Tuesday, January 6, 2009

hidup sebagaimana yang kita mahu ...

... 6 hari jejak 2008 telah ditinggalkan ... aku membayangkan semua gelodak kemalasan ... karat yang melekat kat minda ... daki yang bertompok2 kat hati tu telah dapat 'dinyahkan ' dari lingkaran kehidupan ... tapi ' hampeh ! ' ... segalanya masih sama ... x berubah walau sekelumit pun ...

... mungkin jugak mereka merasakan x ada apa yang perlu diubah kerana sudah terlalu lama berada dalam kitaran zon selesa ... samada berubah atau tidak ... segalanya tetap sama ... yang berusaha memikul amanah penuh jujur dan telus tetap jugak ' di situ ' ... sedangkan yang ribut dengan kesibukan sendiri tanpa sempadan tetap jugak ' di pandang ' ... so tiada beda kan ! itulah resmi ' orang kita ' ... gajah depan mata ' pura-pura ' x nampak ... kuman kat seberang sana ? ... ( you sambung le ayat setrusnya ! )

... ari ni aku dimaklumkan pasal kena isi maklumat berkaitan perkhidmatan ... erm ! tapi sampai la ni aku masih x dapat borang tu ... aku pun x faham dan memang susah nak faham dengan gelagat mereka2 yang ' berkuasa ' ni ... arahan selalu x seragam ... bila kita mula bersuara nanti ... takut dituduh banyak ragam dan x mustahil kena ' gam ' ... !

... aku juga ditanya pasal kertas kerja aktiviti 2009 ... setiap tahun sudah menjadi tugas hakiki untuk aku merancang program aktiviti pengguna untuk lib tempat aku bertugas dan akitiviti gabungan antara lib yang terdapat kat Zon 1B ni ( secara dwitahunan ) ... pasal kertas kerja tu memang dah siap 60 % tapi rasanya untuk tahun ni ... aku berharap segala rantaian kerja aktiviti ini biarlah diurus selia oleh kekawan yang ada ' label ' terbaik ... ini lah peluang menonjolkan kreativiti dan kredibiliti diri ... ini lah masa untuk tunjuk bukti !

... aku selalu fikir ' ... bagaimana seharusnya kita harung liku2 hidup ini ? ... apakah dengan keselesaan yang akan membuat kita leka ? ... apakah dengan kepura-puraan yang akan membuat kita gubra ? ... apakah dengan kepalsuan yang akan membuat kita lesu ? ... aku tahu banyak dari kita di luar sana ... ingin hidup selesa ... tanpa pura ... tanpa palsu ! ... tapi ketakutan pada bayang2 sendiri sering menyekat keinginan untuk berubah ... atau memang kita dengan rela serta selesa begitu ...

* ... berubah kerana x mahu ' diambil kesempatan lagi ' dan ' diperalatkan ' ... !
* " semoga perjalanan hidupku dipermudahkanNya " Amin .

1 comment:

Sifu Mirza said...

ameen...

insya Allah segala urusan kesturi dipermudahkan oleh Allah...

seperti biasa...

ada manusia yang tidak mahu menjadi insan...
ada insan yang tidak mahu menjadi kamil...

semuanya atas kehendak sendiri..
yang di padang mahsyar nanti kenalah sediakan jawapan masing2..
namun semuanya telah terlambat di sana...

hidup ini ada 7 tingkatan...
jika kita selesa dengan tingkat bawah... nak buat camner..

:-)