Thursday, June 26, 2008

seloka orang kita ... part one

Melayu itu orang yang bijaksana
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu masih bersopan
bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
kecut takut kerana benar
janji simpan di perut
selalu pecah di mulut,
biar mati adat
jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu melayu , Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Mingkabau memang Melayu,
keturuanan Acheh adalah melayu,
Arab dan pakistani , semua melayu
Mamah dan malbari serap ke Melayu
malah mua'alaf juga bertakrif melayu

dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorong jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilangan

melayu itu kaya falsahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara
malangnya melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur dah tinggal sejengkal
tanah sebidang mudahnya terjual
meski telah memiliki telaga
tangan masih memang tali
sedang orang mencapai timba

- kepada semua kekawan atau sesiapa saje yang terbaca blog ni ... sama2 le renung dan fikiran ... ke mana arah kita .... ( jangan lupa membaca part two .... )

akan kembali ....

No comments: