti memberi pendapat atau pandangan jika sekadar menjadi perdebatan yang membuang masa dan menyakitkan hati ... bukan niat untuk bersikap biadap atau kurang ajar tapi kesabaran aku menjadi tipis senipis kulit bawang dengan situasi ketika itu ... yang pasti aku tidak merasa menyesal atas tindakan aku ketika itu ... bagi aku itu adalah cara terbaik untuk memberi ruang kepada semua yang ada kat situ ketika itu untuk berfikir dan muhasabah diri ( ... termasuk le diri aku sendiri )

... lama berkhidmat bukan satu tiket untuk dibanggakan ... bukan juga satu sebab untuk melayakkan kita memperlekehkan kerja-kerja orang lain ... x kira lah hatta telah berkhidmat 32 tahun sekalipun ... lama atau baru bukan ukuran baik atau buruknya kerja seseorang ... x berbaloi langsung kalau telah bekerja 32 tahun tapi cara kerja macam baru setahun jagung .

... memang mudah menyalahkan  ... mengherdik  ... mengkritik  ... dan memanipulasi situasi dengan kedudukan dan kuasa yang  ada ... sehingga lupa sebenarnya kita sama taraf di sisi Yang Maha Esa ,
x perlu meraih simpati dengan cerita sedih bila merasa diri tidak dihormati ... arahan diengkari ... terasa hati bila ada yang meninggi suara ... tapi belajarlah untuk  berlaku jujur pada diri sendiri ... cari punca mengapa ? ... dan kenapa ? sesungguhnya itu lebih baik daripada menyebar cerita dengan versi berbeza yang menjurus kepada fitnah .

... sebenarnya aku dah penat untuk melalui situasi yang x pernah ada sudahnya ... apatah lagi bila perkataan kerjasama atau kawtim lebih ke arah yang salah ... setiap kali meeting , perkataan kerjasama diulang siar dan diperkatakan ... kekadang terdetik jugak dibenak hati " isk ! diorang ni faham ke idak maksud ' kerjasama ' ni ? "  ... kerjasama ni maknanya kerja bersama-sama , saling membantu antara satu sama lain bukan hari ni aku cover kau ... esok kau cover aku lak ! ... inilah situasi yang berlaku sekarang ... padahnya bila orang yang selalu dicover kena jentik sikit ... mula le berangin satu badan ... kata semua orang x guna !

... banyak perkara yang mudah tapi sering kita susahkan tapi perkara rumit kerapkali kita remehkan ... belajarlah hormati orang lain ... insyaallah orang akan hormat pada kita ... bekerjalah kerana keberkatan bukan mencari darjat ... kalau rasa ucapan terima kasih akan menjatuh status sebagai orang yang memberi arahan , x perlu kata apa-apa ... diam jer ... kan mudah !


Saturday, January 10, 2015

bahagia ... di mana ?






... secara tipikal kita sering tertipu dengan nada lemah lembut bila melontar suara ... senyum manis yang sentiasa melakar indah di wajah ... gaya anggun dan segak persis peragawan dan peragawati ... aku yang melihat kadangkala berbisik " alangkah bahagianya mereka " ... tapi bila aku mula menyelusuri reality kehidupan sebenar yang dilalui , jauh bedanya ... inilah hakikat kehidupan ... kita selalu berusaha untuk mempamerkan makna bahagia mengikut adaptasi sekeliling bagi memenuhi pandangan dan tanggapan orang pada kita ... " itu lumrah " kata seorang sahabat .


... aku mula memikirkan secara serius makna bahagia , bila ada yang bertanya " kan bahagia kalau ada kawan ! " masa tu aku diam jer ... x nak komen apa -apa sebab ada ketika ' diam itu lebih baik dari berkata ' hehehe ...


... ada yang memanifestasikan bahagia dengan adanya kemewahan , darjat , kekuasaan , kecantikan atau apa sahaja sebagai penanda aras bahagia ... kalau kemewahan jadi ukuran bahagia ... maka bila Allah tarik semula segala kemewahan dengan musibah , nescaya bahagia hanya sekadar tinggal ungkapan sahaja ... begitu juga dengan darjat , kekuasaan dan kecantikan ... tiada kekal abadi .

... makna bahagia dari perspektif aku ? mudah sahaja  " sesungguhnya dalam tubuh ini ada segumpal daging , apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh , dan apabila ia rosak , maka rosaklah seluruh tubuh . ketahuilah ! ia adalah hati " ... so bila kita lalui kehidupan dengan hati tenang , aman dan damai maka itulah nikmat bahagia ... nikmat bahagia yang Allah kurnia lebih bermakna dengan keberkatan rezeki yang boleh dikongsi ... bila lebih kita memberi ... itu nilai nikmat bahagia bagi aku !


... x perlu jatuhkan hukum hanya bersandarkan dari pandangan zahir sahaja ... adalah lebih tanya diri sendiri " apakah aku bahagia ? " ... rumah besar , kereta besar tapi hati risau kerana bebanan hutang ... ada zuriat tapi tingkahlaku menjadi bebanan fikiran ... ada darjat dan kuasa tapi hati x keruan kerana bimbang dikhianati ... cer fikir ,  bahagia ... dimana ? 

Wednesday, December 31, 2014

Duniaku ... 2015

 
Duniaku ... 2015
 
Doa
Usaha
Nekad
Ikhlas & Istiqomah
Amanah
 

Tuesday, December 30, 2014

akhirnya ...


... penantian hampir 2 tahun berakhir hari ni 30 Disember 2014 , suasana sejuk nyaman cukup membuat aku dan kekawan teruja untuk teruskan kerja ... hehehe dan masing-masing asyik tersenyum jer ... pandang kiri ...  senyum !  pandang kanan ... senyum ! syukur Alhamdulillah ... hari ni dalam hati kami semua ada taman  daa !!!
 
 

kat kaunter 
 
ruang pengguna 
 
 wajah ceria Aan & iyah
 
 

 


Monday, December 22, 2014

Hari Bertemu Pelanggan VS Audit Dalam


18 Disember 2014

" kita hanya merancang , Allah tentukan " itulah kisah bila perancangan yang telah di set up berminggu-minggu x terlaksana dengan sempurna seperti yang dirancang ... tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik ... terima kasih keapada kawan -kawan dari Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak yang berlapang hati membantu menjayakan Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Bersama Perpustakaan Jalur Lebar ( PJL )
 
... pertukaran tarikh untuk Audit Dalam sebanyak 3 kali ... bermula 24 Disember ( aku dimaklumkan secara lisan ketika menghadiri Mesyuarat Rangkaian di HQ ) ... masa tu rasa okey juga sebab tarikh 18 Disember untuk HBP dan HBPJL ... sempat untuk preparation Audit ... so masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri ... seminggu kemudian aku dimaklumkan Audit Dalam dipinda lagi ke tarikh
17 Disember ( dimaklumkan melalui telefon ) , sempat juga aku maklumkan mengenai Program HBP dan HBPJL serta persiapan yang dibuat termasuklah promosi awal telah dijalankan ... terakhir aku dimaklumkan tarikh 18 Disember adalah tarikh untuk Audit Dalam ( dimaklumkan oleh PPP ) ... aku maklumkan sekali berkaitan HBP dan HBPJL " .. x pe ... on jer seperti yang dirancang "
 
 
 

meja kempen keahlian , maklumbalas pelanggan dan borang untuk
subjek popular 2015 ( setiap user yang singgah akan terima note book , pen MSD,
Majalah Dewan Siswa serta biskut oat )
 

adik Nor Raihan Safiah sedang leka menyusun blok kayu 
di meja Sudut Kreatif
 
 
pengguna yang hadir juga menulis nama sendiri untuk
Cabutan Bertuah
 
cer teka jumlah kacang dalam balang tu ! ... kalau betul dapat balang tu sekali
dan calendar comel 2015
 
demontrasi untuk pop up ( hanya seketika jer sebelum Audit )
 
bertanding pantas jawi , menaip pantas , mewarna menggunakan
computer
 
penyampaian hadiah pertandingan oleh PPP
 
... audit kali memberi pengalaman yang x mungkin dilupakan ... selain 2 program serentak tapi ada sesuatu yang perlu pelajari ... iaitu erti keikhlasan ... tolenrasi ... kerjasama ... sabar ... dan yakin diri ,
x perlu menghilang diri hingga meletakkan orang lain dalam keadaan serba salah ... apapun terima kasih pada Din dan Jaf ( M9 ) yang banyak membantu untuk HBP ... semasa kami staf Daerah di audit ... terima kasih juga buat Wani ( staf PJL ) yang belanja nasi tomato untuk kami dan pengaudit
serta maaf sesangat sebab x banyak membantu HBPJL ... al maklum masing-masing sibuk di audit !
hingga x de sekeping pun gambar semasa audit dijalankan ... semua gambar kat atas ni adalah ehsan dari PJL .
 
... gitu le citer yang dapat dikongsikan ... yang lain tu simpan dalam lipatan sejarah sebagai kenangan yang x mungkin dilupakan .
 
wallahuaklam